Anda di halaman 1dari 14

CIRI CIRI BAHASA

Bahasa Bersifat Sejagat


-boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa
sahaja di dunia.
-setiap bahasa ada penuturnya dan tiada
larangan untuk mempelajarinya.
-bahasa secara alamiah adalah berpotensi untuk
berbeza dan beraneka

Keuniversalan Sifat Bahasa.


a.Bunyi Bahasa sifat yang paling
asas,semua bahasa di dunia terdiri
daripada bunyi-bunyi bahasa-bunyi
dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.
Bunyi digabungkan dan disusun secara
sistematik dan menghasilkan mesej
yang bermakna kepada manusia.
Bunyi bahasa berbeza antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain.

B. Makna-setiap bahasa yang dituturkan dapat


difahami oleh penutur dan pendengarnya.
Makna ini pula berkait rapat dengan budaya
dengan masyarakat penutur bahasa tersebut.
Secara umumnya,bunyi dan gabungan
perkataan dalam ayat dapat menghasilkan
makna.
Ada perkataan yang mempunyai makna
konkrit(tersurat) dan abstrak(tersirat)

Bahasa Bersifat Dinamis

Bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi


untuk berkembang,membuat penyesuaian
serta menerbitkan pembaharuan dan
kemajuan.
Sifat bahasa sedemikian akan tersu berlaku
selagi penuturnya berinteraksi dan bergaul
dengan manusia yang lain.
Pertembungan kebudayaan dan manusia
menambahkan pengayaan perbendaharaan
kata sesuatu bahasa itu.

Bahasa Bersifat Bervariasi

Kepelbagaian melibatkan cara dan gaya


mengajarkannya - satu satu bahasapelbagai dialek yang diujarkan penutur
dan laras bahasa yang digunakan dalam
satu satu bidang ilmu.
Merupakan anugerah Tuhan dimanfaat
dengan sebaik-baiknya .

Pandangan Ahli ahli Bahasa


Anderson (1972)
Menyenaraikan lapan ciri berkaitan sifat bahasa.
Bahasa merupakan satu sistem
Terdiri daripada vokal dan bunyi-bunyi ujaran
Terdiri daripada lambang lambang yang
arbitrari
Bahasa terbina daripada kebiasaan
Bahasa merupakan alat perhubungan
Bahasa berhubung erat dengan budaya tempat
bahasa itu dituturkan
Bahasa sentiasa berubah ubah
Bahasa mempunyai sifat-sifat khas dan unik

Brown (1980)
Enam ciri umum
Bhasa merupakan satu sistem yang sistematik
Bahasa merupakan sekumpulan lambang yang
sewenang-wenangnya
Lambang bahasa boleh bersifat bunyi,visual atau
grafik
Lambang bahasa mengandungi makna kebiasaan
Bahasa bersifat kemanusiaa,iaitu bahasa
digunakan oleh manusia
Bahasa bersifat universal,iaitu dimiliki oleh semua
orang atau bangsa serta diperolehi dengan cara
yang hampir sama.

Charles F.Hockett(1960)

Saluran lisan pendengaran Bahasa


manusia terhasil daripada bunyi bunyi
bahasa secara berurutan dan berbeza
dengan saluran komunikasi lain seperti
visual,sentuhan dan bau
Sistem penghantaran Isyarat boleh
didengar oleh setiap orang melalui
telinga dan sumber datangnya bunyi
isyarat- boleh dikenal pasti melalui
keupayaan pendengaran telinga
manusia.

Cepat lenyap lenyap selepas


berberapa saat sebaik sahaja didengar
tidak menunggu kesediaan atau
keselesaan pendengar untuk mendengar
bunyi bunyi bahasa itu.
Mudah ubah Pendengar dalam masa
yang sama adalah penutur dan
memahami mesej yang disampaikan
serta mendapat respon daripada
pendengar lain.

Maklum balas total boleh mendengar bunyi


bahasa yang dihasilkannya sendiri- dalam masa
yang sama boleh bertindak balas,
mengubahsuai dan memperbaiki ujarannya.
Pengkhususan Gelombang bunyi ujaran tidak
mempunyai tujuan lain,melainkan untuk
membawa isyarat makna.
Bermakna membawa makna-berdasarkan
hubungan antara rujukan dengan situasi
sosial,kebudayaan dan dunia fizikal yang
dikongsi bersama oleh anggota masyarakat.

Arbitrari tiada hubungan semulajadi atau


tetap antara tanda dengan benda yang
dirujuk. Makna sebagai tanda-tanda linguistik
merupakan perkara yang bberkaitan
persetujuan sosial pengguna sesuatu bahasa.
Terpisah pisah semua ujaran boleh diasingasingkan kepada elemen-elemen ujaran yang
lebih kecil dan terpisah pisah antara satu
sama lain misalnya perkataan boleh
diasingkan kepada fonem.

Pemindahan boleh bercakap tentang sesuatu


benda atau perkara- dalam masa yang sama
boleh dipindahkan kepada pendengar ,
walaupun terdapat kekangan jarakpenutur dan
pendengar.
Produktiviti tidak terhad untuk diujarkan dan
difahami dengan unsur ujaran yang sedia ada
tetapi ujaran yang baharu boleh dicipta dan
dilahirkan.
Pemerolehan bahasa wujud melalui proses
pembelajaran dan diajarkan.

Fakta dan imiginasi isyarat bahasa


boleh berubah menjadi tidak benar dan
tidak semestinya bersifat fakta.
Justeru,ini membolehkan kita membuat
andaian,berimiginasi,berbohong,menya
mpaikan cerita dan membina hipotesis.
Boleh dipelajari tiada halangan untuk
mempelajari oleh sesiapa sahaja
walaupun b uklan bahasa ibundanya.

Reflektif bahasa bukan sahaja


digunakan bagi menyatakan sesuatu
perkara,malahan bahasa sendiri boleh
dikaji dan dianalisis-misalnya
menggunakan bahasa untuk membuat
huraian bahasa dan menjelaskan cara
manusia menggunakan bahasa.

Anda mungkin juga menyukai