Anda di halaman 1dari 4

Sejarah

Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara
tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai
alat pengecap. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan
sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik'
yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis,
menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik
Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik.
Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif
Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-
tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Rupabentuk Kain Batik Sarung

Contoh Motif Organik.


Motif Ayam
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Ayam
Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.

Motif Pucuk Rebung


Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik
tersebut.

Antara corak-corak yang sering digunakan.

Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok Blok penerap batik
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang seli

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik.
Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit.
Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang
lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air
yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan.
Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah
kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok
corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan
mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan
terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak
dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin
itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai
benteng.

Proses mencanting kain

Batik Skrin
. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak
batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang.
Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas
corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan
corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap..

Anda mungkin juga menyukai