Anda di halaman 1dari 8

BATIK

SEJARAH BATIK

Batik ialah salah satu bidang kraftangan tekstil tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia
dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan kain. Sejarah perkembangan
batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal
memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada jawa Indonesia. Pada tahun
1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah
berkembang dengan pesat.di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu .

Pada tahun 1911 Haji Che Su bin Haji Ishak mendirikan perusahaan Batik di kawasan
Lorong Gajah Mati, Kota Bharu - Kelantan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu
menggunakan ubi kentang sebagai alat cap pembuat batik, Di Alam Melayu (Pulau
Sumatera dan Malaysia), suatu motif batik yang disebut Batik Pelangi yang telah
diperkenalkan sejak tahun 1770-an.

Di Pantai Timur Batik Blok ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik terap. Proses
awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang
blok kayu untuk mengecap sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini
dipanggil Terap Hitam. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses
penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur.

Sejajar dengan itu, blok-blok yang diperbuat daripada kepingan keluli mula mengambil
alih tugas blok kayu sebelumnya. Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan halus
buatannya. Blok-blok khas disediakan untuk menerap lilin pada bahagian Kepala Kain,
Kapit Kain dan Badan Kain

MOTIF BATIK

Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini dihasilkan
kerana kepekaan masyarakat tradisional terhadap lingkungan. Bagi mereka apa saja
yang menarik dan mengandung falsafah sendiri dijadikan corak. Oleh itu kita boleh
membuat kesimpulan bahawa motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat
tradisional dengan alam.

Motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok adalah berupa corak tumbuh-
tumbuhan dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga
Cengkih, Bunga Cina, akar-akar menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometri
terutamanya motif Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula diterapkan dalam berbagai
susunan dan rekaletak, seperti melintang, tegak, serong, tompok-tompok dan susunan
batu-bata
UNSUR MOTIF
a.Unsur flora
- unsur bunga-bungaan, daun,kuntum,putik, ranting dan pucuk
-menghiasi badan batik sarung,kepala kain(gunung) dan kaki kain(gigi)
-contoh motif unsur flora

Pucuk Rebung Bunga Cengkih Akar Menjalar

b.Unsur fauna
-unsur serangga dan haiwan darat,udara dan laut
-menghiasi badan batik sarung
-gaya bentuk abstrak
-contoh motif unsur fauna

Burung Rama-rama Gajah


c.Unsur geometri
-menghiasi kaki kain atau gigi
-pelbagai variasi
-contoh motif unsur geometri

d.Unsur buatan manusia


-untuk batik ela
-versi moden
-contoh motif unsur buatan manusia
SUSUNAN MOTIF
Terdapat pelbagai jenis susunan motif pada kain batik Malaysia, iaitu:
berdiri
berjalur
calur/ dam
kisi-kisi
melintang
menyeluruh
serong
tompok-tompok (bertabur)
ulang bersilang
ulang batu bata

JENIS TEKNIK DAN PEMBUTAN BATIK DI MALAYSIA


Terdapat tiga teknik pembuatan batik di Malaysia.
TEKNIK BATIK BLOK
Blok tembaga yang berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk
mengecap.
Berbagai wama yang digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan kain
putih.
Biasanya tiga blok yang berbeda digunakan.
Setiap blok mempunyai sarang tertentu.
Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang khas dan bungkus pada
terapan lilin apabila dicelup dengan pewama.
Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan.
o Peralatan Yang Digunakan
Blok bunga atau sarang yang dibentuk khas dan di pateri mengikut rekaan corak
Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin dan pengadang
Kuali kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain
Meja menerap
Dilapisi span, kain goni atau kelopak batang pisang yang telah diproses dan
direndam dalam air garam selama 12 jam.
Biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau Pisang rasa
digunakan
Kain putih
Bahan pewarna
Debu soda

Proses membuat Batik Cap:


Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji, kemudian
dijemur sampai kering.
Kain dibentangkan dengan rata di atas permukaan meja.
Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok dicelup kedalam
lilin cair itu.
Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan pola letak
/motif dengan teliti.
Kain yang telah siap dicap dengan lilin dicelup ke dalam bahan pewarna.
Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali dengan blok dan
pewama yang berlainan untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan
warna.
Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan bahan debu soda.
Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering.

TEKNIK BATIK TULIS


Banyak disukai oleh orang Malaysia karena mempunyai ciri yang terkini; warna
eksklusif dan motif yang bebas serta dapat disesuaikan dengan perkembangan zaman.
Batik Tulis juga mempunyai motif/corak yang tersendiri.
Peralatan yang digunakan:
Kain putih atau kertas
Canting
Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar & lemak binatang/minyak
masak)
Berus lembut
Serbuk pewarna jenis reactive-dye
Sodium silicate (Pemati wama)
Soda ash
Pemidang kayu

Proses membuat Batik Tulis:


Kain yang telah dicuci (untuk membuang kanji) dikeringkan dan diregangkan
pada pemidang kayu.
Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensil (6D).
Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu sedang.
Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin.
Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikuti pola di atas
permukaan kain.
Bahan pewama disapu pada pola corak.
Kain dibiarkan mengering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium
silikat dan dibiarkan selama 8-12 jam di tempat teduh untuk mematikan warna.
Kain yang telah dimatikan warnanya, dicuci dengan air mengalir sehingga
menghilangkan bekas sodium silikat tersebut.
Kain selanjutnya direbus dan di campur dengan sedikit abu soda sehingga
lilinnya lepas.
Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan.

TEKNIK BATIK SKRIN


Pada awalnya dipelopori oleh sekelompok pembuat batik di negeri Kelantan dan terus
berkembang menjadi satu industri.
Proses pembuatan lebih cepat, lebih ekonomi dan teknik yang digunakan lebih cepat
daripada teknik membatik yang lain.
Peralatan:
Skrin
Sekuji
Meja mengecap
Selongsong slensil
Kain putih
Bahan pewarna
Bahan lekar

Proses membuat Batik Skrin


Motif/Pola dibuat, dilukis dan ditentukan skema warnanya pada kertas
Pecahan pola/ corak dibuat mengikut warna untuk menentukan jumlah pemidang yang
akan digunakan
Selongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk melukis corak pada
skrin mengikut pecahan warna dan reka corak
Kain putih yang bersih diregang diratakan diatas meja
Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan ditata dengan rapi
Bahan pewarna dituang pada bagian ujung skrin
Pewarna disapukan dengan lembut dan rata dengan cara menarik atau menolak sekuji
Kain yang telah siap dicetak dijemur sehingga kering
Proses penguapan dilakukan pada kain supaya wamanya tidak luntur
Kain kemudiannya direndam dan dibersihkan di dalam air hangat yang bercampur
bio-soft untuk menanggalkan sisa bahan pewarna di samping untukmelembutkan kain
dan dijemur.
TOKOH BATIK MALAYSIA

1. Haji Che Su Bin Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau
dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun
1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Bharu Kelantan. Beliau adalah
pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang
menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.

2. Haji Ali bin Ismail adalah tokoh batik di Negeri Terengganu. Beliau telah belajar
cara membatik dengan orang Jawa di Singapura pada tahun 1932. Beliau mula
menggunakan batik blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi dari Batik
Jawa. Hinggalah perusahaannya menjadi terkenal dan terbesar terletak di
Kampung Hiliran, Kuala Terengganu. Pada tahun 1950,pekerjanya adalah
seramai 200 orang.

Anda mungkin juga menyukai