Anda di halaman 1dari 17

pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang melawat blog ni, blog ini
sekadar info ringkas mengenai seni visual di mana saya mendapati bahan
bacaannya sukar didapati di kedai-kedai berhampiran kerana bilangan dan kuantiti
buku yang dicetak sangat kurang dan tidak ramai yang ingin mempelajari seni
visual. Saya harap sedikit sebanyak nota ringkas ini dapat membantu.

Semasa saya menuntut stpm di sekolah sangat sukar untuk menelaah kerana
ketiadaan guru yang mempunyai capability untuk mengajar seni, dapat pula
pelajar yang ingin mendalami seni sangat sedikit.

Seterusnya kami mencuba mengunakan khidmat internet tetapi tiada langsung


data yang cukup sempurna mengenai seni visual dan kami menghadapi
kesukaran menimba ilmu apatah lagi petempatan kami berada di luar Bandar.

Sekian,

Muhamad hafiz bin zainal

Apa itu seni??

• seni merupakan satu ciptaan atau ekspressi terhadap sesuatu yang


dianggap indah
• mempengaruhi naluri estetika dan fisikal manusia
• mempunyai peranan bersifat psikologi dan sosiologi
• punyai hubungan dengan seni seni yang lain contohnya seni
muzik,tari,pertahanan diri,seni bina dll.
• Dapat dilahirkan melalui perasaan,pengalaman dan rangsangan
• Terjelma daripada penjanaan fikiran yang kreatif

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka(1988) seni bermaksud ‘sesuatu


yang kecil,halus,comel,elok, dan memiliki kepandaian dalam membuat sesuatu
yang indah indah’

‘seni merupakan sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia


sama ada melalui penglihatan atau pendengaran’(ensiklopedia
malaysiana(1996;453)

‘art mean the creation or expression of what is beautiful especially in visual


form apply with great skill or ability in such expression’(oxford student’)

Menurut ibnu khialdun ‘seni merupakan kebenaran, keindahan , dan kebaikan


dimana di dalamnya terkandung cirri-ciri estetika dan logika

Ps: ingat estetika dan logika kerana perkara yang sama banyak di ulang dalam
nota ini
Apakah itu keindahan dalam seni visual?

Aspek keindahan dalam sesebuah karya:-


1. hal benda-menjadi sumber idea utama penghasilan karya
2. komposisi-merupakan susun atur unsur seni reka dan prinsip rekaan
dalam penghasilan sesebuah karya serta penggunaan media dan teknik
yang bersesuaian
3. kandungan-punyai tema(subjek dan dasar karya) , makna(erti sesuatu
karya di buat , fungsi( kegunaan atau tujuan karya seni dilakukan)

Apa itu seni visual??

Visual bermaksud nampak atau tampak dengan menggunakan deria mata


Hasil seni visual perlu mempunyai kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan

Ps: beri lebih penekanan dengan unsur seni dan prinsip rekaan

Unsur seni

Unsur seni merupakan elemen-elemen bahasa seni visual. Unsure seni


merupakan aspek penting dalam penciptaan dan pemahaman karya seni
visual. Pemahaman secara teori dan praktikal yang baik dapat
mempengaruhi penghasilan dan pemahaman terhadap karya seni visual.

1. garisan
2. jalinan
3. rupa
4. bentuk
5. warna
1. garisan

• garian merupakan sambungan antara titik- titik dan merentasi satu


kawasan ke kawasan yang lain.
• Dapat dihasilkan daripada pelbagai media
• Perbezaan bahan akan mewujudkan pelbagai jenis garisan

1.1.Sambungan antara titik-titik menghasilkan garisan

• garisan terdiri daripada pelbagai sifat, jenis garisan dan pelbagai kuantiti
garisan
• garisan dapat mewujudkan pelbagai kesan ilusi seperti pergerakan dan
ekspressi juga emosi.

SIFAT GARISAN

Lembut kasar

Berserabut berduri

Tegas berbulu
Licin menggerutu

Contoh lukisan garisan:-

Arrest(1965). Briget riley


JENIS GARISAN

Garisan melintang garisan menegak

Garisan nipis garisan titik

Garisan berputar garisan melengkung

Garisan berpancar garisan zigzag


Kualiti garisan

• Kualiti garisan ialah mutu merujuk pada garisan yang ditentukan oleh
pengkarya dalam menghasilkan imej
• Garisan yang dihasilkan dapat menghasilkan imej
• Kualiti garisan juga menghasilkan ilusi dan pergerakan

2. Jalinan

• Merupakan kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula


jadi atau benda buatan manusia
• Dikesan oleh deria penglihatan dan sentuhan
• Setiap jalinan mempunyai fungsi tertentu
• Dalam penghasilan karya ia dapat menyampaikan mesej

Terbahagi kepada 2 bahagian

1. jalinan tampak
2. jalinan sentuh

jalinan tampak

• wujud dua dimensi


• dapat dilihat tak dapat disentuh
• benda buatan manusia seperti corak
• semula jadi pula seperti kepak rama-rama

jalinan sentuh

• permukaan yang dapat di kesan menggunakan deria sentuhan


• contohnya kesan kesar,berbulu, dan berduri
• contohnya raga rotan
• ukiran kayu

jenis jalinan pula

1. jalinan sebenar-jalinan ang digunakan dalam karya dengan mengekalkan


sifat-sifat daripada jalinan asal pada benda yang ditiru
2. jalinan tiruan-jalinan yang ditiru atau dihasilkan oleh manusia sama ada
jalinan sentuh atau tampak. Contohnya lukisan gambar pokok
3. jalinan abstrak-sifat atau rupa jalinan yang diolah dalam karya. Jalinan
dipermudahkan tetapi masih bercirikan benda yang ditiru
4. jalinan khayalan- rekaan dan imaginasi pengkarya.
3. Rupa

• rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut tersebut akan
bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama
• rata dan bersifat dua dimensi , tidak berjisim, ton warna dan jalinan
• kebanyakan rupa dalam seni visual diaplikasikan sebagai symbol logo
dalam karya perekaan

rupa geometri

• rupa geometric ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai


sempadan yang tetap
• rupa geometric biasanya digunakan sebagai symbol dan logo kapsyen
dalam seni komunikasi
1.2 Contoh geometri

Rupa organik

• mempunyai sempadan yang bebas


• garisan luar tidak terbatas
• kebanyakannya daripada semula jadi

5. bentuk

• bentuk merupakan lanjutan daripada pemahaman rupa


• mempunyai keluasan , ketinggian , jisim dan mempunyai lebih
permukaan
• mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat
menghasilkan bentuk
• terbahagi kepada 2 dimensi, 3 dimensi dan banyak lagi dimensi
ASPEK FORMAL:PRINSIP REKAAN

• Perinsip rekaan merupakan kaedah dan teknik seusunan karya


• Melibatkan unsur seni yang disusun dalam olahan yang tertentu dengan
menggunakan prinsip rekaan

Terdapat tujuh prinsip dalam prinsip rekaan:-

1. harmoni
2. kontra
3. imbangan
4. kadar banding
5. dominant
6. ekonomi
7. kepelbagaian

1. harmoni

• ialah persamaan dalam satu kumpulan


• wujud dalam satu kumpulan yang tiada cirri-ciri yang bercanggah
• dapat dihasilkan daripada pebagai pengolahan, perulangan motif
atau corak yang sesuai dapat menimbulkan perasaan selesa
2.kontra
• terhasil daripada gubahan karya atau keadaan yang mempunyai ciri2
bertentangan
• timbul perbezaan
• memberi penegasan dan mengelakkan kebosanan
• contohnya dalam pengolahan papan tanda jalan raya.

3.imbangan

• bermaksud imbangan atau timbangan antara 2 bahagian


• bermaksud padanan antara 2 bahagian
• dari segi berat , tarikan dan penumpuan pemerhatian
• terdapat pada benda buatan dan semula jadi

imbangan terdiri daripada:-

1.imbangan simetri
2.imbangan tak simetri

3.1 . imbangan simetri

• Persamaan antara 2 bahagian kiri kanan, atas baeah


• Dikenali sebagai imbangan formal.
• Simetri mempunyai sifat cerminan

Contohnya simetri
3.2 imbangan tak simetri

• olahan komposisi yang tidak seimbang


• tidak bersifat cerminan

Contoh imbangan tak simetri(1.7)

3.3 kadar banding

• merupakan kaitan ukuran pada setiap bahagian dengan bahagian yang lain
secara keseluruhan pada sesuatu benda secara bersesuaian dan harmoni
• kadar banding berlaku pada benda ciptaan manusia atau semula jadi
• contohnya kadar ukuran anggota badan contohnya kaki lebih panjang dari
tangan.

3.4 dominan

• bermaksud berkuasa atau berpengaruh


• bermaksud aplikasi unsure seni reka, tema , imej media , dan teknik paling
banyak diberi penekanan atau digunakan dalam penghasilan karya
• imej dominan merupakan penegasan dan penumpuan dalam
menyampaikan sesuatu dengan menggunakan sesuatu sebagai sumber
paling banyak(ape benda aku cakap ni)

3.5 ekonomi

• ekonomi dalam prinsip rekaan ialah penggunaan elemen atau imej yang
paling asas dalam penghasilan karya.
• Dengan penggunaan media dan teknik yang tidak berlebihan tetapi menarik
karya tersebut ekonomi tetapi produktif dan efesyen
3.6 kepelbagaian

• ialah gabungan sesuatu unsur seni reka atau prinsip rekaan dalam sesuatu
karya yang bersesuaian
• contohnya arca digabungkan dengan ukiran

4.ASPEK FORMAL: RUANG , KESATUAN , MEDIA DAN TEKNIK

• penggunaan bahasa seni visual digunakan dalam pengolahan


pengkaryaan dan perekaan
• digunakan dalam kombinasi unsur seni reka dan prinsip rekaan yang mana
dapat menyelesaikan isu ruang dan mewujudkan kesatuan
• dikenali sebagai aspek formalistic
• formalistic bermaksud penghuraian maksud karya tanpa bantuan aspek
kandungan seperti tema , makna , dan fungsi.

4.1 RUANG

• Ruang merupakan jarak diantara sesuatu objek.


• Terbahagi kepada 2:-

1. ruang ilusi- berbentuk dua dimensi. Tidak dapat dirasai , dapat


dilihat pada permukaan 180 darjah ( ruang ilusi pada cat air)
2. ruang konkrit-dalam ruang sebenar,dapat disentuh , dapat dilihat,
tiga dimensi, dilihat pada permukaan 360 darjah

pengolahan ruang dalam karya dua dimensi

• terdapat tiga cara pengolahan ruang

1. ruang rata

• jarak antara dua objek adalah tidak ketara atau rata


• diwujudkan dengan menggunakan perbezaan warna
• warna panas menonjol kehadapan dan warna sejuk
tenggelam di belakang

2. ruang cetek

• jarak antara dua objek yang digambarkan dekat

3. ruang dalam

• jarak antara objek yang digambarkan adalah ketara berjauhan


• melibatkan ruang perspektif
• jarak antara objek berubah dari aspek saiz , ketinggian , dan
kelebaran
RUANG PESPEKTIF

• merupakan teknik gambaran yang bertujuan untuk menunjukan gambaran


ruang tiga dimensi
• dibuat diatas permukaan rata atau dua dimensi, mampu mewujudkan ilusi
• melibatkan aras mata , titik lenyap dan ruang perspektif bg mewujudkan
ilusi

• terdiri dari 3 jenis:-

1. perspektif 1 titik lenyap


2. perspektif 2 titik lenyap
3. perspektif 3 titik lenyap

1. PERSPEKTIF 1 TITIK LENYAP

• Menggunkan garisan grid yang selari


• Ketinggian yang sama pada satu titik lenyap
2. PERSPEKTIF 2 TITIK LENYAP

• Menggunakan garisan grid yang selari dan bertemu pada 2 titik lenyap dari
kiri dan kanan pada aras mata (horizontal line)
• Hanya ketinggian akan diletakkan pada latar gambar

3. PERSPEKTIF 3 TITIK LENYAP

• Terhasil apabila objek dilihat pada pandangan aras mata bawah atau atas
• Contohnya anda berada ditengah hadapan sebuah bangunan anda mampu
melihat bawah dan atas bangunan tersebut dengan ketinggian , saiz dan
kelebaran yang berbeza
4.2 KESATUAN

• Pengolahan karya yang mengaplikasikan unsur-unsur seni reka dan prinsip


rekaan yang bersesuaian dengan idea/ imej secara keseluruhan karya
tersebut
• Menjadikan karya lengkap dan teratur
• Dapat menimbulkan suasana yang selesa
BAHASA SENI

Gambarajah menunjukkan bahasa seni visual dalam pendekatan formalistic


4.3 MEDIA

• Merupakan bahan perantaraan antara pengkarya dan hasil seni


• Merujuk kepada bahan yang digunakan untuk mencipta karya spt kayu
untuk arca
• Terdiri daripada

1. media konvensional
2. media baru

MEDIA KONVENSIONAL

• bermaksud bahantara yang menjadi kebiasaan pada pengkarya


• tradisi spt rotan, buluh dan mengkuang
• media konvensional pula seperti catan, cat air, kanvas

MEDIA BARU
• merujuk kepada media alternative bagi media yang biasa digunakan oleh
pengkarya
• bahan baru digunakan
• contohnya prisian computer photoshop,acdsee dan sebagainya

4.4 TEKNIK

• merupakan cara atau kaedah penghasialan karya


• merujuk kepada kaedah , gaya , dan cara pengolahan dalam proses
penghasilan karya seni visual
• terdapat dua jenis teknik

1. teknik konvensional
2. teknik baru

TEKNIK KONVENSIONAL

Teknik yang telah diguna pakai sekian lama dahulu seperti teknik impasto dan
teknik glizing

TEKNIK BARU

Penggunaan kaedah yang baru dalam mencipta karya


Terdapat pembaharuan dalam mencipta benda yang sama contohnya seperti
Penghasilan batik dengan menggunakan cetakan skrin
Teknik impasto pula kini boleh digunakan melalui photoshop

Anda mungkin juga menyukai