Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN KEPADA BATIK

Batik adalah hasil seni dan kraf yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Perkataan batik itu sendiri berasal dari perkataan jawa yang menggabungkan dua perkataan iaitu amba yang bermaksud menulis dan titik.

Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan.

Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar printed batik atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia adalah dihasilkan menerusi blok.

Penghasilan batik menerusi blok

Penghasilan batik menerusi proses mencanting

Cara kedua ialah menerusi melukis corak batik di atas kain, atau dengan kata lain digelar canting. Batik Terengganu dari Malaysia terkenal dengan batik canting. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik untuk setiap kain dan prosesnya

agak memakan masa. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.

Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini.

IDENTITI BATIK DI MALAYSIA

Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik Malaysia telah berkembang pesat dan mempunyai identiti yang tersendiri.Batik berasal dari Indonesia. Ia berkembang ke Malaysia setelah ramai orang tempatan berminat dengan batik Jawa yang cantik dan halus buatannya.

Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik cuba meniru corak-corak batik dari batik Jawa. Bagaimana pun kehalusan pembuatannya tidak dapat ditandingi. Dalam penulisan Wan Hashim Wan Teh menyatakan, istilah 'batik' datang daripada perkataan Jawa, Indonesia.

Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin di atas kain putih. Titik dihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang diperbuat daripada logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di mana lilin diisikan. Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu diperlengkapkan sebagai pemegangnya.

Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain. Menurut Kamaruzaman Mohd Salleh, pengurus Batik Samasa, di Kelantan pada zaman dahulu, pada awal 1930an bapanya mula menghasilkan kain batik dengan menggunakan blok kayu yang diukir dan dicapkan ke atas kain.

Warnanya diambil daripada sejenis buah yang mempunyai getah berwarna hitam. Getah buah ini disapukan ke permukaan blok kayu tadi dan dicopkan ke atas kain putih

dengan satu warna sahaja. Hari ini kita dapat melihat coraknya seperti pada kain sarung sembahyang yang dijual di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Itu adalah asal pembuatan batik yang diperbuat daripada ukiran kayu blok seperti motif pucuk rebung, bunga ketola, bunga cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik, bentuk empat persegi dan bulat. Kain yang dipanggil kain batik ini dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah batik tetapi kain yang menggunakan kaedah cop bunga atau motif batik ke atas kain putih.

Kaedah ini mula digunakan oleh Haji Che Su dari Kelantan dan Haji Ali dari Terengganu dalam tahun 1920-an. Melihat cara orang Indonesia menggunakan lilin panas dan blok daripada tembaga untuk mencorakkan kain batik, maka pengusaha batik Malaysia kemudiannya menginovasikan blok ukiran kayu kepada blok besi yang diperbuat daripada tin susu atau kepingan zink yang dipanggil sarang bunga.

Pada tahun 1950-an pengusaha batik mula membuat batik menggunakan blok tin dengan panggilan teknik batik blok, batik terap atau batik cop. Pada masa itu pembatik masih ingin meniru corak batik Jawa. Sehingga suatu ketika dahulu batik sarung dinamakan kain batik Lasem Kelantan, kain batik Solo Kelantan dan kain batik Pekalongan Kelantan.

Penggunaan blok tin kemudiannya digantikan dengan tembaga dan ia diteruskan sehingga hari ini. Biasanya batik blok dijadikan batik ela yang dihasilkan dengan pelbagai corak.

Kebanyakan batik ini dijadikan baju kemeja lelaki, baju perempuan dan baju kanak-kanak. Selain itu kain batik blok juga dibuatkan sebagai cadar, penutup meja dengan rekaan yang tertentu.

Bagi mempercepatkan pembuatan batik, Batik Samasa telah menginovasikan tekniknya dengan menggunakan skrin stensil berbentuk kain sarung. Pada skrin ini di lukiskan motif-motif batik pada bahagian badan kain, kepala kain dan kaki kain. Motif yang dilukis bercampur dengan bunga-bunga batik Jawa dan bunga tempatan yang telah diilhamkan oleh pereka.

Kemudian lacquer dimasukan ke alat yang berbentuk corong dan dilukis mengikut bentuk yang telah direkakan di atas skrin. Kawasan yang tidak diwarnakan akan disapukan lacquer.

Beberapa skrin akan diadakan mengikut lapisan warna yang akan digunakan. Batik yang telah dicetak ini, ada yang dicampurkan dengan teknik blok batik dan disapukan lilin bagi menampakan corak batik serta retak lilinnya. Proses ini dapat mengurangkan kos serta mempercepatkan pembuatan batik.

Mencanting batik mungkin bermula pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu batik canting digunakan oleh artis batik dan pembatik secara kecil-kecilan. Teknik mencanting batik mula digunakan di UiTM pada tahun 1976 dalam mata pelajaran Resis Tekstil.

Kebanyakan pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Sen Reka (UiTM), telah banyak mendirikan perusahaan batik sendiri. Ada

yang bekerja sebagai pereka di kilang-kilang batik dan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Di sinilah bermulanya batik kontemporari. Dengan bekalan ilmu membatik, ramai pembatik berkecimpung dalam perusahaan batik tulis. Walaupun batik nya tidak sehalus batik Jawa tradisional, batik Malaysia telah dapat menghasilkan identiti tersendiri daripada pelbagai pengalaman dan eksperimentasi batik.

Rekaan batik sebegini mempunyai kelainan corak bergantung kepada beberapa kombinasi teknik dan penggunaan canting yang berlainan saiz. Batik Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya seperti batik blok dan batik canting. Di samping itu, batik blok boleh dibuat dengan beberapa lapisan warna (double boiling), dan boleh dicampurkan teknik cetakan skrin. Batik juga boleh menggunakan canting dan berus dan batik ini dinamakan batik tulis. Sungguhpun begitu ramai pengusaha batik yang gemar menggunakan cara mencanting kerana cara ini lebih senang dan kos tidak tinggi berbanding teknik skrin dan batik blok.

Yusoff Abdullah dari Kelantan terkenal dengan batik tulisnya sejak 1946. Beliau adalah salah seorang daripada pengusaha batik yang terawal gemar mengeksperimentasi dan inovasi dalam penghasilan batik dengan motif, tumbuh-tumbuhan daripada alam sekeliling. Pengusaha batik seperti Rashidah's Exclusive Batik di Kelantan, banyak menghasilkan batik tulis tangan secara eksklusif sejak 1978. Beliau sendiri merekan motif dan corak serta menyediakan warna yang ditentukan. Pembatik dari Kuala Lumpur seperti Wan Nong, Zainubah Hamzah dan Kutang Kraf banyak menghasilkan rekaan baru batik yang unik dan kontemporari.

Seem Noor dan Noor Arfa Batik dari Terengganu juga banyak menghasilkan batik tulis dan batik blok. Mereka berani menggunakan warna yang berlainan daripada warna kebiasaan batik.

Rekaan batik yang menarik dan versatil mampu diketengahkanke peringkat antarabangsa. Batik Malaysia kini mempunyai identiti tersendiri iaitu mengikut trend warna terkini dan corak mengikut pereka, yang menjurus kepada bentuk kontemporari.

Melihat pada batik hari ini, rekaan dan warnanya sangat menarik serta penggunaan pelbagai teknik dan jenis kain seperti sutera jaquard, sifon, organza dan sebagainya. Dengan galakan daripada Allahyarham Datin Seri Endon, telah memberi satu platfom bagi pembatik-pembatik untuk memajukan batik Malaysia di dalam dan ke luar negara.

MOTIF BATIK

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

A) Contoh Motif Organik

1.Motif Ayam 2.Motif Bunga Buluh 3.Motif Bunga Kerak Nasi 4.Motif Bunga Kotak Bercampur 5.Motif Bunga Orkid 6.Motif Bunga Raya 7.Motif Daun Sireh 8.Motif Geometrik 9.Motif Pucuk Rebung 10.Motif Rama-rama 11.Motif Siput

B) Contoh Motif Geometrik

1.Motif Pucuk Rebung 2.Motif Bunga Kotak Bercampur

CORAK

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.

Antara corak-corak yang sering digunakan. 1.Corak Berdiri 2.Corak Jalur 3.Corak Melintang 4.Corak Menyeluruh 5.Corak Menyerong 6.Corak Tompok-tompok 7.Corak Ulangan Batu-bata 8.Corak Ulangan/Selang seli

JENIS-JENIS BATIK

Batik dibahagikan kepada:

1. Batik Blok/Terap

Batik blok juga dikenali sebagai batik trap atau batik capBlok kayu yang mempunyai corak timbul digunakan untuk menerap lilin cair ke atas kain.Kain batik blok mempunyai kesan retak (retak seribu) disebabkan kesan warna akibat proses merenyuk kain untuk mengeuarkan lilin Kelebihan proses cetakan ini ialah ia dapat menghasilkan banyak batik dengan menggunakan blok yang sama.Setiap hasil batik blok dianggap batik tulin kerana setiap kali terapan dibuat, kesan garisan lilin yang dihasilkan adalah berbeza.

