Anda di halaman 1dari 49

Apa itu arca?

Pernahkah anda melihatnya



Maksud:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai
serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin
iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.


Di mana?

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,
Dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu
Peringatan.

Tahukah anda jenis jenis arca?

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar yang
difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula
adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk
menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan
pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui
perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang
besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Arca Asemblaj
Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan
digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar
tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu arca
barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah
Homeege to New York, karya Jean Tinguely

Arca Binaan
Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika
besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya juga
adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak
berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asa atau
bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya.
Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa
kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang
dicantum samada secara pateri atau kimpalan.

Arca Luakan
Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu
atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar,
plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung
pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk
proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan
antarabangsa yang terkenal ialah patung David karya Mochelangelo

Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi
yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi
antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca
dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi
figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan
kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973)
adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh
kiubisme dalam arca timbulan ini.

Arca Tambahan
Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut
seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang
kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan
sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan.
Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca
tambahan / acuan ialah Tugu Negara.

Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang.
Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas
syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca
dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh
bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh
terawang-awang.

Arca Stabail
Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan
yang boleh bergerak.

Arca Gabungan
Arca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya.
Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang
diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya.
Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan
berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca
itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya.
Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca
binaan, timbulan dan asemblaj

Arca Dinding
Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah
integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat
di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan
dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara
arca dinding yang terkenal adalah Langkawi 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin.

Tahukah anda ciri ciri arca?


DIORAMA
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah
diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan
supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan
dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian
tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti
tema diorama.

STABAIL
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-
awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian
dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail
tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh
bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan
bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding,
tingkap , atau pintu siling.

MOBAIL
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas
siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak ,
berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika
bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi
untuk membolehkannya bebas bergerak.

ASEMBLAJ
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya
estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada
kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya
juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Apakah bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca?


DIORAMA
Bahan
Kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar,
benang dan bahan hiasan yang sesuai

MOBAIL
Bahan
Dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung.

MODEL
Bahan
Gam, pin, dawai kokot, pita pelekat , kadbod, kertas warna dan bahan kutipan

STABAIL
Bahan
Dawai, tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung
Maksud estetik

Topik 2:
Teori-teori pendidikan seni
Oleh: Hassan Mohd Ghazali
Fakulti Seni dan Muzik
Falsafah Estetika
Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang kesenian. Apabila
disentuh tentang keindahan maka secara langsung akan dibicarakan hal-hal yang berkaitan dengan
seni dan kesenian. Persoalan estetika banyak dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah kuno dan ahli
falsafah sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan maka secara langsung persoalan kesenian
dan nilai keindahan akan disentuh. Nilai estetika itu sendiri adalah seni. Perkataan estetika dalam
bahasa Yunani ialah
aisthesis membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh
pancaindera atau lebih khusus lagi ialah kepekaan. Estetika juga boleh diertikan sebagi persepsi
pancaindera (sense of perception). Ahli Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716)
adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika. Namun demikian Cottfried
Leibniz (1646-1716) telah meneruskan pendapatnya mengenai estetika dan memberi penekanan
kepada pengalaman seni sebagai suatu bentuk ilmu.
Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan
falsafah keindahan, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya
menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, sehingga menangkapi bidang ilmiah,
antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau
aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika
bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang
bersangkutan.
George T. Dickie dalam bukunya Aesthetic telah mengajukan
tiga permasalah yang sering dikemukakan dalam estetika antaranya ialah:
1. persoalan kritis yang menggambarkan, menafsirkan atau
menilai karya-karya seni yang khusus.
2. Penyataan yang bersifat umum oleh pada ahli sastera, muzik
dan seni halus untuk memberikan ciri-ciri khas genre artistik.
3. Persoalan tentang keindahan, seni imitasi dan lain-lain.
Menurut Dharsono Dalam bukunya pengantar estetika mengatakan cabang
estetika dipecahkan kepada empat bidang utama iaitu:
1. Nilai estetika (esthetic value)
2. Pengalaman estetika (esthetic experience)
3. Pengkarya atau seniman
4. seni.
Secara umumnya persoalan-persoalan perbincangan persoalan estetika adalah
membincangkan persoalannya apakah itu seni. Apakah teori-teori seni. Apakah keindahan dan teori
tentang keindahan dan apakah keindahan itu objektif atau subjektif dan apakah keindahan itu
berperanan dalam kehidupan manusia seharian. Persoalan ini akan terjawab dalam topik-topik
selanjutnya.
Estetika dan seni
Tokoh-tokoh ahli falsafah barat klasik seperti Plato, Aristotle, Hegel dan ramai lagi berbahan
tentang persoalan keindahan melalui pembicaraan dalam bentuk estetika. Misalnya Plato dalam
bukunya
Symposium telah menghuraikan panjang lebar mengenai persoalan objek
cinta ialah keindahan. Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam bentuk dialog-dialog watak
utama seperti Phaedrus, Eryximachus, Aristophanes, Agathon dan Socrates. Terang-terang dalam
dialog watak ini menyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu diasaskan pada
zaman kanak-kanak lagi.
Sebenarnya bangsa Yunani kuno telah pun menghayati pengalaman keindahan sebagai
mewarisi bangsa mereka. Bangsa Yunani juga mengenal kata keindahan dalam erti estetik yang
disebutnya sebagai
symmetria untuk keindahan visual. Sementara perkataan harmonia
adalah keindahan pendengaran. Lantaran itu pengertian keindahan adalah
meliputi persoalan keindahan seni, alam, moral dan intelektual.
Sejak zaman ahli falsafah Socrates lagi telah membincangkan persoalan nilai keindahan dan
terlibat dalam pemikiran tentang apakah yang berada dalam objek yang menyebabkan ia indah.
Mereka yang menikmati karya-karya seni mengalami penghayatan estetika. Pengalaman itu adalah
perasaan yang timbul kepada seseorang ketika memandang sesuatu yang indah pada alam atau
karya seni. Apabila membincangkan berkenaan keindahan pertanyaan yang sering disoal ialah
Apakah benda itu indah atau cantik?. Secara langsung ia telah memperkatakan tentang estetika
dalam diri orang yang bertanya. Walau pun keindahan dan kecantikan adalah nilai yang subjektif, dua
orang yang bertanya tentang kecantikan kepada sesuatu barang itu sifatnya berbeza pada nilai
keindahan. Tetapi setiap orang inginkan benda-benda yang cantik dan indah. Tidak manusia yang
mahu kepada yang buruk. Itulah hakikatnya fitrah manusia yang dikurniakan oleh tuhan.
Ramai lagi tokoh-tokoh falsafah kuno dan falsafah moden membicarakan persoalan
kesenian dalam kehidupan manusia. Seni tidak dapat lari dalam kehidupan harian, justeru seni
adalah sebagai fitrah dalam diri manusia. Seperti definisi seni oleh Herbert Read (1959) yang
menyatakan
kesenian
adalah
penciptaan
bentuk-bentuk
yang
menyenangkan, yang membawa maksud bahawa seni itu adalah penjelmaan rasa estetika yang
mengarah kepada kebenaran melalui penjelmaan fitrah manusia.
Menurut Jakob Sumardjo (2000), dalam buku bertajuk Filsafat Seni memperjelaskan
