Anda di halaman 1dari 5

Perkhemahan

1.3 OBJEKTIF/ RASIONAL PERKHEMAHAN.



Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah:

i. Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman (Experiential Learning)
dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan negara yang mempunyai warganegara
yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk
meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari,
kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara
berpasukan.

iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada
masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang
dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah:

> Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.
> Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.
> Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya.
> Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja
secara berpasukan.
> Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
> Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

2.1 TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah
yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada
berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap
dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan
belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu
perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan.Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini
sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang
lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan diantaranya ialah:

i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.

- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan
tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke
tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dansebagainya. Kerap kali mereka terpaksa
merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri
sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya
kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.


- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat
kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan
kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya,memasak, membasuh pakaian,
menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang
kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa.Sesetengah- sesetengah mereka
tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan
di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai.Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-
tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya.Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan
ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.

- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan
kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang,
sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita
didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir
tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas
spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T
yang


menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang
kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.

- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama.Mereka
belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka
dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan,
masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang
tanpa mengira bangsa dan keturunan.

- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan
bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu
membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat
bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang
kukuh dan penuh berdisiplin.

- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah,
atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan
masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam
sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita
yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang
konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.



iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.

- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari
bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas
daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan
fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan
terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia
dan kewarasan berfikir.

v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.

- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia
tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar
semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum
segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-
henti membinasakannya.
- Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga
apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari
semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan
dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tambah.
Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadakterhadap seorang ibu yang sedang sakit
tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.

- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan
kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan
sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada
teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-
bagai kemudahan lagi.

vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.

- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari beberapa
keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk
berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipurdan kawasan-kawasan
perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri
dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang
hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemahtentang tempat-tempat dan kemudahan-
kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang
perkhemahan diterbitkan.

- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan
aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta
mandi bersama-sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang
untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama
melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan danmembaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.

- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia
tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap
individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan
mereka.

- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti
taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti
bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan
seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.

3.1 PEMILIHAN TEMPAT

Banyak tempat yang menarik di negara kita yang boleh dijadikan kawasan untuk berkhemah bagi sesebuah
kumpulan. Tempat yang biasa menjadi pilihan ialah seperti di tepi pantai, tepi sungai, tepi tasik, kawasan
pergunungan dan kawasan hutan. Pemilihan tempat adalah sesuatu yang amat penting kerana ia menjadi
faktor utama keselesaan sesuatu aktiviti perkhemahan itu. Antara yang perlu diteliti semasa memilih
tempat ialah :

1. Keselamatan peserta dan harta benda

Keselamatan peserta dan harta benda merupakan aspek yang terpenting yang perlu diambil kira.
Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan binatang buas, dan
sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan nyawa peserta. Kawasan tapak
perkhemahan haruslah mempunyai ruang yang cukup untuk bermain, bergerak, berehat, serta kawasan
yang lapang untuk tapak perhimpunan. Kawasan yang sempit boleh mengundang kepada kecelakaan dan
kemalangan. Antara lain yang perlu diambil perhatian ialah seperti memikirkan kemungkinan berlakunya
bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya. Keselamatan peserta semasa perjalanan ke
tempat tapak perkhemahan juga dianggappenting. Oleh itu, taklimat perlu diberikan kepada peserta bagi
mengatasi dan memudahkan bertindak semasa berlakunya kesesatan atau kecemasan ketika berada di
dalam hutan atau di tapak perkhemahan tersebut.





2. Kemudahan asas

Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya mempunyai kemudahan asas. Kemudahan
asas ini ialah seperti bekalan air bersih yang berdekatan. Bekalan air yang bersih sebagai contohnya
ialah daripada aliran sungai, danau, telaga, air terjun dan daripada sumber piliatau paip. Tujuannya adalah
supaya senang untuk mandi dan membasuh selain menjadi sumber minuman. Selain daripada bekalan air,
kawasan perkhemahan juga mestilah terletak dekat dengan kawasan yang mudah untuk mendapatkan
bekalan kayu dan bahan api yang banyak. Kemudahan lain yang perlu ada ialah seperti jalan perhubungan
dan sebagainya.

3. Tempat menarik dan selesa

Keseronokan merupakan salah satu daripada matlamat pekhemah Sehubungan itu, pemimpin seharusnya
meneliti semasa memilih sesuatu tempat supaya matlamat itu tercapai. Biasanya kawasan seperti di
tepi pantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan menjadipilihan utama untuk diadakan
perkhemahan.

4. Kawasan

Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan yang agak tinggi.
Jangan berkhemah di tempat yang mempunyai tanda-tanda pertumbuhan rumput. Ini sedikit sebanyak
akan menyukarkan peserta untuk mendirikan khemah dan untuk beraktiviti dikawasan tersebut. Kawasan
perkhemahan juga haruslah berdekatan dengan kawasan bandar kerana mempunyai sistem pengangkutan
yang

baik dan sempurna. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak sesuai untuk berkhemah. Selain itu
juga, kawasan tapak perkhemahan haruslah
diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada serangga-serangga yang boleh mengganggu
semasa berkhemah. Seorang ahli perkhemahan
yang mahir dan baik seharusnya memeriksa kawasan perkhemahan
terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai