Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH LUKISAN

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.
Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang kehidupan seharian sepeti
perburuan dan pengembaraan. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan
gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas
dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta
menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan
mereka pada zaman dulu.

Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua Tambun,
Perak.Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di Perancis terutama di Gua
Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet, Ardeche, Perancis dipercayai lukisan
paling awal iaitu pada tahun 15000-13000 S.M. Lukisan tersebut menggambarkan
sekumpulan kuda atau binatang perburuan yang dihasilkan oleh manusia pada zaman
paleolitik.

Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan
digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu
dokumentasi sejarah yang gemilang.

KEPENTINGAN LUKISAN
Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah:

untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar

untuk merakamkan sesuatu peristiwa

sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)

sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang
terbaik.

Anda mungkin juga menyukai