Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH RINGKAS CANDI BOROBUDUR Tarikh sebenar candi borobudur dibina dan siapa yang memerintahkannya serta untuk

apa tidaklah diketahui secara tepat. Tetapi berdasarkan apa yang telah diperolehi, candi borobudur dibina pada sekitar tahun 800 Masihi.1 Candi ini dibina oleh raja-raja keturunan Sailendra, dan di antara nama mereka ialah Indra. Nama Indra ini sebenarnya berasal daripada nama Dewa Indra daripada agama Hindu. Candi Borobudur adalah melambangkan gunung kosmos, iaitu lambang alam semesta yang paling utama.2 Raja-raja Sailendra yang bertanggungjawab dalam pembinaan candi borobudur adalah beragama Buddha-Mahayana. Menurut ajaran agama ini, untuk menjadi seorang Buddha haruslah hidup melalui 10 tingkatan. Bagaimanapun, agama Buddha zaman Sailendra ini hanya dapat difahami apabila dijalin dengan amalan pemujaan nenek moyang. Bentuk piramid bertingkat-tingkat yang berasal daripada tradisi Megalitik itu tidak lain adalah lambang khusus bagi tempat bersemayam roh-roh nenek moyang. Pembinaan candi borobudur adalah bertujuan untuk mengagungagungkan agama Buddha Mahayana dan juga memuja raja-raja Sailendra, yang secara kebetulan pula raja yang membinanya itu adalah raja yang ke-10 dalam deretan raja-raja Sailendra.3 LOKASI CANDI BOROBUDUR Candi Borobudur terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah. Lokasi candi adalah lebih kurang 100km di sebelah barat daya Semarang dan 40km di sebelah barat laut Yogyakarta. Borobudur terletak di kawasan tinggi di antara dua gunung berapi berkembar, Sundoro-Sumbing dan Merbabu-Merapi dan dua sungai, Progo Dan Elo.4

1 2

Dr. soekmono (1986), candi Borobudur pusaka budaya umat manusia, pustaka jaya bandung h.28 Abdul Rahman Hj Abdullah, sejarah dan kebudayaan Asia tenggara tradisional, karisma publication sdn bhd, kuala lumpur, h. 55-56 3 Ibid h.56 4 Dr. soekmono (1986), op-cit, h. 11-12

NAMA CANDI BOROBUDUR Menurut Dr. Soekmono sebahagian besar candi di Indonesia tidak diketahui lagi nama aslinya dan ada juga sebahagian candi yang telah diberi nama mengikut tempat ia ditemui dan sedikit sahaja yang masih menggunakan nama aslinya. Maka, amat sukarlah untuk menentukan asal usul nama Candi Borobudur adakah ia dinamakan demikian kerana nama tempat yang dijumpai atau sebaliknya.5 Tidak ada keterangan yang lengkap daripada hasil tulisan kuno yang menceritakan tentang nama asal Candi Borobudur yang sebenarnya. Sebuah naskah dari tahun 1365 Masihi iaitu Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca ada menyebutkan tentang budur yang membawa maksud bangunan suci bagi Agama Buddha, namun tiada keterangan tambahan mengenainya.6 Usaha yang sama turut dilakukan oleh Raffles untuk menafsirkan Borobudur berdasarkan keterangan-keterangan yang telah beliau kumpulkan daripada masyarakat setempat. Perkataan budur telah ditukarkan kepada budo bererti kuno dalam bahasa jawa sehinggakan Borobudur diertikan sebagai boro zaman kuno. Boro zaman kuno jelas tidak mengandungi sesuatu pengertian apalagi untuk mengaitkannya dengan candi Borobudur. Maka Reffles menampilkan pula pengertian lain: boro bererti agung dan budur sama dengan perkataan Buddha. Maka Borobudur ertinya sang Buddha yang agung. Keterangan-keterangan yang dikemukan oleh Raffles kalau dikaji ternyata tidak ada yang memuaskan kerana menimbulkan persoalan bagaimana caranya untuk menerangkan perubahan perkataan Buddha kepada Budur. Tafsiran yang sangat masuk akal telah dilakukan Dr. Poerbetjaraka, Menurut boro bermaksud biara. Oleh itu, beliau menyimpulkan bahawa perkataan Borobudur adalah bermaksud biara budur. Penggalian dan penyelidikan telah dilakukan pada tahun 1952 di sebelah barat laut bangunan candi Borobudur dan menemukan batu bata yang diyakini bahawa ia adalah sisasia runtuhan daripada sebuah biara.7 Di dalam sebuah manuskrip lama, dijumpai perkataan bhumisambharabhudhara sebagai sebutan bagi sebuah bangunan suci untuk pemujaan nenek-moyang. De Casparis menyimpulkan bahawa bhumisambharabhudhara adalah candi Borobudur yang mana ia adalah akibat daripada gejala umum untuk menyingkatkan dan menyerderhanakan sesuatu ucapan. Terdapat ramai sarjana yang menentang terhadap tafsiran tersebut.8

5 6

Daoed joesoef (2004), Borobudur, Penerbit Buku Kompas Jakarta h.1 Dr. soekmono (1986), candi Borobudur pusaka budaya umat manusia, pustaka jaya bandung h.39-40 7 Ibid h. 40-41 8 Ibid h. 42

Anda mungkin juga menyukai