Anda di halaman 1dari 42

Seni dan Budaya

M 16

Hasil pembelajaran:
a. Pencapaian dan sumbangan bidang
kesenian dalam Tamadun Dunia.
b. Konsep Kesenian mengikut Islam.
c. Pencapaian dan sumbangan bidang
kesenian dalam Tamadun Islam.

a. Konsep Kesenian:
Kesenian dalam tamadun awal dunia ini lebih
merujuk kepada segala keindahan dan
kehalusan.
Keindahan dan kehalusan ini dapat kita lihat
melalui aspek-aspek kesusasteraan, muzik, seni
bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater.
Setiap tamadun memperlihatkan keunikan
kesenian masing-masing ada setengah-setengah
daripadanya masih dapat dilihat hingga ke hari
ini.

Pencapaian dan sumbangan bidang


kesenian dalam Tamadun Dunia
a. Tamadun Mesopotamia
1. Kesusasteraan
. Sebahagian besar dari kesusasteraan Sumeria masih wujud
hingga ke hari ini. Antara yang terkenal ialah Legenda Etana
dan Legenda Adapa.
. Di samping itu terdapat Epik Gilgamesh. Epik yang
merupakan puisi yang panjang ini menyentuh tentang
agama, keperwiraan, falsafah dan ccorak hidup orang
Sumeria.
. Dikatakan bahawa epik yang pertama di dunia dihasilkan
pada zaman Sumeria.

2. Seni Ukir dan pahat


Pengukir-pengukir Sumeria mempunyai
kemahiran seni ukir yang tinggi. Mereka
membuat ukiran-ukiran yang cantik dan halus
seperti kerbau, rusa jantan dan helang dari
tembaga.
Seni Ukir yang terkenal sekali di sini ialah
ukiran Patung Raja Gudea.
Ukiran juga dapat dilihat melalui tembikar dan
cop mohor yang dibuat daripada tanah liat.

3. Kaligraf
Orang-orang Sumeria merupakan masyarakat yang
terawal sekali di dunia membentuk sistem tulisan.
Tulisan merupakan gambar-gambar atau simbolsimbol yang diguriskan di atas kepingan tanah liat.
Ia dikenali sebagai cuneiform atau tulisan pepaku
atau tulisan berbaji.
Tulisan berbaji ini kemudiannya berkembang ke
peringkat fonetik (berdasarkan bunyi perkataan)
semasa orang Sumeria mencapai kemajuan.
Terdapat lebih daripada 560 tanda untuk
menggambarkan perkataan.
Tulisan itu digunakan untuk merekodkan sesuatu
( di atas kepingan tanah liat).

4. Seni bina
Seni bina tamadun Mesopotamia dapat dilihat melalui
tiang batu dan arca.
Dinasti yang akhir sekali memerintah zaman
keagunganMesopotamia, salah seorang pemerintahnya
yang bernama Nebuchadnezzar telah mengindahkan
kota Babylon. Baginda mencantikkan Babylon melalui
seni bina iaitu dengan membina banyak bangunan
yang indah-indah yang dibuat dari tanah liat seperti
kuil, pintu gerbang, jambatan dan istana.
Bagi mencantikkannya lagi, baginda hiasi dengan
taman-taman bunga yang indah. Inilah yang
dinamakan Taman Tergantung Babylon yang menjadi
satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.

b. Tamadun Mesir
1. Kesusasteraan
. Kesusasteraan Mesir terdiri daripada
cerita, puisi, lagu dan nasihat. Kebanyakan
daripada kesusasteraan yang dihasilkan
pada Zaman Kerajaan Tua (3500-2700 SM)
adalah berbentuk keagamaan dan falsafah.
. Contohnya, legenda Osiris dan Isis yang
mempunyai banyak versi itu mengisahkan
tentang tuhan-tuhan mereka.

2. Seni Ukir
Seni ukir Mesir dapat dilihat melalui kuil-kuil,
piramid, sphinx dan tiang-tiang.
Seni ukir yang terdapat pada patung-patung Firaun
ini tidak banyak perbezaannya buat berabad-abad
lamanya.
Tiang-tiang yang dibina ketika Mesir diperintah oleh
raja perempuan yang bernama Hatshepsut telah
diukir dengan catatan peristiwa-peristiwa penting
yang berlaku pada zamannya. Antara perisitiwa
penting itu ialah pembinaan semula rumah-rumah
berhala.

3. Seni Bina
Juru bina yang mula-mula sekali merangka bangunan
batu ialah Imhotep, penasihat utama kepada Firaun
Zoser.
Semasa rajanya masih hidup, beliau telah membina
sebuah tugu yang berbentuk piramid di Sakkara.
Piramid yang dipanggil Step Piramid ini masih ada
hingga ke hari ini.
Pembinaan piramid seperti ini diteruskan oleh raja-raja
Mesir seterusnya. Setiap raja semasa hidupnya
membina tugu-tugu besar atau piramid yang masih
kekal hingga ke hari ini. Kebanyakan piramid dibina
antara tahun 3000 hingga 2000 SM.

Seni bina Mesir juga dapat dilihat melalui pembinaan


kuil-kuil. Raja Pepi 1 telah membina beberapa buah
rumah berhala untuk tuhan-tuhan mereka. Batu
granait digunakan dalam pembinaan rumah berhala ini.
Semasa Mesir diperintah oleh raja perempuan yang
bernama Hatshepsut, baginda memerintahkan supaya
didirikan dua batang tiang peringatan semasa
perayaan menyambut ulangtahun pemerintahnnya
yang ke-15.
Tiang-tiang itu hampir 100 kaki dan berat setiap batang
ialah 350 tan. Tiang-tiang ini didirikan di hujung rumah
berhala Amon yang mula dibina semasa pemerintahan
ayahnya. Selain dari itu banyak didirikan patungpatung firaun dan istana.

4. Seni Lukis
Lukisan yang dihasilkan pada zaman Mesir purba
mempunyai warna yang terang. Ia biasanya
menggambarkan kehidupan seharian masyarakat
Mesir purba. Lukisan dapat dilihat di dinding piramid.
5. Muzik
Antara alat-alat muzik yang utama ialah seruling,
sastrum, kecapi dan alat muzik yang bertali. Kuil juga
mempunyai koir masing-masing. Istana raja pula
mempunyai orkestra.

6. Kaligraf
Tulisan awal Mesir adalah dalam bentuk gambar iaitu
gambar digunakan untuk mewakili objek. Jenis tulisan
ini dipanggil tulisan hieroglifik (hieroglyphic).
Pada peringkat kedua perkembangan tulisan, gambar
yang mewakili bunyi perkataan digunakan.
Peringkat akhir perkembangan tulisan menyaksikan
penciptaan huruf yang mengandungi 24 tanda. Huruf
yang dicipta tidak mengandungi huruf vokal.
Dakwat yang digunakan untuk menulis dibuat dengan
mencampurkan air, abu dan gam sayur-sayuran.
Rumput buluh halus digunakan sebagai pen. Tulisan
dibuat atas tembikar, tulang dan kayu. Kemudian orang
Mesir menggunakan papirus sebagai kertas.

c. Tamadun Yunani
1. Kesusasteraan
. Pengasas kesusasteraan Yunani yang terkenal ialah Homer.
Beliau telah menulis epik-epik Illiad dan Odyssey. Illiad adalah
kisah-kisah peperangan di antara Yunani dan Troy manakala
Odyssey pula mengisahkan pengembaraan Odysseus selepas
peperangan dengan orang-orang Troy tamat.
. Drama diperkenalkan pada abad ke-5 SM.Drama-drama awal
lebih kepada bentuk agama dan kepercayaan. Penulis-penulis
drama Yunani yang masyhur ialah Aeschylus (525-456 SM)
yang dianggap sebagai pengasas drama Greek, Sophocles
(496-406 SM) dan Euripides (480-406 SM). Di antara dramadrama yang terkenal ialah The Persians, Prometheus
Bound, Antigone, The Trojan Women dan Oedipus.
Drama-drama ini adalah berbentuk komedi dan tragedi.

2. Teater
Bidang ini berkembang pesat di
negara kota Greek pada abad ke-5
SM. Ia diadakan pada masa Pesta
Dlonysus atau Dewa Wain.
Pelakon-pelakon teater terdiri dari
kaum lelaki sahaja. Teater mendapat
sambutan yang baik daripada rakyat.

3. Seni Bina
Tamadun Greek juga memperlihatkan
ketingggian dalam bidang seni bina. Bidang ini
dapat dilihat melalui bangunan-bangunan yang
dirikan seperti kuil-kuil.
Kemajuan dalam bidang ini jelas sekali pada
zaman Pericles di Athens. Di bawah arahan juru
binanya yang bernama Ictinus dengan bantuan
Callicrates, Pathenon atau Temple of the Virgin
dibina di atas Acropolis. Kuil ini dibina untuk
Dewi Athena.

4. Seni Ukir
Orang crete adalah pakar dalam memotong
permata, mengukir gading dan seni
tembikar.Mereka telah meninggalkan contohcontoh hasil kerja tangan dari logam-logam
dan patung-patung kecil yang sangat indah
perbuatannya, dibuat dari gading dan emas.
Keindahan seni ukir Yunani juga dapat dilihat
melalui ukiran-ukiran pada patung-patung
ketuhanan.

5. Seni Lukis
Kemajuan orang-orang Yunani dalam bidang seni lukis
sangat tinggi dari segi kehalusan dan daya.
Istana-istana mereka dihiasi dengan lukisan-lukisan
dinding (gambaran tentang orang perempuan dan
binatang-binatang dengan berlatarbelakangkan
pemandangan di desa.
Selain dari itu, terdapat juga lukisan-lukisan
menggambarkan pembawa-pembawa cawan yang
bersopan santun, budak-budak perempuan yang menari
dan perlawanan berlaga lembu dengan disaksikan oleh
orang-orang bangsawan memakai pakaian-apakaian
yang mengikut fesyen.

6. Kaligraf
Tulisan awal masyarakat Minos di Yunani merupakan
tulisan bergambar hieroglyphic (2000-1650 SM) dan
tulisan bergaris yang disebut Linear A ( tahun 1700
SM).
Terdapat juga jenis tulisan Linear B (tahun 1450 SM)
yang ditulis di atas papan tanah liat (contohnya,
papan tanah liat dijumpai di Knossos, Create) dan di
Mycenae, Pylos dan Thebes.
Dikatakan juga bahawa orang Yunani telah
mengambil tulisan orang Phoenicia yang telah
diubah suai dengan menambah huruf-huruf vokal.

d. Tamadun Rom
1. Kesusasteraan
. Di antara tokoh Rom yang terkenal dalam bidang ini ialah
Phiny dengan karya yang berjodol Natural History.
. Seneca adalah contoh penulis prosa yang terkenal. Cicero
pula telah menjadikan bahasa Latin sebagai bahasa yang
penting dalam kesusasteraan melalui tulisan-tulisannya.
. Bidang ini mencapai puncak pada zaman pemerintahan
Augustus dengan dua orang penyair terkenal iaitu Horace
( penulis lirik) dan Virgil. Virgil telah menghasilkan
Aeneid.

2. Seni bina
Seni bina Rom menggambarkan gabungan antara orang
Rom, Etruscan dan Yunani. Gabungan ini dipanggil
Graeco-Roman.
Orang Rom meniru bentuk arca dari orang Etruscan dan
dari situ mereka mencipta bidang-bidang baru lain yang
tidak ada di Greek. Sebenarnya Rom banyak mewarisi
seni bina Greek.
Seni bina Rom dapat dilihat melalui binaan pintu
gerbang, bumbung yang melengkung, arked (peneduh),
kubah, tiang , bangunan bundar, saluran-saluran air yang
besar (akuadak) , tempat mandi awam, arca, jalan raya,
jambatan, pembentung, hospital, rumah dan gereja.

3. Kaligraf
Rom menggunakan tulisan Latin.
Orang Rom juga telah mengambil tulisan
orang Phoenicia (orang Phoenicia telah
mencipta sistem abjad yang mempunyai
22 simbol) yang telah diubah suai oleh
orang-orang Greek dengan menambah
huruf-huruf vokal yang kemudian telah
diubah suai lagi oleh orang-orang Rom.

e. Tamadun China
1. Kesusasteraan
. Sun tsu (awal kurun ke-4 SM) telah mengarang buku
The Art of The War yang menyentuh tentang strategi
peperangan.
. Tokoh penting yang hidup pada zaman Dinasti Han
ialah Ssu Ma Chien yang juga dikenali sebagai Bapa
Sejarah China.
. Pada zaman Dinasti Tang (618-907 M) penyair-penyair
agungnya mendapat sanjungan yang tinggi di negara
China. Antara penyair yang terkenal ialah Tu Fu dan Li
Po. Nada puisi ialah kesayuan dan kegembiraan.

2. Seni bina
Dalam bidang ini China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar
yang dibina semasa Dinasti Chin. Maharaja Shih Huang Ti telah
mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi
satu tembok besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah.
Pembinaannya adalah dalam jangka masa antara tahun 228 SM
hingga 210 SM. Tembok Besar China yang panjangnya kira-kira
2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7
keajaiban dunia.
Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di
samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara
ditempatkan sepasukan tentera seramai 100 orang.
Seni bina yang lain dapat dilihat melalui pembinaan istana, kuilkuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda.

3. Seni Ukir, seni pahat dan seni halus


Pengukir Shang menggunakan batu marmar,
batu jed dan batu kapur untuk mengukir patungpatung kecil.
Dalam bidang pembuatan seramik atau
tembikar, masyarakat Shang telah memajukan
teknik-teknik membuat seramik.Buatannya halus
dan dicat dengan warna hitam dan merah.
Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas
air dan makanan. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran
geometrik dan haiwan.

4. Seni Lukis
Lukisan dilukis pada kain sutera,
tembikar dan sampang. Ia biasanya
terdiri daripada potret manusia,
gambar-gambar yang
berlatarbelakangkan cerita-cerita
mitos dan peristiwa-peristiwa yang
benar-benar berlaku.

5. Muzik
Alat muzik tradisional China ialah
seruling buluh kerana buluh banyak di
negara China.
Kedatangan orang Mongol membawa
satu lagi alat muzik iaitu hu-Chin
atau kecapi Mongol yang dmainkan
secara menggesek (seperti
menggesek biola).

6. Drama
Pembentukan dan kebangkitan
drama China berlaku pada zaman
Dinasti Yuan.
Banyak drama dihasilkan dan ada di
antaranya masih dipentaskan pada
zaman China moden.

7. Kaligraf
Sistem tulisan Shang adalah sistem tulisan Cina yang
terawal di negara China. Mereka juga menggunakan
tulisan bergambar yang melambangkan sesuatu
objek.
Orang China juga menggunakan tulisan simbol untuk
menggambarkan idea abstrak atau kompleks.
Terdapat 3000 simbol pada zaman Dinasti Shang.
Tulisan berbentuki simbol dikenali sebagai
ideogramatau ideografik. Tulisan ideografik ini
menjadi asas kepada tulisan Cina sekarang.
Pada zaman Dinasti Shang jurutulis menggunakan
berus atau kayu runcing untuk menulis. Tulisan
diguris di atas kepingan buluh, kulit siput, tulang,kulit
kura-kura, batu jed, gangsa, kayu, tembikar dan
sutera.

Tamadun Indus
1. Kesusasteraan
. India juga terkenal dengan dua buah epik iaitu
Mahabharata dan Ramayana. Kedua-dua epik ini
menceritakan kehidupan dalam tamadun awal India.
. Mahabharata mengandungi syair yang
menceritakan tentang permusuhan Pandawa dan
Kaurava. Ia ditulis oleh Vyasa.
. Ramayana pula menceritakan tentang
pengembaraan Rama mencari isterinya Sita yang
telah ditawan oleh Ravana. Ia ditulis oleh Valmiki.

2. Seni Bina
Tamadun Indus telah membina
rumah-rumah yang menyerupai
rumah-rumah moden yang lengkap
dengan bilik makan, bilik mandi dan
halaman.

3. Seni Ukir
Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat
dalam membentuk patung-patung dan ala-alat
perhiasan.
4. Kaligraf
Tulisan tamadun Indus adalah berbentuk
piktograf. Ia dikesan pada cap-cap yang ditemui.
Kewujudan tulisan itu membuktikan bahawa
masyarakat Indus telah maju dalam bidang
intelektual

Tamadun Melayu
1.Seni bina, seni lukis, seni ukir
Seni bina di alam Melayu
menampakkan pengaruh Hindu dan
Buddha yang begitu kuat. Antara
yang terkenal ialahCandi
Borobudurdi Jawa Tengah. Candi ini
dibina berasaskan ajaran Buddha
oleh raja-raja Sailendra antara tahun
778 850M.

Satu lagi seni bina terkenal di Alam


Melayu ini ialahAngkor Wattdi
Kemboja. Ia dibina oleh raja Angkor
iaitu Suryavarman II (1113 1150
M). Tujuan ia dibina ialah untuk
menyembah dewa Visynu serta
melambangkan kekuatan keajaan
Suryavarman II. Ia juga merupakan
makam Suryavarman II.

Di Lembah Bujang, Kedah terdapat


banyak binaan candi untuk memuja
Gautama Buddha serta dewa-dewi
Hindu. Struktur binaannya seperti
kuil-kuil di India Selatan. Reka bentuk
candi-candi itu mempunyai tradisi
seni bina tempatan. Antara candicandi yang termasyhur ialah Candi
Bukit Batu Pahat dan Candi Pendiat.

2. Wayang, Muzik, nyanyian.


Bidang ini juga banyak dipengaruhi oleh unsur
Hindu terutamanya di Jawa. Permainan
wayang telah wujud pada zaman pra-sejarah
lagi. Permainan wayang merupakan kegiatan
ritual, namun ia diselitkan dengan unsur-unsur
drama, nyanyian dan sebagainya. Pada
asalnya permainan wayang ini disampaikan
dalam bahasa Jawa Kuno tetapi kemudiannya
bercampur dengan bahasa Sanskrit (bahasa
Kawi).

3. Kesusasteraan
Kesusasteraan lisan terawal ialah cerita asal usul
(nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang),
cerita binatang (berwatakkan binatang seperti
Sang Kancil), cerita-cerita jenaka ( Pak Pandir,
Pak Kadok, Lebai Malang, Si Luncai dan Pak
Belalang),
cerita penglipurlara ( Hikayat Malim Deman,
Hikayat Anggun Cik Tunggal), dan cerita-cerita
moral ( Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah
Batu Bertangkup, Si Tenggang).

kesusasteraan lisan yang berbentuk


puisi seperti pantun, teka-teki,
gurindam dan seloka. Kesusasteraan
Melayu mempunyai tujuan untuk
berhibur di samping diselitkan unsurunsur sindiran, nasihat dan cetusan
rasa sedih atau gembira.

4. Kaligraf
Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu
pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu
menyerupai seperti bentuk huruf-huruf
Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung.
Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak
digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu
dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf
ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum
Belanda menjajah Indonesia.

orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas


kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingankepingan logam dan pada batu-batu (batu
bersurat).
Apabila pengaruh Hindu bertapak di alam
Melayu, tulisan Hindu iaitu tulisan Palava
disebarkan melalui bahasa Sanskrit. Penyebaran
tulisan dan bahasa Hindu ini sebenarnya terhad
di kalangan golongan istana sahaja.
Bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran
dan ilmu pengetahuan.

Pencapaian dan sumbangan bidang


kesenian dalam Tamadun Islam

Sekian. Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai