Anda di halaman 1dari 12

KERTAS CADANGAN

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN SYAWAL DAN PENGHAYATAN MORAL


MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA
20 MAC 2023 – 19 APRIL 2023
1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk
menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang serta produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dapatlah ditakrifkan sebagai kanak-kanak


yang mengalami kelewatan dalam pembelajaran serta memerlukan kaedah pembelajaran yang
sedikit berbeza daripada kanak-kanak normal bagi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada masalah pembelajaran yang dihadapi mereka, kebanyakan
Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ini mengalami masalah motor kasar dan halus, di
mana mereka tidak dapat memegang sesuatu dengan cara yang betul seterusnya menyukarkan
aktiviti-aktiviti seharian mereka.

Justeru, setiap tahun menjelangnya bulan Ramadhan, PPKI SMK Datuk Bendahara
akan melaksanakan Program Semarak Ramadhan Syawal dan Penghayatan Moral bagi
mengimarahkan bulan yang mulia ini, seterusnya menambah kefungsian motor halus dan
motor kasar murid PPKI melalui aktiviti yang dijalankan. Selain dapat menambah pengetahuan
agama dengan tazkirah ringkas, pemantapan nilai murni, solat berjemaah murid juga dapat
merasai kemeriahan dan keseronokan persediaan menyambut Syawal bersama rakan-rakan
dan guru. Program ini dilihat dapat meningkatkan kemahiran motor halus disamping
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan murid sepanjang aktiviti dijalankan.

Program penghayatan moral pula dirancang dan dilaksanakan bagi memberikan


peluang kepada murid-murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan
bakat dan potensi agar mereka dapat melahirkan nilai-nilai yang dipelajari melalui aktiviti dan
kegiatan yang disediakan dalam program ini. Murid-murid ini perlu menghayati dan
menunjukkan nilai-nilai yang dipelajari bagi memberikan pengukuhan dan peneguhan
seterusnya dapat diamalkan dalam masyarakat.
2. RASIONAL

Projek Semarak Ramadhan Syawal dan Penghayatan Moral bagi Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) bertujuan memantapkan lagi penguasaan iqra’,
penghayatan nilai-nilai murni serta meningkatkan kemahiran motor halus murid PPKI SMK
Datuk Bendahara. Murid diajar bacaan iqra, solat berjemaah, berselawat. Secara tidak
langsung bacaan dan pergerakan dalam solat dapat diperbaiki. Manakala kemahiran motor
halus dapat dilatih melalui langkah-langkah penyediaan biskut raya iaitu semasa mengelim
karipap, menggulung popia, membentuk doh biskut, mencairkan coklat, menyalut biskut dengan
coklat dengan kaedah yang betul. Selain itu, murid juga akan mempelajari kaedah menyedia
dan menimbang bahan-bahan seterusnya membungkus dan melabel.

Kemahiran motor halus adalah sangat penting untuk memudahkan Murid Bekeperluan
Pendidikan Khas (MBPK) menjalani aktiviti seharian dengan lebih baik disamping dapat
mengurangkan kebergantungan kepada orang sekeliling. Oleh itu, projek ini adalah sangat
sesuai dilaksanakan bagi membantu dan melatih perkembangan motor halus mereka.

Projek Semarak Ramadhan ini juga dapat memberi pengalaman langsung kepada murid
untuk membuat sendiri biskut raya serta memberi peluang merasa sendiri hasil usaha mereka.
Projek ini juga dilihat mampu menjadi platform yang baik untuk mencungkil minat murid dalam
bidang penyediaan biskut serta kuih. Hal ini kerana, Murid Bekeperluan Pendidikan Khas
(MBPK) ini sangat memerlukan kemahiran-kemahiran seperti ini sebagai sokongan untuk
memastikan mereka boleh diterima bekerja dalam bidang tersebut.

3. OBJEKTIF PROGRAM

1. Melatih Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menguasai kemahiran-


kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
2. Memberi peluang kepada murid mempelajari iqra, bertadarus dan solat
berjemaah.
3. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian bagi menjalin hubungan baik dengan masyarakat
majmuk.
4. Memberikan galakan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memperolehi
kejayaan dengan pencapaian yang cemerlang dalam semua kegiatan baik dalam
bidang kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah dengan mengamalkan nilai
kerajinan dan semangat bersungguh-sungguh.
5. Memberi peluang kepada murid merasai suasana menyambut Hari Raya.
6. Mengeratkan hubungan antara guru, PPM dan Murid Bekeperluan Pendidikan
Khas (MBPK) melalui aktiviti yang dijalankan.

4. KUMPULAN SASAR
Semua murid-murid PPKI SMK Datuk Bendahara seramai 40 orang.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


BIL TARIKH/MASA AKTIVITI / TEMPAT PERSONALIA
1 Tarikh: 27 Mac - 20 April 2023 Tempat: Kelas pendidikan -Murid PPKI seramai 40
Masa: Khas orang
 7.30 - 8.30 pagi Aktiviti pelajar Islam: -Guru seramai 9 orang
 1.00 -1.30 tgh hari  Iqra’ -Pembantu Pengurusan
 Hafazan / Quran Murid ( PPM ) seramai 3

 Kisah Nabi orang

 Solat Zuhur
 Tabung Ramadhan
 Aktiviti menghasilkan
sampul duit raya
 Kad hari raya
Tempat: Kelas Pendidikan
Khas (pelajar bukan Islam)
Aktiviti pelajar bukan Islam:
 Tayangan kisah-kisah
tauladan
 Aktiviti menghasilkan
sampul duit raya dan
kad hari raya
 Fun English
 Mari Kita Membaca
 Ko-kurikulum
 Main alat muzik

2 Tarikh: 27 Mac - 20 April 2023 Tempat: Kelas Pendidikan


Masa: Khas dan bilik masakan.
 9.00 pagi - 1.30 tengahari Projek membuat biskut raya :
a) Biskut Cornflakes Madu
b) Biskut Chip Coklat
c) Karipap frozen
d) Popia frozen
6. JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Hj. Abdul Razak bin Othman (Pengetua)
Timb. Pengerusi : En. Nordin bin Abdul
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi I : En. Baharudin bin
Naib Pengerusi II : En.
Naib Pengerusi III : Puan
Naib Pengerusi IV : Puan
Setiausaha : Puan Ummu Balkhis binti Mohamed Taib
Bendahari : Puan Ho Siew Fong
Naib Pengerusi : Ruzaini Bin Juhari

AJK : Rohaya Binti Ahmad

Siti Nur Wahida Binti Rosli


Norhaslinda Binti Kamisan
Raziah Binti Senin (PPM)
Radhiyah Binti Mohamad (PPM)
Ahmad Hairi Hussien Bin Mohd Sarif (PPM)

JAWATANKUASA KERJA
Biskut raya : Puan Ummu Balkhis binti Mohamed Taib
Puan Rohaya binti Ahmad
Puan Zatur Rawihah binti Ab Rahman
Karipap dan popia sejuk beku: Cik Siti Nur Wahida Binti Rosli
Puan Norhaslinda Binti Kamisan
Radhiyah Binti Mohamad
Iqra’ dan Solat Zuhur : Encik Ruzaini bin Juhari
Encik Razali bin Chokarri
Pendidikan Moral : Puan Ho Siew Fong
Raziah Binti Senin
Ahmad Hairi Hussien Bin Mohd Sarif
7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci –Rujuk Lampiran

a. Alatan dan bahan membuat Biskut Raya


Bil Senarai Barangan Kuantiti Anggaran Jumlah Sumber
Kewangan
1 Balang kuih 1biji 2.00 200.00
2 Beg plastik 2 pek 4.00 8.00
3. Sarung tangan plastik 2 kotak 9.00 18.00
4. Tape balang kuih 4 gulung 3.60 18.00
5. Kertas sticker 1 set 100.00 100.00
6. Doily paper 4 pek 5.50 33.00
7. Cling wrap 2 gulung 30.00 60.00
8. Paper cup 2 pek 20.00 40.00
9. Coklat compound 5 kg 20.00 100.00
10. Cornflakes 5 pek 10.00 20.00 PCG

11. Buttercup 2 tong 90.00 180.00 KVS


PEMBUATAN
12. Marjerin Pelangi 5 kg 10.00 50.00
ROTI
13. Gula kastor 5 kg 5.50 33.00
14. Tepung top 2 kg 5.00 10.00
15. Tepung gandum 10 kg 4.00 40.00
16. Susu tepung 2 kg 48.00 144.00
17. Badam 1 kg 45.00 45.00
18. Badam cincang 2 kg 45.00 90.00
19. Tepung naik sendiri 2 kg 22.00 66.00
20. Madu 1 kg 22.00 50.00

b. Bahan Membuat Karipap


Bil Senarai Barangan Kuantiti Anggaran Jumlah Sumber
Kewangan
1 Tepung Gandum 10 kg 4.00 40.00
2 Kentang 10 kg 4.00 40.00
3. Marjerin 2 kg 9.50 20.00
4. Minyak Masak 2 kg 6.00 12.00
5. Sardin 5 tin 8.00 40.00 PCG KVS
6. Bawang Besar 2 kg 4.00 8.00
7. Cili Kering ½ kg 30.00 15.00
8. Bawang Putih 1 kg 10.00 10.00
9. Udang Geragau 1 pek 10.00 10.00
10. Rempah Kari 1 paket 8.00 8.00

c. Barang Semarak Moral


Bil Senarai Barangan Kuantiti Anggaran Jumlah Sumber
Kewangan
1 Benang 1 10.00 10.00
2 Butang baju 1 15.00 15.00
3. Cawan kertas 1 10.00 10.00
4. Belon 1 10.00 10.00
5. Keyboard 1 100.00 100.00
6. Kerincing 2 20.00 40.00 PCG

7. Kayu tik tok 2 20.00 40.00 TERAS

8. Marakas 2 20.00 40.00


9. Loceng 2 20.00 40.00
10. Span nipis 2 5.00 10.00
11. Key chain 1 10.00 10.00
12. Penyepit baju 5 4.00 12.00
13. Kad board 5 4.00 20.00
14. Bebola bulu 1 5.00 5.00
15. Chopstick kayu 20 3.50 70.00
16. Jarum 1 5.00 5.00
17. Plastisin 1 50.00 50.00
18. Lego 1 50.00 50.00
19. Pisau ( blade) 10 4.00 40.00
20. Cat (5 liter) 1
d. Hadiah Pertandingan

Bil Senarai Barangan Kuantiti Anggaran Jumlah Sumber


Kewangan
1 Set Pensel Stabilo 9 kotak 5.00 45.00
2 Kotak pensel 3 buah 4.00 12.00
3. Gam 3 batang 2.00 6.00
4. Pemadam 3 biji 1.00 3.00
5. Pembaris 3 batang 1.00 3.00 PCG
6. Teras
7.
8.
9.
10.

8. ULASAN JPN / PPD ( sekiranya perlu )


Tiada

9. PENUTUP
Diharapkan dengan perlaksanaan program pembuatan kuih ini dapat melatih
dan membuka minda murid untuk lebih berdikari dan bersedia untuk lebih berdikari.
Murid juga diharapkan dapat menunjukkan minat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah dan memahami kepentingan sikap kerjasama disamping mewujudkan
hubungan yang baik antara semua ahli kumpulan dalam menjalankan tanggung jawab
yang diberikan.

Disediakan oleh:
------------------------------------
(UMMU BALKHIS BINTI MOHAMED TAIB)
Setiausaha
Program Semarak Ramadhan
SMK Datuk Bendahara.
Jasin, Melaka.

Disemak Oleh:

-------------------------------------------
(NORDIN BIN ABDUL)
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SMK Datuk Bendahara
Jasin, Melaka.

KERTAS CADANGAN PROGRAM SEMARAK RAMADHAN


PPKI SMK DATUK BENDAHARA

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Semarak Ramadhan PPKI SMK Datuk


Bendahara.

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Semarak Ramadhan PPKI SMK


Datuk Bendahara.
Ulasan:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
__________________________________________________________

Disokong oleh:

---------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai