Anda di halaman 1dari 18

Guru Sebagai Agen Pembentukan Akhlak Dan Moral Pelajar: Bagaimana

Melaksanakannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah


1.0

Pendahuluan

Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar sekolah. Sering
terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan
pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan
akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai
dalam KBSM.Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan,
maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik
besar. Kalau pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi,
terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang yang berbicara dan
mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin, cendiakawan atau orang biasa
banyak yang berbicara tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita
dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat.
Pelajar-pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak agresif
dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan masa kini sudah jauh berubah. Pelajar-pelajar dan
remaja kita sudah menerjah keluar daripada kepompong kepasifan yang membelenggukan. Era
baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita.
Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah
atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan
moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan Negara.Di manakah
silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar
Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan
berkesan sehingga dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja
kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat menularnya
kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak dibendung secepat
mungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah silap yang berada di manamana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan keruntuhan moral, elok kita menyelak

sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para
pendidik dalam menghadapi tugas seharian mereka.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
2.0

Moral dan Akhlak: Latarbelakang Isu

Sistem Pendidikan Negara sekarang boleh dikatakan terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia.
Walupun wujud sistem dualisme dalam pendidikan kita namun kelihatan semacam kesepaduan
antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistem pendidikan masih menekankan pendidkan moral, nailai
dan aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni
dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan
negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak
yang menjadi-jadi, di samping terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan
tuntutan agama.Isu keruntuhan akhlak telah menjadi perbincanagn hangat di kalangan
masyarakat sekaramg. Isu ini telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai kopi,
kaki-kaki lima, sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini menunjukkan betapa
seriusnya masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah
keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebih parah.Keruntuhan
akhlak telah berlaku di kalangan pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan
kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di
kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain
lagi. Selain itu, keruntuhan moral di kalangan masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk
putusnya hubungan kekeluargaan, hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau
memulau dan benci membenci terutama di kalangan masyarakat Islam.
Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya adalah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa
lampau tentang betapa pentingnya Pendidikan Akhlak Islam di ajar, disemai dan disuburkan

dalam diri anak-anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak ummah dan moral
masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa program
telah dilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral tinggi.
3.0

Konsep Moral dan Akhlak

Secara kasar dan pada laras bahasa yang biasa kedua-dua istilah di atas menampakkan maksud
yang sama. Kedua-dua membawa maksud perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walau
bagaimanapun kalau dihalusi akan terserlah perbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam
Kamus Dewan mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil.
Moral bermaksud perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang dibuat dan
dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komuniti tersebut, masa
tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan keadaan yang lain persetujuan tersebut
mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain moral walaupun baik dan betul tetapi tidak universal.
Kebiasaannya moral lebih menekankan perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama
manusia (disiplin-disiplin kemanusiaan) dan hubungan yang harmoni di antara manusia dengan
alam sekitar (disiplin-disiplin sains tabii).
Moral menekankan kepentingan dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi bersifat
peribadi. Moral tidak membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan peribadi. Oleh sebab
itulah nilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal
metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikan perkembangan prinsip asas moral memberi
penegasan seperti berikut:..the main factors which have been shown to correlate with the
development of a principled, predictable morality are intelligence, moral knowledge (that is,
knowledge of the rules of a society) the tendency to anticipate future events, the ability to
maintain focused attention, thecapacity to control unsocialised fantasies, and selfesteem.Goleman (1995) telah memberikan konsep baru tentang emotional intelligence (EI)
atau kecerdasan emosi yang boleh dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh
berjaya dalam kehidupan sejagat atau global village.Moral berbeza dangan akhlak dari segi
sumber yang menentukan sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlak bersumberkan
wahyu, iaitu hubungan dengan Maha Pencipta.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;Dan

sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berakhlak mulia.Dalam hal yang sama Nabi
Muhammad

