Anda di halaman 1dari 4

ADAB HAMALATUL QURAN

Imam An-Nawawi menukilkan daripada Al-Harith Al-Muhasibi katanya: “Orang yang


benar ialah orang yang tidak memperdulikan segala sanjungan yang diberikan oleh
manusia kerana dia lebih mementingkan keelokan hatinya. Dia tidak suka amalan
kebaikannya dilihat orang walaupun sedikit. Dia juga tidak benci jika amalan buruknya
diketahui orang. Ini kerana jika dia tidak suka amalan buruknya diketahui orang, maka ini
menunjukkan bahawa dia suka untuk mendapat sanjungan manusia, sedangkan ini
bukanlah akhlak orang-orang yang benar”. Penulis membawakan kata-kata ini untuk
menasihati diri penulisan terutamanya juga para Hamlatul Quran supaya janganlah
terdapat rasa untuk menjadikan Al-Quran sebagai batu loncatan kepada pangkat atau
sanjungan manusia ditakuti Al-Quran menjadi hujah ke atas kita.

Daripada pembacaan penulis, Imam An-Nawawi yang dikenali dengan panggilan ‘Orang
Kanan Mazhab Syafie’ menyelitkan karya beliau dengan hukum-hukum Feqah yang
melingkari seorang Hamlatul Quran. Sedikit penulis bawakan dalil-dalil yang menjadi
panduan.

“‫”خيركم من تعلم القرآن وعلمه‬


“Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”

“Orang-orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir, maka dia akan bersama
dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan.
Manakala sesiapa yang membaca Al-Quran di dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar,
maka dia akan memperolehi dua ganjaran”

Penulis katakan, hadith di atas sebagai ucapan Rasulallah s.a.w yang memberi semangat
kepada pelajar Al-Quran, pengajar Al-Quran, pembaca Al-Quran yang lancar bacaan dan
pembaca Al-Quran yang tidak lancar bacaan supaya beristiqamah bersama Al-Quran
kerana terdapat ganjaran sekalipun pembaca Al-Quran itu tidak lancar. Malah Rasulallah
s.a.w dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muaz menjanjikan mahkota pada hari kiamat
kepada ibu bapa yang anaknya membaca Al-Quran dan beramal dengannya. Maka
penulis bertanya, hal apakah yang lebih besar daripada janji Allah dan rasulNya?

Kelebihan Di Dunia

"‫"يؤم القوم أقرؤهم لكتاب ا‬


“Orang-orang Islam hendaklah diimamkan oleh orang yang paling banyak membaca Al-
Quran” (Riwayat Muslim)

Perkara yang sama apabila Rasulallah s.a.w mendahulukan ke liang lahad lelaki yang
lebih banyak menghafaz Al-Quran di dalam Peperangan Uhud (Riwayat Bukhari).
Ucapan Rasulallah s.a.w seakan-akan diletakkan di belakang pada zaman sekarang di
sesetengah tempat. Entah bagaimana ‘orang-orang pejabat agama’ melantik imam. Pernah
penulis menjadi makmum di sebuah masjid di Negeri Sembilan dan imam mudanya
acapkali membaca ayat-ayat hafazan yang ganjil. Makmum yang Hamlatul Quran boleh
memaafkan jika kali pertama imam tersalah. Apabila sudah menjadi kebiasaan imam
mempraktikkan kesalahan, penulis lantas menulis surat dengan luahan yang lembut.
Segala puji untuk Allah, imam muda itu sudah tidak mempraktikkan kesalahan.

Lagi, terdapat segelintir masyarakat hanya beranggapan para Hamlatul Quran hanya
layak menjadi imam di dalam solat dan juga aktiviti-aktiviti agama yang lain, tidak layak
di dalam pentadbiran hal dunia, maka diserahkan kepada orang-orang yang ‘Inggeris’
fikirannya. Penulis berkata, anggapan seperti ini adalah anggapan yang salah. Terdapat
pengaruh sekularisma pada anggapan seperti ini. Penulis membawakan kata-kata Ibn
Abbas: “Para Hamlatul Quran yang menjadi ahli-ahli mesyuarat Umar r.a terdiri daripada
orang tua dan orang muda” (Riwayat Bukhari). Umar r.a, sahabat yang benar sifat
lidahnya bermesyuarat dengan para Hamlatul Quran. Apakah masih kita tidak sedari?

Penulis yang pernah hidup di dalam masyarakat kampus juga melihat hal ini. Para
Hamlatul Quran hanya selayaknya menjadi ‘Exco Dakwah Tarbiyah’ yang tidak
memegang dasar persatuan, yang masih di bawah pengawasan seorang yang mentarbiyah
dengan berniaga dan usrah isu semasa pada Semester 2. Hanya kerana seseorang itu
memakai kopiah putih. Penulis bersumpah dengan nama Allah bahawa penulis jadikan ia
pengajaran dibawa dan diamalkan.

Beberapa disiplin dan adab hidup para Hamlatul Quran

1. Hamlatul Quran tidak boleh kelihatan lemah, menjadi beban kepada orang lain dan
kusut masai pakaiannya. Rasulallah s.a.w yang bersifat dengan sifar kerasulan dan sifat
pemerintah negara, selalu mendampingi manusia lain, tidak mungkin kusut masai pakaian
baginda. Sungguh aneh manusia yang menisbahkan pakaian kusut masai kepada
Rasulallah. Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: “Wahai para penuntut Al-Quran!
Angkatlah kepalamu, jalan terbentang luas di hadapanmu, berlumba-lumbalah ke arah
kebaikan dan jangan kamu menjadi bebanan kepada manusia”. Firman Allah yang
bermaksud;

“Dan Allah membuat (pula) perumpamaan: dua orang lelaki yang seorang bisu, tidak
dapat berbuat sesuatu pun dan dia menjadi beban atas penanggungnya, ke mana saja dia
disuruh oleh penanggungnya itu, dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikan pun.
Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, dan dia berada pula di
atas jalan yang lurus?” (Surah An-Nahl: 76)

2. Ikhlas, tidak menjadikan Al-Quran sebagai jambatan habuan dunia (daripada Abu
Hurairah), tidak berdebat dengan golongan yang bodoh, dan tidak berniat mengalahkan
ulamak (Riwayat Tarmizi daripada Ka’ab bin Malik)

3. Membaca diutamakan pada waktu sepertiga malam (daripada Abdullah ibn Mas’ud), di
waktu pagi (Doa nabi s.a.w kepada umat baginda: “‫)”اللهم بارك لمتي في بكورها‬, dan di waktu
diantara maghrib dan isyak. Kata Fudhail Iyadh: “Para Hamlatul Quran adalah bendera
Islam. Tidak sepatutnya mereka bersama orang-orang yang bermain dan orang-orang
yang lalai. Tidak sepatutnya mereka melakukan perbuatan yang sia-sia bersama-sama
orang yang melakukan perbuatan sia-sia”

4. Menjaga Al-Quran dan tidak melupakannya kerana Al-Quran lebih ‘liar’ daripada unta
yang diikat (Riwayat Bukhari dan Muslim).
5
. Bersugi, suci daripada hadath, tempat yang bersih dan terpilih, menghadap kiblat,
membaca isti’azah, membaca basmalah, bacaan secara tartil, mengulang-ulang untuk
tadabur dan menangis, mengangkat dan mengelokkan suara ketika bacaan, berdoa apabila
membaca ayat janji-janji Allah dan ayat azab-azab Allah, memperlahankan bacaan
apabila membaca ayat-ayat yang mensifatkan Allah dengan sifat yang mustahil bagiNya
(Allah mempunyai anak/tangan Allah terbelenggu: Maha Suci Allah daripada sifat-sifat
yang mustahil bagiNya), sujud tilawah pada tempat-tempatnya, meriwayatkan tafsir
daripada ulamak-ulamak tafsir, dan berkata: “Aku dilupakan Allah ayat sekian dan
sekian” (Riwayat Bukhari).
6.
Amalan para Hamlatul Quran (Setiap amalan di bawah yang dibawa oleh Imam An-
Nawawi terdapat hadith masing-masing):

Surah-Surah Waktu
Surah Sajadah dan Surah Al-Insan Solat Subuh Hari Jumaat
Surah Jumuah / Surah Al-A’la dan Surah Al- Solat Jumaat.
Ghasiyah
Surah Qaf dan Al-Qamar / Surah Al-A’la dan Solat Sunat Hari Raya
Surah Ghasiyah
Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas Solat Sunat Maghrib
Surah Al-A’la, Surah Al-Kafirun, dan Surah Al- Solat Sunat Witir
Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas
Surah Al-Kahfi / Surah Hud / Surah Ali-Imran Hari Jumaat
Ayat Kursi dan akhir Surah Al-Baqarah Setiap Tempat dan Tempat Tidur
Ayat Kursi dan ‘3 Qul’ Selesai Solat dan Sebelum Tidur
Surah Az-Zumar dan Surah Al-Isra’ Sebelum Tidur
Ayat 190 Surah Ali-Imran Terjaga daripada Tidur di tengah malam
Surah Al-Fatihah dan ‘3 Qul’ Sisi Pesakit
Surah Yasin Sisi Jenazah
Surah Al-Mulk dan Surah Al-Waqiah Selalu meluangkan masa untuk membaca

Doa yang baik untuk dijadikan amalan:

"‫"ربنا هب لنا من أزواجنا وزريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين اماما‬

Moga bersama kita dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai
penyejuk mata dan dijadikan kita pemimpin orang-orang beriman di dalam kebaikan.
Yang menyejukkan mata dan hati dengan Al-Quran.

Ditulis pada hari ini adalah hanya sedikit daripada mutiara-mutiara ilmu yang
disampaikan oleh Imam An-Nawawi. Penulis mengakhiri dengan membawa kata-kata
Ibrahim Al-Khawwas. Kata Ibrahim Al-Khawwas: “Ubat hati ialah lima perkara; (1)
Membaca Al-Quran dengan tadabbur. (2) Perut yang kosong-puasa. (3) Qiyamullail. (4)
Berdoa pada waktu sahur. (5) Duduk bersama para solihin.

Kemaafan dipohon. Teguran membina dialu-alukan.

‫السلم عليكم ورحمة ا تعالى وبركاته‬

Tajuk : Adab-Adab Bersama Al-Quran


Penulis : Imam An-Nawawi

Anda mungkin juga menyukai