Anda di halaman 1dari 6

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Penciptaan Kod Undang-undang Hammurabi yang digubal oleh Raja Hammurabi, Raja
Babylon. Mengandungi 282 undang-undang. Dipahat pada tiang-tiang besar dan tembok kota
agar rakyat dapat mengetahuinya. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat dan keadilan.
Dalam Kod Undang-undang menegaskan bahawa denda dan hukuman mesti setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan. Kod Undang-undang Hammurabi menjadi teras kepada
perundangan tamadun Mesopotamia dan membantu perkembangan peradaban Mesopotamia.
Kod Undang-undang Hammurabi
Kod undang-undang ini berjaya mewujudkan keadilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Penciptaan sistem tulisan berjaya mengembangkan sistem pendidikan dan perkembangan ilmu
pengetahuan. Malah melahirkan jurutulis yang memudahkan urusan pentadbiran dan
perniagaan kerana segala urusan dapat direkodkan. Ia juga berjaya melahirkan dan
mengembangkan tradisi kesusasteraan yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia iaitu epik
Gilgamesh. Kod undang-undang ini diakui sebagai epik tertua di dunia.
Kod undang-undang berjaya memperkembangkan ilmu astronomi. Kemudian membawa
kepada perkembangan ilmu hisab seperti sistem perpuluhan, kaedah tambah, tolak, bahagi dan
punca gandaan. Akhirnya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Perkembangan
ilmu perubatan khususnya era pemerintahan kerajaan Assyria. Malah berjaya mencipta 500
jenis ubat-ubatan yang dikatalog dan disampelkan. Mencatatkan kaedah panduan
penggunaannya kepada pengamal perubatan.
Salah satu kejayaan besar tamadun Mesopotamia ialah penciptaan roda. Bagi memudahkan
pengendalian kereta kuda sama ada bagi penggunaan ketenteraan ataupun perdagangan dan
perhubungan. Dengan terciptanya roda maka kincir air juga dapat dihasilkan bagi
memudahkan penyaluran air dilakukan ke kawasan pertanian.Tamadun ini juga berjaya
mencipta kapal layar dan pengangkutan beroda oleh orang Sumeria sejak 3000 S.M. Lantaran
itu, jalan darat dan jalan laut dapat dimanfaatkan.
F1 Undang-Undang Hammurabi

H1a. Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.
H1b. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
H1c. Mengikut kod ini, hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi
berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
H1d. Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta
tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.
H1e. Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun
Mesopotamia.
H1f. Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan
masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat ifu sendiri.
H1g. Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem
organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.
H1h. Kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang
panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M.
F2 Sistem Tulisan
H2a. Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistern pendidikan yang bertujuan
untuk melahirkan jurutulis.
H2b. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya
dapat direkodkan.
H2c. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan dengan resit, nota, dan
surat kredit.
H2d. Di samping itu, sistern tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan.
H2e. Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang
merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan cara
hidup orang Mesopotamia.
F3 Ilmu Astronomi
H3a. Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.
H3b. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada
perkembangan ilmu matematik seperti sistern mengira perpuluhan, menambah, menolak,

mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada
perkembangan ilmu geometri.
F4 Kalendar
H4a. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan
jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistern solar yang menganclungi 12 bulan
dalam satu tahun.
F5 Ilmu Perubatan
H5a. Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan
kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
H5b. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah
dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.
H5c. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai
panduan kepada pengamal perubatan.
F6 Penciptaan Roda
H6a. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan
atau kegunaan pada masa aman.
H6b. Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk
mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal
banjir.
F7 Pengangkutan
H7a. Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang
terawal kepada dunia.
H7b. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pangangkutan beroda sejak tahun
3000 S.M..
H7c. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat
berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

F8 Batu Bata
H8a. Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada
tanah hat.
H8b. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah
patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.
F9 Pembentukan Empayar
H9a. Kepimpinan berwibawa Raja Sargon telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu
empayar pertama di dunia.
H9b. Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah
kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.
H9c. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya
menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.
F10 Pembentukan Sebuah Masyarakat Yang Lebih Berestetika
H10a. Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem
pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.
Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni
bina, iaitu piramid.

Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan
penasihat penting kepada Firaun Djoser.
Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Piramid Sakkara ini
merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina
untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga.
Beliau telah memperkenalkan teknik penbinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.
Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang
pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.
Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi
ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil
kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di
Lembah Nil.
Pokok papyrus ini banyak tumbuh di lembah Nil. Orang Mesir Purba telah meleperkan
batang-batang pokok ini menjadi kepingan sehingga mereka dapat menulis di atasnya.
Pencipataan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada
kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis
dan terpahat dalam sistem tulisannya, hieroglif.
Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang
ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik ini berkembang
ke tulisan demotik.
Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu
cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.
Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada
keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi
pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan
terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.

Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh
menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan
piramid.
Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan.
Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk
firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan
mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.
Dokumen Perubatan Mesir Purba
Buku serta catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam amkam Diraun Khufu dan
catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600 S.M. yang
telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman-berzaman.
Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan
pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran Sungai Nil yang
menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra,
geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhna dalam usaha orang Mesir Purba
mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintah Mesir Purba telah
berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi
kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina
sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir
dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba
memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarka 12 bulan dalam setahun.
Kegemilangan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati dan diketahui oleh generasi
akan datang sekiranya masyarakat Mesir Purba tidak meninggalkan warisann serta khazanah
bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen, serta
buku merupakan salah satu manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.

Anda mungkin juga menyukai