Anda di halaman 1dari 4

FASA ANALISIS

Mengenal pasti masalah jurang prestasi /performance gap

Jika dilihat lebih spesifik pula masalah kecederaan atlet atlet olahraga Wilayah
Persekutuan Labuan selalu menyebabkan pasukan itu tidak dapat mencapai
kejayaan. Kecederaan sebelum bermula acara serta semasa berlangsungnya acara
menyebabkan atlet itu tidak dapat mencapai kejayaan . Ini amat merugikan pasukan
kerana setelah lama melakukan persiapan hampir berbulan namun kecederaan
menjadi penghalang kejayaan sesebuah pasukan.

Terdapat tiga langkah utama dalam menjalankan penilaian prestasi. Langkah yang
pertama adalah

Menilai serta mengukur keadaan sebenar:

Berdasarkan pencapaian tiga kejohanan Olahraga peringkat kebangsaan mendapati


atlet hanya mengutip 2 pingat emas sahaja dan jelas faktor kecederaan menjadi
punca utama masalah ini

Mengenal pasti prestasi yang dikehendaki

Berdasarkan pencapaian itu seharusnya atlet dapat membawa pulang lebih pingat
emas tanpa mengalami kecederaan terutama sebelum acara mereka berlangsung

Mengenalpasti penyebab jurang prestasi/ performance gap

Dalam masalah ini punca utama adalah kekurangan pengetahuan serta kemahiran
dalam pemanasan dinamik yang dapat mengurangkan risiko kecederaan seseorang
atlet
Penyataan tujuan

Tujuan utama dalam menyelesaikan performance gap ini adalah bagi mengelakkan
kecederaan seseorang atlet itu dengan memberi pendedahan kepada jurulatih
jurulatih olahraga seluruh Wilayah Persekutuan Labuan tentang pemanasan badan
dinamik sebelum atlet itu melakukan sebarang aktiviti bersukan atau sebelum
menjalani acara mereka masing masing. Dalam konteks instruksional latihan
diberikan secara berperingkat dari aspek pengenalan sehingga kepada aspek aspek
keselamatan.

Matlamat Instruksional

Untuk fasa ini matlamat utama adalah memberikan pengetahuan guru guru tentang
kaedah pemanasan badan yang betul atau secara lebih khusus pemanasan badan
secara dinamik

Analisis Peserta

Kenalpasti kumpulan peserta

Peserta yang telah dikenapasti adalah terdiri daripada guru guru pendidikan jasmani
dan jurulatih jurulatih di setiap sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan
kumpulan seramai 20 orang

Ciri ciri umum

Kebanyakan guru ini sekitar umur 23 sehingga 40 tahun melibatkan guru sekolah
menengah dan sekolah kebangsaan meliputi kaum melayu,cina serta bumiputera.
Bagi jantina pula hampir 70% adalah lelaki manakala selebihnya 30% adalah
perempuan
Lokasi

Bagi lokasi pula , untuk memudahkan pergerakan semua peserta maka Jabatan
Pendidikan Labuan dipilih sebagai tempat berlangsungnya program.

Tahap pengalaman

Bagi tahap ini secara umum peserta telah mempunyai pengalaman asas dalam
bidang kejurulatihan terutama olahraga

Kemahiran yng memberikan kesan

Peserta perlulah mempunyai kemahiran asas dalam bidang kejurulatihan kerana


bidang pemanasan dinamik ini adalah sebahagian daripada asas kejurulatihan

JENIS SUMBER

SUMBER BAHAN SUMBER KEMUDAHAN SUMBER


TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL MANUSIA
Modul pemanasan Komputer, LCD Bilik mesyuarat 5 tenaga pengajar
dinamik yang projector, marker Jabatan 2 pembantu
menjadi rujukan pen, pen Pendidikan Labuan juruteknik
tenaga pengajar ,pensil,kertas 20 orang peserta
dan peserta
KOS
Rm 3 x 25 : rm 75 Rm 50 FOC Bayaran Tenaga
Pengajar :
Rm 150 x 5 :
Rm 150
JUMLAH : RM 275
Sistem penyampaian

Dalam kursus ini system penyampaian secara face to face digunakan secara
menyeluruh dibantu dengan paparan slide show dan tayangan video tentang
pemanasan dinamik kerana kaedah face to face ini diambil kira kerana
menggunakan tenaga pengajar yang profesional.

Anda mungkin juga menyukai