Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SHT 5072 TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

TAJUK: TEKNOLOGI DULU DAN KINI (SENI BATIK )

NAMA NO. PENDAFTARAN KURSUS NAMA PENSYARAH

: RAJA INTAN SARIAH BT RAJA MAHMOOD : L20073001627 : DIPLOMA PENDIDIKAN (TEKNIKAL) : DR SUPLI EFFENDI RAHIM

Sejarah awal Batik


Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas dalam istana saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar. Oleh kerana banyak dari pembesar tinggal diluar istana, maka kesenian batik ini dibawa oleh mereka keluar dari istana dan dihasilkan pula ditempat masing-masing. Akhirnya kesenian batik ini ditiru oleh rakyat jelata dan seterusnya berkembang menjadi pekerjaan kaum wanita dalam rumah tangga mereka untuk mengisi waktu lapang. Pada peringkat awal, bahan-bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnai batik terdiri daripada tumbuh-tumbuhan asli yang dibuat sendiri antara lain; pohon mengkudu, tinggi, soga, nila, dan bahan sodanya dibuat daripada soda abu, serta garamnya dibuat dari tanah lumpur. Namun, kini, motif-motif pembuatan batik menjadi salah satu elemen seni tampak. Corak-corak, subjek dan imej diterjemahkan pada kain mahupun kanvas. Batik diletakkan sebagai wilayah yang unik dan berpotensi untuk digali serta dijelajahi. Kesenian itu diletakkan sebagai sebuah wacana yang di dalamnya melingkupi idealisme, pola pikir, perilaku, proses serta gagasan. Penggunaan motifmotif geometris dan komposisi catan yang beragam sememangnya sesuatu yang tidak lazim sebagai sebuah karya batik. Di kanvas, penekanan subjek tertumpu pada imej motif-motif dekoratif, ornamental, simbolik yang seolah-olah memperlihatkan pemberontakannya terhadap tradisionalisme dalam batik itu sendiri. Batik bukan sekadar sebuah persembahan corak dan seni pada tekstil tetapi mampu diaplikasi ke kanvas sama seperti genre genre lain dalam seni tampak.

Sejarah Batik
Sejarah batik yang tepat tidak dapat dipastikan tetapi artifak batik berusia lebih 2000 tahun pernah ditemui. Pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular.

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut dalam banyak hikayat-hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramli 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta yang terlarang.

Perkembangan dalam seni batik


Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting dipengaruhi oleh Indonesia dan bersama-sama dengan kemunculan pewarna baru yang susuai untuk sutera membawa kepada ledakan seni batik tulis di pertengahan 90an. Batik Terengganu khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun dikatakan dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, batik Terengganu dan batik Jawa berbeza; malah sehingga kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan corak Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alasan kos menggunakan blok yang dibawa dari Indonesia.

Cabaran dalam industri


Perkembangan batik bergantung kepada beberapa faktor dari reka bentuk, bahan, artisan hinggalah kepada trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan mutu. Peniru melambak di pasaran. Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimpot juga menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa perlindungan kerajaan, kos bahan mentah yang tinggi, saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada tekstil impot menjuruskan industri ini ke senja.

Pengertian Batik
Secara etimologi kata am batik berasal dari kata tik yang berarti kecil/titik dapat diartikan menulis atau menggambar serba rumit (kecil-kecil). Batik sama

ertinya dengan menulis. Tetapi batik secara umum memiliki definisi yang khusus iaitu melukis pada kain menggunakan lilin (malam) dengan menggunakan canting. Yang dimaksud dengan teknik membuat batik adalah proses menghasilkan batik dari peringkat penyediaan kain sehingga menjadi kain batik. Peringkat pembuatan batik meliputi segala proses pembuatan pada kain mori hingga siap dibuat batik seperti mencuci, menganji, seterika, kalendering. Sedangkan proses membuat batik meliputi pekerjaan pembuatan batik yang sebenarnya terdiri dari pembuatan motif, pelekatan lilin batik pada kain sesuai motif,, pewarnaan batik (celup, colet, lukis /painting, printing), yang terakhir adalah penghilangan lilin dari kain . Teknologi pembuatan batik di Indonesia pada prinsipnya berdasarkan Resist Dyes Technique (Teknik celup rintang) dimana pembuatannya semula dikerjakan dengan cara ikat celup motif yang sangat sederhana, kemudian menggunakan zat perintang warna. Pada mulanya sebagai zat perintang digunakan bubur ketan, kemudian diketemukan zat perintang dari malam(lilin) dan digunakan sampai sekarang Untuk membuat motif batik umumnya dilakukan dengan cara tulis tangan dengan canting tulis (batik tulis atau batik painting), menggunakan cap dari tembaga disebut (batik cap), dengan jalan dibuat motif pada mesin printing (batik printing), dengan cara dibordir disebut batik bordir, serta dibuat dengan kombinasi cara-cara yang telah disebutkan. Di pasaran kain batik boleh dibezakan berdasarkan cara pembuatan motif batiknya. Yang pertama adalah Kain batik iaitu kain yang motifnya bercorak batik yang dibuat/digambar dengan cara pelekatan lilin (malam). Sedangkan kain bermotif batik adalah kain yang bermotif/bercorak batik tetapi motifnya tidak digambar melalui

pelekatan lilin batik, biasanya dengan mesin printing tekstil, bodrir dan ataupun ornamen batik tanpa melalui pelekatan lilin.

