Anda di halaman 1dari 1

Logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masihi dan telah digunakan untuk pembuatan pelbagai

alat untuk kehidupan harian manusia. Oleh kerana tembaga akan mencair pada suhu yang lebih rendah berbanding besi, iaitu kira-kira 1000 darjah celcius. Ciri in telah menjadikan tembaga lebih mudah untuk dibentuk dan diukir. Di Semenanjung Malaysia, penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Artifak tembaga yang tertua dalam Tamadun Melayu pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Asal usul ukiran tembaga di Tamadun Melayu dikatakan diwarisi oleh tukang besi Funan, China yang berhijrah ke Tanah Melayu. Pada mulanya, kegunaan alatan dan ukiran tembaga hanya terhad kepada golongan istana sahaja. Tetapi, kini hasil-hasil kraftangan yang diperbuat daripada tembaga dapat dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan. Dengan hasil kerja tangan pandai tembaga yang mempunyai keistimewaan hasil kerja yang halus dan unik serta mempunyai nilai seni yang bermutu tinggi, ukiran tembaga sering digunakan dalam upacara tradisi atau adat dan juga alatan rumah tangga. Ukiran tembaga juga mempunyai nilai astetik yang tinggi selalunya digunakan sebagai hiasan seperti tulisan khat berupa ayat al-Quran yang dipamerkan di dindingdinding dan ambang pintu masjid dan rumah. Selain itu, ukiran tembaga juga digunakan sebagai mural atau lukisan dinding untuk menghias pejabat, atau sebagai plak untuk memperingati sesuatu acara dan peristiwa. Hasil-hasil produk yang dihasilkan oleh pandai tembaga ada juga seperti barang-barang kemas, tapak sirih, peralatan dapur (contohnya dulang, mangkuk, pisau, sudu garpu dan set minuman) dan replika-replika permainan tradisional seperti wau bulan, rebena kertok dan gasing. Pada masa kini, perusahaan pengukiran tembaga di negara ini kebanyakkannya berpusat di pantai timur Semenanjung khasnya di negeri Kelantan dan Terengganu. Perusahaan ini banyak terdapat di kawasan Perbandaran Kuala Terengganu iaitu di Kampung Ladang dan juga Tanjung. Seni ukiran tembaga sudah menjadi warisan turun temurun masyarakat Tanah Melayu dan sebenarnya tidak ramai bakat-bakat muda tukang tembaga Malaysia pada hari ini. Tukang-tukang tembaga kini yang mahir dikenali sebagai 'pandai tembaga' dengan penghasilan melalui penggunaan acuan lilin secara tradisional atau menggunakkan acuan pasir. Antara mereka yang terkenal ialah Wan Abdullah bin Wan Muda, Tuan Haji Abu Bakar Abdul Rahman, Tuan Haji Mat Cik Abdul Rahman dan Ali Yaakob.

Anda mungkin juga menyukai