Anda di halaman 1dari 4

Fungsi dan Kegunaan-Seni Tembikar

Seni Tembikar
A. Kraf Tradisional Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang

diamalkan oleh masyarakatperibumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. a) Alatan memasak Manusia Zaman Batu Pertengahan iaitu Mesolitik atau dikenali sebagai Zaman

Hoabinh wujud pada sekitar 11 000 tahun dahulu. Masyarakat zaman ini mula mencipta alat tembikar daripada tanah liat.Masyarakat Zaman Mesolitik ini tinggal di gua batu kapur seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan tepi laut seperti Jenderam Hilir di Selangor. Masyarakat pada

zaman ini menukar barangan tembikar sebagai salah satu kegiatan harian mereka. Pada Zaman Neolitik yang wujud kira-kira 5 000 tahun dahulu, orang Neolitik mengalami cara hidup yang lebih teratur. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan GuaMenteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis. Pada zaman ini terciptanya alat-alat tembikar seperti periuk, belanga dan bekas air yang dihiasai ukiran. Masyarakat Neolitik menggunakan alat-alat daripada tembikar di dalam kehidupan seharian mereka. Penyelidikan ilmiah telah dibuat oleh ahli kaji purba di beberapa tempat di Pahang Darul Makmur seperti Kota Tongkat di Jerantut, Gua Kecil di Raub, Sungai Selinsing, Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan mendiami negeri Pahang Darul Makmur dan tinggal di gua batu dan gunung-ganang.
81

Fungsi dan Kegunaan-Seni Tembikar

Manusia zaman batu adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Manusia Melayu Proto mendiami Semenanjung Malaysia dan pulau Nusantara dalam lingkungan3 000 atau 2 000 tahun sebelum Masehi. Serpihan tembikar yang dipercayai oleh ahli sejarah digunakan sebagai alatan memasak masyarakat pada zaman itu telah ditemui di kawasan ini. b) Ritual atau Keagamaan Seramik terawal yang dijumpai dan digali di bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana. Menurut kajian oleh Barbarra

Harrison, kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Adalah menjadi tradisi lama komuniti

Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka diberikan meninggal pakaian dunia, dan simati akan di

dibaringkan

ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara

pinggan seramik diletakkan di bawah keduadua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat. Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut. Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan teksturnya.
82

Fungsi dan Kegunaan-Seni Tembikar

c) Candi Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil di Sungai Petani, Kedah. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil. Dr. Lamb berpendapat pemujaan di situ adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul

tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-sisa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitannya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang di tengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu.

Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan

tapak-tapak tiang yang

terdapat memberi

gambaran tentang bentuk bumbungnya. Datadata yang kita perolehi inilah dibawa pulang ke muzium. d) Perhiasan diri Anting-anting Pada Zaman Batu Baru (Neolitik) yang wujud 5 000 tahun dahulu, mereka mula membuat alat perhiasan diri seperti gelang tangan. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua Menteri di Kelantan, Gua tidak boleh

Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis.

83

Fungsi dan Kegunaan-Seni Tembikar

B. Kraf Dimensi Baru Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya di Semenanjung Malaysia. Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk menghasilkan rupa bentuk yang unik dan berseni.

Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada zaman dahulu adalah tempat untuk menyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati kerana bukan sahaja penggunaannya semata-mata tetapi keindahannya yang

berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.

Labu sayong ini digunakan sebagai bekas minuman, bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri, pasu bunga, periuk, perhiasan dan sebagainya. Selain itu ia juga digunakan sebagai hiasan yang direka khas atau sebagai cenderamata. Selain itu di Sarawak, kaum etnik menggunakan tembikar sebagai bekas mengisi corak yang dimagangkan serta sebagai alat pengebumian bagi sesetengah suku kaum di Sabah dan Sarawak.

84

Anda mungkin juga menyukai