Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN KEPADA SUKAN REKREASI

Definisi sukan rekreasi


Mengikut Ford (1981) -program yang meliputi penggunaan persekitaran semula
jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang
sedia ada.
Mengikut Hammerman et.al (1985) - landasan untuk mengenal pasti pelbagai
pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.
Mengikut Knapp (1981) - alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Konsep sukan rekreasi


.Berasaskan aktiviti darat
Lasak
Alam
Berasaskan aktiviti air
Berasakan aktiviti dalaman
Campuran kedua aktiviti
Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi.
Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang.
Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul
antara rakan-rakan.
Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara
mereka.
Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan
interaksi antara masyarakat.
Ini akan menyebabkan mereka mahami antara satu sama lain.
Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari
nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi.

Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah
dipelajari dalam kehidupan harian kita.
Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang
kaya dengan nilai-nilai murni.
Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam
pembentukan personalitI
pembangunan insan
pembangunan negara
gaya hidup sihat
kepimpinan
kecerdasan
sosialisasi
pendidikan sepanjang hayat

ANTARA JENIS-JENIS REKREASI:


1. Rekreasi Fizikal - berbasikal
2. Rekreasi Sukan - bola sepak, bola jaring
3. Rekreasi Sosial - sukan rakyat, sukaneka
4. Rekreasi Mental/linguistik - memanah, debat
5. Rekreasi Terapeutik - Muzik: senamrobik
6. Gerak Tari - yoga, tai chi
7. Drama teater

KEPENTINGAN REKREASI

PEMBENTUKAN PERSONALITI - Membentuk personaliti diri yang berkualiti


seperti berdikari, berani dan yakin.

KEPIMPINAN - Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap


keselamatan orang lain.

DIMAMIK KUMPULAN - Melalui aktiviti berkumpulan, seseorang itu akan


dilatih untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan belajar mengendalikan
kumpulan.

MENINGKATKAN KECERGASAN - Sukan rekreasi yang melibatkan


kecergasan fizikal,dapat meningkatkan kecergasan dirinya.

SOSIALISASI - Dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang


dianjurkan oleh sesebuah pihak - Memberi peluang kepada kita untuk
mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan.

PEMBANGUNAN INSAN - Dapat melahirkan insan yang bersedia berdepan


dengan risiko dalam kehidupan melalui pembinaan emosi yang baik.

PEMBANGUNAN NEGARA - Masyarakat yang sihat dari segi fizikal serta


mentalnya
boleh menyumbang kepada pembangunan negara
khususnya
dalam bidang sukan.

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT - Sesuai dilakukan oleh semua peringkat


umur. - Setiap lapisan masyarakat bebas melakukan aktiviti sukan rekreasi
bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

KAJIAN EMPIRIKAL

DEFINISI
Kajian penyelidikan,penelitian,penyiasatan terhadap sesuatu.
Empirikal kaedah yang digunakan melalui kajian-kajian dengan pengumpulan
data.
-melalui temubual dan pengedaran borang soal selidik.
Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat yang sahih,
tekal, telus dan boleh dipertahankan.Tanpa bukti empirikal, pertimbangan
terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat
berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan
rapuh.

Kaedah Kajian Empirikal


TEMUBUAL INDIVIDU-Temu bual Individu adalah kaedah yang paling berkesan
membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang
sejarah,pandangan, dan pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi topiktopik yang sensitif.

Pengenalan Ikatan & Simpulan


Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja
menyelamat.Pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu
kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle
Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.
Jenis-Jenis Ikatan
Terdapat sepuluh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan
proses menyelamat, antaranya ialah

a) Thumb Knot / Stopper Knot (simpul mati)


b) Figure of Eight Knot (simpul angka lapan)
c) Reef Knot (buku sila)
d) Sheet Bends (bunga geli)
e) Bowline (tindih kasih)
f) Half Hitch (setengah belit)
g) Clove Hitch (simpul manuk)
h) Fisherman Knot
i) Timber Hitch (simpul balak)
j) Figure of Eight single & Double Loop

For more information please click


http://www.scribd.com/doc/52146482/kemahiran-tali

Perkhemahan
Khemah, adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan
mempunyai kemudahan asas yang minima.
Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak
kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen
seperti mana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di
negeri orang. Yang pentingnya boleh memberi perlindungan kepada hujan,
panas, kesejukan dan juga angin.
Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang
dipasang dan dibuka semula. yang paling sesuai adalah khemah dari bahan
nylon dan jenis-jenis yang ringan.

Antara tujuan perkhemahan adalah seperti:


Mendedahkan kepada pelajar suasana perkhemahan dan pengendalian serta
penggunaan perkhemahan secara terancang.
Perkhemahan adalah untuk memupuk nilai-nilai murni di samping semangat
muafakat antara ahli-ahli di dalam kawasan perkhemahan.
Perkhemahan juga adalah sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan jurulatih/guru dan juga pelajar selain ianya merujuk kepada
perkongsian maklumat sesama ahli perkhemahan.
Melatih berdikari dan konsep kendiri pootif.
Latihan Jasmani.
Meredakan ketegangan emosi
Orientasi sosial
Pengisian masa lapang.

Apa Itu Ikhtiar Hidup


1.0

PENGENALAN

Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live.
Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan
atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar,
ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu
supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Ikhtiar hidup merupakan
keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh
diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu
supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan
masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh
seseorang.
S - Size up the situation
U - Use all your senses
R - Remember where you are
V - Vanquish fear and panic
I - Improvise
V - Value living
A - Act like native
L - Live by your wits

2.0

SITUASI DALAM IKHTIAR HIDUP

Antara situasi berlakunya ikhtiar hidup ialah apabila kehabisan bekalan makanan
dan minuman. Kita terpaksa bersedia untuk menerima kemungkinan ini apabila
masuk ke dalam hutan. Oleh itu, persediaan yang rapi mestilah dilakukan supaya
kita dapat meneruskan kehidupan sehingga diselamatkan. Selain itu, ikhtiar
hidup ini mungkin juga berlaku apabila berlakunya ancaman binatang buas ke
atas diri kita. Pada waktu yang sama, kita mungkin terpaksa berhadapan dengan
bahaya dan kita juga mesti tahu untuk menyelamatkan diri. Bagaimana untuk
mengelakkan daripada menjadi mangsa binatang buas dan menyelamatkan diri.
Seterusnya ialah situasi di mana kita menghadapi masalah perlindungan.
Mungkin sewaktu masuk ke dalam hutan kita terlupa membawa khemah ataupun
kita tersesat di dalam hutan. Mungkin kita tidak mempunyai alat kelengkapan
iaitu khemah untuk menjadi tempat perlindungan kita. Oleh itu, ikhtiar hidup akan
membantu kita mempelajari cara-cara untuk membuat pondok daripada
tumbuhan yang terdapat di dalam hutan.

a)

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

1.)

Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.

2.)

Mental pengetahuan tentang ikhtiar hidup

3.)

Fizikal kecergasan dan ketahanan tubuh badan

4.)

Teknik kemahiran ikhtiar hidup

5.)

Material peralatan, pakaian dan bekalan

b)

Punca situasi ikhtiar hidup

Akibat kelalaian manusia () itu sendiri sama ada di peringkat


perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan luar ataupun aktiviti luar.
Seterusnya kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi (
) iaitu bidang mengenai hutan dan cara untuk menyesuaikan diri dalam hutan.
Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak
berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

3.0

KEPENTINGAN ILMU IKHTIAR HIDUP

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan


salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang
ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu
sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. Ilmu ikhtiar hidup ialah
sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam
kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup
merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang
ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada
pelbagai cabaran dan risiko.

4.0

PRINSIP IKHTIAR HIDUP

Keselamatan
Usaha
Kawalan diri
Kerjasama

1. Keselamatan
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Selain itu, kita
mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
membahayakan keselamatan. Sebagai contoh memakan tumbuh-tumbuhan
yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu
lapar. Di samping itu, Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda tidak
menghiraukan soal keselamatan diri. Ini kerana sewaktu berada dalam keadaan
ikhtiar hidup, kita tidak mengetahui tentang keadaan keselamatan diri kita. Oleh
itu kita mestilah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan
2. Usaha
Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa
sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan
berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. Selain

itu, jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan
keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang
seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka. Akhir sekali,
kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu sewaktu berada
dalam hutan ataupun dalam keadaan ikhtiar hidup. dalam stuasi ikhtiar
hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai
ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.

3. Kawalan diri

Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan


tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan
panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburuburu. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya
kawalan diri. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang
dihadapi.

4. Kerjasama
Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat
amatlah penting. Kerjasama juga akan mewujudkan suasana dan peluang yang
lebih terjamin. jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah
penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan.
Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

5.0

ALAT-ALATAN UNTUK IKHTIAR HIDUP

Alat
Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi
ikhtiar hidup. Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan
luar sama ada di darat atau di air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam
satu bungkusan yang khusus serta kalis air. Alatan ini juga mestilah dibungkus
kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda. Alat-alat

ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat
kegunaan.
1)

Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak
serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira
mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.
Cadangan-2 keping coklat() ,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat(
) , dan sebungkus garam 40gm.
2)

Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil
paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.
3)

Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usahausaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.
Antara alat-alat yang sesuai:-2 utas tali pancing() (tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil ()
-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m) ()
-1 @2 batang lilin
-1 kotak mancis api/1 pemetik api ()
-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang
mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.
Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.
Parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai
pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang. Alat-alat makanan
ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya.
Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan. Alat-alat

yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh


mengubahsuai alat-alatan ini jika difikirkan perlu.
Air
Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum
air tanpa menjamah makanan.
Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot
dan otak.
Kekurangan air sebanyak 10% - berada ditahap serius.
Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut)

Punca air
punca air yang senang untuk didapati apabila berada di dalam hutan ialah
anak sungai, tasik, dan sungai. Untuk mencari air, segera turun ke kawasan
lurah atau lembah. Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan
mata air atau lelehan air
Tanda-tanda terdapatnya punca air
Bunyi
Penglihatan
Binatang
Serangga
1. Bunyi
Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun,
cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi. Matikan langkah dan pasang telinga
untuk mendengar bunyi tersebut. Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas
dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.
2. Penglihatan
Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi.
Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing
untuk ke kawasan air tersebut.

3. Binatang
Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti
disekitarnya ada punca air
4. Serangga ()
Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah
tanda positif untuk mendapat air.

6.0

ELIMEN IKHTIAR HIDUP

Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival) ialah yang terletak
diantara dua telingan anda, iaitu otak. JANGAN PANIK, gunakan akal dan anda
haruslah berlatih menggunakan 5 elimen asas sebelum anda terpaksa
bergantung dengannya.
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat
kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu
menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap
mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai
pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua
keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa
tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding
satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk
diganakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah
yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan
bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja
yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika bahan bakar
diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang
ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau
dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat
menerima pemanasan dari belakang.
Perlindungan bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada
pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang
boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh
anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai
untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya
lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang
terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan

membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam


semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk
membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya anda tidak menemui tapak
perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan
sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak
daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun
digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat
position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan.
ISYARAT menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian
orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah,
bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga
tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam
kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan
persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat
kapal terbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya
Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik
perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api
dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang
tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara
seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja
yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja
menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama
mereka untuk memerhati.
MAKANAN/AIR berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan
anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk
hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh
hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan
tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair
dari tubuh spt. peluh / kencing). Anda seharusnya membawa sejumlah makanan
dengan mengandaikan bahawa anda akan memerlukan makanan dan air yang
lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang
berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket
anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan
menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda
meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda
untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman anda. Jangan
tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan
air anda didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan
liar jika anda tidak pasti. Anda boleh mengumpulkan air hujan dengan

menggunakan "space blanket" atau baju hujan anda dengan menadahkannya


diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.
PERTOLONGAN CEMAS bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga
merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentiasa tenang
dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga
keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe
(tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati
anda telah tersesat atau terkandas.
Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk
kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat
catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang
kecil dan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup
hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan
perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara
menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan
perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya
bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya bertenang dan
berusaha untuk terus hidup. Elakkan "hypothermia" (in english) dengan
memanaskan badan anda dengan baju panas atau "space blanket".

4.0 KESIMPULAN
Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha
untuk keluar dari keadaan tersebut.
Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu
iktiar hidup adalah perlu digunakan. Selain itu, Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari
disebabkan perkara-perkara berikut:a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan
untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan
untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat
demikian.

Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu
ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.
Oleh itu, program pendidikan luar perlulah disokong kerana aktiviti seperti
ikhtiar hidup yang menjadi salah satu perkara ataupun elemen yang wajib dalam
pendidikan luar ini. Ini kerana melalu aktiviti ikhtiar hidup ini, ia dapat
mewujudkan kecekalan yang tinggi dalam setiap peserta dan mampu
meningkatkan keyakinan diri peserta. Ini juga dapat melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis mengikut falsafah pendidikan kebangsaan iaitu dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.

Anda mungkin juga menyukai