Anda di halaman 1dari 57

REKA BENTUK

TEKSTIL /
TEXTILE DESIGN
• Reka bantuk tekstil adalah proses mewujudkan reka
bentuk dan struktur yang dikait dengan dianyam, tenunan
atau hiasan fabrik.
• Tekstil menghasilkan reka bentuk yang melibatkan
penghasilan corak untuk kain bagi dugunakan dalam
tekstil isi rumah, pakaian dan tekstil hiasan.

REKA BENTUK TEKSTIL


Seni
Tenunan

KESENIAN
Batik PADA Seni Tekat
TEKSTIL
BATIK
 Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui
kaedah pembuatan batik secara tradisional.
 Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi
kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah
diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
 Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di
negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. 
 Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak
terdapat di Kelantan dan Terengganu.

SEJARAH BATIK DI
MALAYSIA
1. Teknik Ikat Celup
• Digunakan untuk menghasilkan batik pelangi yang
mana kain akan diikat dan dicelup dengan pewarna
yang telah dipilih
• Terdapat juga bahagian yang diletakkan lilin untuk
memastikan ianya tidak terkena warna apabila ikatan
kain dibuka, corak-corak akan terhasil mengikut warna
tersebut dan bahagian yang diletakkan lilin akan tetap
bewarna putih

TEKNIK
2. Teknik Cap
• Dilakukan dengan menggunakan sejenis alatan yang
dikenali sebagai blok ataupun cap yang diperbuat
daripada kayu dan juga logam
• Pada blok ini terdapat motif-motif yang diukir untuk
ditekap pada bahagian kain dasar
• Blok ini akan dicelup dalam lilin yang panas dan akan
dicap pada bahagian kain dasar untuk membentuk
motif
• Teknik ini dilakukan untuk menghasilkan kain batik
cap ataupun kain batik sarung
CONTOH
TEKNIK CAP
3. Teknik Canting
• Teknik yang menggunakan canting diperbuat daripada
tembaga nipis untuk menghasilkan sesuatu corak pada
kain dasar.
1. Membentangkan kain dasar
2. Mencanting
3. Mewarna
4. Mematikan warna
5. Merebus kain/membuang lilin
6. Membilas kain
7. Menjemur kain

PROSES PEMBUATAN
• Batik cap biasanya menggunakan motif-motif daripada
sumber alam seperti motif-motif tumbuhan dan haiwan
• Antara motif yang sering digunakan ialah motif Pucuk
Rebung, motif Bunga Kerak Nasi, motif Bunga Raya,
motif Daun Sireh dan motif Bunga Buluh
• Motif-motif sebegini bukanlah sengaja diambil oleh orang
Melayu tanpa adanya nilai falsafah disebalik
pemilihannya
• Motif-motif ini sebenarnya sarat dengan nilai falsafah
yang menggambarkan pemikiran orang Melayu itu sendiri

MOTIF-MOTIF BATIK CAP


• Digambarkan sebagai permulaan kehidupan seseorang
manusia yang mana dlaam peribahasa Melayu sendiri ada
menyebut bahaya “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”
• Peribahasa ini bermaksud didiklah anak-anak sejak dari
kecil lagi kerana waktu muda itulah senangnya untuk
membentuk diri mereka ke arah yang lebih baik
• Biasanya motif ini diletakkan pada bahagian kepala kain

MOTIF PUCUK REBUNG


• Bunga Raya dipilih memandangkan bungaitu sendiri
melambangkan bunga rasmi Malaysia dan mempunyai
maksud nilai-nilai perpaduan dalam hidup masyarakat
berbilang kaum di negara ini

MOTIF BUNGA RAYA


• Daun sireh melambangkan kemuliaan hati seseorang,
berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri
• Disebabkan tingginya nilai falsafah yang terdapat pada
daun sireh ini, maka ianya dipilih dan dijadikan motif
dalam penghasilan batik ini.

MOTIF DAUN SIREH


• Selain menggunakan motif flora dan fauna, bating canting
juga kebanyakkannya menggunakan motif abstrak seperti
motif garisan, contengan serta garisan melingkar
• Hal ini kerana penggunaan motif-motif sebegini dapat
mempelbagaikan lagi corak-corak batik di Malaysia dan
memberikan pilihan kepada pengguna untuk memiliki batik
• Penggunaan motif ini selain menampilkan kepelbagaian
kepada batik itu sebenarnya mempunyai maksudnya yang
tersendiri

BATTIK LUKIS
• Menunjukkan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki
oleh bangsa Melayu
• Kekaayaan ini bukanlah diukur dari aspek kekayaan harta
semata-mata sebaliknya juga dikira sebagai kekayaan
budi dan sifat peribadi yang dimiliki oleh bangsa Melayu

MOTIF GARISAN
MELINGKAR
• Menampilkan kelainan dan keistimewaannya yang
tersendiri
• Antara bentuk geometri yang sering digunakan ialah
bentuk bulat, segi tiga dan segi empat

MOTIF GEOMETRI
TENUNAN
• Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman
benang-benang secara selang-seli antara benang loseng
( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang
mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain.
• Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat
tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara.
• Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini
dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari
segi geografi.

ASAL USUL TENUNAN


• Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik, Nusantara
menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan
China. 
• Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk
kain tenun.
• Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu 
• Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai
Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. 
• Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan
keseragaman tekstil Melayu.
• Kain tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan
teknik tenunan yang dibuat daripada benang.
• Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi
dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16.
• Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing
Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung
Mengkasar, Pekan, Pahang.
• Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan
Terengganu. 
• Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali sebagai kei
siam. 
• Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan.
• Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang.

TENUNAN PAHANG
• Corak Jalur Melintang atau
Mengiring

CORAK ASAS TENUNAN


PAHANG
Corak Jalur Menegak atau Berdiri

Corak Berpetak (Tapak Catur)


• Sejenis tenunan yang menggunakan benang emas.
• Menurut orang Palembang, perkataan songket berasal
daripada perkataan “songko” yang bermaksud
penggunaan benang emas untuk menghias songkok.
• Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan
songket diambil daripada perkataan “nyungkit
• Nyungkit atau menyungkit bererti menghasilkan ragam
hias pada sehelai kain dengan melalukan benang loseng
yang telah diikat di celah-celah lidi dan kemudiannya
mengeluarkan lidi-lidi itu daripada benang tersebut.

TENUNAN SONGKET
• Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan
benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh
kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. 
• Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula
dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian
rasmi untuk majlis-majlis tertentu. 
• Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai
pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni
budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan
dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding,
kusyen dan sebagainya.
• Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat
adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di
Sarawak.
• Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang
ditenun menggunakan ‘Kek Iban’.
• Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci,
lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini
lebih kurang 40 hingga 50 cm. 
• Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan
Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.

TENUNAN PUA
Motif Engkeramba

MOTIF-MOTIF YANG
DIGUNAKAN
Motif Fauna
Motif Flora
• . Melerai benang-gunakan rahak dan pelenting-benang bewarna
dimasukkan ke dalam rahak dan putar pada pelenting
b. Menganing-untuk mendapatkan ukuran panjang benang
c. Menggulung benang loseng-menggulung benang pada papan
gulung
d. Menyapuk-benang loseng dimasukkan dalam gigi jentera
e. Mengarat-pembentukan dua lapisan benang loseng.
f. Menyolek-menyusun lidi-lidi buluh pada benang berasaskan
corak
g. Menenun-menggunakan alat dipanggil kek tumpah atau kek
injak-tenunan dilakukan dengan menjalin benang secara
berselang seli antara benang loseng dengan benang pakan.

PROSES MENENUN
SENI
TEKAT
• Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung
dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan
keluarga raja-raja atau istana.
• Di kesan pada awal kurun ke-15 iaitu pada Zaman
kesultanan Melayu Melaka.
• Dilihat di kalangan masyarakat Cina yang berketurunan
Baba.
• Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat
negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul
Khusus

SEJARAH&PERKEMBANGAN
• Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara
menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. 
• Tekat menekat juga disebut 'sulaman timbul‘ atau 'suji timbul‘.
• Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama
dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan
asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupa
bentuk ciptaannya.
• Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak,
Pahang dan Johor.

SENI TEKAT
• Ahdijah Binti Hasim
Merupakan tokoh kraftangan tekat yang dipilih oleh
Perbadanan Kraftangan Malaysia.

• Hajah Azizah Binti Mohd Yusof


Pernah mewakili negara ke Jepun, Arab Saudi dan Brunei
untuk membuat demontrasi.

TOKOH-TOKOH TEKAT
• Motif tekat :
1. Motif geometri.
2. Motif Flora.
3. Motif Fauna.

• Rupa bentuk tekatan :


1. Dua dimensi. (tikar,kipas,penyangkut kelambu,
selempang dan tetampan)
2. Tiga dimensi. (Tepak sirih, sarung bantal, kusyen)

MOTIF & RUPA BENTUK TEKAT


TEKAT BERMOTIFKAN
FAUNA

TEKAT BERMOTIFKAN
FLORA
TEKAT BERMOTIFKAN
GEOMERTRI
Tekat Timbul Bunga
Emas

JENIS-JENIS
TEKAT

Tekat Gubah
• TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS
 Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk
corak motif.
 Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut
corak motif.
 Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
• TEKAT GUBAH
 Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak
gubahan.
 Pandai tukanghanya menyulam dan membentuk corak motif
melalui benang merah yang dipanggil  benang untina.
 Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-
manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa.
 Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak
sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara
perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
TEKAT TIMBUL BUNGA
EMAS

TEKAT GUBAH
• Pemidang Kayu - digunakan untuk meregang kain dasar bagi
memudahkan sulaman di samping mengelakkan kedutan atau lipatan.
Ukuran pemidang bergantung pada lebar kain dasar atau jenis barang yang
hendak dihasilkan.

2. Cuban[laola] - ialah jarum besar untuk melilit benang emas atau perak. 

3. Benang - digunakan untuk menekat. Biasanya benang emas, benang
perak, benang putih atau benang kapas dan benang pelbagai warna.
Benang yang digunakan ini adalah sama dengan benang untuk membuat
songket. Benang emas dan perak digunakan sebagai benang hiasan
manakala benang putih digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat
emas pada mempulur. Benang petih tidak kelihatan pada permukaan kain.

PERALATAN TEKATAN
• 4. Irasan atau Kain Dasar - Kain yang sesuai untuk
membuat kain dasar ialah yang berwarna terang. Kain
baldu berwarna merah dan biru paling banyak digunakan
oleh para penekat di sampin warna merah tua, merah
pulasan, biru tua, ungu, hijau dan hitam. Kain baldu ini
dilapisi dengan sehelai kain kapas putih yang berfungsi
untuk mengukuh dan mengemaskan sulaman benang.

5. Mempulur - digunakan sebagai bentuk atau struktur
utama. Mempulur dibuat daripada rotan sega, kertas
tebal dan gam.
• MEMPULUR -Bahan asas ialah benang emas, benang putih dan kain
dasar dari jenis kain baldu dan bahan dari rotan sega, kertas tebal dan
kanji (gam). Terbentuk sulaman timbul.
1. membentuk empulur-motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang
dilekat,tindih (6-8helai), lalu dipotong & diasingkan. Lebar setiap
batang mempulur -kertas 0.5 cm dan 0.25 cm.
2. Mempulur daripada kertas -bentuk motif tumbuhan dengan gaya
organik. Daripada mempulur rotan sega- bentuk corak banji/corak kisi-
kisi & corak dangai/catur.
3. Kain baldu ditegangkan pada pemidang kayu,disambungkan dengan
kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Lalu jadi tegang.
4. Benang emas akan ditindih ,diikat,jahit oleh benang putih dengan jarum
mata yang sederhana.
5. Disusun rapat-rapat dan seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman

PROSES TEKATAN Cara menghasilkan Tekat Gubah.mp4

Anda mungkin juga menyukai