perbezaan antara falsafah estetika dan falsafah seni. Antara lain beliau menerangkan bahawa
estetika mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan falsafah seni
mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni atau artifak yang disebut seni. Beberapa hujah
mendorongkan perbincangan tentang falsafah seni antara lain:
1. Karya seni mengekspresikan gagasan dan perasaan, sedangkan
alam tidak mengandungi makna ekspresi semacam itu.
2. Dalam karya seni, orang akan bertanya, apakah yang ingin dikatakan karya ini atau apa maksud karya
itu?, tetapi tidak pernah bertanya serupa ketika menyaksikan
keindahan matahari terbenam di
pantai, atau menyaksikan bentuk awam senja, desasnya air terjun, jadi karya seni selalu membawa
makna tertentu dalam dirinya, yakni ada komunikasi seni dengan orang lain. Sebagai contoh
kecantikan seorang wanita apabila dilihat pada mata kasar adalah sesuatu yang indah. Sebaliknya
dalam sebuah karya seni lukisan wanita yang muda atau yang tua tetap akan kelihatan indah dalam
makna karya seni.
3. Seni dapat meniru alam, tetapi alam tidak mungkin meniru
artifak seni.
4. Melalui alam kita melihat keindahan yang azali dan melihat kebesaran tuhan yang mencipta alam ini.
Sebaliknya karya seni tetap mempunyai makna dan dapat menyalami makna-makna tersirat yang
boleh dinilai.
Melihat karya seni melalui perbincangan falsafah kesenian, maka persoalan falsafah moden
dalam falsafah estetika yang mempersoalkan tentang hasil seni dan produk seni. Di samping itu juga
membicarakan tentang pengkarya dan penaja sebagai pelengkap kepada mengkaji mengenai nilai
karya seni tersebut. Perbincangan mengenai hasil seni dan produk seni disebut sebagai estetika
morfologi, sementara perbincangan mengenai karyawan seni dan kepentingan seni itu disebut
sebagai estetika psikologi. Persoalan pokoknya yang terlibat dalam kesenian ini ialah penghasil seni
(seniman), karya seni (Produk seni) dan kumpulan penerima seni (penggemar seni).
Enam perkara yang penting dalam membincangkan tentang seni
iaitu:
1. benda seni (karya seni)
2. pencipta seni (seniman)
3. publik seni
4. konteks seni
5. nilai-nilai seni
6. pengalaman seni
Benda Seni
Benda seni secara langsung berkisar kepada karya seni itu sendiri. Apakah medium atau
material karya seni yang menghasilkan suatu bentuk seni yang indah. Seni wujud melalui media
pendengar untuk audio, media penglihatan untuk visual (tampak). Media ini memberi peranan kepada
kategori kepada seni misalnya seni halus lebih kepada media visual, seni teater lebih kepada media
dengar dan visual, seni muzik lebih kepada media audio dan lain-lain.
Persoalan yang diperdebatkan sejak zaman Plato dan Aristotle mengenai benda seni ialah
persoalan ekspresi seni, unsur peniruan (mimesis), persoalan siapakah seniman sebenarnya dan
pengamatan seni itu sendiri.
Pencipta seni
Persoalan pengkarya seni adalah persoalan asas dalam konteks kreativiti dan ekspresi
seniman. Yang sering diperbincangkan ialah soal gaya (style) karyanya, peribadinya misalnya
pengaruhnya, persekitaran dan jantinanya menjadi persoalan dalam penghasilan karyanya. Di
samping itu perbincangan juga menyentuh mengenai zaman dan bermulanya karya seni dihasilkan.
Publik seni
Publik seni menyentuh persoalan komunikasi karya seni terhadap orang awam atau
masyarakat. Seni itu adalah publik, tanpa orang lain menghayati karya seni maka karya seni itu tidak
dapat berdiri dengan sendiri. Maka komunikasi dalam karya seni membuahkan sesebuah karya seni
akan berjaya dan menjadi milik masyarakat.
Nilai seni
Nilai seni selalunya berhubungan dengan normal-normal yang
esensial di samping sesuatu kepentingan yang sangat peribadi.
Kebiasaannya nilai seni adalah bersangkutan mengenai kualiti, bersifat
kontekstual danesensi al-universal.
Pengalaman seni
Pengalaman seni adalah terlibat dalam penghayatan seni itu secara langsung. Pengalaman
bersangkutan tentang ruang waktu dan penglibatan seni. Seni sebagai komunikasi adalah
pengalaman yang melibatkan kegiatan pancaindera, nalar, emosi dan intuisi seniman. Oleh sebab itu
pengalaman seni terlibat dalam ruang waktu sebelum, semasa dan sesudah.
Konteks seni
Bagi membincangkan konteks seni, secara langsung akan membincangkan keperluan
masyarakat terhadap seni. Seni secara langsung menyangkut nilai-nilai setempat atau sezaman.
Oleh yang demikian pemahaman seni amat erat dengan konteks zaman tersebut. Misalnya seni
zaman sebelum merdeka di negara ini konteksnya adalah bentuk seni zaman tersebut. Begitu juga
dalam konteks masyarakat yang Islam tidak menerima patung sebagai karya seni kerana
bertentangan dengan syariah Islam.
Dalam membincangkan enam persoalan tentang seni ia saling berhubung rapat antara satu
dengan yang lain. Sebenarnya persoalan seni selalunya sangat subjektif sifatnya. Di bawah ini adalah
hubungan persoalan yang dibincangkan di atas dan hubungannya antara satu dengan yang lain.
menyatakan bahawa hubungan agama dalam kehidupan harian berhubung
rapat dengan bidang-bidang kebudayaan lain antaranya ialah:

Sistem sosial yang bersangkutan hubungan manusia dengan
manusia

Sistem ekonomi yang berhubungan antara manusia dengan benda

Pengetahuan dan teknik yang berhubungan manusia dengan alam
dan kerja

Seni yang berhubungan antara manusia dengan bentuk-
bentuk yang menyenangkan.

Falsafah yang mempunyai hubungan manusia dengan kebenaran
dan kemuliaan.
Sejak awal sejarah kehidupan manusia, kebudayaan menjadi faktor utama dalam kehidupan
manusia. Agama menjadi pelindung kepada pembentukan kebudayaan dan adat resam sesesuatu
kaum. Oleh itu agama menjadi pelindung dalam hubungan seni dan manusia. Dalam kebudayaan di
mana agama menduduki tempat yang dominan, etika (akhlak) mengawal kesenian (Sidi Gazalba,
1977). Namun demikian manusia mulai lupa bahawa hubungan antara seni dan agama menjadi faktor
penentu persoalan akhlak. Selalunya materialistik telah menjadi faktor utama dan mulalah seniman
pengabaian nilai-nilai normal dalam penghasilan sesuatu karya seni.
Penutup
Falsafah Estetika ada hubungannya dengan nilai keindahan dan nilai keindahan adalah
berpaksi kepada kesenian. Sejak zaman Yunani Kuno lagi ahli-ahli falsafah telah membicarakan
tentang kesenian dan hubungannya dengan seniman. Sebagai contoh Plato dengan tegasnya tidak
menerima para seniman dan menyatakan bahawa para seniman sepatutnya dibuang dari republik
(negeri). Alasan beliau bahawa seniman adalah seorang yang suka meniru objek fizikal dan menipu
dalam penghasilan karya. Karya seniman bukanlah sesuatu sumber sebenar untuk dijadikan sumber
pengetahuan. Sebagai contoh dalam dialognya berkata, kalau manusia ingin mengkaji kerusi mesti
melihat kerusi sebenar bukannya lukisan atau karya kerusi. Beliau juga menyatakan bahawa karya
lukisan boleh menghalang manusia daripada pengetahuan sebenar. Oleh yang demikian beliau telah
pun membicarakan persoalan kesenian dalam falsafah kehidupan manusia. Sementara itu Aristotle
telah mempertahankan mengenai mimesis dan menyatakan bahawa peniruan itu adalah satu unsur
yang perlu ada dalam fitrah manusia. Manusia sering meniru alam ciptaan Tuhan.
21 Mei 2011
SENI ARCA
Pengenalan

Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang lain.penyataan
dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan. bentuk arca
yang berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh
dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam
kehidupan seharian. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna
suatu proses mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila
terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang 4500 tahun
lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung).
Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan.

Perkembangan seni arca di Malaysia
Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik untuk
kegunaan keagamaan. Misalnya patung-patung orang asli iaitu kaum Jah Hut dan Mah Mari yang
mempunyai cici-ciri seumpama itu. Begitu juga dengan keadaanya Megalith Pedang di Pengkalan
Kempas Negeri Sembilan. Hanya pada sekitar tahun 1960an pengkarya mula membina arca bentuk
moden antaranya ialah Anthony Lau, Latiff Mohidan,Syed Ahmad Jamal, Lim Kian Seng dan
sebagainya. Pengarca kini sudah berani berkarya dengan menggunakan perbagai media dan juga
material. Karya selalunya dihasilkan mengikut tema ataa isu-isu yang tersendiri berdasarkan
kehendak pengkarya ataupun kehendak pasaran.

