Anda di halaman 1dari 32

OLEH

ROSMAWATI BT. ABD HAMID & SITI


NOR FAIEZAH ABD MAJID
PPG PIM 6L
Pengenalan
• Hadis mawdu’ atau hadis palsu adalah;
• 1. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dusta.
• 2. Perkhabaran yang direka-reka dengan
menyandarkan ia pada Nabi saw, sahabat atau
tabi’in dengan pembohongan atas sebab
muslihat tertentu.
• 3. Hadis yang direka lalu disandarkan kepada
Nabi saw sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja.
Kehadiran Hadis Palsu
• Antara faktor utama kelahiran hadis palsu adalah;
• 1. Pertelingkahan politik terutamanya antara pengikut
Muawiyah r.a dan Ali r.a.
• 2. Golongan yang membenci Islam baik secara individu,
perkumpulan mahupun pemimpin yang kehilangan
kuasa dalam pemerintahan Islam ketika tersebarnya
Islam ke serata dunia. Mereka mencipta hadis palsu
yang memesongkan akidah dan menimbulkan
kekacauan.
• 3. Pertelingkahan mazhab dan fahaman. Mereka
mencipta hadis palsu terutamanya dalam bab fiqah
dan ilmu kalam (falsafah).
Mengenali Hadis Palsu
• Pemalsuan hadis berlaku kepada semua bab
dalam Islam samada dalam bab akidah, ibadah,
hukum dan sebagainya.
• Berbagai-bagai jenis hadis palsu yang direka
kerana para musuh Islam ini tahu hadis itu
sebahagian dari sumber agama Islam. Mereka
menyerang hadis kerana mereka tidak mampu
memalsukan Al-Quran. Walaubagaimanapun,
mereka tidak tahu bahawa hadis juga termasuk
dalam pemeliharaan Allah Ta’ala.
Mengenali Hadis Palsu
• contoh kepalsuan yang memerlukan perhatian
dari segi sanad;
• Contoh satu :
• Dari Ibnu Abas r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Hendaklah kamu berserban nescaya
bertambah kesopanan kamu.” HADIS PALSU
[002 – Bab Pakaian] Himpunan Hadis Daif dan
Palsu
Contoh dua :
“Barangsiapa yang taklid (mengikuti
membuta tuli) seorang alim maka dia
bertemu dengan Allah dengan
selamat.” HADIS PALSU (tanpa sanad)
[009] Hadis Lemah dan Palsu
Hadis di atas langsung tidak
mempunyai sanad. Ertinya ia hanya
percakapan kosong orang-orang jahil
sahaja.
Contoh tiga :
Antara contoh kepalsuan dari segi
matan yang kononnya Nabi saw
bersabda;
“Bahawasanya Allah mengadu sakit
matanya, maka para malaikat pun
melawat-Nya.”
“Nabi itu umpama nasi.”
“Tempat yang paling disukai syaitan
adalah panggung wayang.”
Tujuan Pemalsuan Hadis
• 1. Fanatik – Taksub dengan mazhab masing-
masing, fanatik bangsa, semangat kenegerian
dan seumpamanya.
• 2. Mencari rezeki dan kekayaan – Inginkan
nama, pangkat, melariskan jualan dan
sebagainya.
• 3. Mendampingi (membodek) pemerintah –
Mengampu pemerintah kerana inginkan
pangkat dan sebagainya.
• 4. Pencerita – Supaya dapat menjadi terkenal.
Kadangkala diciptanya hadis petua ini dan itu
lalu disandarkan pada Nabi saw agar dapat
menarik perhatian orang ramai agar orang
mengenalinya sebagai orang yang berilmu.
• 5. Salah faham dan jahil dalam agama – Perkara
ini adalah yang paling merbahaya kepada
masyarakat Islam kerana biasanya orang-orang ini
berpakaian seperti ulama tetapi akalnya singkat
kerana jahil. Mereka menyangka membuat hadis
palsu demi kebaikan umat Islam dibolehkan. Ini
adalah perkara yang sangat buruk. Antaranya
mereka mengatakan;
• “Perselisihan umatku adalah rahmat.” HADIS
PALSU (tanpa sanad) [001] Hadis Lemah dan
Palsu
Antara Keburukan Menyebarkan
Hadits-hadits Palsu (‫(موضوع‬Ialah:
1 - Merosakkan aqidah.
2 - Punca kepada perkembangan ilmu
yang sesat.
3 - Umat Islam tertipu, dan
mengamalkan perkara yang bukan
dari nabi, dan mungkin boleh
menjadi sia-sia.
AQIDAH
• membawa kesan negatif kepada aqidah
seseorang dan sekali gus boleh merosakkan
aqidahnya.
• Hal ini kerana persoalan aqidah menjadi
tunjang kepada keimanan seorang muslim.
Sekiranya Aqidah rosak segala amalan adalah
sia-sia. Para sahabat dibawah didikan Nabi
Muhammad SAW amat menjaga dan berhati-
hati dalam soal aqidah.
Contoh hadis yang menyentuh soal
mengenali Allah SWT melalui mengenali
diri sendiri yang selalu kita dengar dan
kita sebut-sebutkan.