Proses Pembuatan Batik


Secara umum proses pembuatan batik melalui tiga peringkat iaitu pewarnaan, pemberian malam(lilin) pada kain dan pelepasan lilin dari kain. Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.


Blok penerap Campuran lilin Kain Pencelup Sebuah Meja

Penjenisan Batik
Batik Blok

(www.artcomunity.com.my)

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng

(www.terengganu.gov.my)

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Penggunaan

(www.terengganu.gov.my)

(www.artcomunity.com.my) Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga

digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Batik Print Batik print merupakan salah satu jenis batik yang terbaru dan menggunakan teknologi terkini. Kemunculannya tidak dapat dipastikan, tetapi kini menjadi penghasilan batik print lebih banyak berbanding dengan batik cop dan batik tulis. Teknik pembuatan batik print relatif sama dengan produksi sablon, iaitu menggunakan klise(kassa) untuk mencetak motif batik di atas kain. proses pewarnaannya sama dengan proses pembuatan tekstil biasa iaitu dengan

menggunakan pasta yang telah dicampur pewarna yang bersesuaian, kemudian dicetak mengikut motof yang dikehendaki. Jenis batik ini dapat dihasilkan dalam jumlah besar kerana tidak melalui proses menampal lilin dan pencelupan seperti batik cop dan batik tulis, hanya motif yang dibuat adalah motif batik. Kebelakangan ini, muncul perkembangan baru pada batik print, iaitu menggunakan metod print malam. Metod ini adalah gabungan antara sablon dan batik. Metod print malam menggunakan material yang di printkan pada kain adalah lilin dan bukan pasta seperti batik print konvensional. setelah malam menempel, kemudian kain tersebut melalui proses pencelupan seperti pembuatan batik cop dan batik tulis.

Masa depan batik


Ketahanannya merentas masa adalah faktor yang akan meneruskan sejarah batik. Seninya akan hidup melewati usia industri dan peredaran dunia fesyen akan membawa batik popular kembali.

Revolusi Batik Di Malaysia


Bagaimana batik di negara ini berkembang seterusnya membentuk identitinya sendiri?

BATIK tulis Rashidah Abdullah.

Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik Malaysia telah berkembang pesat dan mempunyai identiti yang tersendiri. Batik berasal dari Indonesia. Ia berkembang ke Malaysia setelah ramai orang tempatan berminat dengan batik Jawa yang cantik dan halus buatannya. Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik cuba meniru corak-corak batik dari batik Jawa. Bagaimana pun kehalusan pembuatannya tidak dapat ditandingi.

Dalam penulisan Wan Hashim Wan Teh menyatakan, istilah 'batik' datang daripada perkataan Jawa, Indonesia. 'The term batik is of Javanese origin from the word 'ambatik, meaning 'a cloth having dots ordotted cloth. 'Tik' may have come from the word 'titik meaning 'dots' while the word 'ba' means 'doing work actively' (Wan Hashim,1996). Batik dalam erti kata perkataan Jawa, adalah 'ba' atau 'amba' bermaksud membuat kerja dengan aktif, mungkin dari sudut yang lain saya berpendapat 'amba' itu bermaksud 'hamba' atau 'menghambakan diri' dan 'tik' bermaksud titik.

Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin di atas kain putih. Titik dihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang diperbuat daripada logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di mana lilin diisikan.

BATIK sarung 1990-an menggunakan teknik blok.

Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu diperlengkapkan sebagai pemegangnya. Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain. Menurut

Kamaruzaman Mohd Salleh, pengurus Batik Samasa, di Kelantan pada zaman dahulu, pada awal 1930-an bapanya mula menghasilkan kain batik dengan menggunakan blok kayu yang diukir dan dicapkan ke atas kain.

Warnanya diambil daripada sejenis buah yang mempunyai getah berwarna hitam. Getah buah ini disapukan ke permukaan blok kayu tadi dan dicopkan ke atas kain putih dengan satu warna sahaja. Hari ini kita dapat melihat coraknya seperti pada kain sarung sembahyang yang dijual di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Itu adalah asal pembuatan batik yang diperbuat daripada ukiran kayu blok seperti motif pucuk rebung, bunga ketola, bunga cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik, bentuk empat persegi dan bulat.

BATIK sarung 2000 teknik batik blok A.

Kain yang dipanggil kain batik ini dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah batik tetapi kain yang menggunakan kaedah cop bunga atau motif batik ke atas kain putih. Kaedah ini mula digunakan oleh Haji Che Su dari Kelantan dan Haji Ali da ri Terengganu dalam tahun 1920-an. Melihat cara orang Indonesia menggunakan lilin panas dan blok daripada tembaga untuk mencorakkan kain batik, maka pengusaha batik Malaysia kemudiannya menginovasikan blok ukiran kayu kepada blok besi yang diperbuat daripada tin susu atau kepingan zink yang dipanggil sarang bunga.

Pada tahun 1950-an pengusaha batik mula membuat batik menggunakan blok tin dengan panggilan teknik batik blok, batik terap atau batik cop. Pada masa itu pembatik masih ingin meniru corak batik Jawa. Sehingga suatu ketika dahulu batik sarung dinamakan kain batik Lasem Kelantan, kain batik Solo Kelantan dan kain batik Pekalongan Kelantan. Penggunaan blok tin kemudiannya digantikan dengan tembaga dan ia diteruskan sehingga hari ini. Biasanya batik blok dijadikan batik ela yang dihasilkan dengan pelbagai corak.

Kebanyakan batik ini dijadikan baju kemeja lelaki, baju perempuan dan baju kanak-kanak. Selain itu kain batik blok juga dibuatkan sebagai cadar, penutup meja dengan rekaan yang tertentu. Bagi mempercepatkan pembuatan batik, Batik Samasa telah menginovasikan tekniknya dengan menggunakan skrin stensil berbentuk kain sarung. Pada skrin ini di lukiskan motif-motif batik pada bahagian badan kain, kepala kain dan kaki kain. Motif yang dilukis bercampur dengan bunga-bunga batik Jawa dan bunga tempatan yang telah diilhamkan oleh pereka.

Kemudian lacquer dimasukan ke alat yang berbentuk corong dan dilukis mengikut bentuk yang telah direkakan di atas skrin. Kawasan yang tidak diwarnakan akan disapukan lacquer. Beberapa skrin akan diadakan mengikut lapisan warna yang akan digunakan. Batik yang telah dicetak ini, ada yang dicampurkan dengan teknik blok batik dan disapukan lilin bagi menampakan corak batik serta retak lilinnya. Proses ini dapat mengurangkan kos serta mempercepatkan pembuatan batik.

Mencanting batik bermula pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu batik canting digunakan oleh artis batik dan pembatik secara kecil-kecilan. Teknik mencanting batik mula digunakan di UiTM pada tahun 1976 dalam mata pelajaran Resis Tekstil. Kebanyakan pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (UiTM), telah banyak mendirikan perusahaan batik sendiri. Ada yang bekerja sebagai pereka di kilang-kilang batik dan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Di sinilah bermulanya batik kontemporari. Dengan bekalan ilmu membatik, ramai pembatik berkecimpung dalam perusahaan batik tulis. Walaupun batik nya tidak sehalus batik Jawa tradisional, batik Malaysia telah dapat menghasilkan identiti tersendiri daripada pelbagai pengalaman dan eksperimentasi batik. Pada tahun 1990an, Prof.Madya Zaharah Othman, pensyarah dari Jabatan Senireka Tekstil, UiTM, telah mengajar batik corak seperti tenun ikat dan dinamakan corak batik ikat. Batik seperti ini adalah dalam golongan batik eksklusif. Rekaan batik sebegini mempunyai kelainan corak bergantung kepada beberapa kombinasi teknik dan penggunaan canting yang berlainan saiz.

BATIK ela rekaan penulis pada tahun 1980-an.

Batik Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya seperti batik blok dan batik canting. Di samping itu, batik blok boleh dibuat dengan beberapa lapisan warna (double boiling), dan boleh dicampurkan teknik cetakan skrin. Batik juga boleh menggunakan canting dan berus dan batik ini dinamakan batik tulis. Sungguhpun begitu ramai pengusaha batik yang gemar menggunakan cara mencanting kerana cara ini lebih senang dan kos tidak tinggi berbanding teknik skrin dan batik blok.

Yusoff Abdullah dari Kelantan terkenal dengan batik tulisnya sejak 1946. Beliau adalah salah seorang daripada pengusaha batik yang terawal gemar mengeksperimentasi dan inovasi dalam penghasilan batik dengan motif, tumbuhtumbuhan daripada alam sekeliling. Pengusaha batik seperti Rashidah's Exclusive Batik di Kelantan, banyak menghasilkan batik tulis tangan secara eksklusif sejak 1978. Beliau sendiri merekan motif dan corak serta menyediakan warna yang ditentukan. Pembatik dari Kuala Lumpur seperti Wan Nong, Zainubah Hamzah dan Kutang Kraf banyak menghasilkan rekaan baru batik yang unik dan kontemporari.

Seem Noor dan Noor Arfa Batik dari Terengganu juga banyak menghasilkan batik tulis dan batik blok. Mereka berani menggunakan warna yang berlainan daripada warna kebiasaan batik.

REKAAN batik yang menarik dan versatil mampu diketengahkanke peringkat antarabangsa.

Rujukan
1. 2. 3. www.artcomunity.com.my www.terengganu.gov.my myarthost - The Ultimate Online Art Community - Portal Seni Anda Pelukis Malaysia.mht 4. 5. www.bharian.com.my www.utusan.com.my

Anda mungkin juga menyukai