Anda di halaman 1dari 2

Apa itu batik blok (batik block)?

Secara umumnya masyarakat hari ini lebih


mengenali batik lukis berbanding batik blok ini. Tahukah anda? Batik blok ini
adalah batik yang terawal dihasilkan di Malaysia sebelum penghasilan batik lukis.
Batik blok ialah batik yang dihasilkan menggunakan blok atau cap. Batik blok juga
dikenali sebagai batik terap, batik cap atau batik pukul. Ia adalah antara teknik
yang terawal digunakan di Malaysia dalam penghasilan batik. Bongkah kayu yang
diukir dengan corak-corak menggunakan teknik ukiran timbul dijadikan sebagai
acuan atau blok untuk menerap kain. Teknik yang dikenali sebagai terap hitam
digunakan iaitu blok dicelup ke dalam pewarna hitam sebelum diterap ke atas
permukaan kain.
Masyarakat Melayu Kelantan terlebih dahulu mempunyai kemahiran mengecap
kain menggunakan blok kayu dan bahan pewarna ini. Warna-warna asas seperti
hitam, merah dan biru digunakan dalam proses menghasilkan kain cap atau batik
cap ini.
Penggunaan lilin mula diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh pembuat batik di
Pantai Timur. Blok yang diperbuat dari besi atau tembaga mula diperkenalkan bagi
menggantikan blok kayu kerana blok daripada kepingan logam dapat menghasilkan
batik yang lebih halus, cantik dan kemas hasil terapannya.

Batik blok biasanya digunakan untuk menghasilkan kain sarung. Sekurangkurangnya tiga buah blok diperlukan dalam menghasilkan sehelai kain sarung;
blok bahagian badan, kepala, kaki dan kapit kain. Setiap blok direka berbeza dari
segi ukuran, motif dan corak mengikut keperluan bahagian- bahagian kain sarung
yang akan diterap.

Unsur-unsur alam semulajadi diadaptasikan dalam menghasilkan motif-motif batik


blok. Kebiasaanya corak flora digunakan dan digubah secara realistik, abstrak atau
geometrik. Wanita-wanita tempatan, khususnya wanita Melayu, Nyonya dan Chetti
memakai kain batik bersama busana tradisional masing-masing.
Anjakan paradigma telah berlaku dalam perusahaan batik blok tempatan, seiring
dengan kemajuan teknologi semasa, penambahbaikan telah dilakukan terhadap
reka corak, penggunaan bahan dan warna mengikut citarasa pengguna dan
peredaran masa.
Batik blok telah dijadikan fesyen yang eksklusif oleh para pereka fesyen tempatan
dan luar negara. Penggunaan batik blok telah diperluaskan dengan
mengetengahkan idea dan inovasi baru oleh pereka dalaman. Pelbagai dekorasi
dalaman dihasilkan terutama untuk ruang tamu, bilik tidur dan ruang makan seperti
alas meja, cadar, sampul bantal dan sebagainya.
Sumber Rujukan:
Ensiklopedia Kraf Malaysia
Cetakan Pertama 2012
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai