Anda di halaman 1dari 3

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia.

Sejak abad ke 15 Masihi


lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,
masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik
telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara
kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan
terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula
bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang
dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia
kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif Batik

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau
menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif
Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan
larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik.


1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.


1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik
tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.

1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli

Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas
diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia
akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses
ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda.
Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya
akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan
dibungkus untuk dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak
diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut
susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu
ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah
kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan
tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.
Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik
dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin
dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi
dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang
berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu
warna sahaja.

Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat
baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang
MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis
keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,
cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli
dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing
kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang
ke negara masing-masing.
 

Anda mungkin juga menyukai