Anda di halaman 1dari 3

KRAFTANGAN SULAMAN BENANG BULU KAMBING

( BANTAL HIASAN DAN ALAS TV )


Pengenalan

Kraftangan ini adalah untuk menghasilkan hasil seni seperti Alas Television, Alas Sofa,
Alas Radio dan Bantal Kecil. Projek ini diperkenalkan kepada murid-murid PPKI untuk
memberi latihan kemahiran yang berguna kepada mereka. Projek ini jika diusahakan
dengan bersungguh-sungguh dapat mendatangkan hasil pulangan yang tinggi. Ini secara
tidak langsung dapat melatih murid PPKI menjadi seorang yang berdikari dan
menghasilkan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Matlamat
Melatih murid-murid PPKI menggunakan kemahiran motor kasar dan halus.
Memupuk semangat berdikari dalam diri murid.
Melatih murid menjana pendapatan daripada hasil kraftangan.
Melahirkan insan istimewa yang mempunyai potensi dalam bidang kraftangan

Objektif
Memperkembangkan minda kanak-kanak istimewa
Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemahiran hidup
Melatih murid untuk menjana pendapatan daripada hasil keringat sendiri.
Memahirkan murid dalam aktiviti melibatkan motor halus.

Sasaran
Kumpulan sasaran bagi projek ini terdiri daripada :
26 orang murid istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi SKDJ
Guru-guru PPKI
PPM PPKI

Bahan-bahan projek
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Kraftangan Sulaman Benang Bulu
Kambing adalah seperti berikut:1) Bingkai kayu tebal 2 inci
2) Paku
3) Benang bulu kambing
1)Bingkai kayu bingkai kayu ini dibuat dalam bentuk empat segi sederhana besar
a) Alas tv besar
b) Bantal Hiasan

(76cm Panjang X 76cm Lebar)


(53cm Panjang X 53cm Lebar)

76 cm

Bingkai kayu untuk


menghasilkan alas tv besar

76 cm

53 cm

53 cm
Bingkai kayu untuk
menghasilkan bantal hiasan

2)Paku digunakan untuk memaku disekeliling bingkai kayu tersebut. Jarak diantara
setiap paku adalah selebar 3 cm.
3)Benang bulu kambing merupakan bahan asas yang digunakan dalam kraftangan ini.
Ianya dililit pada sekeliling paku tersebut dan diikat pada setiap silang benang yang
merupakan proses akhir projek ini. Sila rujuk Proses Kerja Kraftangan Sulaman Benang
Bulu Kambing yang dilampirkan bersama.

Anda mungkin juga menyukai