Anda di halaman 1dari 8

c 

V  

Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang
lain.penyataan dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi
yang berlainan. bentuk arca yang berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina.
Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina
sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian.
Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu
proses mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila
terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang
4500 tahun lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung).
Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan
kepercayaan.

V  
   

Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik

untuk kegunaan keagamaan. Misalnya patung-patung orang asli iaitu kaum Jah Hut

dan Mah Mari yang mempunyai cici-ciri seumpama itu. Begitu juga dengan keadaanya

Megalith Pedang di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. Hanya pada sekitar tahun

1960an pengkarya mula membina arca bentuk moden antaranya ialah Anthony Lau,

Latiff Mohidan,Syed Ahmad Jamal, Lim Kian Seng dan sebagainya. Pengarca kini sudah

berani berkarya dengan menggunakan perbagai media dan juga material. Karya

selalunya dihasilkan mengikut tema ataa isu-isu yang tersendiri berdasarkan kehendak

pengkarya ataupun kehendak pasaran.


c    
 Arca di Asia banyak menggunakan patung-patung yang

menggambarkan sesuatu entiti yang khusus, biasanya manusia,peristiwa,,haiwan atau

objek.Tumpuannya ialah sebagai satu perlambangan. Banyak arca dicipta melalui

tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah atau kehidupan seorang

tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam

yang dipamirkan di luar dan kadangkala ia juga dipamirkan di dalam banggunan awam

untuk menegaskan sesuatu kepada orang ramai dengan cara yang lebih ketara daripada

apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.Kadangkala,arca-arca yang

dihasilkan mempunyai sejarah tersendiri. Pengarca Asia sekarang lebih berani

menghasilkan karyamengikut idea dan juga tema-tema. Contohnya pengarca dari

Thailand iaitu Chainapa Lepajarn yang telah menghasilkan olahan arca yangberbentuk

abstrak. Dari situ dapat dilihat bahawa pengarca asia telah membawa perkembangan

mengikut arus kemodenan.

c    


Pengarca antarabangsa kebanyakan merujuk kepada sejarah dan juga budaya masing-
masing sebagai panduan untuk berkarya. Banyak perubahan berlaku mengikut arus
kemodenan. Dengan adanya saina dan teknologi pelbagai bentuk arca dapat dihasilkan.
Arca pada zaman ini juga tidak lagi terhad kepada carving dan mpdeling. Sekarang
iayanya tertumpu kepada bentuk dan juga pengamatan tiga dimensi. Pengarca
menghasilkan karya dengan menggunakan element seni yang dihasilkan menggunakan
pelbagai jenis bahan. Antaranya besi, Kain,Plastik dan kayu.Kajian arca dengan teori
baru telahmenarik ramai pemerhati dan pemintaan pasaran
kini.Contohnya pengarca dari mexico John Webb yang banyakmenghasilkan karya
berbentuk abstrak
dan menggunakan bahan seperti kayu.
Antara arca yang telah menjadi sejarah antarabangsa Umpamanya pada tahun

1986,apabila Patung Liberty meraikan hari ulang tahun yang ke100, satu perayaan

selama tiga hari telah diadakan yang berjaya menarik Patung Liberty12 juta

pengunjung.
Perayaan ini dikatakan merupakan peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari

ini.

Π 
 
Arca adalah hasil kerja seni dalam bentuk tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai
serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu
sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat ± tempat yang
menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

 
  
 

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami
kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah
bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk
menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan
pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui
perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar
iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
    
  
Arca berfungsi adalah jenis yang awal dibina oleh arcawan.Kebanyakan arca ini
hanyalah untuk upacara keagamaan dan kebudayaan,mislnya acara (patung kaum Jah
Hud dan Mah Meri. Arca ini bukan sekadar dibina untuk tujuan estetika semata-
mata,sebaliknya ia mempunyai kepentingan kepada masyarakat. Kini arca dipamirkan
di kawasan yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai seperti ruang legar,bulatan
sempang empat dan sebagainya. Kebanyakan arca ini berfungsi untuk menghiburkan
pengunjung. Antara arca berfungsi ialah Tugu Negara atau tempat kanak-kanak
bermain.
Arca berfungsi fizikal
   
  
Arca jenis ini amat popular. Terdapat arca yang berbentuk realis dan berimej abstrak.
Keperluan arca ini adalah menghayati dan menghargai nilai keindahannya. Oleh itu
seseorang memerlukan nilai-nilai intelek untuk memahaminya. Pada kebiasaannya arca
ini dipamirkan di dalam galeri.
  
  
   
   


Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan
digabungkan menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun
1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai ³junk sculpture´, iaitu arca barangan
terpakai atau buruk dan rosak.

   

Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika
besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka cantumannya juga
adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak
berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asas atau bahagian
dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar
mengandungi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina
berasaskan cantuman bah an-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri
atau kimpalan.
]   !

Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau
kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of
paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis
dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses
memotong, memahat, mengikis dan sebagainya.

"   # 

Arca ini juga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang
kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-
ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong,
memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang
akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri
Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca
barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

J   #$
Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti
tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemudiannya
dikeraskan melalui acuan seperti plaster of paris, tanah liat, lilin dan sebagainya.
Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan
tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu
Negara.
%    
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang.
Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas
syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca
dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh
bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-
awang.

m   c 
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang
kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum
dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak
mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak
secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh
digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

p          


 c# &!

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang
kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum
dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak
mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak
secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh
digantung di dinding, tingkap atau pintu siling.
 ' &!


Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali
sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar
atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang
digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk
membolehkannya bebas bergerak.
] c !

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik
ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada
kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya
juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Anda mungkin juga menyukai