Batik blok

2. Batik Lukis/Canting

Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses penghasilannya adalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik blok dan batik canting.Disebabkan proses menghasilkan batik skrin tidak menggunakan lilin, hasilnya kelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai kesan lilin.

Batik skrin tidak dianggap sebagai batik tulen kerana semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama adalah serupa.Teknik membatik sama seperti teknik cetakan skrin ( cetakan sutera saring)

Batik tulis/canting

3. Batik Skrin

Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses penghasilannya adalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik blok dan batik canting. Disebabkan proses menghasilkan batik skrin tidak menggunakan lilin, hasilnya kelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai kesan lilin. Batik skrin tidak dianggap sebagai batik tulen. semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama.

4. Batik Pelangi

Dikenali sebagai batik ikat dan celup. Dihasilkan dengan cara mencelup kain yang telah diikat ke dalam pewarna cair. Warna yang cerah dicelup dahulu diikuti

dengan warna yang gelap. Hasil corak batik jenis ini biasanya berbentuk bulatan-bulatan yang berwarna-warni. Proses penghasilan batik ini tidak menggunakan bahan lilin.

Motif yang digunakan di negara kita yang beragama Islam ini kebanyaknnya tumbuh-tumbuhan atau abstrak. kalau dari Jawa sana mestilah ada banyak motif haiwan.

5. Batik Remukan

Kekayaan variasi batik memang sangat luas. Salah satu jenis teknik pembuatan batik yang cukup unik adalah batik remukan. Disebut remukan karena proses pembuatan batik ini telah dimodifikasi, yaitu dengan memecahkan malam pada pola batik yang telah kering, sehingga pada proses pencelupan warnanya meresap pada retakan malam yang telah terbentuk, seperti yang terlihat pada contoh gambar

PROSES PEMBUATAN BATIK

Secara umum proses pembuatan batik melalui 3 tahapan yaitu pewarnaan, pemberian malam(lilin) pada kain dan pelepasan lilin dari kain. Kain putih yang akan dibatik dapat diberi warna dasar sesuai selera kita atau tetap berwarna putih sebelum kemudian di beri malam. Proses pemberian malam ini dapat menggunakan proses batik tulis dengan canting tangan atau dengan proses cap. Pada bagian kain yang diberi malam maka proses pewarnaan pada batik tidak dapat masuk karena tertutup oleh malam (wax resist). Setelah diberi malam, batik dicelup dengan warna. Proses pewarnaan ini dapat dilakukan beberapa kali sesuai keinginan, berapa warna yang diinginkan.

Jika proses pewarnaan dan pemberian malam selesai maka malam dilunturkan dengan proses pemanasan. Batik yang telah jadi direbus hingga malam menjadi leleh dan terlepas dari air. Proses perebusan ini dilakukan dua kali, yang terakhir dengan larutan soda ash untuk mematikan warna yang menempel pada batik, dan menghindari kelunturan. Setelah perebusan selesai, batik direndam air dingin dan dijemur.

TOKOH BATIK

i.

Haji Che Su bin Ishak tokoh Batik dari Negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan bati pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati Kota Bahru Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu .

ii.

Haji Ali bin Ismail tokoh Batik di Negeri Terengganu. Beliau telah belajar cara membatik dengan orang Jawa di Singapura pad tahun 1932. Beliau mula menggunakan batik blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi dari Batik Jawa. Hingga lah perusahaannya menjadi terkenal dan terbesar terletak di kampung Hiliran, Kuala Terengganu. Pada tahun 1950 pekerjanya seramai 200 orang.

PENJAGAAN BATIK

Batik memerlukan penjagaan yang mudah. Kaedahnya, bagi cucian pertama batik,adalah digalakkan supaya digunakan cara cucian kering (dryclean) dengan kos kurang RM10 bagi sepasang baju. Tujuannya ialah untuk menjaga kilatan pada batik. Pilihan lain, batik boleh dicuci terus tetapi cucilah berasingan dengan cucian yang lain dan hendaklah dijemur di tempat redup dan tidak terdedah kepada matahari bagi menjaga ketahanan batik.

Manakala untuk memudahkan batik digosok, penggunaan semburan pelembut pada batik adalah baik untuk diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai