Anda di halaman 1dari 9

Definisi:

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat
dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada
bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil
dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat
yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis Jenis Arca
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang
difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak
pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi
untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan
peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam
kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi
kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.


(Arca Asemblaj)
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya
estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun
pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua
dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah
hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana
arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.





Arca Timbulan

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi
yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi
antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca
dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang
mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari
permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques
Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan
aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

(Arca Mobail )
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di
atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak ,
berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari
Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum
pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.


(Arca Stabail)

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-
awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau
bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh
bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian
yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan
menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh
digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.
Arca Gabungan
Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai
objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut
hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga
tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak
dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang
untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama .
bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang
sama seperti tema diorama.

Boneka
Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat
berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh
fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada
zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun
fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali antara dulu
dan sekarang.

Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain
ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus
pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula
semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105
A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan
kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami
yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.

Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol
oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha
bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-
temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun
tempatan yang dipanggil Washi.

Topeng
Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk
mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk
menghormati sesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian.
Bentuk topeng bermacam-macam ada yang mengambarkan watak marah, ada
yang menggambarkan lembut, dan adapula yang menggambarkan
kebijaksanaan.
Kehidupan masyarakat modern saat ini menempatkan topeng sebagai salah satu
bentuk karya seni tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetis yang dimilikinya,
tetapi sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu
memancarkan kekuatan magis yang sulit dijelaskan.








MEDIA PENGHASILAN ARCA
- TANAH LIAT - Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum
batu digunakan untuk arca
- GANGSA - Gabungan tembaga, zink dan timah - Gunakan alatan leburan yang
bersuhu tinggi - Gunakan acuan untuk membentuk arca.


- KAYU - Media paling tua , Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu -
Banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia


- BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu
sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu
digabung dengan logam.


- LOGAM Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena digunakan


Arca timbul - Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi
yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan.
Ia bolah di buat secara:- Acuan- Tampalan- Asemblaj Binaan
Asemblaj - Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi
satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;-
Kimpalan- Binaan- Cantuman skru/paku- Gam
Mobail - Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan.
Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik
yang digunakan;- Kimpalan- Gam- Skru
Ikatan
Stabail - Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan
dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan;- Kimpalan- Skru- Ikatan-
Acuan- Binaan


Penyediaan Lakaran Idea
_ Menentukan subjek dan tema
_ Menentukan alat dan media
_ Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)
_ Memilih salah satu lakaran yang terbaik
_ Memperinci lakaran


Proses Membentuk Arca
_ Membuat model kecil/prototaip
_ Membuat kerangka atau struktur
_ Membuat arca yang sebenar
_ Kemasan dan persembahan


PERSEMBAHAN HASIL KERJA
Ekspresi Diri
1. Bentuk arca menepati tema dan topik.
2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan.
3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk
suatu komposisi gubahan yang artistik.
5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna,
imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Asli, unik dan berketerampilan.
Apresiasi
1.Tajuk dan tema yang sesuai
2.Alat dan bahan yang sesuai
3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej
4.Kesesuaian secara keseluruhan
















Nyatakan dan huraikan EMPAT tema yang membentuk proses karya arca.

i.Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
Objek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama dalam
menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan, piring, pinggan
senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan rujukan dalam berkarya.
Kesemua objek yang menjadi tema atau hal subjek ini dikaji dari segi dinamik
fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di
samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

ii.Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda
pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta. Perasaan
takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar
atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi
berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan
cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si
pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam
berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi
atau penggerak minda dalam berkarya.

iii.Aliran dan Tema Sejagat
Tema ini menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia
menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering
diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur
kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai,
keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk
dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam
berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan
mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-objective art, Minimal art
misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup
menerima rintangan.

iv.Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain
merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada
bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta,
kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan
keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan
untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi
kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan
manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu
mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai
estetikanya.

http://achikkini.blogspot.com/2011/08/hbae2203-ulangkaji-soalan-lepas.html

Anda mungkin juga menyukai