Anda di halaman 1dari 27

1

Isi Kandungan
No. Perkara Muka Surat
1 Pengenalan Batik

2
2 Sejarah Perkembangan Batik

3-4
3 Organisasi rekaan
- Bentuk Motif Batik
- Motif Pengisian atau Isen
- Susun Reka Corak
- Tektik Penghasilan Batik


5
6-7
8
9
4 Jenis Teknik Penghasilan Batik


5 Batik Blok
- Alat dan Bahan Batik Blok
- Proses Menghasilkan Batik Blok
- Kemasan dan Persembahan
- Pemeliharaan dan Penjagaan

10-14
6 Batik Tulis
- Alat dan Bahan Batik Tulis
- Proses Menghasilkan Batik Tulis
- Kemasan dan Persembahan
- Pemeliharaan dan Penjagaan

15-17
7 Batik Skrin
- Alat dan Bahan Batik Skrin
- Proses Menghasilkan Batik Skrin

18-20
8 Batik Pelangi
- Alat dan Bahan Batik Pelangi
- Proses Menghasilkan Batik Pelangi

21-22
9 Peranan dan Dimensi Baru Batik

23-25
10

Lampiran 26
11 Rujukan

27
2


Pengenalan Batik
Batik merupakan salah satu jenis kraf tangan tradisional di Malaysia. Kraf tangan
adalah hasil seni yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia.
Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud pakaian
yang mempunyai titik-titik kecil. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik
juga berasal daripada perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis
titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik untuk
menghasilkan batik.
Pada zaman dahulu, batik terkenal kerana ia mempunyai hubungan
dengan kegunaan seharian ornga-orang Melayu, contohnya batik dijadikan
sebagai penggunaan tekstil. Kini, seni tekstil ini semakin digemari oleh semua
kaum malah ia juga digemari oleh pelancong-pelancong asing. Dalam tahun-
tahun kebelakangan ini, kepentingan batik menjadi ketara setelah batik sutera
dijadikan pakaian rasmi tertentu di Malaysia terutama kepada anggota yang
berkhidmat dengan badan kerajaan.











3


Sejarah Perkembangan Batik
Mengikut catatan sejarah, batik di Nusantara termasuk Malaysia dikatakan
bermula sejak zaman kegemilangan Kerajaan Majapahit pada abad ke-12 dan
proses penyebaran agama Islam di rantau ini. Pada masa itu, hasil tenunan batik
dibawa oleh padagang-pedagang dari kerajaan itu ke pelbagai wilayah di Asia
Tenggara termasuk ke Indo-China sebagai barang dagangan.
Dalam beberapa catatan pula, pengembangan batik banyak dilakukan
pada masa-masa kerajaan Mataram, kemudian pada masa kerajaan Kesultanan
Solo dan Yogyakarta. Jadi kesenian batik ini di Indonesia telah dikenal sejak
zaman kerajaan Majapahit dan terus berkembang kepada kerajaan dan raja-raja
berikutnya termasuk kawasan-kawasan lain di Nusantara. Kesenian batik
tersebut, secara umumnya menjadi identiti masyarakat Indonesia dan khususnya
suku Jawa ialah setelah akhir abad ke-18 atau awal abad ke-19.
Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak
tahun 1910 lagi. Sebenarnya istilah tersebut berasal daripada bahasa Jawa tik
yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.
Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam
Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak
tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak
terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Batik yang dihasilkan ialah semuanya batik tulis sehingga awal abad ke-
20 dan batik cap hanya baru dikenali setelah Perang Dunia Pertama berakhir
4

atau sekitar tahun 1920. Dalam konteks pembuatan, kesenian batik adalah seni
menggambar di atas kain untuk pakaian yang menjadi salah satu kebudayaan
keluarga raja-raja Indonesia zaman dulu.
Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas dalam kraton saja dan
ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar. Oleh
kerana banyak dari pembesar tinggal diluar kraton, maka kesenian batik ini
dibawa oleh mereka keluar dari kraton dan dihasilkan pula di tempat masing-
masing. Akhirnya kesenian batik ini ditiru oleh rakyat jelata dan seterusnya
berkembang menjadi pekerjaan kaum wanita dalam rumah tangga mereka untuk
mengisi waktu lapang.
Berikut adalah jadual sejarah kraf batik :
2000 tahun dahulu Telah wujud di Mesir dan Parsi
Abad ke 7 Digunakan di Jepun dan China
Abad lke 15 Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman
pemeerintahan Parameswara di Melaka
Abad ke18 Batik pelangi memulakan perusahaan di
Trengganu
1910an Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan
1920an Teknik terap hitam digunakan utntuk mengecap
kain. Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul
dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap
pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah
diperkenalkan pada tahun 1926
1930an Perusahaan batik menggunakan teknik terapan
lilin bermula di Terengganu dan Kelantan.Batik
skrin diperkenalkan di Kelantan
Selepas perang dunia ke2 Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan
menjadi industri kampung yang utama
Sekarang Industri batik berkembang secara besar-besaran
dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran
dunia



5

Organisasi Rekaan
Motif Batik

Jenis Motif Contoh-Contoh




Motif Flora









Bunga Kenanga








Daun Siti Fatimah








Daun Raya




Motif fauna









Burung








Ayam








Kupu-kupu




Motif Geometri









Banji








Swastika








Parang Rosak




Motif Benda









Wau








Bertampalan








Awan

6


Motif Pengisian atau Isen








Cecek- cecek







Cecek sawat ( garisan bertitik )








Cecek pintu ( Tujuh Titik )







Gerinseng ( Penutupan )








Sisik Melik ( Sisik Bertitik )







Rawan / Rambutan
( Air Rawa / Rambutan )







Cecek Sawut Daun
(Garis Berjejari Bertitik)







Sirapan ( Atap Sirapan )








Berangan ( Pecah Berselerak )







Cacah Gari ( Gari Diacah )


7










Sisik







Galangan








Sawut







Poleng








Blarak Sahilit







Cantel








Ada Ada







Uceng








Mata Dara







Upan




8

Susun Rekaan Corak






Berdiri






Jalur







Cator






Tapak Dam







Kisi-kisi






Melintang







Menyeluruh






Serong







Bertabur






Ulangan







Bata






Siku Keluang

9

Teknik Menghasilkan Batik
Terdapat empat jenis teknik untuk menghasilkan tekstil batik.
1. Teknik batik blok atau disebut juga batik cap atau batik terap.






Penghasilan batik menerusi blok

2. Teknik batik tulis atau disebut juga batik canting, batik lukis atau batik
conteng.






Penghasilan batik menerusi mencanting

3. Teknik batik skrin atau disebut juga batik cetak atau sutera saring.

4. Teknik batik pelangi atau batik ikat dan celup.






Penghasilan batik menerusi ikat dan celup
10

Batik Blok
Teknik batik blok menggunakan teknik sarang atau blok keluli yang dicelup
dalam campuran lilin panas cair supaya lilin dapat menerap ke dalam kain putih. Blok
batik ini biasanya dibuat untuk dijadikan kain sarung, kain lepas, sarung kusyen, alas
meja dan lain-lain lagi.
Penyediaan sarang atau blok keluli
Langkah-langkah Catatan Alatan
Langkah 1








Melukis motif.

Pensel, pembaris dan
kertas
Langkah 2








Memotong kepingan logam Gunting zink
Langkah 3








Membentuk kepingan
logam mengikut motif
Player dan penukul
Langkah 4








Memateri kepingan logam Semawar

11

Alat dan Bahan Batik Blok
Alat
1. Blok
- Blok diperbuat daripada kepingan tin atau zink yang telah dibentuk
khas dan dipateri mengikut rekaan.
- Ia digunakan untuk menerap ke atas permukaan kain.
- Saiz blok biasanya berukuran 20cm x 20cm.

2. Meja mengecap
- Mejangecap digunakan untuk kerja-kerja menerap lilin.
- Bahagian permukaan meja dilapik dengan sekam padi atau span, kain
guni dengan kulit batang pisang yang telah diproses dan direndam di
dalam air garam selama 12 jam, tujuannya untuk menyejukkan lilin
panas semasa memukul lilin atas kain.

3. Kuali leper
- Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin.

4. Kuali besar atau kawah
- Kuali besar atau kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain.

Bahan
1. Kain
- Jenis kain seperti cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji.

2. Campuran lilin
- Campuran lilin terdiri daripada lilin putih (paraffin), lilin lebah jenis likat /
liat, dammar (rosin) dan minyak kelapa.

3. Bahan pewarna
- Jenis napthol, kunyit daun mengkudu dan buah kesumba india adalah
pewarna tradisional.

4. Bahan pencuci
- Soda ash, air soda kostik dan sabun pencuci.



12

Proses Menghasilkan Batik Blok
Langkah 1 :
Basuh kain untuk membuang kanji bagi mengelakkan warna menjadi bertompok.

Langkah 2 :
Bentang kain putih kosong di atas permukaan meja pengecap.

Langkah 3 :
Panaskan bahan-bahan campuran lilin dan dammar dalam periuk leper hingga
cair dan celupkan permukaan sarang blok ke dalam lilin cair.

Langkah 4 :
Terapkan lilin cair ke atas permukaan kain. Proses ini dilakukan dengan teliti
mengikut susunan motif. Sarang atau blok akan bertukar untuk menentukan
pukul atau terap dilakukan pada bahagian kepala kain, tepi kain atau badan kain.

Langkah 5 :
Celup kain yang telah diterap dengan lilin pada bahan pewarna napthol. Proses
ini dilakukan berulang kali dengan menggunakan blok dan warna yang berbeza.
Warna yang muda digunakan terlebih dahulu kemudian warna yang gelap.

Langkah 6 :
Kemudian jemur sehingga kering.

Langkah 7 :
Seterusnya kain direbus dengan air yang bercampur bahan soda ash untuk
menanggal kesan lilin.

Langkah 8 :
Kain dibilas dan dibasuh kemudian dijemur.

13




























14

Kemasan dan Persembahan
1. Sambungan corak tidak kelihatan

2. Warna tidak bertelau-telau

3. Capan lilin sama jenis

4. Susunan motif utama dan motif isen berharmoni

5. Berbentuk kain sarung yang lengkap

6. Warna tidak luntur

7. Kaki kain dan gigi kainnya kemas



Pemeliharaan dan Penjagaan
1. Tidak direndam lama semasa mencuci

2. Elakkan menjemur di bawah matahari terik

3. Petua membasuh dicampur dengan air cuka atau air untuk
mengekalkan warna.











15

Batik Tulis
Batik tulis telah lama digunakan di Indonesia, sekitar tahun 1970-an negara ini
mula menggunakan canting sebagai alat untuk batik tulis. Kaedah membatik ini
menggunakan alat canting yang diisi dengan lilin cair untuk melukis atau
mencanting di atas kain. Cara mewarna nya menggunakan berus seperti kaedah
melukis cat air. Batik ini biasanya digunakan untuk membuat pakaian, catan,
alat-alat hiasan dan sebagainya.
Alat dan Bahan Batik Tulis
Alat
1. Canting
- Mempunyai pelbagai rupa dan bentuk sama ada mempunyai satu
corong atau banyak corong.
- Perbezaan saiz adalah untuk fungsi-fungsi tertentu.
- Corong halus berfungsi untuk melilinkan isen, sementara corong kasar
untuk membentuk pola asas corak.

2. Pemidang kayu
- Untuk menegangkan kain.

3. Berus pelbagai saiz
- Untuk menyapu warna, sodium silikat atau lilin.

4. Periuk atau kuali
- Digunakan untuk memasak lilin

5. Dapur

6. Tempat mencelup kain dan tempat merebus kain.

7. Jemuran.





16

Bahan
1. Bahan campuran lilin
- Lilin putih ( paraffin ) dan rosin.
- Minyak kelapa atau lemak bintang digunakan untuk melembutkan lilin
supaya aliran lilin tidak tersekat dan tidak pecah.

2. Pewarna reaktif dan campuran
- Remazol atau primazin ( pewarna reaktif ) : urea atau soda ash
( campuran ).

3. Bahan pemati warna
- Sodium silikat.

4. Bahan pencuci
- Soda asli, serbuk sabun atau soda ash.

5. Kain
- Jenis kain yang sesuai ialah kain kapas, poplin, kambrik, sutera, rayon,
drill, lawan lima, cotton shirting, lawan initika dan voile.

Kekemasan dan Persembahan
1. Garisan lilin kemas dan tidak berputus-putus pada kain.
2. Alairan corak yang dihasilkan berharmoni dan seimbang.
3. Sambungan corak yang tidak ketara.
4. Tidak ada kesan lilin.
5. Motif bersesuaian dengan warna tanah yang bertelau-telau.

Pemeliharaan dan Penjagaan
1. Kain batik tulis tidak boleh direndam terlalu lama semasa membasuh.
2. Tidak boleh didedahkan di bawah pancaran matahari yang terik.







17





























18

Batik Skrin
Batik skrin dipercayai telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di
Kelantan. Dikatakan teknik ini telah dibawa masuk daripada Negara Thai sekitar
tahun 1900-an. Kaedah menghasilkan batik menggunakan skrin ini sama seperti
teknik menggunakan kaedah sutera saring. Perbezaannya ialah ia menggunakan
kelongsong stensel atau corong stensel untuk melukis corak pada bidang
sutera. Kain batik yang menghasilkan melalui kaedah ini mempunyai permukaan
depan dan belakang yang berbeza. Permukaan belakang tidak bercorak.
Alat dan Bahan Batik Skrin
1. Skrin
Skrin diperbuat daripada bingkai kayu yang berukuran 1.5m lebar dan 3m
panjang. Kain jenis polyster digunakan sebagai kain pemidang. Di atas
kain pemidang inilah motif dan reka corak batik dilukis. Setiap skrin
digunakan untuk menyapu satu warna sahaja. Kadang-kadang lima atau
enam skrin diperlukan untuk menghasilkan sehelai kain batik dengan
corak dan warna yang meriah.

2. Sekuji
Sekuji ialah alat yang digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan
rata di atas permukaan skrin. Ia diperbuat daripada kayu pada bahagian
atasnya dan getah di bahagian bawahnya.

3. Kerongsong stensel
Kerongsong stensel ( funnel pen ) ialah sejenis alat yang berfungsi
sebagai pen yang berbentuk kolongsong ( kon ). Ia digunakan untuk
melukis corak dan motif di atas permukaan skrin.

4. Meja pengecap
Meja pengecap digunakan sebagai alas untuk kerja-kerja mencetak.
Saiznya dibuat sama mengikut saiz bingkai skrin.

5. Kuali / bekas
Kuali atau bekas digunakan untuk merendam dan membersihkan kain.


19

6. Pengukus
Pengukus digunakan untuk proses pengwapan iaitu proses mengekalkan
cetakan warna pada kain.

7. Kain putih
Kain putih yang digunakan itu ialah kain kapas dan ukurannya sama
dengan saiz pemidang.

8. Bahan pewarna
Bahan pewarna jenis Reactive dan Pigment dye.

9. Bahan laker ( lacquer )
Bahan laker ialah sejenis campuran bahan thinner dan imulsi yang
dimasukkan ke dalam kerongsong stensel untuk melukis corak skrin.
Bahan ini bertindak sebagai lilin iaitu menghalang bahan pewarna
daripada meresap di bahagian-bahagian yang telah ditutup dengan laker.

Jenis-jenis Batik Skrin
1. Batik Lasem Kelantan
2. Batik Pekalongan Kelantan
3. Batik Solo Kelantan
4. Batik Selapis












20

Proses Menghasilkan Batik Skrin
Langkah 1 :
- Penyediaan corak di atas skrin dangan menggunakan kerongsong
stensel.
- Bahagian yang ingin dicetak dibiarkan kosong dan bebas daripada
laker.
Langkah 2 :
- Sehelai kain putih jenis kain kapas sebesar skrin dibentangkan di atas
meja pencetak.
- Pastikan kain tersebut diregang dengan baik.
Langkah 3 :
- Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi.
Langkah 4 :
- Tuangkan sedikit pewarna di bahagian hujung skrin.
- Kemudian dengan menggunakan sekuji, sapukan bahan pewarna
dengan rata di atas permukaan skrin.
- Proses ini dilakukan berulang kali sekiranya menggunakan warna dan
corak yang berlainan.
Langkah 5 :
- Setelah kain yang telah siap dicetak, biarkan warna menjadi kering
untuk proses seterusnya iaitu proses pengwapan.
- Proses ini dilakukan agan warnanya tidak mudah luntur.
Langkah 6 :
- Seterusnya kain direndam dan dibersihkan di dalam air panas suam
bercampur bio-soft (bahan pelembut).
- Untuk membuang lebihan warna dan melembutkan kain.
Langkah 7 :
- Kain dijemur sehingga kering.



21

Batik Pelangi
Batik pelangi telah diperkenalkan di Terengganu sejak zaman pemerintahan
Sultan Zainal Abidin II (1793-1808 ) Sultan Terengganu ke-3. Batik pelangi
diperkenalkan oleh Minah Pelangi dari Terengganu. Keistimewaan batik ini ianya
tidak menggunakan lilin untuk mengasingkan warna. Corak batik pelangi
ditentukan melalui teknik ikat dan celupan warna kain. Fungsi batik pelangi ialah
sebagai selendang dan juga dipakai pada bahagian dada hingga ke perut bagi
wanita istana ( inang ) pada zaman dahulu.
Alat dan Bahan
1. Kain putih jenis halus
2. Tali pengikat
3. Pencelup warna
Proses Penghasilan Batik Pelangi
Langkah 1 :
- Kain putih diikat dengan tali.
- Untuk mendapatkan kesan-kesan titik.
Langkah 2 :
- Sediakan air yang telah dibancuh dengan pencelup warna.
Langkah 3 :
- Kain-kain yang diikat atau dijahit dicelup beberapa kali ke dalam
pencelup warna untuk menghasilkan kesan pelangi.
- Untuk mendapatkan kesan warna yang pelbagai, ikat dan celup dibuat
beberapa kali.




22

Teknik Mengikat dan Bentuk Corak
1.







Teknik ikat satu titik

- Teknik ikat satu titik ini
menghasilkan corak gelang atau
corak hanya satu warna


2.







Teknik tutup

- Teknik tutup ini menghasilkan
bulatan besar
- Ia untuk diikat dengan celup
beberapa warna

3.







Teknik ikat tiga titik

- Teknik ini juga melalui beberapa
proses pencelupan
- Teknik ini akan menghasilkan corak
gelang berlapis

4.







Teknik ikatan bebas ( 1 )

- Tekink ini akan menghasilkan
corak-corak beragam
5.







Teknik ikatan bebas ( 2 )

- Tekink ini akan menghasilkan
corak-corak beragam








23

Peranan dan Dimensi Baru Batik
Batik dimensi baru sentiasa mengikut arus perkembangan semasa tanpa
mengabaikan cirri-ciri tradisinya dari segi motif corak, teknik dan prosesnya. Kini,,
penggunaan batik bertambah luas dan meliputi hampir seluruh bidang kehidupan.
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik direka dan
digunakan sebagai kelengkapan ruang tamu, contohnya langsir, sarungkusyen,
pengadang ruang, hiasan dinding, alas meja, tudung lampu dan sebagainya. Ada
juga penggunaannya sebagai kelengkapan bilik tidur, seperti sarung bantal,
cadar, selimut, selipar dan sebagainya. Selain itu, penggunaan batik sebagai
aksesori seperti bekas tisu, bekas serba guna dan lain-lain dalam bentuk
cenderamata serta perhiasan diri, misalnya dompet, tas tangan, scarf pakaian
harian wanita dan lelaki, tali leher, sapu tangan, kasut dan sebagainya. Sebagai
contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik.
Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian.
Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu
digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia
sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
Gubahan dalam warna lebih meluas, mencabar dan memperlihatkan
pembaharuan. Reka bentuk dimensi baru batik merangkumi corak-corak yang
lebih bebas, kreatif dan bahan campuran dan mengikut arus semasa.
Bahan dan alat baru juga digunakan, contohnya :
1. Pewarna kimia yang tidak luntur dan pelbagai.
2. Pelbagai jenis kain digunakan sebagai kain dasar.
3. Pelbagai alat tambahan digunakan mengikut pilihan teknik dan proses.
24

4. Pelbagai bahan tambahan digunakan dengan menggabungkan bahan
asas batik supaya hasil lebih sempurna dan menarik.
Cirri-ciri corak kain batik dimensi baru ialah :
a. Corak a motif lebih besar, bebas dan tidak terhad pada motif-motif flora
sahaja.
b. Bentuk-bentuk baru yang berdasarkan objej-objek di alam sekeliling
ataupun motif-motif seni kraf lain sering digabungkan untuk mendapat
corak yang lebih kompleks dan bergaya.
c. Corak lebih merupakan corak yang menyeluruh. Jika ada ulangan
digunakan, susunan tidak terkongkong dalam rangka tradisional.
d. Susunan corak sering dicipta khas un tuk bersesuian dengan fungsi
tertentu kain batik itu.
e. Penggayaan rupa geometrid an rupa abstrak amat digemari.
f. Penggunaan warna lebih luas dan mencabar atau bebas mengikut
keperluan. Ada yang terang, jelas dan nyata serta terdapat juga warna
ppastel yang pucat dan lembut.
Di bawah ialah contoh-contoh dimensi baru batik :
a. Kelengkapan ruang tamu







25

b. Kelengkapan bilik tidur






c. Aksesori




d. Perhiasan diri













26

Lampiran 1 :







Gambar Dimensi Baru Batik : kereta yang bercorak batik


















27

Rujukan:
1. Kathleen Chee ( 2009 ) , Focus ACE SPM Pendidikan Seni Visual,
Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
2. Kathleen Chee, Focus Super Pendidikan Seni Visual, Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd.
3. Kathleen Chee, Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3, Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd.
4. Hassan Mohd Ghazali ( 2000 ), Teks Lengkap Pendidikan Tingkatan
4 dan 5, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
5. http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2010/07/pengenalan-batik-
kraf-tradisional.html
6. http://lamanseni09.blogspot.com/2011_04_01_archive.html
7. http://nursiah6.blogspot.com/2011/06/v-behaviorurldefaultvmlo.html
8. http://batikacacia.blogspot.com/2010/10/pengenalan-batik-di-dunia-
mahupun-di.html

Anda mungkin juga menyukai