Anda di halaman 1dari 14

PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

PENGENALAN

Ilmu Tafsir merupakan ilmu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan
ini disebabkan ilmu ini membincangkan persoalan yang berkaitandengan seluruh aspek
keperluan manusia di atas dunia ini. Mendalami sejarahkewujudan ilmu Tafsir dan
perkembangannya juga merupakan perkara yangtidak kurang pentingnya dalam
memahami ilmu ini. Melalui pembincangandalam topik ini pelajar akan memahami
selok-belok penghasilan sesebuah kitabTafsir karangan ulama mufassirin,
sebagaimana memahami cara dan metodyang diguna pakai oleh mereka dalam
mengolah sesuatu ayat al-Quran.Bagi membincangkan perkembangan ilmu Tafsir ini,
kita akan menelusuri tigatempoh zaman iaitu zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat,
zaman Tabi`in dan Atba` al-Tabi`in dan zaman Tadwin atau Pembukuan.

1. TAFSIR AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Zaman permulaan bagi Ilmu Tafsir sudah tentulah bertitik tolak dari zamanRasulullah s.a.w.
Keadaan ini kerana wahyu dari langit yang dibawa dengan perantaraan Malaikat Jibril itu
bermula sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul. Oleh itu boleh dikatakan,
perkembangan Ilmu Tafsir pada hakikatnya bermula sebaik sahaja al-Quran diturunkan kepada
nabi Muhammad s.a.w. Perkembangan Ilmu Tafsir samalah seperti ilmu-ilmu yang lain. Sesuatu
ilmu kebiasaannya muncul di persada dunia tanpa nama yang khas merujuk kepadanya.
Setelah berlalu tempoh masa tertentu, barulah manusia mula memikirkan nama yang sesuai
dengan ilmu tersebut.

Keadaan demikian juga berlaku kepada Ilmu Tafsir. Pentafsiran al-Quran bermula sejak dakwah
Islam disebarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Cuma persoalannya, apakah metode atau bentuk
ilmu Tafsir yang wujud pada zaman itu? Untuk menjawab persoalan ini, mari sama-sama kita
meneliti perbincangan berikut.

1.1 Metode/Bentuk Pentafsiran

Orang yang mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran dan menjelaskan maknanya kepada
orang ramai ialah Rasulullah s.a.w. Baginda ialah orang yang paling faham tentang makna
ayat-ayat al-Quran. Baginda juga amat memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung
dalam ayat al-Quran dan mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam
sesetengah ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepada baginda s.a.w. supaya
menjelaskannya kepada manusia. Contohnya ayat berikut:

    


  


1
Bermaksud: “Supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada
mereka... dan supaya mereka berfikir”. (Surah al-Nahl: 44)

Menurut Ibn Khaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada sahabat-
sahabat tentang ayat-ayat yang umum dengan memperincikan supaya difahami dengan jelas
oleh mereka. Demikian juga Baginda s.a.w membezakan mana ayat yang Nasikh dan mana
yang mansukh. Penjelasan Rasulullah memberi faham makna dan maksud tersirat di dalam
ayat, manakala peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang
menyaksikan wahyu diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi sendiri kepada sahabat
sahabat baginda s.a.w sehingga mereka benar-benar faham dan mengerti penjelasan dan
pentafsiran sesuatu ayat al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini
kemudiannya berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabiÊin dan begitulah
seterusnya.

Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari generasi pertama iaitu
generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu generasi tabiÊin dan sehingga generasi
kebelakangan. Sehinggalah pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya
dibukukan khusus. Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang
tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara asli daripada
sahabat, tabiÊin dan generasi selepasnya sehinggalah lahir tokoh-tokoh Tafsir yang terkenal
seperti al-Tabari, al-Wafidi, al-ThaÊalibi dan seumpama mereka.

Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah
metode terus atau secara langsung. Ini bersesuaian dengan keadaan Nabi yang bertindak
sebagai pemberi penjelasan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya. Secara
kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran kepada sahabat ialah seperti
berikut:

(i) Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci). Seperti Nabi s.a.w
menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang diwajibkan yang terdapat dalam surah al-Baqarah
ayat 43:

  


  
 

(ii) Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap surah
al-Baqarah ayat 187:

  


   
   
 
Apa yang dimaksudkan di sini ialah kehitaman malam (kegelapan) dan terangnya siang.

2
(iii) Mengkhususkan yang umum. Contohnya, kezaliman yang dimaksudkan dalam surah al-
An`aam ayat 82 berikut:

  


  
   
 
Rasulullah s.a.w menjelaskan kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah mensyirikkan
Allah seperti yang terdapat dalam surah Luqman ayat 13 berikut:

    


    
     
(iv) Mentaqyidkan yang mutlak. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap surah al-Maidah
ayat 38:

 
 
    
     
Ayat ini menyebut `tangan` secara mutlak, lalu Rasulullah s.a.w mentaqyidkannya dengan
`tangan kanan`.

3
1.2 Sumber Ilmu Tafsir Secara UMUM

Ilmu tafsir merupakan suatu ilmu yang amat penting untuk memandu manusia ke arah jalan
yang diredai Allah. Oleh kerana ilmu ini berkait rapat dengan ayat al-Quran, maka sumber ilmu
ini mestilah sesuatu yang berkaitan dengan al- Quran. Untuk mengetahui apakah sumber ilmu
ini secara umumnya, mari kita ikuti perbincangan berikut.

(a) Sumber Pertama: Al-Quran al-Karim

Al-Quran al-Karim merupakan sumber utama bagi ilmu Tafsir. Tahukah anda kenapa al-Quran
merupakan sumber utama ilmu ini? Ini ialah kerana ayat-ayat al-Quran menjelaskan atau
mentafsirkan antara satu sama lain.

Sebagai contoh, Allah menurunkan sesuatu ayat yang berbentuk umum dalam satu surah.
Dalam surah yang lain pula Allah menurunkan ayat yang memperincikan sesuatu yang
disebutkan secara umum itu. Contohnya, ayat al-Quran di bawah. Allah s.w.t berfirman:

   


Bermaksud: “Sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan
kejadian”. (Nuh: 13)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan penciptaan manusia secara berperingkatperingkat dan
sentiasa berkembang. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

4
   
    
    
   
  
  
   
    
  
 
Bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia daripadasaripati (yang
berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam
tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu
segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan
tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami
jadikan dia bentuk yang lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.”

( Surah al-Mukminun: 12-14)

Bila anda perhatikan ayat dalam surah al-Mukminun, anda akan dapati Allah menjelaskan
secara terperinci peringkat dan perkembangan kejadian manusia itu. Penjelasan ayat ini secara
langsung menafsirkan ayat yang umum dari surah Nuh di atas.

(b) Sumber Kedua: Al-sunnah al-Nabawiyyah

Al-Sunnah al-Nabawiyyah atau hadis Nabi s.a.w merupakan sumber kedua bagi ilmu Tafsir.
Tentu anda sudah memahami kenapa hadis Nabi merupakan sumber kedua bagi ilmu ini.
Sebagaimana sesetengah ayat al- Quran menjelaskan dan memperincikan ayat yang lain, hadis
nabi juga berfungsi seperti itu. Bahkan kebanyakan hadis nabi adalah menjelaskan
secara terperinci ayat yang umum. Allah s.w.t berfirman:

  


   
  

Bermaksud: “Dan kami turunkan kepada kamu (Muhammmad) Al-Quran, supaya engkau
jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka
berfikir”. (Surah al-Nahl: 44)

Sebagai contoh, perintah menunaikan solat disebut secara umum dalam ayat berikut:

5
  
  
 
Bermaksud: “Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang
yang rukuk.” (Al-Baqarah:43)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

   


  

Bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditetapkan waktunya ke atas
orang-orang mukmin.” (An-Nisa`:103)

Begitu juga dengan beberapa ayat yang lain yang menyentuh tentang kewajipan menunaikan
solat. Ayat-ayat ini langsung tidak menjelaskan secara terperinci bagaimanakah cara
menunaikan solat itu, berapa rakaat dan sebagainya. Maka hadis Nabi s.a.w berfungsi untuk
menjelaskan secara terperinci tentang cara-cara dan perkara yang berkaitan dengan ibadat
solat yang sempurna. Antara hadis yang memberi gambaran yang jelas tentang cara-cara
menunaikan solat ialah hadis berikut:

Bermaksud: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.”

(c) Sumber Ketiga: Bahasa Arab

Mungkin anda boleh memahami dengan jelas kenapa bahasa Arab merupakan sumber ilmu
Tafsir yang ketiga. Kaitan bahasa Arab dengan al- Quran begitu rapat sekali kerana al-Quran
diturunkan dengan bahasa ini. Allah s.w.t menjelaskan sendiri dalam al-Quran berkenaan
perkara ini dengan firmanNya:

  


   
Bermaksud: “Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab semoga kamu
berfikit.” (Yusuf: 2)

Menurut Ibn Kathir al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa ini adalah bahasa
yang paling fasih dan lebih jelas serta lebih luas dan banyak pengertian dalam menggambarkan
sesuatu makna. Sebab itulah kitab yang paling mulia diturunkan dengan bahasa yang paling
mulia. Ia diturunkan kepada Rasul yang paling mulia dengan perantaraan malaikat yang paling

6
mulia. Sebagaimana ia diturunkan di tempat yang paling mulia dan suci. Al-Quran juga mula
diturunkan dalam bulan yang paling mulia.

Oleh itu kita bergantung kepada kefahaman yang jelas tentang selok belok ilmu bahasa Arab
untuk memahami maksud yang terkandung dalam ayatayat al-Quran yang mulia itu. Antara
ilmu-ilmu ini ialah ilmu tatabahasa, ilmu balaghah, ilmu sorof dan sebagainya.

(d) Sumber Keempat: Ijtihad dan Pendapat Ulama

Ruang ijtihad ini terbuka luas kepada mereka yang layak. Ijtihad merupakan sumber ilmu Tafsir
yang keempat berdasarkan suruhan Allah agar kita memerhati, menghayati dan berfikir tentang
makna-makna yang terdapat pada ayat-ayat al-Quran. Keterangan ini dijelaskan melalui ayat
berikut:

   


     
  
 

Bermaksud: “Apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu
bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”
(an-Nisaa`: 82)

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w serta ulama yang muÊtabar telah melaksanakan tuntutan berijtihad
dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Cuma satu perkara yang perlu diketahui, ijtihad dalam
menafsirkan sesuatu ayat boleh dilakukan apabila tidak terdapat dalam sumber pertama dan
kedua.

1.3 Sumber Ilmu Tafsir di Zaman Rasulullah saw

Perbincangan di atas menyentuh sumber ilmu Tafsir secara umum, tanpa mengira zaman
dalam perkembangan ilmu ini.

Persoalannya, apakah sumber ilmu Tafsir pada zaman Rasulullah s.a.w? Apabila sahabat-
sahabat mempunyai persoalan tentang ayat-ayat al-Quran, mereka merujuk terus kepada
bagindas.a.w. Mereka akan bertanya Rasulullah penjelasan terhadap sesuatu ayat atau
perkataan tertentu dalam mana-mana ayat. Maka Rasulullah s.a.w akan menjawab serta
menjelaskan segala kemusykilan itu. Ini adalah kerana Allah mengutuskan Nabi Muhammad
s.a.w sebagai pemberi penjelasan terhadap al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Ini jelas
digambarkan melalui ayat berikut:

  


   
7
  

Bermaksud: “Dan kami turunkan kepadamu peringatan (al-Quran) supaya kamu
menjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” (an-Nahl:44)

Rasulullah s.a.w adalah sumber utama untuk menjelaskan segala keraguan terhadap ayat-ayat
al-Quran pada masa itu. Para sahabat sangat tekun mempelajari al-Quran dan pentafsirannya
daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga terus menghafal ayat-ayat itu dan mengamalkannya.
Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas`ud dan selainnya apabila mempelajari daripada Nabi s.a.w
sepuluh ayat, mereka tidak akan meneruskan ayat yang lain sehinggalah mereka benar-benar
faham ayat itu dan beramal dengannya.

Walaupun begitu tafsir al-Quran tidak pernah dibukukan mahupun dikelaskan sebagai ilmu yang
berasingan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan ilmu ini hanya diriwayatkan oleh sahabat dari
Rasulullah sebagaimana mereka meriwayatkan hadis-hadis yang lain.

