Anda di halaman 1dari 12

PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1 SSR3053

TOPIK 1: MENGENAL ALAT, BAHAN DAN TEKNIK SERTA PROSEDUR PENGHASILAN SESUATU PRODUK SENI BAGI KANAK-KANAK 9 TAHUN KE BAWAH Hasil Pembelajaran : 1. Berkemahiran kepada pemilihan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kreatif.

PENGENALAN Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak di bawah 9 tahun, pengetahuan bagaimana hendak memilih alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk adalah penting agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menjamin aspek keselamatan kanak-kanak itu sendiri. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri muridmuridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni visual juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Bagaimanapun terdapat beberapa bahan yang lumrah digunakan dalam penghasilan produk antaranya ialah : Pensil Diperbuat daripada campuran grafit dan tanah liat yang mempunyai kekerasan berlainan. Ada dua jenis pensil yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan iaitu pensil mata hitam dan pensil mata berwarna. Terdapat pensil mata hitam berjenis keras. Jenis ini dapat menghasilkan garisan cerah dan ton pudar. Manakala pensil yang lembut dan ton yang dihasilkan adalah gelap.

Arang
Media ini merupakan bahan khas untuk melukis dan dalam

Bahasa Inggeris dipanggil charcoal. Arang diperbuat daripada kayu yang dibakar dalam tanur pembakaran sehingga kering. Ada dua jenis arang iaitu berbentuk pensil dan ranting yang dapat menghasilkan warna hitam legap. Arang bentuk pensel mempunyai mata arang yang agak keras dan boleh menghasilkan garisan yang halus. (McDa, 2001). Bagi arang berbentuk ranting ia agak lembut dan boleh menghasilkan ton hitam bila digosok dengan jari atau tisu. Kelemahan menggunakan arang ini ialah kertas nampak kotor dan berdebu.

Warna Lilin Bahan utama dalam pembuatan krayon ialah lilin.Warna yang terhasil bersifat legap. Dua atau tiga warna boleh dicampurkan untuk mendapatkan hasil ton yang memuaskan. Paste Pastel adalah media berwarna lembut yang diperbuat daripada kapur. Pastel dapat menghasilkan pencahayaan ton yang jelas walaupun permukaan kertas agak berdebu sedikit. Oleh itu, hasil karya yang menggunakan pastel haruslah disembur dengan pemati warna sebagai pelindung.

Berus Berus menjadi alat untuk melukis dan dakwat sebagai medianya. Tujuan utama penggunaan berus dan dakwat dalam lukisan adalah untuk menghasilkan pelbagai kualiti garisan. Tiga jenis berus digunakan iaitu berus bulat, berus cina dan berus leper. Berus dicelup dengan dakwat dan pelbagai kesan garisan dapat dihasilkan mengikut jenis berus seperti berus cina menimbulkan kesan garisan halus dan sederhana. Jenis Kertas Lukisan Kertas lukisan biasa mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Kertas cat air terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Bod Bristol merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ledger Bond kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar. Kertas Ingres

kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel. Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar. Alat, Bahan Dan Teknik Murid sungguh seronok apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstura, berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja penghasilan produk seni. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti penghasilan produk seni juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton. Dalam penerokaan terhadap aktiviti penghasilan, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti penghasilan produk seni: Berbagai jenis pensil Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil Kapur berwarna Oil pastel Artline atau marker Berbagai jenis pen Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting, pisau lipat, gam Berbagai jenis berus lukisan Palet/pembancuh warna Kemahiran murid mengikut umur Pada tahun pertama di sekolah rendah peringkat permulaan murid-murid didedahkan dengan asas penghasilan produk seni iaitu dengan cara memerhatikan kesankesan yang terhasil daripada alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kerja seni. Kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan jenis garisan seperti tebal, nipis, panjang, pendek, bengkok, lurus, cetek, putus-putus. Dengan cara begini murid-murid akan dapat menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang. Pada peringkat seterusnya murid dapat menggunakan bahan kutipan yang diaplikasikan dalam penghasilan produk seni seperti mengenal garisan, lukisan, gosokan, kolaj dan beberapa