‫من عرف نفسه فقد عرف ربه‬


Yang bermaksud :

" Sesiapa yang mengenali dirinya, maka


sesungguhnya ia telah mengenali Allah."
• Berdasarkan hadis ini, terdapat
sesetengah golongan tasawuf yang
menyeru manusia agar mengenali diri
terlebih dahulu sebelum mengenal
Allah SWT dan ini sudah pasti
bertentangan dengan sunah Rasulullah
SAW yang mengajar manusia mengenali
Allah SWT melalui sifat-Nya yang Maha
Agung dan Maha Sempurna.
IBADAH
• Kesan kepada Ibadah pula, sekiranya tiada nas yang
menyebut amalan tersebut bukan dari Rasulullah SAW
ia tidak akan diterima. Para sahabat dan generasi awal
amat berhati-hati dan peka tentang persoalan ini.
Mereka selidiki dahulu sebelum mengamalkannya.
Contoh hadis palsu yang popular :

‫من تكلم بكالم الدنيا في المسجد فقد احبط هللا عمله أربعين سنة‬

Maksudnya : Sesiapa yang bercakap mengenai urusan


dunia di masjid, maka sia-sialah amalanya selama
empat puluh tahun."
• Contoh lain :

‫فكرة ساعة خير من عبادة ستين سنة‬

Maksudnya : Berfikir sesaat lebih baik daripada


beribadat 60 tahun.

Kata-kata ini bukan hadis dan ia bukan daripada


Rasulullah SAW.

Begitu juga dengan hadis-hadis yang menceritakan


kelebihan malam-malam Ramadhan yang kononya
diriwayatkan oleh Saidina Ali. Hadis-hadis ini telah
memberi gambar yang tidak benar tentang Islam dan
mendorong umat Islam supaya lebih mengutamakan
amalan sunat daripada Wajib.
AKHLAK
• Hadis yang mendorong pada pembohongan
seperti:
‫أذا حدتتم عني بحديث يوافق الحق فصدقوه وخذوا به‬
‫حدثت به أو لم أحدث‬

" Apabila kamu meriwayatkan daripada aku


sesebuah hadis yang menepati kebenaran,
maka terima dan ambillah ia sama ada aku
mengatakannya atau tidak."
• Kita lihat satu lagi contoh hadis palsu yang
mendorong seseorang melakukan sesuatu yang
dilarang dalam Islam.

‫أن الرزق ال تنقصه المعصية وال تزيده الحسنة ونرك الدعاء‬


‫معصية‬
• Maksudnya :

" Sesungguhnya maksiat itu sama sekali tidak


akan mengurangi rezeki dan kebaikan pula tidak
akan menambahkan rezeki dan meninggalkan doa
adalah suatu maksiat."
• Ada juga hadis palsu yang menggalakkan permusuhan
dan berselisihan. Malah ia menggagap ia sebagai suatu
rahmat yang harus dikejar oleh ummat Islam.

‫اختالف أمتي رحمة‬

Maksudnya : " Perselisihan umatku adalah suatu


rahmat."

Hadis palsu ini mendorong kepada pepecahan


bukannya penyatuan. Lantas, sebelum kita
menyatakan ia adalah hadis adalah wajar kita
mengenalpasti kesahihan ia dan sumber serta siapa
perawinya.
BERTENTANGAN
• pemalsuan hadis telah
menjadikan ajaran al-Quran
dan al-Sunnah seakan
bertentangan antara satu
sama lain. Padahal yang
bertentangan itu hadis yang
palsu.
• Contohnya, hadis palsu “anak zina
tidak akan masuk syurga”. Dahulu,
ramai yang menganggap keji dan
tiada peluang untuk kebaikan. Akibat
daripada hadis-hadis palsu seperti
yang dibaca oleh sesetengah pihak.
Sehingga ada yang menyebut hadis
palsu lain: Anak zina tujuh keturunan
tidak akan masuk syurga.
• Sedangkan Allah menyebut dalam Surah al-
Isra ayat 15 yang bermaksud:
• Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka
sesungguhnya petunjuk yang didapatinya itu
hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang
sesat maka sesungguhnya kesesatannya
hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan
seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan
orang lain dan tiadalah Kami mengazabkan
sesiapapun sebelum Kami mengutuskan
seorang rasul (untuk menerangkan yang
benar dan yang salah).
UMUMNYA

• Hadis palsu telah memberi satu


gambaran yang buruk terhadap
agama Islam, seolah-olah Islam
agama yang negatif, bercelaru,
penuh khayalan, tidak masuk akal
dan sarat dengan pembohongan.
• Sikap terlalu mengamalkan hadis
palsu akan memesongkan akidah dan
amalan, memecahbelahkan umat
Islam sehingga mudah diratah oleh
musuh Islam seperti apa yang
berlaku hari ini, menambahkan lagi
gejala fitnah di kalangan umat dan
mengakibatkan mereka tidak dapat
membezakan yang mana benar yang
mana salah.
PENGKAJI HADIS MASA KINI
• Syeikh Syuaib al Arnaouth
)‫(شيخ شعيب العرنوث‬-ulama hadis
penggunaan hadith-hadith dhaif boleh membawa
kepada sikap al ghuluw (melampau) dalam agama
dan membanyakkan ibadah yang menyusahkan
dan ini telah menghilangkan gambaran sebenar
tentang mudahnya Islam.
• (Al Adab al Syar;iyyah karya Ibn Muflih, jilid 1,
muka surat 289, nota kaki no.1, cetakan
Muassasah al Risalah)
• Syeikh Abd. Fattah Abu rhuddah:
• )‫(شيخ عبد فتح ابوروضة‬
• ‘Hadith-hadith palsu itu telah memberi
kemudharatan dalam pelbagai aspek seperti
aqidah, ibadah, akhlak, pemikiran, sosial dan ia
telah mencemarkan kesucian Islam dan
kebersihannya. Dan usaha untuk membebaskan
diri daripada hadith-hadith palsu ini sangat susah
dan memerlukan kepada pembacaan yang
berterusan dan peringatan yang tidak putus’.
• (Muqaddimah tahqiq buku al Mashnu’Fi Ma’rifat
al Hadith al Maudhu’karya Ali al Qari, muka surat
6, cetakan Maktab al Mathbu’at al Islamiyyah).
• Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad
Abu Syahbah:
• )‫(الشيخ محمد بن محمد ابو شعبة‬
• Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam
apa perkara sekali pun, melainkan bersama
keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama
ada berkaitan halal dan haram, atau fadail
(kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib
(menakutkan orang ramai terhadap maksiat)
dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau
kisah, atau sejarah atau selainnya.
http://www.youtube.com/watch?v=-
kVYD1BgRJA
http://www.youtube.com/watch?v=OC
nZ3UShsp8

Anda mungkin juga menyukai