Anda di halaman 1dari 5

Batik pelbagai jenis 1.

Batik lasem kelantan batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif pucuk rebung pada bahagian kepala kain 2. Batik perkalongan Kelantan bercirikan motif bunga pada kepala kain dan badan kain .Warna motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna menggunakan berus halus 3. batik selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam hias yang bebas 4. Batik solo kelantan dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik panjang.Penggunaan warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan kuning TOKOH BATIK 1. Hajah Cik Su Bt Haji Ishak (kelantan) 2. Hj. Mohd.Yusof kelantan 3. Hj.Ali, En.Awang bin Long, En Long Bin Abdullah dari Terengganu 4. Tunku Zubeidah dan Azman Sutan Aman dari Kuala Lumpur PELUKIS BATIK TANAHAIR 1. Chuah Thean Teng- karyanya:Musim Buah dan Mengejar ayam 2. Tay Mo Leong karyanya : Fishing Village 3. Khalil Ibrahim Karyanya; Pantai Timur 4. Syed Shaharuddin Bakeri Karyanya: Fabrik Marah, Biru, Hijau Perbezaan Batik tulen dan Batik tiruan Tulen - Dihasilkan dengan tangan.contohnya batik lukis dan batik blok Tiruan - Dihasilkan dengan menggunakan mesin atau skrin contohnya batik skrin Tulen - Warnanya hidup dan segar di dua-dua belah kain Tiruan - Warna di sebelah luar kelihatan berseri tetapi di sebelah dalam kusam Tulen - Coraknya mempunyai ciri-ciri batik asli kerana mempunyai kesan lilin Tiruan - Corak kurang hidup kerana tidak mempunyai kesan lilin Tulen - Tidak kecut kerana telah direbus beberapa kali sewaktu proses pembuatannya Tiruan - Pewarna jenis pigmen yang digunakan tidak begitu lut sinar dan berseri sebagaimana bahan pewarna yang digunakan untuk batik tulen Tulen - Jalinan coraknya lebih hidup dan penuh gaya kerana dikawal dengan tangan terutama pada batik tulis

Tiruan - Jalinan coraknya statik dan seragam kerana telah ditetapkan pada skrin

Dimensi baru dalam batik Bahan tambahan yang sesuai digunakan untuk mencantum dan menggabungkan hasil ciptaan baru seperti rotan, anyaman , fabrik, span, kulit ,tali, tembikar dan sebagainya. Diantara hasil ciptaan dimensi baru ialah kelengkapan rumah(langsir,kusyen, pengadang ruang dan hiasan dinding), kelengkapan bilik tidur(cadar, sarung bantal, selipar),aksesori (bekas tisu, bekas serbaguna) dan perhiasan diri (tas tangan, skaf, pakaian dan kasut)

PERBEZAAN BATIK MALAYSIA DAN INDONESIA Sejarah Malaysia - Perusahaan batik hanya bermula di Kelantan awal tahun 1911 dan kini bertumpu di Pantai timur sahaja Indonesia - Telah bermula sejak kurun ke12 Motif dan corak Malaysia - Motif flora lebih diutamakan berbanding dengan motif geometri dan fauna. Motif fauna terhad kepada serangga, unggas dan kehidupan marin sahaja. Motif figura tidak dibenarkan.Kurang penggunaan morif isen Indonesia - Unsur motif tidak terhad, pengisian / isen sangat popular Peralatan dan bahan Malaysia - Penggunaan canting yang mempunyai satu mata sahaja, menggunakan pemidang untuk mencanting Indonesia - Penggunaan canting pelbagai mata, melakukan proses mencanting secara duduk dengan meletakkan kain di atas tapak tangan Fungsi

Malaysia - Kegunaan pakaian dan perhiasan Indonesia - Kegunaan adapt istiadat perkahwinan Warna Malaysia - Menggunakan pewarna import Indonesia - Pewarna asli banyak digunakan selain dari pewarna kimia

Peranan institusi Kompleks Kraf - Menyediakan maklumat mengenai kraf termasuk batik Muzium Negara - Institusi yang menyimpan, menjaga dan mengekalkan hasilan kraf lama yang akan menjadi sumber rujukan dan penyelidikan Balai seni Lukis Negara - Menjadi pusat pameran,pusat sumber berkaitan kraf dan hasialn seni PKKM ( Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia - Bertanggungjawab membangunkan industri kraf melalui promosi dan pusat kraf Universiti tempatan - Institusi yang melatih dan melahirkan tokoh atau pengusaha kraf dan seni tempatan

Anda mungkin juga menyukai