Seni Arca Asia Arca di Asia banyak menggunakan patung-patung yang menggambarkan sesuatu
entiti yang khusus, biasanya manusia,peristiwa,,haiwan atau objek.Tumpuannya ialah sebagai satu
perlambangan. Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa
bersejarah atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam
yang dipamirkan di luar dan kadangkala ia juga dipamirkan di dalam banggunan awam untuk
menegaskan sesuatu kepada orang ramai dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh
ditekankan melalui penggunaan perkataan.Kadangkala,arca-arca yang dihasilkan mempunyai sejarah
tersendiri. Pengarca Asia sekarang lebih berani menghasilkan karyamengikut idea dan juga tema-
tema. Contohnya pengarca dari Thailand iaitu Chainapa Lepajarn yang telah menghasilkan olahan
arca yangberbentuk abstrak. Dari situ dapat dilihat bahawa pengarca asia telah membawa
perkembangan mengikut arus kemodenan.
Seni Arca Antarabangsa
Pengarca antarabangsa kebanyakan merujuk kepada sejarah dan juga budaya masing-masing sebagai
panduan untuk berkarya. Banyak perubahan berlaku mengikut arus kemodenan. Dengan adanya
saina dan teknologi pelbagai bentuk arca dapat dihasilkan. Arca pada zaman ini juga tidak lagi terhad
kepada carving dan mpdeling. Sekarang iayanya tertumpu kepada bentuk dan juga pengamatan tiga
dimensi. Pengarca menghasilkan karya dengan menggunakan element seni yang dihasilkan
menggunakan pelbagai jenis bahan. Antaranya besi, Kain,Plastik dan kayu.Kajian arca dengan teori
baru telahmenarik ramai pemerhati dan pemintaan pasaran
kini.Contohnya pengarca dari mexico John Webb yang banyakmenghasilkan karya berbentuk abstrak
dan menggunakan bahan seperti kayu.
Antara arca yang telah menjadi sejarah antarabangsa Umpamanya pada tahun 1986,apabila Patung
Liberty meraikan hari ulang tahun yang ke100, satu perayaan selama tiga hari telah diadakan yang
berjaya menarik Patung Liberty12 juta pengunjung.
Perayaan ini dikatakan merupakan peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari ini.
Definasi Arca
Arca adalah hasil kerja seni dalam bentuk tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang
dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu
proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang menjadi tarikan
pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis jenis arca

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya
seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan
memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca
tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam
kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang
besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
1. Arca berfungsi (fizikal)
Arca berfungsi adalah jenis yang awal dibina oleh arcawan.Kebanyakan arca ini hanyalah untuk
upacara keagamaan dan kebudayaan,mislnya acara (patung kaum Jah Hud dan Mah Meri. Arca ini
bukan sekadar dibina untuk tujuan estetika semata-mata,sebaliknya ia mempunyai kepentingan
kepada masyarakat. Kini arca dipamirkan di kawasan yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai
seperti ruang legar,bulatan sempang empat dan sebagainya. Kebanyakan arca ini berfungsi untuk
menghiburkan pengunjung. Antara arca berfungsi ialah Tugu Negara atau tempat kanak-kanak
bermain.
Arca berfungsi fizikal
2. Arca Estetika
Arca jenis ini amat popular. Terdapat arca yang berbentuk realis dan berimej abstrak. Keperluan arca
ini adalah menghayati dan menghargai nilai keindahannya. Oleh itu seseorang memerlukan nilai-nilai
intelek untuk memahaminya. Pada kebiasaannya arca ini dipamirkan di dalam galeri.
Arca Estetika
Kategori arca
1. Arca Asemblaj


Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadi
sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat
sebagai junk sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak.

2. Arca Binaan


Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka
cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka cantumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini
boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia
digunakan sebagai struktur asas atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli
dan sebagainya. Bahagian luar mengandungi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa
kerangka pula dibina berasaskan cantuman bah an-bahan seperti logam yang dicantum samada
secara pateri atau kimpalan.
3. Arca Luakan

Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya
bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan
sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika
menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya.

4. Arca Timbulan

Arca ini juga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian
ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca.
Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar
latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari
permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973)
adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca
timbulan ini.

5. Arca Tambahan
Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan
bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemudiannya dikeraskan melalui acuan seperti
plaster of paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke
dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan /
acuan ialah Tugu Negara.
6. Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya
berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh
Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada
awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca
mobail yang boleh terawang-awang.

7. Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana
kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada
satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau
bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan
mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail
boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.
Ciri ciri Arca Mengikut Kategori

1. STABAIL


Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana
kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada
satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau
bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan
mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail
boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu siling.
2. MOBAIL

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya
bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau
Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling Bahagian mobail dicantumkan pada sendi
untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander
Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada
sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.
3. ASEMBLAJ

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara
perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada
himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.



Thumbnail print

Sunday, May 9, 2010
PERBINCANGAN KARYA AKHIR (SOALAN TEKNOLOGI
DIGITAL DAN NILAI KEMANUSIAAN)

Karya Akhir untuk Projek Penghasiloan KaryaSTPM mewakili 50% markah daripada markah keseluruhan
Kertas 3 ini. Oleh itu, amat penting anda dapat manghasilkan karya yang menepati tema setiap soalan.

Untuk soalan 1 bertemakan Teknologi Digital dan Nilai Kemanusiaan, terdapat beberapa isu yang boleh
dijelmakan di dalam karya. Melalui contoh2 karya di bawah (pengaruh karya), cikgu akan membincangkan isu
yang cuba ditonjolkan oleh karya tersebut, dari sudut tema teknologi digital dan nilai kemanusiaan.

Karya 1
Karya 1 di atas memaparkan objek-objek berkaitan teknologi dan digital. Karya menggunakan pengaruh Pop Art
dengan warna-warna ceria dan pelbagai. Bagaimanapun, untuk tema nilai kemanusiaan, sepatutnya ada juga
imej-imej yang memaparkan nilai kemanusiaan. Saya nampak, soalan 1 akan jelas temanya pada
karya di atas jika karya Andy
Warhol dengan imej 'Marilyn Monroe'-nya diselang-seli dengan imej objek teknologi digital.


Karya 2 ini takda kena mengena nilai
kemanusiaan, tapi lihatlah bagaimana sculptor guna bahan2 berteknologi dalam karya seperti peralatan mesin
dan lain-lain.


Karya 3 juga guna objek tepakai dari mesin atau komputer untuk hasilkan kolaj.

Karya 4 ini barulah boleh dikatakan tema teknologi
digital dan nilai kemanusiaan. Isu dibawa mungkin juga kesan dunia digital ke atas pemikiran manusia. Tapi
dari sudut peperiksaan, saya rasa karya ini lemah kerana tidak dapat menunjukkan aspek penghasilan yang
tinggi. Simple sangat!


Karya 5 di atas pula menggunakan sepenuhnya aplikasi komputer.
Rujuk 'digital art' untuk dapatkan definisi aliran seni terbaru ini.

Karya di bawah merupakan contoh yang baik bagaimana pengkarya bereksperimen dengan media dan teknik.
Beliau menggunakan disket komputer di atas papan lapis menggantikan kanvas.



Karya-karya Robert Raushenberg menggunakan teknik cetakan sutera saring (photo silkscreen) dalam
memperkatakan isu-isu kemanusiaan. Sutera saring merupakan salah satu contoh medium berteknologi dalam
menghasilkan karya. Kedua-dua karya di bawah dihasilkan oleh Robert Raushenberg.



Korang rajin-rajin la cari contoh-contoh karya dari internet dan boleh dijadikan lakaran idea. Jangan asyik
ber'face book' saja berjam-jaam



Friday, February 26, 2010
Tajuk-tajuk dalam Folio
Tajuk dan sub-tajuk di sini adalah cadangan dan contoh sahaja. Anda boleh menambah ikut kesesuaian folio
anda.
Yang paling baik, minta tunjuk ajar guru seni di sekolah anda.


Bab 1 : KAJIAN TEMA

1.1 Pengenalan
1.1.1 Soalan - taip semula soalan yang dipilih
1.1.2 Definisi -beri definisi tema yang diutarakan
1.2.3 Permasalahan Tema - bermaksud hipotesis/pandangan awal anda terhadap tema soalan. Hipotesis anda
hendaklah disokong dengan bukti-bukti dalam Sumber Maklumat.

Contoh:
Permasalahan tema yang saya kaji adalah Filem Animasi dan Nilai Kemanusiaan. Melihat potensi
filem-filem animasi yang mampu melintasi batas-batas usia, jantina , kaum hingga negara; tidak syak
lagi tema ini dapat dimanfaatkan untuk menyentuh tema-tema yang tidak biasa malah mampu
menimbulkan gejolak rasa dengan tema-tema kemanusiaan.
Saya memilih animasi kartun dan , filem Transformers sebagai bahan kajian saya. Siri kartun
Transformers dan filemnya mengisahkan perang konflik di antara puak protagonis Autobots dan puak
antigonis Decepticons di bumi. Kedua-dua puak itu datang dari planet Cybertron iaitu tempat tinggal
asalnya. Puak Autobots yang diwakili dengan watak Optimus Prime , Bumblebee , J azz ,Ironhide ,
Ratchet mempunyai hubungan yang istimewa dengan manusia terutama watak Sam Witwicky. Yang
menariknya, autobots ini mempunyai NILAI KEMANUSIAAN yang tinggi di dalam diri mereka
walaupun mereka hanyalah sebuah mesin!

1.2 Sumber Maklumat
Tampalkan artikel-artikel, keratan berita dan gambar-gambar yang menyokong tajuk anda. Jangan lupa catatkan
sumber seperti alamat laman web atau nama akhbar/majalah serta tarikh.

1.3 Kajian Catan (jika anda hasilkan catan. Jika cetakan atau kolaj, juga perlu ada artikel kajian tentang teknik
tersebut)
1.3.1 Sejarah catan/cetakan/arca
1.3.2 Jenis-jenis catan/cetakan/arca
1.3.3 Media dan Teknik Catan/cetakan/arca

Kajian ini lebih kepada bentuk nota umum sahaja.
Hanya buat point ringkas. Tak perlu tebal.

1.4 Kajian Pengaruh Karya
( Nyatakan aliran/gaya seni dan nama-nama pelukis serta contoh karya yang mempengaruhi karya anda.
Tampalkan gambar-gambar hasil karya tokoh-tokoh tersebut)


Bab 2 : Kajian Hal Benda (Subject Matter)
Kajian Hal Benda mengandungi lakaran-lakaran objek yang berkaitan tajuk dipilih.

Lakaran hendaklah realistik dengan mengaplikasi unsur seni seperti kualiti garisan, bentuk, jalinan dan
sebagainya. Untuk jimatkan masa, sekali lagi cikgu tekankan supaya anda menekap saja gambar-gambar
tersebut untuk mendapatkan lukisan yang baik.


Bab 3 : Perkembangan Idea
(Lihat contoh folio di bawah Label Folio Terbaik 2010)
3.1 Olahan motif
3.2 Kajian komposisi
3.3 Kajian Warna
3.4 Kajian Media dan Teknik

Huraian lebih lanjut tentang perkembangan idea ni, cikgu bincang di fb;
http://www.facebook.com/group.php?gid=115170288515610&v=wall&story_fbid=129328787099760


Bab 4 : Lakaran Akhir
(jika arca, ada pandangan sudut hadapan, tepi,belakang )


Bab 5 : Proses Penghasilan Karya
(dalam bentuk fotografi selang 10% langkah penghasilan)




Rujukan Tambahan


Bibliografi
Posted by Noraida Radot at Friday, February 26, 2010 3 comments Links to this post
Labels: TAJUK DAN SUB-TAJUK DALAM FOLIO

Thursday, February 25, 2010
TINGKATAN ENAM LEBIH BAIK DARIPADA DIPLOMA
(2)
Keputusan SPM tidak lama lagi akan diketahui keputusannya. Selepas SPM, apa pula? Anda bertungkus-lumus
study untuk apa? Tentulah sebab ingin masuk universiti dan seterusnya berkerjaya dalam bidang yang dicitakan
selama ini. Ramai pelajar dan ibubapa sendiri tidak sabar-sabar menanti saat anaknya menjejak kaki ke menara
gading.

Apa yang pelajar dan ibubapa tidak sedar ialah, menjejak kaki ke menara gading selepas SPM, pelajar hanya
mendapat DIPLOMA! Sedangkan yang diidamkan selama ini adalah 'menggenggam segulung IJAZAH!
Sebelum terlalu teruja hendak masuk 'U' selepas SPM, fikirkan semasak-masaknya.

1. Kos untuk membuat diploma lebih tinggi dan mahal. Kos tersebut termasuklah yuran pendaftaran dan yuran
tahunan, membeli pakaian baru, makan dan minum, menyewa rumah, mkotosikal, minyak motosikal, prepaid,
telefon bimbit, tambang bas berulang alik pada masa cuti, buku-buku, dan pelbagai lagi yang selayaknya
sebagai seorang mahasiswi dan mahasiswa.

Sedangkan jika anda menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam, hampir tiada kos. Tinggal dengan ibubapa.
Asrama sekolah hanya caj RM1 untuk makan dan minum sehari semalam!

2. Syarat masuk ke Universiti adalah sama ada anda ada Diploma (dengan keputusan yang baik) atau Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (dengan keputusan yang baik). Anda perlukan 3 tahun untuk dapat diploma
sedangkan Tingkatan Enam hanya 1 tahun 6 bulan sahaja. Kenapa membuang masa?

3. Di Universiti, dikatakan bahawa pelajar lepasan STPM lebih matang daripada pelajar lepasan diploma yang
menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Bukan kata-kata saya, tetapi kata-kata kawan-kawan pensyarah..

4. Bagaimanapun, jika anda mendapat tawaran Matrikulasi, anda pilihlah Matrikulasi kerana Matrikulasi lebih
baik daripada Tingkatan Enam pula.

5. Apa-apapun, peluang anda ke universiti lebih baik sekarang kerana Universiti semakin banyak. Persaingan di
antara anda untuk mendapat pekerjaan bukanlah bergantung kepada keputusan cemerlang semata-mata, tetapi
personaliti dan keyakinan diri anda. Sebab itu, aktiviti ko-kurikulum penting dalam menyediakan diri anda
kepada persekitaran pekerjaan sebenar.

6. Susahnya STPM adalah kepada mereka yang malas berusaha dan tidak menanamkan azam yang kuat untuk
berjaya. Jangan dengar kata-kata seperti Tingkatan Enam susah, kena pakai uniform sekolah, kena aktif ko-ko
dan lain-lain. Jika anda boleh dapat keputusan yang baik semasa SPM, anda juga boleh buat STPM.

Buatlah keputusan yang baik untuk diri anda, dan jangan menyusahkan ibubapa anda.

Wassalam
Posted by Noraida Radot at Thursday, February 25, 2010 2 comments Links to this post
Labels: TINGKATAN ENAM 2
CONTOH FOLIO ARCA TEMA WAJA
BAB 1 : PERMASALAHAN TEMA (rujuk penulisan sebelum ini)

Bab 2 : PENYELIDIKAN VISUAL

1. KAJIAN HAL BENDA







2. PERKEMBANGAN IDEA : Pelajar ini membuat kajian perkembangan idea dengan 2 cara.

Cara pertama ialah beliau menyenaraikan lakaran-lakaran bentuk arca sebagai idea untuk bentuk idea
akhir.Selepasitu, barulah beliau pilih bentukyang akan dijadikan arca.
Pada lakaran ini, pelajar sepatutnya mencatat media dan teknik yang akan digunakan untuk penghasilan arca ini;
Catatan ini dapat memberi gambaran akhir bagaimana bentuk arca tersebut.














Cara kedua pula ialah beliau kembangkan bentuk kala jengking beransur menjadi arca. Cara ini menggunakan
anak panah untuk menunjukkan aliran perkembangan idea tersebut.







KAJIAN BAHAN








LAKARAN AKHIR


KAJIAN WARNA




PROSES PENGHASILAN KARYA

(Arca 1)


(Arca 2)






SUMBER RUJUKAN






Posted by Noraida Radot at Thursday, February 25, 2010

Anda mungkin juga menyukai