teknik lain. Teknik-teknik yang boleh dipelajari oleh mereka di tahun satu ialah seperti menekap, memotong, menampal, mencantum, menyusun gambar dan gosokan. Akhirnya murid dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan. Di tahun kedua pula murid sudah berada di peringkat menghasilkan produk seni. Di peringkat ini murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam kerja seni berdasarkan beberapa eksperimen. Murid menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat menghasilkan produk seni dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Di antara cadangan aktiviti murid-murid di peringkat ini ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, montaj, gurisan, gosokan, renjisan, tiupan, capan, resis dan cetakan. Di peringkat penilaian ini murid boleh menyatakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri sama ada di dalam bilik darjah atau di rumah. Semasa murid berada di tahun tiga, apa yang diharapkan murid sudah boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Murid sudah boleh menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan. Seterusnya di peringkat analisis murid boleh memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan produk seni. Di antara teknik-teknik yang boleh dicadangkan ialah seperti stensilan, montaj, capan, catan, resis, kolaj, lukisan, gurisan, tekapan dan cetakan. Di peringkat interpretasi dan penilaian, murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Ditahap ini murid dijangka boleh membuat dokumentasi mudah dalam portfolio supaya dapat meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan terperinci. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja. Di tahun tiga, adalah diharapkan murid dapat mengaplikasikan asas senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam penghasilan produk seni berdasarkan tema imaginasi murid. Di peringkat ini murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta dapat mengaplikasikan Asas Senireka dalam hasil kerja mereka. Di antara cadangan aktiviti yang sesuai dijalankan ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, resis, mozek, gurisan, cetakan. TEKNIK Teknik penghasilan produk seni biasanya bergantung pada jenis alat atau media yang digunakan. Kesemua alat/media boleh digunakan untuk menghasilkan berbagai teknik seperti berikut: Teknik penghasilan corak
Kita boleh menghasilkan corak antaranya ialah dengan cara: Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan Capan Lipatan dan guntingan

Menggunakan garisan grid seperti susunan batu bata, sisik ikan, pucuk rebung, orgee, mata ikan bilis, petak dam dan sebagainya.

Teknik menghasilkan catan

Teknik menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata di sebut sebagai catan mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Hal yang merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna. Latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna. Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Sehubungan itu dalam menghasilkan lukisan penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan. Antara bahan yang boleh digunakan ialah seperti berikut: Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal Marker pelukisan (rendering marker) Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal Jenis-jenis Kertas Lukisan Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.

Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar. Teknik menghasilkan Kolaj

Contoh kolaj menggunakan tali dari murid umur 7 9 tahun Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D menjadi imej. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Banyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan untuk mewujudkan imej-imej yang dikehendaki. Antaranya ialah: Beras Gula Kekacang Pasir Rempah-rempah

Teknik menghasilkan Montaj Kerja ini merupakan satu aktiviti menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan imej yang pelbagai dengan menggunakan potongan gambargambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. Alat yang digunakan antaranya ialah Gunting, pisau pemotong kertas dan berbagai jenis gam.

Idea yang bertemakan Wanita

Teknik menghasilkan Cetakan

Teknik cetakan tumbuh-tumbuhan Sumber: Wankelman, W. F & Wigg, P. (1993) A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark.

Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat. Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu. Teknik menghasilkan Gosokan

Jalinan yang terhasil dari pensil, kapur Sumber: Wankelman, W.F & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark

Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan ialah dengan membuat gosokan. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi yang mengandungi

salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu. Teknik gosokan Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan secara pusingan Gosokan menggunakan berbagaibagai warna Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja. Gosokan potongan kertas Teknik menghasilkan Resis

Contoh hasil kerja dari teknik resis Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Satu aktiviti penghasilan produk seni yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Dengan itu ia merupakan penghasilan produk seni yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik menghasilkan Percikan

Contoh percikan bertemakan tumbuh-tumbuhan Sumber: Wankelman, W.F & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark

Satu aktiviti penghasilan produk seni dalam kerja-kerja seni dengan mendetik, mengetuk

atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. Dalam buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.Dengan ini percikan adalah aktiviti menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini atau satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Teknik menghasilkan Mozek

Rajah 10.1: Contoh Mozek Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA: Brown and Benchmark.

Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan. Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk. Mozek merupakan satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster. Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera. Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Contoh menghasilkan mozek dari kertas

Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas, pensel, kertas latar. Cara-cara: 1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas permukaan kertas. 2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.

3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas supaya tindihan tidak berlaku.

Prosedur mengguna alat dan bahan Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak Prosedur penyediaan alat dan bahan. - Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran - Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan - Menentukan bahan dan teknik. - Menyediakan alat dan bahan. - Kesesuaian pemilihan alat dan bahan mengikut umur. - Keselamatan murid perlu diutamakan. Penggunaan alat dan bahan. - Mengambil pertimbangan yang diperlukan bagaimana alat dan bahan itu diagihkan atau diedarkan. - Mengambil langkah-langkah keselamatan - Mengambil kira bilangan yang mencukupi

- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip. Prosedur Pengurusan Alat dan Bahan Para guru boleh menggunakan prosedur berikut untuk pengurusan alat dan bahan dalam bilik pendidikan seni: - Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan. - Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah. - Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkannya. - Membuat inventori dalam buku stor. - Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan. Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat. Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij. Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas meja.

B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya : Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg, jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya: Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.

(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya.

Rujukan :
Chapman, L.H. (1994). Adventures in art 1-6. Warcester: Davis Herr, (2001). Creative learning activities for young children . Publications. USA:Delmar Learning. primary schools. NY : Thomson ed.) New York:

Penny, S., Ford, R., Price, L. & Young, S. (2002). Teaching arts in the United Kingdom: Learning Matters. Ltd. Mayesky,M.(2001). Creative activities and the arts with young children. Delmar Learning Orvirk,O.G.,et. al .(2001). Art fundamentals: Theory and practice (9th McGraw-Hill.

Anda mungkin juga menyukai