SAW bersabda

yang

maksudnya

Sesungguhnya

aku

diutuskan

demi

menyempurnakan akhlak. Aishah pernah ditanya tentang akhlak Nabi SAW maka dia
menjawab; Akhlaknya adalah Al-Quran.Menurut Abdul Raof Dalip (1986), akhlak dapat
diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang
dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi
daripada sifat kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu
daripada Maha Pencipta.
Justeru, pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat dengan Penciptanya.Persoalan
akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang
yang sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di samping mengerjakan yang
disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh
negatif. Orang yang beriman ialah orang yang berakhlak mulia (bermoral dan memiliki nilai
murni), orang yang sentiasa melakukan yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan
perbuatan negatif yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak
diberi perhatian yang serius, maka pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan
berhasil. Walaupun kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpa disertai
pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan melahirkan insan yang akan menjadi perompak,
perogol, pembunuh dan penjenayah yang lain di kalangan orang yang berijazah atau
berpendidikan tinggi.
4.0

Moral dan Akhlak Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia.

Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan daripada barat telah diubahsuai
kepada konsep pendidikan bersepadu. Kurikulum pendidikan barat yang diasaskan daripada
falsafah humanisme menekankan keharmonian dan keseimbangan di antara manusia dengan
manusia, dan di antara manusia dengan alam sekitar. Kedua-dua hubungan ini adalah perlu dan
baik tetapi ia masih berkisar dan bertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal sematamata dapat memahami hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih
memahami hukum-hukum alam yang dicipta oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang paling

penting perlu dimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar dengan Maha Pencipta. Bagi
hubungan dengan Maha Pencipta mestilah dirujuk kepada ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan AsSunnah. Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini, maka ia bolehlah dikatakan sebagai
kurikulum bersepadu.Pengubahsuaian kepada bidang-bidang matlamat pendidikan perlu
dilakukan agar ia bersesuaian dengan konsep bersepadu. Pengubahsuaian ini boleh dilihat dalam
rajah 1 yang ditunjukkan di bawah.KognitifAqidah Akhlak Nilai Murni AfektifPsikomorRajah
1 : Kesepaduan ilmu Akal dan +ilmu Wahyu Matlamat Pendidikan mestilah dimulakan dengan
kekuatan aqidah. Kemurnian aqidah akan menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik
ini akan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang baik. Dan
seterusnya dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian,
matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar yang berintelek, berakhlak dan
bertaqwa. Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu dalam pengajaran dan pembelajaran?
Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat sekular. Terdapat beberapa model atau
pendekatan pengajaran seperti pendidikan kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya
diri, pendekatan pembinaan tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan
penggunaan ilmu. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat
pendidikan yang telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal..
Ilmu akal mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita gagal
memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap pendekatan atau model
pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan kepada konsep-konsep ilmu wahyu. Ini
dapat ditunjukkan oelh rajah 2 di bawah.Kognitif Motivasi & Tingkah Interaksi Penggunaan Jaya
Diri Laku Sosial IlmuAl-Guran Konsep Konsep Konsep KonsepAs-Sunnah Insan Fitrah
Keseimbangan Ibadah MODEL (Nilai Murni)AkhlakAqidahRajah 2 Menunjukkan Kesepaduan
Dalam Pendidikan Pengajaran Setiap pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah.
Seterusnya dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini dihayati ke dalam
konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep keseimbangan
dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsep daripada ilmu wahyu ini
seterusnya disepadukan dan dihayati ke dalam kelima-lima pendekatan pengajaran yang akan
digunakan iaitu kognitif, motivasi dan jaya diri, tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan

ilmu.Apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat


pendidikan tercapai seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Wawasan 2020, maka: Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan istimewa
daripada kepentingan ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga diri manusia mesti
berada pada tempat yang tertinggi. Dengan cara yang demikian, nilai dan moral dapat
dilaksanakan dalam pendidikan negara. Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang
berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan menilai
semula seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai, sejarah, budaya,
agama dan tamadun bangsa kita. Kita perlu kembali kepada sumber wahyu yang hakiki dan
benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia adalah bersifat subjektif dan tidak
universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu adalah yang paling sesuai diterapkan.
Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan moral dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakan
paradigma terhadap konsep dan falsafah ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini
sudah sampai masanya kita kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan
ilmu wahyu. Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan manusia
sebagai agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan masyarakat
madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia mestilah selari dengan konsep Ad-Din
sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan negara sama ada pendidikan,
ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik, kesenian dan sebagainya mestilah dilaksanakan
secara bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan acuan
Malaysia.
Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana
diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja
mampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-nilai murni
melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat, iaitu
kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang diharapkan menghasilkan
budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan teliti, pendidikan nilai ini mendasari
falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat FPN adalah untuk menghasilkan insan yang

seimbang dari semua aspek iaitu aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan
program pendidikan nilai dalam kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari
semua segi tidak akan berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang mampu
mendidik dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar rasional, amanah,
bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang lain yang dipersetujui
masyarakat. Di antaranya, Taylor (1961) mengemukakan pandangan bahawa nilai adalah darjah
dan peraturan yang secara tergabung membina cara hidup manusia. Nilai menggariskan iadeaidea dan matlamat-matlamat hidup. Nilai adalah darjah normative dan peraturan kerana ia
menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa ia menjadi asas
pegangan yang mempengaruhi pemikiran mnusia semasa membuat pertimbangan dalam
menentukan cara dan gaya bertindak serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan
kesejahteraan dirinya (dalam Sufean Hussin, 1989). Mengikut seorang penulis lain dari India,
Radharkaman Mukerjee (1965), beliau menyatakan bahawa nilai terbit daripada keinginan dan
motif yang dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Nilai mengikat indidividu
secara halus dan senyap.
Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilai ialah kepercayaan yang mengakibatkan
manusia memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams (1968), mentafsirkan nilai sebagai apa saja yang
dipegang oleh seseorang yang menjadi kriteria untuk membuat keputusan bagi memilih tingkah
laku dalam angka mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3KModel ini
dikemukakan berasaskan kepada anggapan dan keyakinan bahawa ;I
(a) Manusia terbina dari tiga komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967)
Maslow,A.H. (1954), Taylor,P.W.(1961), Fathi Yakan (1988).
(b) Penerapan nialai adalah satu proses yang berjalan secara tabie (Abdullah,N.U.(1988), Ismail
Jusoh, (1993).
(c) Manusia harus mengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam
(Al Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984).
Dengan andaian dan kesedaran di atas maka model penerapan nilai digambarkan seperti berikut
(Rajah 3) .NILAI MURNIINSAN SEIMBANGTAAT DAN PATUHKEPERCAYAAN KEPADA
TUHANPENERAPAN

KEFAHAMAN,KESEDARAN

DAN

KEYAKINAN

(3K)TOPIK

PELAJARANRajah 3Model Penerapan Nilai 3KRajah 3 di atas menunjukkan fasa-fasa yang


