Anda di halaman 1dari 12

TAMADUN DUNIA TEMA 1 : CIRI-CIRI ZAMAN PRA-SEJARAH

Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik
Pendahuluan 1 Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajianterhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi.
2 Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah dibenua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara , di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, diAustralia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu. Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. 3. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitikdikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.
Isi-isi ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )

1 Tempat Tinggal / Petempatan Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah danpondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah ) Neolitik Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondokdaripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor ) 2. Kegiatan Ekonomi Utama Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama.

Secara umumnya, mereka adalah merupakanparasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercoraksaradiri. Neolitik Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru 3. Teknologi peralatan Paleolitik Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai pisau, gergaji dan kapak.Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif. Neolitik Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan daripada batuyang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dantenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaanroda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatantembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat. 4. Organisasi sosial Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas. Neolitik Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang tellah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripadaRevolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan. 5. Agama dan kepercayaan Paleolitik Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini. Neolitik Manakala agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini,

masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanyaunsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan telitidan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme. 6. Kesenian / kebudayaan Paleolitik Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak idealisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiranmelakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri. Neolitik Kesenian zaman Neolitik adalah berbeza sekali dengan zaman Paleolitik. Ini dapat dibuktikan dengan kesenian pada zaman Neolitik yang bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan satu gejala baru yang memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran konseptual.

7 .Corak hidup Paleolitik Masyarakat Paleolitik mengamalkan corak hidup nomad atau berpindah randah. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi melalui aktiviti memburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan secara berkumpulan. Oleh kerana mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dantidak mempunyai memiliki harta. Sebagai buktinya, mereka hanya tinggal di gua-gua dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber alam sekitar Neolitik Perubahan yang ketara dalam aspek corak hidup telah mula berlaku pada zaman Neolitik. Kesan daripada perkembangan revolusi pertanian, masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan mereka tidak terputus. Bagi memastikan keselamatan mereka, mereka sudah mula mencipta senjata-senjata seperti kapak dan pisau untuk mempertahankan diri. Perkembangan yang amat ketara dalam corak hidup mereka ialahmereka mula tinggal di rumah-rumah yang mereka bina daripadatanah liat di lembah-lembah sungai dan golongan wanita terutamanya, mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan. 8. Pengkhususan pekerjaan Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal. Neolitik Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan perananyang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah.

Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.

9. Institusi Politik Paleolitik Tidak wujud institusi politik pada zaman Paleolitik. Neolitik Kemajuan dalam bidang pertanian telah menyebabkan munculnyainstitusi politik kerana sistem pentadbiran yang teratur bagi mengawasi kerja-kerja pembinaan empangan, terusan atau tali air. Dalam hal ini, ketua-ketua dilantik untuk mengarahkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan dan tali air di samping berperanan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pertanian dan pertikaian mengenai hak milik tanah. Perkembangan inimenyebabkan mula munculnya sistem pentadbiran yang bertujuan untuk menyelesaikan hak-hak masyarakat yang semakin kompleks, menjamin pengagihan yang lebih seimbang dan mewujudkan kawalan dan keselamatan sosial dari ancaman musuh
Kesimpulan Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitarkepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif daninovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.

Sejauh manakah alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah. ATAU Alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah. Bincangkan. PENDAHULUAN 1. Zaman prasejarah ialah zaman yang belum ada rekod bertulis tentang kehidupan manusia dan masyarakatnya. 2. Pengkaji sejarah membahagikan zaman prasejarah kepada tiga zaman iaitu - Zaman Paleolitik (500,000 SM hingga 10,000 SM) - Zaman Mesolitik (10,000 SM hingga 7,000 SM) - Zaman Neolitik (7,000 SM hingga 3,500 SM) 3. Zaman ini juga dikenali juga sebagai zaman batu. 4. Kehidupan masyarakat pada zaman ini dikesan daripada bukti arkeolgi seperti fosil dan peralatan yang diperbuat daripada batu.
ISI (5 isi X 4 markah = 20 Markah)

1. Penempatan Penempatan masyarakat zaman prasejarah dipengaruhi oleh alam sekitar Zaman Paleolitik - pergantungan sepenuhnya ke atas alam sekitar menyebabkan mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu dan memungut hasil hutan. Persekitaran yang sejuk dan keadaan yang selamat menyebabkan mereka tinggal dalam gua. Zaman Mesolitik - pencairan air batu akibat daripada kenaikan suhu dunia telah mempengaruhi penempatan masyarakat pada zaman ini tertumpu di kawasan yang iklim sederhana iaitu di kawasan lingkaran tanah rata di Eropah, Asia dan Afrika. Zaman Neolitik - kehidupan masyarakat yang tidak bergantung kepada hasil hutan dan telah mula bertani menyebabkan mereka membentuk penempatan kekal sehingga wujudnya perkampungan neolitik. Perkampungan neolitik tertumpu di kawasan lembah sungai dan tasik kerana mereka bergantung kepada kesuburan tanah dan saliran semula jadi untuk kegiatan pertanian. Contohnya perkampungan Neolitik di Jermo, Jerica (Iraq) dan Pan Ismail 2. Kegiatan Ekonomi Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia dan masyarakat zaman prasejarah. Zaman Paleolitik - manusia mendapat makanan daripada sumber alam sekitar melalui kegiatan memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Zaman Neolitik - manusia telah mula menghasilkan sumber makanan sendiri tanpa bergantung kepada sumber alam sekitar melalui kegiatan pertanian dan menternak binatang. Walau bagimanapun mereka masih bergantung kepada kesuburan tanah secara semulajadi untuk membolehkan mereka bertani. Kawasan pertanian tertumpu di lembah-lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar. Lebihan hasil pertanian/surplus mendorong kepada berlakunya aktiviti perdagangan. 3. Peralatan Paleolitik - Bagi menyesuaikan diri dan pergantungan dengan persekitaran manusia di zaman Paleolitik telah menghasilkan peralatan yang ringkas dan mudah. Mereka menggunakan peralatan daripada tulang dan batu. Kapak tangan dihasilkan untuk melapah dan memotong binatang buruan. Neolitik - Revolusi pertanian di zaman neolitik telah mempengaruhi peralatan yang digunakan. Peralatan batu masih lagi digunakan pada awal zaman neolitik tetapi buatan lebih halus. Penemuan logam telah membolehkan mereka menggunakan logam seperti besi, timah dan tembaga menggantikan peralatan batu sebagai peralatan di sawah dan senjata. 4. Teknologi Paleolitik - Masyarakat zaman Paleolitik menghasilkan peralatan batu menggunakan teknik merepeh. Kebakaran hutan akibat daripada petir dan proses menghasilkan peralatan batu telah menemukan masyarakat zaman ini dengan penggunaan api. Pakaian zaman ini diperbuat daripada kulit binatang dan gentian pokok/kayu. Neolitik - Masyarakat pada zaman neolitik mempunyai kreativiti dan inovasi untuk mecipta teknologi dalam usaha menguasai persekitaran mereka. Mereka telah mencipta roda, menghasilkan peralatan tembikar dan menenun kain daripada

gentian tumbuhan. Bajak dicipta yang menggunakan tenaga haiwan untuk memudahkan kerja-kerja di ladang pertanian. 5. Kepercayaan Persekitaran banyak mempengaruhi sistem kepercayaan masyarakat zaman prasejarah. Ketidakupayaan masyarakat zaman paleolitik dan neolitik mengatasi bencana alam menyebabkan mereka percaya kepada kuasa ghaib yang mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran mereka. Mereka menyembah kuasa alam yang mempunyai kaitan dengan persekitaran mereka seperti matahari, sungai dan binatang. Banjir dan kemarau yang berlaku membawa kepada kepercayaan kepada tuhan dan semangat tanaman. Ia membawa kepada upacara pemujaan dan ritual keagamaan. 6. Kesenian Alam sekitar menjadi sumber kepada hasil seni masyarakat zaman pra sejarah. Manusia paleolitik melukis gambar binatang di gua yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan. Pada zaman neolitik unsur alam dilihat sebagai simbol dalam hasil lukisan mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan sistem kepercayaan. KESIMPULAN Kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Penemuan dan kreativiti masyarakat pada zaman neolitik telah membawa perubahan besar bagi mereka menyesuaikan diri dan menguasai alam sekitar.

Huraikan kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.

PENDAHULUAN 1. Latar belakang zaman prasejarah Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. 2. Latar belakang zaman Neolitik Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru. Wujud kira-kira 7000 S.M 3500 S.M Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia. 3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia. ISI: Kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal. (7 isi X 3 markah = 21 markah) 1. Menjadi Asas Kemajuan Sains dan Teknologi Perkembangan tahap pemikiran zaman neolitik melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng. Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia. Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia Contoh ; penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Kesan penggunaan alat-alat ini telah meningkatkan hasil pertanian. Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. Contoh, perdagangan antara Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus. 2. Tercetusnya Revolusi Pertanian Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka. Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini bermula pada zaman neolitik. Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan. Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan. Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revulusi urban atau perbandaran. Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis dan Dhilkah dan Thebes 3. Pembentukan Petempatan Kekal Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia. Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal. Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan menternak haiwan serta membina tamadun. 4. Pembentukan Bandar / Proses Urbanisasi Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota. 5. Pembentukan Sistem Kepercayaan dan Agama Kepercayaan manusia neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun. Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri beragama. Walaupun masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar, namun dari kepercayaan inilah yang akhirnya telah melahirkan kepercayaan beberapa kepercayaan lain dalam masyarakat bertamadun.

Pada zaman Neolitik, manusia mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib mereka. Mereka percaya kepada semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta. Manusia boleh menerima hukum alam. Contoh ; banjir. Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi. Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka. Jika tidak disembah,dewa-dewi akan membawa malapetaka seperti banjir, dan kemarau. Contoh; tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga Contoh; dalam tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat. 6. Wujud Pengkhususan kerja Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum lelaki kepada aktiviti memburu dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar dll) sementara kaum wanita bercucuk tanam. Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada aktiviti perdagangan. Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik. Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar. Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun. Contoh; tamadun China 7. Wujudnya Organisasi Sosial Pembentukan organisasi sosial mudah dalam masyarakat Neolitik membawa kepada kewujudan corak politik yang asas. Pada zaman Neolitik, wujud ketua kampung yang menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan dengan pertanan atau hak milik tanah. Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun. Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas. Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir. Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat. Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda Contoh ; Tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hamumurabi 8. Terbentuk kesenian dan sistem tulisan Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan. Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku. Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara. Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil. Contoh; tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran. Kesimpulan Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik. Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah. Perhatian : Markah maksimum Pendahuluan + Kesimpulan adalah sebanyak 4 markah sama ada 3 +1 @ 2+2 @ sebaliknya.

( Pelbagai soalan boleh dibentuk dari tajuk ini. Jawapan mesti disesuaikan dengan kehendak soalan ) Bandingkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.
PENGENALAN (3 markah)

1. Konsep Prasejarah DEFINISI OLEH FRANK HOLE DAN ROBERT F. HEIZER DALAM KARYA BERTAJUK PREHISTORIC ARCHEOLOGY ; PRASEJARAH SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA MASA SILAM MANUSIA YANG TIDAK DICATATKAN DALAM BENTUK TULISAN ( SEJARAH SILAM MANUSIA SEBELUM WUJUDNYA REKOD BERTULIS)

LAIN .

BUKTI-BUKTI PRASEJARAH DIPEROLEH MELALUI KAJIAN TERHADAP ARTIFAK DAN FOSIL-FOSIL OLEH AHLI -AHLI ARKEOLOGI. TEMPOH PRASEJARAH BERMULA DAN BERAKHIR PADA JANGKA MASA YANG BERLAINAN ANTARA SATU BENUA DENGAN BENUA YANG CONTOH PRASEJARAH BERMULA : ~ Di Afrika bermula 2 juta tahun yang lampau ~ Di Asia bermula sejuta tahun dahulu ~ Di Rusia bermua setengah juta tahun ~ Di Australia bermula 40 000 tahun dahulu

Contoh prasejarah berakhir:

~ Di Iraq lebih kurang 3400 S.M. ~ Di Yunani sekitar 1000 hingga 600 S.M. ~ Di Itali beberapa abad kemudian

Tahap perkembangan manusia dibahagikan kepada 2 zaman iaitu ;

a. Zaman Batu b. Zaman Logam



Zaman Batu dikenali juga sebagai zaman prasejarah. Zaman Batu meliputi 95% daripada sejarah kewujudan manusia bermula dari 500 000 tahun dahulu dan berlanjutan hingga lebih kurang 5000 S.M. Zaman Batu dibahagi kepada 3 peringkat iaitu;

i. Zaman Batu Lama (Paleolitik) ii. Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) iii. Zaman Batu Baru ( Neolitik)

Zaman Logam merupakan zaman sejarah yang berasaskan kepada rekod-rekod bertulis.
Isi Penting (5 isi X 4 markah)

Perbandingan Ciri-Ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik 1. Aspek Alat Zaman Paleolitik: Alat batu digunakan sebagai senjata @ barang perhiasan Alat batu yang digunakan adalah besar dan dari segi pembuatannya. Hanya satu bahagian alat ditajamkan untuk tujuan memotong Alat-alat batu dipegang dgn tangan yang dikenali sebagai kapak tangan (fist hatcher) Kapak tangan digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai gergaji, pisau dan kapak. Terdapat juga alat-alat lain yang diperbuat daripada tulang, tanduk dan gading gajah Contoh; jarum diperbuat daripada tulang, kail ikan , lembing dan anak panah. Zaman Neolitik: Pembuatan peralatannya lebih kompleks dan halus Tembikar, penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajari Alat-alat baru dibuat dengan sempurna dan digunakan untuk pertanian Contoh; tenggala ; untuk memudahkan kerja-kerja membajak sawah, roda; kereta kuda dan lembu digunakan untuk angkut hasil pertanian, alat-alat tembikar: untuk simpan wain, bijirin dan minyak, alat-alat batu: sabit, mortar dan anak lesung Barang-barang perhiasan berupa gelang dipakai untuk mengelakkan nasib buruk

Rakit dan perahu juga dicipta. Ini mendorong masyarakat meneroka kawasan-kawasan baru bagi tujuan pertanian dan ternak binatang 2. Aspek Kegiatan Ekonomi Zaman Paleolitik Mereka bergantung kepada aktiviti seperti menangkap ikan, memburu binatang dan mengumpulkan hasil hutan dan buah-buahan. Mereka tidak tahu menternak binatang dan bercucuk tanam. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan bergantung kepada alam sekeliling / sekitar sebagai sumber makanan mereka Zaman Neolitik: Menyaksikan suatu perubahan yang disifatkan sebagai revolusi pertanian Mereka menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan binatang. Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber-sumber alam semulajadi. Mereka menanam tanaman makanan (biji-bijirin). Ini berlaku kerana perubahan persekitaran dan iklim berikutan dengan tamatnya zaman air batu. Mereka menanam tanaman seperti gandum, barli, padi jagung dll. Mereka menternak kambing, biri-biri,khinzir dan kambing. Perkembangan ini mewujudkan kehidupan yang lebih stabil dan selamat. Mereka juga menggunakan terusan tali air untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian Kesannya hasil pengeluaran meningkat Hasil yang berlebihan menyebabkan wujudnya perdagangan 3. Aspek Tempat Kediaman Zaman Paleolitik Mereka tinggal di dalam gua, persisiran pantai dan tepi sungai Tujuannya untuk melindungi mereka daripada segala ancaman musuh seperti binatang liar. Mereka sering berpindah-randah (nomad) dalam kumpulan kecil dan tiada pengkhususan kerja Zaman Neolitik: Kehidupan secara menetap dan membina perkampungan Mereka tidak lagi berpindah randah kerana dapat bergantung kepada bekalan yang dihasilkan di sekitar petempatan mereka Mereka membina rumah yang dibina drpd tanah liat Didirikan di kawasan yang terletak berhampiran dengan sumber air (sungai) yang diperlukan untuk pertanian dan ternakan Apabila penduduk bertambah, kampung-kampung turut berkembang dan menjadi bandar Contoh; petempatan Jericho; penduduknya bertambah menjadi 2000 orang dan menjalankan kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang. Mereka mempunyai tempat kediaman tetap dan kawal pengeluaran makanan sendiri. 4. Aspek Organisasi Sosial Zaman Paleolitik Mereka hidup dalam kelompok kecil Mereka mempunyai struktur sosial yang lebih teratur. Penemuan tulang-tulang menunjukkan bahawa mereka memburu dalam kumpulan dan hasil buruan dikongsi bersama Zaman Neolitik: Mempunyai organisasi sosial yang tersusun kehidupan yang bertambah kompleks. Wujudnya golongan pemerintah dan golongan yang diperintah Terdapat pemimpin, pahlawan, golongan paderi/pendeta sebagai golongan yang berkuasa. Majoriti masyarakat yang tidak mempunyai alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut kepada golongan tersebut. 5. Aspek Agama dan Kepercayaan

Zaman Paleolitik Amalan ritual dipraktikkan semasa upacara pengebumian Penemuan barang-barang pengebumian menunjukkan bahawa wujud kepercayaan terhadap kehidupan selepas mati. Mereka juga mempunyai kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib Ini jelas daripada upacara ritual yang diamalkan semasa pengebumian seperti: i. beri penghormatan kepada si mati dengan melukis dan mewarnakan mayat ii. meletakkan kedua-dua tangan di atas dada iii. menyertakan barang-barang berharga seperti subang, rantai dan alat-alat lain seperti senjata di dalam kubur menyertakan barang-barang berharga seperti subang, rantai dan alat-alat lain spt senjata di dalam kubur Amalan magis juga dipraktikkan. Tujuannya untuk menambahkan bekalan sumber makanan Amalan ini jelas drpd lukisan-lukisan yang terdapat di dalam gua. Imej binatang seperti rusa, bison dan gajah yang ditembusi oleh anak panah @ lembing pada badannya Semasa melukis mereka membaca jampi mentera Tujuannya untuk memastikan mereka mendapat hasil buruan yang lebih banyak. Zaman Neolitik Sistem agamanya lebih kompleks Mereka mempercayai kuasa luar biasa dan penyembahan dewa dan dewi Masyarakat bergantung kepada fenomena alam seperti hujan, peredaran musim dan kesuburan tanaman pertanian dan penternakan binatang Untuk tujuan tersebut, pelbagai upacara ritual dan amalan korban dijalankan Contoh; tarian masyarakat Indian di Amerika. Mereka menari dan melakonkan gerak-geri binatang yang menjadi sumber makanan mereka Tujuan mereka berbuat demikian ialah menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan mengelakkan spisies tersebut daripada pupus. 6. Aspek Kesenian Zaman Paleolitik Diilhamkan oleh benda-benda yang mereka nampak Meliputi lukisan , ukiran dan mural Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar-gambar binatang Mereka mempunyai kemahiran dalam melukis pergerakan sesuatu objek. Sebahagian daripada mural/lukisan mereka terdiri daripada gambar binatang yang berlari, melompat, meragut dsb Pergerakan binatang ini ditonjolkan dengan melukis garisan-garisan tambahan Kesenian merupakan amalan magis yang betujuan menambahkan hasil perburuan Zaman Neolitik Berasaskan simbolisme. Ini ditunjukkan dalam tembikar-tembikar. Permukaan tembikar dihias /diukir dengan pola-pola geometrik dan simbolik. 7. Aspek Lebihan Hasil / Surplus Zaman Paleolitik Tiada lebihan hasil Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai bercucuk tanam Mereka bergantung kepada alam sekeliling/ sekitar sebagai sumber makanan mereka Zaman Neolitik Lebihan hasil bermula apabila manusia mula menggunakan alat dalam aktiviti pertanian seperti tajak, roda. Penggunaan alat-alat pertanian membolehkan hasil pertanian ditingkatkan. Lebihan hasil seperti bijirin yg lebih dijual untuk mendapatkan komoditi-komoditi yang lain seperti batu permata dan logam

Perkembangan perdagangan menyebabkan berlaku interaksi antara masyarakat Neolitik yang menggalakkan pertukaran idea dan teknologi baru. Maka wujud sistem pertukaran barangan utk memenuhi keperluan ekonomi 8. Aspek Pengkhususan Kerja Zaman Paleolitik Tiada pengkhususan kerja. Hal ini kerana mereka sering berpindah randah dan bergantung kepada alam sekeliling. Zaman Neolitik Lebihan hasil menyebabkan berlakunya pengkhususan dalam pekerjaan dan menggalakkan kegiatan perdagangan berdasarkan sistem barter. Selain golongan petani, wujud golongan artisan dan tukang-tukang kraf yang mahir Golongan ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja membuat alat-alat batu baru seperti sabit, mortar dan anak lesung. Wujudnya perbezaan peranan lelaki dan wanita. Golongan lelaki melakukan kerja yang lebih berat berbanding wanita. Golongan lelaki menggunakan tenggala ketika aktiviti pertanian manakala golongan wanita menggunakan cangkul. Tukang mahir membuat alat-alat tembikar untuk menyimpan bijirin, wain dan minyak
KESIMPULAN (2 markah)

1.

Masyarakat zaman Neolitik lebih maju dan lebih bertamadun jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik dan Mesolitik.

2. Nota: Jawapan mesti ada unsur perbandingan. Jika tiada perbandingan, markah maksimum 8 markah.

Anda mungkin juga menyukai