Anda di halaman 1dari 13

DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

Tajuk : Membeli belah (1959)


Media: Cat minyak
Pelukis: Mohd salehudin
Tema: Gambaran sosioekonomi
masyarakat tempatan

Kumpulan 9
1) Nur Izana Haji Johan
2) Murni Asyarah Jaumi
3) Melissa matthew
4) Sarvini Ramasamy
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

1) Media yang digunakan Cat Minyak


2) Mengambarkan lima karekter figura manusia yang
mempunyai pelbagai bangsa.
3) Penjual sedang menimbang barang jualannya.
4) Seorang figura perempuan (pembeli) bersama budak
kecil yang memakai baju merah sedang bermain
dengan beras yang berada di dalam guni.
5) Kedudukan figura berbangsa India menunjukkan dia
sedang berjalan menghala ke kawasan kedai tersebut.
6) Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah
bersaiz kecil yang agak jauh dari kedai .
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

1) Teknik yang digunakan Teknik glazing


- contohnya pengunaan warna yang cerah dan berkilat pada
tubuh figura penjual dan kain pembeli.

2) Warna
- Warna yang digunakan memberi pengaruh terhadap jalinan, ruang,
kesan, dan kontra.
- Contohnya , penggunaan warna gelap pada penghujung gunung
menampakan jarak dan laluan di kawasan tersebut.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

2) Warna
- Menggunakan warna yang sejuk pada permukaan langit untuk
memberi suasana yang tenang.

- Dengan pengunaan ton warna yang berkesan dapat


menghasilkan terang gelap dihadapan dan dibelakang dan ini
menampakan pencahayaan dan menghasilkan bayang-bayang
pada figura, bangunan kedai dan kadar banding antara depan
dan belakang.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

3) Garisan
- Paling penting dalam karya kerana ia dapat mencipta rupa,
jalinan dan corak.
- Pengunaan garisan beralun, titik-titik, halus dan tebal
- Sebagai contoh, penggunaan garisan halus dan tebal
menampakan bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang
agak jauh daripada kedai dengan saiz yang kecil berbanding
dengan penggunaan garisan tebal pada almari kedai di depan.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

3) Garisan
- Garisan beralun terhasil pada lengan baju
wanita tersebut menampakan kelembutan
dan keayuan wanita.

- Penggunaan garisan tebal dan warna yang


kontra diantara tubuh figura penjual dapat
mengambarkan jalinan tampak.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

3) Garisan
- Garisan titik-titik menghasilkan
jalinan tampak pada gambar
beras yang dilukis.

- Garisan halus yang berulang


pada daun pokok yang dilukis
disudut kiri menampakan pokok
yang sedang bergoyang ditiup
angin dan menimbulkan irama
dan pergerakan, pada masa
yang sama menghasilkan
keharmonian.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

4) Penegasan
- Pada masa yang sama, pengunaan warna merah pada baju budak
perempuan menampakan penegasan dalam karya.

- Perbezaan warna pada kain figura seperti biru, kuning, dan merah
menimbulkan satu suasana Kontra yang menjadikan karya lebih
menarik.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

5) Ruang
- Susunan & reka letak objek berjaya menimbulkan ilusi yang baik.
- Sebagai contoh pengunaan warna gelap di depan dan warna cerah di
belakang menimbulan kesan ruang iaitu jarak dihadapan dan di
belakang. Pada masa yang sama, ianya telah menghasilkan kesan
perspektif.

6) Keseimbangan
- Perbezaan saiz figura disudut kiri (penjual) , tengah-tengah (Pembeli &
seorang lelaki bersongkok) dan kanan (seorang lelaki berbangsa India) ,
susunan objek di dalam karya menghasilkan keseimbangan tidak
simetri.

7) Kepelbagaian
- Sejajar dengan itu, dengan adanya penggunaan elemen seni yang
banyak maka karya ini mewujudkan kepelbagaian.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

Karya catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-


ekonomi masyarakat pada masa itu. Karakter dalam lukisan menunjukkan
bahawa terdapat kepelbagaian kaum di Malaysia. Dalam karya ini terdapat
seorang wanita yang masih muda dengan anak perempuan nya membeli belah
di sebuah kedai cina. Seorang lelaki india pula dapat dilihat di bahagian
belakang karya. Kedai itu pula dimiliki oleh peniaga cina yang
berlatarbelakangkan rumah masyarakat melayu yang memberi bayangan
terdapat sebuah kampung melayu di bahagian belakang kedai. Sekitar tahun
1950an masyarakat Cina merupakan masyarakat yang biasa berniaga.
Masyarakat Melayu pula merupakan golongan nelayan dan masyarakat India
pula kebiasaannya adalah penoreh getah. Dalam tafsiran Redza Piyadasa
tentang karya seni itu, beliau mengulas mengenai lukisan-lukisan seni halus dan
juga hubungan antara masyarakat Melayu dan Bukan Melayu. Sentimen oleh
nasionalis Melayu pula menyatakan bahawa karya ini memperlihatkan
masyarakat pada ketika itu tersesat dengan sendiri. Sangat menarik apabila
diperhatikan bahawa lukisan ini dihasilkan pada tahun 1959, sebelum
berlakunya rusuhan kaum pada 1969 dan kemudiannya diikuti dengan
penubuhan Dasar Ekonomi Baru yang diwujudkan oleh kerajaan untuk
membetulkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera yang lain.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

Penilaian sebuah karya seni bukan berbicara mengenai baik atau


buruk, salah atau benar melainkan pemaknaan tersebut
meyakinkan atau tidak. Karya seni dapat dinilai dengan berbagai
kriteria dan aspek. Terdapat 4 kategori penilaian iaitu realisme,
ekspresionisme, formalism dan instrumentalism. Untuk karya
Mohd Sallehuddin kali ini iaitu karya yang bertajuk Membeli Belah
(1959), penilaian yang akan digunakan ialah ekspresionisme, yang
bersifat subjektif , penilaian keindahan suatu karya seni tidak
hanya berdasarkan objek yang dilukis dan juga menyangkut isi dan
makna.
Karya seni tidak lahir begitu saja, selalu berkaitan berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang pernah dirasakan sebagai sumber
inspirasi potensial , yang dimaknai sebagai pengalaman estetik.
Hasil karya sebagai representasi dari persembahan seperti karya
Mohd Sallehuddin ini menggambarkan perbezaan status ekonomi
orang Melayu, India dan orang Cina.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

Keadaan ekonomi pada tahun 1950-an dimana pada


ketika itu orang melayu kebanyakannya adalah nelayan
dan juga petani, manakala orang Cina adalah
pengusaha sebuah perniagaan kecil-kecilan seperti
menjual beras yang terdapat dalam karya tersebut.
Manakala orang India pula penoreh getah. Melalui
penilaian ini dapatlah kita lihat hubungan antara
Melayu dan juga bangsa lain iaitu dapat mengeratkan
hubungan silahturrahim dengan pelbagai budaya.
Tanpa melihat karya ini, pemikiran orang melayu boleh
tersesat. Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa
lukisan ini dihasilkan pada tahun 1959, dan selepas itu
berlaku rusuhan kaum pada 13 mei tahun 1969.
DESKRIPSI ANALISIS INTERPRETASI PENILAIAN

TERIMA KASIH

Kumpulan 9

Anda mungkin juga menyukai