2. TAFSIR AL-QURAN DI ZAMAN SAHABAT


Sebagaimana yang diketahui bahawa Rasulullah s.a.w menjelaskan kebanyakan makna al-
Quran kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka ialah golongan yang paling mengetahui
tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Ilmu Tafsir padazaman sahabat tidak jauh bezanya
daripada zaman Rasulullah s.a.w. Para sahabat merupakan rujukan utama apabila ada
kemusykilan terhadap ayat-ayat al-Quran. Walaupun begitu, para sahabat bukanlah semuanya
sama dalam memahami ayat-ayat al-Quran. Bahkan terdapat perbezaan di antara mereka
dalam memahaminya berdasarkan keupayaan akal mereka, lamanya tempoh mereka bersama
Nabi s.a.w. Antara sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu Tafsir al-Quran ialah khalifah
yang empat, Abdullah bin Mas`ud, Ubai bin Ka`ab dan Abdullah bin Abbas. Selain mereka
terdapat sahabat lain seperti Abu Musa al-Asya`ari, Amru ibn al-ÂAs, Anas bin Malik, Jabir bin
Abdullah dan Aisyah. Ali bin Abi Talib dianggap sebagai sahabat yang paling mengetahui
tentang ilmu Tafsir, sementara Abdullah bin Abbas pula yang paling muda di kalangan mereka.

8
2.1 Sumber Tafsir Zaman Sahabat

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berijtihad dalam ilmu Tafsir berdasarkan sumbersumber berikut:

(i) Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Ini adalah sumber utama yang diajar oleh Rasululllah
s.a.w kepada sahabat.

(ii) Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. Ini adalah sumber yang tidak kurang
pentingnya kerana Rasulullah s.a.w ialah orang yang paling mengetahui tentang kitab Allah
dan pentafsiran makna-maknanya.

(iii) Tafsir al-Quran dengan ijtihad yang dilakukan dengan penelitian dan kefahaman yang
baik. Sumber ini juga penting kerana sahabat adalah orang yang paling mengetahui
tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Mereka berada bersama Rasulullah s.a.w
ketika al-Quran diturunkan.

3. ILMU TAFSIR DI ZAMAN TABI`IN


9
Kata-kata Tabi`in dalam ilmu Tafsir merupakan sumber ke empat dalam ilmu ini.Apabila tidak
terdapat pentafsiran al-Quran dengan al-Quran, pentafsiran al-Quran dengan al-Sunnah serta
pentafsiran al-Quran dengan pendapat sahabat, maka ketika itu kita akan merujuk kepada
pendapat Tabi`in. Pada zaman Tabi`in, ilmu Tafsir semakin berkembang. Para Tabi`in
mengambil ilmu al-Kitab dan al-Sunnah daripada sahabat. Mereka mempelajari ilmu Tafsir dan
berguru dengan sahabat tentang ilmu Tafsir dengan menghimpunkan hadis-hadis yang
diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga berguru tentang tafsir ayat-ayat al-Quran
serta apa yang berkaitan dengan ilmu ini. Walaupun begitu pada zaman ini ilmu Tafsir masih
lagi diriwayatkan secara lisan dan dihafal sahaja.

Ulama Tafsir yang terkenal di kalangan tabi`in ialah Mujahid, Said bin Jabir, Ikrimah Maula Ibn
Abbas, Thawus, Atha` bin Abi Rabah. Mereka banyak meriwayatkan ilmu ini daripada Ibn
Abbas. Sementara Alqamah, al-Aswad bin Yazid al-Nakha`i, Ubaidah bin Amru al-Salmani dan
Amru bin Syarhabil banyak meriwayatkan ilmu ini daripada Ibn Mas`ud.

Pada zaman Tabi`in wilayah Islam semakin luas. Sahabat-sahabat keluar dari Madinah
Munawwarah dan pergi ke negara yang baru. Di negara tersebut mereka menyebarkan ilmu
Islam. Dalam bidang Tafsir, muncul beberapa aliran di negara-negara tersebut. Aliran aliran ini
dikenali sebagai madrasah Tafsir Makkah, madrasah Tafsir Madinah dan madrasah Tafsir
Kufah. Guru di Makkah ialah Abdullah bin Abbas, di Madinah pula gurunya ialah Ubai bin
Ka`ab, sementara di Kufah ialah Abdullah bin Mas`ud.

3.1 Sumber Tafsir Di Zaman Tabi`in

(a) Tafsir al-Quran dengan al-Quran.


(b) Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah.
(c) Tafsir al-Quran dengan kata-kata sahabat.

10
4. ILMU TAFSIR DI ZAMAN ATBA` AT-TABI`IN

Sebagaimana yang anda ketahui, langkah pertama dalam perkembangan ilmu Tafsir ialah
perpindahan ilmu yang amat penting ini dengan cara riwayat dari satu generasi ke generasi
yang lain. Sahabat meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Para Tabi`in pula
meriwayatkannya daripada sahabat. Pada zaman Tabi` al-Tabi`in perkembangan ilmu Tafsir
maju selangkah lagi apabila hadis-hadis yang berkaitan tafsir ayat-ayat al-Quran mula
dikumpulkan dan dibukukan. Antara orang bertanggungjawab melaksanakan tugas yang mulia
ini ialah Sufian bin Uyainah, Waki` bin al-Jarrah dan lain-lain. Walaupun begitu, pembukuan ini
terhad kepada pengumpulan hadis-hadis yang berkaitan ilmu Tafsir sahaja. Masih belum ada
lagi pembukuan ilmu secara berasingan seperti yang ada sekarang.

5. TAFSIR DI ZAMAN TADWIN/PEMBUKUAN


11
5.1 Peringkat Pembukuan Ilmu Tafsir

Pada akhir zaman pemerintahan Kerajaan Umawiyy dan di awal pemerintahan Abbasi
perkembangan ilmu Tafsir semakin rancak. Di era inilah bermulanya pembukuan ilmu Tafsir
secara berasingan. Pada zaman ini iaitu zaman pemerintahan Abu Ja`far al-Mansur, kegiatan
pembukuan ilmu-ilmu Islam bergerak dengan begitu hebat sekali. Ilmu-ilmu seperti Hadis, Fiqh
termasuklah ilmu Tafsir dibukukan pada zaman pemerintahannya. Beliau memerintah dari
tahun 136H sehingga tahun 158H. Pentafsiran ayat-ayat al-Quran secara ayat demi ayat
mengikut susunan al-Quran mula diperkenalkan. Tidak dapat dipastikan siapakah yang mula-
mula sekali membukukan ilmu Tafsir secara berturutan, ayat demi ayat mengikut susunan al-
Quran seperti yang ada sekarang. Tetapi antara yang terawal membukukan ilmu ini dengan
susunan begitu ialah Ibn Jarir al-Tabari, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim.

Antara orang yang terawal membukukan


ilmu Tafsir mengikut susunan al-Quran

PEMBUKUAN ILMU AL-QURAN

6. PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR DI ZAMAN MUTA`AKHIRIN


12
Pada zaman Abbasiah juga munculnya mazhab baru dalam perkembangan ilmu Tafsir. Di
zaman ini muncul golongan yang memperkenalkan tafsir bi al-Ra`yi di samping tafsir bi al-
Ma`thur. Selepas itu muncul pula buku Tafsir yang menjelaskan lafaz al-Quran dan penjelasan
terhadap makna perkataannya. Antaranya ialah Mufradat al-Qur`an oleh al-Raghib al-Asfahani
dan Gharib al-Qur`an oleh al-Sajastani. Kemudian muncul pula buku Tafsir yang
membincangkan ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak seperti Ahkam al-
Qur`an oleh al-Syafi`I, Ahkam al-Qur`an oleh Ibn al-Arabi dan Ahkam al-Qur`an oleh al-
Qurtubi. Selain itu muncul pula kitab Tafsir yang membicarakan tentang istilah-istilah Sains
dalam ayat-ayat al-Quran. Tafsir ini cuba mengaitkan antara al-Quran dan ilmu alam seperti
Tafsir Tantawi iaitu Jauhariyy al-Mu`asir. Selain Tantawi, beberapa ulama lain seperti al-
Ghazali dan al-Suyuti juga menulis dalam hal terdahulu.

Terdapat juga penulisan ilmu Tafsir yang memfokuskan perbincangannya mengenai perkara
yang berkaitan dengan ilmu bahasa Arab seperti nahu, bayan dan badi` atau i`jaz al-lughawi.
Antara ulama yang menulis dalam bidang ini ialah al-Syeikh Makki bin Abi Talib, al-Akbari, al-
Sarkhidi, al-Baqillani, al- Rumani dan al-Rafi`i. Pada tahun 125H, Shihabuddin al-Alusi telah
mengarang kitab Tafsir yang berjudul Ruh al-Ma`ani.

7. PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR DI ZAMAN MODEN

Tokoh Tafsir zaman moden ialah Mohd Rashid Ridha. Beliau juga merupakan tokoh ulama
Tafsir yang terkenal di zaman moden. Beliau yang berasal dari Tarablus, Syam, mengarang
kitab Tafsir yang dinamakan Tafsir al-Manar. Tafsir ini dianggap sebagai pemangkin
pergerakan pemikiran di zaman moden. Ia menyentuh permasalahan umat dari sudut
pandangan al-Quran dan cara mengatasinya.

Antara ulama Tafsir zaman moden juga ialah Syed Qutub. Beliau mengarang kitab Tafsir yang
berjudul Fi Zilal al-Qur`an. Tafsir Fi Zilal al-Qur`an merupakan sebuah tafsir yang
bersandarkan kepada unsur-unsur naqliyyah atau riwayatriwayat yang ma`thur. Oleh yang
demikian, pengarangnya iaitu Syed Qutb Rahimahullah menjauhi perbahasan-perbahasan ilmu
bahasa dan tatabahasa, perbahasan ilmu kalam, ilmu fiqh dan tidak memasukkan cerita-cerita
israiliyyat dan menjauhi penemuan-penemuan sains yang asasnya sentiasa berubah-ubah.

Tokoh yang lain ialah al-Syeikh Mutawalli Sya`rawi. Beliau gemar menggunakan pendekatan
ilmu-ilmu moden dalam pentafsiran al-Quran. Pendekatan ini digunakan secara meluas dalam
bukunya Tafsir Sya`rawi. Beliau gemar menggunakan pendekatan akal, logik dan
perbandingan supaya memudahkan pembaca memahami sesuatu ayat. Di samping itu juga
dapat menambahkan lagi tahap keimanan pembaca kepada Allah s.w.t.

13
RUMUSAN
i. Dalam topik ini kita telah membincangkan perkembangan ilmu Tafsir dari zaman
Rasulullah sehinggalah zaman moden ini.
ii. Dari perbincangan ini jelas menunjukkan ilmu ini sentiasa berkembang bersama
peredaran zaman dan keperluan semasa.
iii. Perkembangan ini membuktikan kepada kita kehebatan al-Quran yang terkandung
khazanah ilmu yang amat berharga dan relevan pada setiap zaman.
iv. Kesinambungan perkembangan ilmu ini perlu diteruskan dengan kajian demi kajian
perlu dilakukan bagi membongkar ilmu Allah yang tidak bertepi itu.

UJI INGATAN DAN KEFAHAMAN

1. Jelaskan bagaimanakah peranan Rasulullah dalam mentafsirkan al-Quran.


2. Bilakah pembukuan ilmu Tafsir secara berasingan bermula?
3. Ceritakan perkembangan ilmu Tafsir zaman moden.
4. Huraikan dengan ringkas perkembangan ilmu Tafsir zaman Muta`akhirin.
5. Sebutkan sumber Tafsir zaman Tabi`in.

RUJUKAN

Syed Qutb. (2000). Tafsir Fi Zilal al-Qur`an “Di Bawah Bayangan al-Quran”,
(Terj) Yusoff Zaky Yacob. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, Cet.1, hal. xxiv.

Al-Suyouti, Jalaluddin. (1980M). Al-Itqan fi ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zahabi,

Muhammad Husein. (1946M). Al-Tafsir wa al-mufassirun. Qaherah: Maktabah al-Majlis.

Al-Qudhah, Ahmad Muhammad Muflih. (2004M). Dirasat fi ulum al-Quran wa al-Tafsir.


Amman: Jam`iyyah al-Muhafazah ala al-QurÊan al-Karim.

Najdah Ramadhan. (1998M). Tarjamat al-QurÊan al-Karim wa-atharuha fi ma`aniha:


Dar al-Sahbah.

......DISUSUN OLEH : IML jun2016.....

14

Anda mungkin juga menyukai