Anda di halaman 1dari 3

Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis

titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Sejarah batik di Nusantara termasuk Malaysia dikatakan bermula sejak zaman kegemilangan Kerajaan Majapahit pada abad ke-12. Pedagang-pedagang dari kerajaan itu telah membawa hasil tenunan batik ke pelbagai wilayah di Asia Tenggara. Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri Kelantan dan Terengganu. Pada peringkat awal, bahan-bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnai batik terdiri daripada tumbuh-tumbuhan asli Indonesia yang dibuat sendiri antara lain; pohon mengkudu, tinggi, soga, nila, dan bahan sodanya dibuat daripada soda abu, serta garamnya dibuat dari tanah lumpur.

Motif Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan. Contoh motif adalah: Motif Motif Motif Motif Motif Pucuk Rebung Bunga Bunga Daun Orkid Raya Sireh Geometrik

Corak Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang biasa digunakan adalah: Corak Corak Berdiri Jalur

Corak Corak Corak Corak Corak Corak Ulangan/Selang seli

Ulangan

Melintang Menyeluruh Menyerong Tompok-tompok Batu-bata

Proses Membuat Kain putih direntangkan. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan. Pada asasnya, terdapat 3 teknik untuk menghasilkan corak batik: Batik Blok Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut. Batik Conteng Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Batik Skrin Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk

mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Jenis Fabrik Terdapat beberapa jenis kain atau fabrik yang digunakan pada masakini. Setiap fabrik adalah berbeza pada tekstur, tahap kelembutan dan Kain Crepe Fabrik sutera yang nipis dan lembut dengan permukaan tekstur yang berkedut menjadikannya amat selesa bila dipakai. Fabriknya seakan kain chiffon, tetapi tidak perlu lining. Kain Jacquard Fabrik yang lembut dan licin. Sedikit tebal berbanding crepe namun tidak mudah berkedut. Kebanyakkan produk batik adalah dari jenis fabrik ini. Kain Rayon Fabrik yang sedikit kasar namun tahan lasak berbanding Jacquard. Antara produk batik termurah sesuai dengan kualiti fabriknya.

www.sri batik.com.my

Anda mungkin juga menyukai