Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROJEK

BENGKEL SENI : BATIK TEKNIK IKAT DAN CELUP

1. PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Tengku Mahmud Iskandar terdiri
daripada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori seperti Sindrom Down, hyper aktif dan
Slow Learner. PPKI SMK Tengku Mahmud Iskandar merancang untuk mengadakan Bengkel
Seni: Batik Teknik Ikat dan Celup. Bengkel seperti ini amat perlu untuk murid-murid ini bagi
memperkembangan diri mereka dari aspek jasmani, rohani, dan intelek disamping dapat
memupuk perasaan bangga dan lebih dihargai walaupun mengalami kekurangan. Bagi
menjayakan program ini, PPKI SMK Tengku Mahmud Iskandar menjalinkan kerjasama
dengan unit seni Pra-U. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua warga
SMK Tengku Mahmud Iskandar dan memberi manfaat sepenuhnya kepada semua pelajar.
2. ANJURAN
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tengku Mahmud Iskandar dengan kerjasama
Puan Julaila bt Yusof Guru Seni Pra-U.

3. RASIONAL PROGRAM
Projek Bengkel Batik Ikat dan Celup adalah bertujuan meningkatkan kemahiran motor kasar
dan motor halus serta daya kreativiti murid-murid pendidikan khas. Selain itu, bengkel ini
memberi pendedahan kepada murid-murid dengan bidang kerjaya yang dapat diceburi oleh
mereka berdasarkan kemahiran dan kreativiti mereka menghasilkan produk seni dan juga
memberi peluang pelajar-pelajar Pra-U dan murid berkeperluan khas bekerjasama.

4. OBJEKTIF
i.

Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah


kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Khas.

ii.

Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid terhadap aktiviti seni bidang


membuat corak dan rekaan mewarna batik dan ikat celup.

iii.

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang


menarik dan bermakna.

iv.

Memupuk perasan rasa dihargai dalam kalangan murid pendidikan khas walaupun
mengalami kekurangan.

5. SASARAN
i.

Murid berkeperluan khas PPKI SMK Tengku Mahmud Iskandar

ii.

Pelajar Pra-U SMK Tengku Mahmud Iskandar

6. BUTIRAN PROGRAM
Masa

: 8.00 pagi -12.30 tengah hari

Tempat

: Bengkel Seni

7. SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Bantuan Per Kapita Murid = RM 135

8. ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS PROGRAM


Bil.

Perkara

Unit

Anggaran Harga

Jumlah

1.
2.

Kain kapas
Pewarna batik

10 meter
1 set

Seunit
RM 5.00
RM 70.00

RM 50.00
RM 70.00

3.
4.

(9 jenis warna)
Penyepit baju
Getah

5 set
1 bungkus

RM 2.00
RM 5.00
Jumlah

RM 10.00
RM 5.00
RM 135.00

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat

: Tn. Hj. Ased bin Hj. Samsudin (Pengetua SMKTMI)

Pengurus Projek

: Tn. Hj. Mohd Dan bin Yusof(GPK Pendidikan Khas)

Penyelaras/ Setiausaha

: Pn. Ummu Balkhis bt. Mohamed Taib

Kawalan Pelajar

: En. Amiruddin Khakim bin Fanani

Dokumentasi

: Cik Lim Yan Shiang

Persiapan Tempat

: Pelajar Pra-U

Peralatan dan aktiviti

: Pn. Nordiana bt Ishak

Cenderahati

: Pn. Nur Faizah bt Abd Hadi

9. PENUTUP
Diharapkan bengkel ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga projek
bengkel ini dapat meningkatkan motivasi diri murid dalam menambah pengetahuan dan
pengalaman terhadap seni batik ikat dan celup ini. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disokong/ Tidak disokong

..

(Ummu Balkhis binti Mohamed Taib)


Penyelaras Program Bulan Pendidikan Luar
PPKI SMK Tengku Mahmud Iskandar,
Sg. Mati, Tangkak, Johor.

Anda mungkin juga menyukai