harus berlaku atau diwujudkan dalam proses penerapan nilai. Individu yang menghayati nialinilai murni akan terbina sekiranya pendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang
iaitu akal, roh dan jasad. Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara langsung boleh
dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar dalam kelas (Ismail Jusoh, 1993). Ia boleh
dilakukan semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru boleh mengaitkan isi
pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian hujan, kondensasi, proses sejatan,
tekanan rendah dan tekanan tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut tidak berlaku secara
kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta dan Penguasanya. Begitu juga dalam pelajaran Biologi,
pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itu mustahil wujud dengan
sendiri tanpa ada sebab dan akibat disebaliknya. Tindak blas yang berlaku dalam sel tidak
mungkin terjadi tanpa ada kawalan. Siapakah yang mengawalnya? Hakikat inlah yang patut
ditonjolkan dalam pengajaran dalam rangka memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K)
kepada pelajar supaya mereka dapat menginsafi kewujudan Tuhan.Proses penerapan nilai
melalui model ini boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung. Secara
langsung, guru boleh menghubungkan terus isi pelajaran dengan nilai kepercayaan kepada Tuhan
yang mana dengan nilai ini akan tersemai nilai-nilai murni yang dihajati seperti kerjasama, jujur,
bersikap positif dan lain-lain seperti yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara.. Proses
penerapan ini bukan terhad kepada jangka masa tertentu (semasa pelajar berada di alam
persekolahan), bahkan ianya berjalan sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini juga
bergantung kepada persekitaran, iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat,
media dan rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya terhasil jika terdapat
persekitaran yang positif.Falsafah Moral dan Tingkah LakuFalsaafh yang relevan kepada
profesion keguruan dan perkembangan pendidikan di negara ini ialah falsafah moral dan tingkah
laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan konstruktif profesion keguruan ke arah
membina moral dan tingkah laku pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral
yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada pelajar.Contohnya, guru tidak
seharusnya mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru
merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja.Falsafah moral dan tingkah laku juga
mendasari perkembangan pendidikan, perkembangan profesion keguruan dan perkembangan
institusi sekolah. Bagaimanapun, pengaruh lain seprti agama, budaya, etika, pemodenan,

sekularisme, dasar dan peraturan sekolah seringkali menimbulkan konflik dan percanggahan dari
segi falsafah moral dan tingkah laku. Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajarn di sekolah
sering kali berhadapan dengan isu kontroversi dan menyulitkan peranan guru serta peranan
sekolah menangani krisis yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku teks yang digunakan di
sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oelh aliran falsafah moral dan tingkah laku
bagi tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku golongan muda. Pada masa yang sama terdapat
unsur-unsur pemodenan dan revolusi moral dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya
tingkah laku baharu iaitu agresif, konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik
dan sebagainya.Falsafah moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai masyarakat
dan memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Bersifat
kebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isu kemiskinan dan kemunduran
dalam masyarakat Malaysia yang masih begitu kuat menghalang berlakunya perubahan dan
menjejaskan kualiti pendidikan golongan miskin. Semangat berusaha kuat untuk mencapai
perubahan perlu ditanamkan kepada anak-anak golongan miskin supaya kemajuan kebendaan
dapat membantu dan membentuk mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan menyediakan
peluang pelajaran dan kemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuan mereka.
5.0 Guru: Agen Pembentukan Akhlak dan Moral.
Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru
sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan
bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan
peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada
di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan
ibu bapa sama penting dalam pendidikan. Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh
anak-anak didiknya sebagai contoh atau role model. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang
mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak
dapat menjadi sebagai role model yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak
berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai role model bukan
mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap,

berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik
disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar,
ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima.
Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru
merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan mind set seseorang
individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan
belaian kasih saying sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka. Guru merupakan
orang paling penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anakanak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu
dapat pula membentuk apa yang dikatakan Sekolah tanpa takut (No fear school). Kalau dapat
diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan
potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya suasana
pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan
sekolah penyayang. Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab
membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota
masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan,
ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia. Untuk
mewujudakan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya
menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang
rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak
didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas
sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh
tanggungjawab dan beretika.
Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah
penyayang guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat
setempat. Ini kerana guru telah sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat
menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan
masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi dan

bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
terutamanya dalam menjayakan pendidikan moral.
Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada pelbagai keturunan
dan fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral atau menjayakan pendidikan
moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri
guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi Negara. Dalam hal ini guru-guru yang
dedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yang sejati, berinovatif dan kreatif. Dengan
kata lain, falsafah yang mengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru
merupakan guru dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru
diperlukan menerap nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti (core
values) dalam pengajaran mereka masing-masing.
Selain dari itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru
melambangkan keprofesionalan profesion itu. Dengan penekanan nilai di sekoah, dan guru
diharapkan melambangkan diri sebagai agen pendidikan moral di sekolah, maka kepentingan
Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesion perguruan tidak perlu dipersoalkan. Martabat
profesion perguruan biasanya dibayangkan daripada perspektif bagaimana seseorang guru
menjalankan tugasnya iaitu membantu peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah
menyampaikan pengetahuan kepada pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam
mata-mata pelajaran tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini
bermakna membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan
ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan pelajar itu mengikut
lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia. Kejayaan pendidikan sukar
diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih dari semata-mata pelajar mencapai dalam
peperiksan awam. Yang penting ialah sama ada guru berjaya memberi:
(i)

pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai mencari ilmu di kalangan


mereka, menanamkan semangat pembelajaran sepanjang hayat dan kedua

(ii)

membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta mempunyai nilainilai masyarakat Malaysia, khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Martabat profesion perguruan juga dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru
bertindak sebagai seorang agen moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka.
Personaliti guru dan nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya,
mempengaruhi peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam
pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai tersendiri dalam
situasi pengajaran dan pembalajaran melalui pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini akan membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak
selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan
penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-nilai
yang seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabat profesion
itu sendiri.
Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada berbagai-bagai cabaran baharu. Setengah
cabaran adalah berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi
baru dan isu-isu yang berkaitan degan masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah
membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan
sendiri serta menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan
moral. Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari
dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan
delinkuen yang meluas di kalangan remaja di sekolah. Masalah ini mencerminkan kelemahan
sekolah dan profesion keguruan dalam membendung dan menangani masalah sosial di sekolah.
Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan yang mencerminkan kelemahan sekolah yang
dikaitkan dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah, sekolah tanpa roh dan
watak.
Pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan di sekolah menunjukkan kelemahan peranan guruguru di sekolah. Dengan bertambah ramainya guru perempuan, peranan bapa di sekolah semakin
lenyap. Kesan daripada masalah ini ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan
pelajar. Wawasan pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka
tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan yang diterima oleh
pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran dan ini bergantung kepada guru-guru

mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, maka seseorang guru itu
mestilah bersikap professional. Professional bukan bermakna mendapat gaji yang lumayan tetapi
ia termasuk penetapan standard yang tinggi untuk memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang
terbaik, persediaan dan pendidikan guru yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja,
suasana kerja yang selesa yang cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi
dengan rakan sekerja dan boleh membuat keputusan. Mohd Sani Ibrahim merumuskan bahawa
guru yang professional ialah (Rujuk rajah 4): Guru yang berilmu (content knowledge) Ilmu yang
berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan, kaedah dan teknologi.
Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran pembelajaran
(Pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge)o Meliputi merancang, mengurus,
memilih starategi dan meransang pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran
generik, kemahiran kaunseling dan menilai p-p Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh
menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang
perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa yang standard
dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang dilakukan.o Meliputi
taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan budaya ilmu.Rajah 4 : Model Guru
Yang Profesional6.0 Pembentukan Akhlak Dan Moral: Aplikasi Di Bilik Darjah6.1 Pendekatan
langsung melalui pengajaran Pendidikan Islam dan MoralPendekatan langsung membabitkan
pengajaran dua mata pelajaran yang khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah, yang
bertumpu secara langsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak, dan pendidikan nilai,
iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar
bukan Islam.6.2 Pendekatan tak langsungPendekatan tak langsung membabitkan penggunaan
mata pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk merealisasikan
pendidikan nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan nilai dan moral. Para pelajar boleh
mengenalpasti dilema moral, penaakulan moral dan membuat keputusan moral dalam novel dan
penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa
pemahaman tentang manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan
intuisi yang membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual
(Gambell 1988).Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalam semua mata pelajaran.
Persoalannya sejauhmanakah guru berjaya mengimplimentasikan penerapan nilai tersebut dan

adakah penilaian dibuat tentang proses dan produknya. Satu kaedah yang dapat memupuk
beberapa nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini bukan setakat pelajar
duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat kekitaan yang mana murid dapat
bantu membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri dan kumpulan.
6.3 Aktiviti Kokurikulum
Kita maklum bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum seperti unit
beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya di sekolah satu hari pada
hujung minggu dikhususkan untuk kegiatan ini dan semua pelajar diwajibkan terlibat. Begitu
juga untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada hari Sabtu. Bila guru tidak datang maka pelajar
pun begitu juga dan akhirnya aktiviti tidak berjalan langsung. Pengetua / guru besar haruslah
berhikmah dan memujuk guru-guru agar memenuhi tanggungjawab mendidik anak bangsa
melalui kokurikulum. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah
senang hati dan seronok, mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempattempat awam. Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.6.4
Pendekatan Pendidikan Rasulullah SAWPendidikan Rasulullah SAW bergantung kepada
beberapa faktor. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri sama ada untuk menanam
keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalam mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak
beliau sendiri. Perkataan dan perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti. Beliau mempunyai
sifat terpuji iaitu tabah, pemaaf, pemurah, sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah,
pendiam, takut dan taat kepada Allah serta banyak beribadat.Rasulullah SAW mengajar ibadat
ialah melalui demontrasi atau tauladan seperti cara beliau sembahyang, berpuasa dan
menunaikan haji. Baginda juga membetulkan kesalahan yang dibuat oleh pengikutnya dengan
cara yang betul. Begitu jugalah di sekolah, guru-guru hendaklah selalu menggunakan kaedah
demontrasi atau tunjukajar selain daripada kaedah soaljawab dan bertukar-tukar fikiran. Akhlak
dan kewibawaan Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang dan hormat kepadanya. Sahsiah
beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan yang bukan Islam memeluk Islam.
Guru-guru juga dapat menukar akhlak murid dengan dirinya sendiri dahulu mengamalkan nilai
murni yang bakal diterapkan kepada murid. Murid berada di sekolah selama sebelas tahun dan
dari 6-8 jam sehari. Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model

yang sentiasa diperhatikan oleh murid.6.5 Sokongan daripada Pentadbir sekolahUntuk


membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru besar harus
memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh menekankannya dengan
memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang lain. Ucapan yang diberi hendaklah
yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar
akan merasa mereka diberi perhatian. Selain itu program berbentuk pendidikan akhlak diadakan
di sekolah atau di luar sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja
seperti sukan, nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.6.6 Kepimpinan
inspirationalGuru sering dilihat sebagai pemimpin yang penting dalam memberikan dorongan
dan membina watak serta sahsiah pelajar. Kepimpinan inspirational berperanan memberi dan
membina semangat, mempunyai kekuatan bagi mengubah dan mendorong kejayaan pelajar,
dapat memberi keinsafan dan menanamkan kesedaran diri, memulihkan moral dan keyakinan diri
pelajar, memberi inpirasi serta mengilhamkan perubahan yang dinamik serta positif kepada
pelajar. Golongan pendidik seharusnya mempunyai inpirasi dan aspirasi yang tinggi untuk
memimpin ke arah perubahan. Inpirasi boleh dicetuskan melalui pemikiran dan idea-idea,
sentuhan emosi atau perasaan serta stail dan gaya kepimpinan yang berpotensi dan berwibawa
mempengaruhi orang lain.6.7 Kepimpinan KerohanianGuru harus mempunyai corak kepimpinan
ini kerana ia penting untuk membina sahsiah pelajar. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan
yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan
yang bersopan santun. Guru perlu membina sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam
kepimpinan pendidikan agar dapat membentuk budaya dinamik sekolah terutamanya keadaan
sekolah yang mempunyai pelajar dan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan
kepimpinan kerohanian amat penting dalam pembentukan watak dan sahsiah seterusnya dapat
membina kekuatan moral di kalangan pelajar dan guru. Tanpa agama dan moral yang baik,
pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang mempunyai asas-asas moral yang baik
untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.6.8 Pembelajaran koperatifPembelajaran
koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai
sesuatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen 1994).
Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara
koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus.Menurut Slavin (1995) pembelajaran
koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi.

Beliau menyatakan pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan


satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong
situasi pembelajaran. Pelajar akan bekerja bersama-sama, belajar untuk saling memberi dan
menerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah.
Ahli-ahli kumpulan dalam pembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang mempunyai
kebolehan dan sosioekonomi yang berbeza, berbeza etnik, jantina dan pencapaian akademik.
Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan harga diri pelajar,
memiliki kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan sekitarnya.Kaedah pembelajaran
ini memerlukan usaha guru melatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap
mahu mendengar pendapat orang lain, memberi pengukuhan, menjadi pemimpin / ketua yang
demokratik, membantu rakan sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan. Guru harus bersedia
memupuk semangat kekitaan terlebih dahulu sebelum mengajar perkara akademik. Kajian
Kooperatif di Amerika (Nor Azizah 1992) dan di Malaysia (Jamilah Karim 1992), Ida Fadil
(1995) menunjukkan bahawa beberapa nilai murni dapat dipupuk seperi sayangkan sekolah dan
rakan-rakan, bekerjasama, berani bersuara dan berinteraksi antara kaum. Kajian Yee Cheng Teik
(1995) menunjukkan di dalam kaedah Matematik kaedah ini dapat empertingkatkan kebolehan
murid dalam menyelesaikan masalah dan meninggikan pencapaian.
7.0 Penutup
Pengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar merupakan tugas suci
(mission) sekolah sejak zaman berzaman. Namun dewasa ini, baik di negara barat ataupun di
negara timur persoalan ini jugalah yang menjadi isu hangat kerana ternyata sekolah begitu
berjaya mencungkil dan mengembangkan hamper seluruh potensi yang ada pada diri pelajar
yang bersifat kognitif dan psikomotor tetapi kurang mampu untuk turut sama mempertingkatkan
nulai-nilai moral dan akhlak. Sejaka zaman dahulu lagi iaitu para filosof Greek, golongan
skolastik dan ahli-ahli fikir tradisional tanpa merasa jemu membuat penegasan bahawa fungus
utama pendidikan adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspekaspek yang
berkaitan dengan perkembangan moral dan akhlak. Di samping kepentingan peribadi,
perwatakan dan sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid yang memberi
sumbangan yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak yang baik, peranan

Pendidikan Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh dipertikaikan. Secara teori,
kerangka konseptual, matlamat dan organisasi kandungan, kurikulum Pendidikan Moral di
Malaysia adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan sempurna. Pelaksanaan Pendidikan Moral
menuntut sekolah menyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang
pertama: sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepada pelajar yang mana nilai-nilai
tersebut tidak di ajar di rumah dan kedua: demi untuk menjamin proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah mesti berperanan sebagai caring moral
communities yang boleh membantu kanak-kanak yang terabai dan sugul dari rumah agar
mereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan
marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangi dan
berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab. Dalam menjayakan pendidikan moral dan
akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan reformasi terhadap diri masing-masing serta
memandang ke hadapan dengan fikiran yang terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang
bermoral, berhemah tinggi serta sanggup menjadi model dalam masyarakat. Guru terutamanya
amatlah penting memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada
kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan yang
bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di samping
itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat merealisasikan matlamat
pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapai
Wawasan 2020.

Bibliografi
Abd.Rahim Abd Rashid (2005) Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran.Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan PustakaPendidikan Moral dan Nilai (1997). Prosiding Konvensyen
Kebangsaan.Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.Shahrin Awaludin & Kamaruzaman Abd. Ghani
(2003). Pendidikan Rohani DalamSistem Pendidikan Negara : Satu Pemikiran Semula.
Pemikiran Dalam PendidikanFakulti Pendidikan, UKM. BangiZainab Hanim et.al (2004)
Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif (PK)Dalam Pengajaran Matematik : Penyelidikan
Di Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan 29 m.s 105 124. Fakulti Pendidikan, UKM. BangiZarin

Ismail (1998) Pendidikan Moral di Sekolah : Apa Dualisme Dan Dikotominya?Prosiding


Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.

Anda mungkin juga menyukai