Anda di halaman 1dari 54

BAB 5

RIBA DALAM ISLAM

1
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir bab ini, pelajar boleh:
i.menerangkan konsep riba
ii.memahami sejarah riba
iii.mengenalpasti dalil yang berkaitan dengan
riba
iv.membezakan jenis-jenis riba yang terdapat
dalam perniagaan

2
PETA MINDA

3
5.1 PENGENALAN

KONSEP DAN AMALAN RIBA

Mukaddimah

  “Akan tiba suatu masa di mana semua manusia


akan memakan riba dan jika ia tidak memakannya,
debu-debunya akan mengenai juga”
(Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i)

4
5.1 PENGENALAN Smbg…
• Matlamat keadilan sosio-ekonomi dan pembahagian
pendapatan dan kekayaan yang adil adalah bahagian yang
penting dalam falsafah ekonomi Islam.
• Salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh Islam adalah
larangan memakan riba.
• Para cendikiawan ekonomi Islam telah mengutarakan bukti-
bukti empirikal bagi menyokong larangan yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al-quran.
• Segala bentuk eksploitasi dan sumber pendapatan yang tidak
sah di sisi Islam adalah dilarang.
• Seorang individu Muslim tidak boleh mengambil harta orang
lain dengan jalan yang salah.

5
5.1 PENGENALAN Smbg…
Takrif:
• Riba dalam bahasa Arab bererti “tambahan atau
tumbuh.”
• Surah Ar-Rum: 39 yang bermaksud:

“Dan apa-apa wang yang kamu berikan dengan riba


(tambahan, bunga), agar bertambah banyak harta
manusia, maka tidaklah wang itu bertambah banyak di
sisi Allah. Dan apa-apa (zakat) yang kamu berikan
(kepada orang), kerana menghendaki keredaan Allah,
maka itulah yang berlipatganda.”

6
5.1 PENGENALAN Smbg…
Definasi:

Satu tambahan atau lebihan atau tidak sama timbangan atau


sukatan semasa berlakunya pertukaran jenis bahan yang
tertentu sahaja yakni bahan ribawi. Hadith Nabi Muhammad
SAW menjelaskan bahan ribawi (maksudnya):

“Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli,


tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan
serupa, unjuk-berunjuk (secara kontan / tunai); sesiapa juga
yang membayar lebih atau meminta (mengambil) lebih maka
dia telah terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan
yang membayar adalah sama.”
(Riwayat Muslim, al-Tirmidzi, al-Nasa’i)

7
5.1 PENGENALAN Smbg…
Contoh:
•Bank konvensional ialah sebuah institusi yang menerima wang
dan memberi pinjaman dengan mengenakan interest (Riba)
sinonim dengan “interest”
•Membeli emas secara bertangguh atau berhutang, dapat emas
hari ini tetapi bayar beberapa hari kemudian.
•Menukar 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmathi, kedua-
duanya adalah beras , walaupun berlainan kualiti, pertukaran
mesti pada berat yang sama.

8
5.2 SEJARAH RIBA
 Konsep riba ini telah dibincangkan oleh manusia sejak 2000
tahun dahulu oleh orang beragama Hindu, Buddha, Yahudi,
dan Kristian.
 Amalan riba berlaku semasa zaman Greeks dan roman
sekitar 5SM.
 Pengharaman riba kekal sehingga hujung abad ke-13.
Kemudian, akibat Revolusi Perancis, maka wujud undang-
undang Sivil Napoleon (1804) dan Undang-undang 1808
yang membataskan faedah kepada 5% dalam kes-kes sivil
dan 6% untuk kes-kes perniagaan. Dalam undang-undang
1935, riba yang melebihi had adalah dikira sebagai suatu
jenayah.
 Dalam undang-undang Itali, ada peruntukan yang
menghadkan riba kepada 5% atau atas persetujuan kedua-
dua pihak.

9
5.2 SEJARAH RIBA
i. Zaman Pemerintahan Mesir Kuno (Fir’aun di Mesir)
Raja Bukhuris (3,000 + tahun lalu) - telah menguatkuasakan
undang-undang yang mengharamkan bayaran faedah
yang melebihi daripada jumlah modal.
ii. Zaman Babylon
Undang-undang Hamurabi (1950SM) - perintah tegas
menghapuskan amalan riba. Amalan pemberian pinjaman
bank Babylon zaman itu mengenakan faedah 12 %.

10
5.2 SEJARAH RIBA Smbg…
iii. Zaman Yunani Kuno (Greek)
 Amalan riba ini dianggap sesuatu yang aib oleh ahli
falsafah Greek seperti Plato (427-347 SM) Aristotle (384-
322 SM)
 Plato menyeru agar amalan riba diharamkan sama sekali
(secara mutlak) dalam kitabnya “Jiwa Undang-undang” -
“Tidak halal seseorang itu memberi pinjaman kepada
saudaranya secara riba.”
 Menurut Aristotle:
– wang hanya alat untuk memudahkan pertukaran dan
memenuhi berbagai bentuk keperluan hidup umat manusia;
– beliau mencela wang faedah dan tidak bersetuju wang
digunakan sebagai suatu sumber mendapatkan kekayaan
melalui faedah “sekeping wang itu tidak mungkin dapat
melahirkan sekeping wang yang lain pula”
– “Tiada terdapat suatu lojik pun yang lebih kuat daripada lojik
yang mengatakan dan memperakui bahawa benda yang
paling buruk sekali ialah riba yang mengambil untung
daripada wang yang sama juga...”
11
5.2 SEJARAH RIBA Smbg…

iv.Kalangan Orang Rumawi


 Ahli falsafah Rumawi seperti Cato (234-149 SM), Cicero (106-
43 BCE) juga mengutuk amalan riba.
 Pada asalnya penerimaan wang faedah diharamkan;
kemudian ia muncul kembali dengan lahirnya golongan
saudagar dan peniaga; kawalan dan pengawasan ketat
diadakan atas amalan dan juga jumlah faedah dengan
anggapan bahawa bertentangan dengan semangat
kemanusiaan dan konsep kerjasama yang semestinya
menjadi amalan masyarakat manusia.
 Pada undang-undang Jestenian telah dinyatakan bahawa
jumlah faedah paling tinggi dibenarkan ialah 12%.

12
5.2 SEJARAH RIBA Smbg…
v. Pandangan Agama Yahudi

 Riba diharamkan - Bahagian 18 kitab Hizqiyal: “Bahawa


setiap manusia yang baik, dan bercakap benar lagi adil,
tidak akan sanggup memberi (pinjaman secara) riba...”
Dalam kitab yang berkaitan dengan al-Khuruj: “Anda telah
memberikan pinjaman sekeping perak kepada rakyat
jelataku yang miskin, maka janganlah anda jadi seperti
seorang pemakan riba...dan janganlah pula kamu ke
atasnya riba...”
 Bab 25-26 Kitab al-Kawiyin: “Maka janganlah anda berikan
perak mu itu dengan secara riba...”
 Dalam kitab lagu-lagu dan nyanyian (Mazamir) terdapat
ungkapan: “Orang beriman itu tidak akan memberi
(pinjaman) mengikut sistem riba...”
13
5.2 SEJARAH RIBA Smbg…
Walaubagaimanapun para pendita dan guru agama Yahudi
kemudiannya telah menetapkan bahawa hukum-hukum itu
adalah terbatas dalam muamalat di antara sesama orang
Yahudi sahaja. Ini berpandukan kandungan Kitab Taurat:
“...apabila seorang saudaramu memerlukan (pertolongan),
maka janganlah anda memberinya (meminjam) dengan cara
riba...” perkataan “saudara” ditafsirkan sebagai “orang Yahudi.”

14
5.2 SEJARAH RIBA Smbg…
Hujah dari Al-Qur’an menyangkal pandangan Yahudi dalam
Surah an-Nisa’ ayat yang bermaksud:
“Maka disebabkan kezaliman yang amat besar daripada
perbuatan orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka
makanan yang baik-baik, yang pernah dihalalkan bagi
mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang
manusia dari jalan Allah. Dan juga (disebabkan) mereka
mengambil riba pada hal mereka telah dilarang
melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta
orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).
Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang
kafir di antara mereka, azab siksa yang tidak terperi
sakitnya...”

15
5.2 SEJARAH RIBA Smbg…
vi. Pandangan Agama Kristian
 Agama Masih telah mengharamkan riba dengan jelas dan nyata. Injil
Lucas: “Apabila kamu memberi pinjaman kepada orang yang kamu
mengharapkan balasan hadiahnya, maka apakah kebaikan yang
dapat diberikan kepada kamu?...” “Tetapi...buatlah kebajikan, dan
berilah pinjaman tanpa menunggu keuntungannya...Oleh yang
demikian, ganjaran pahala kamu banyak sekali.”
 “Kalaulah kamu memberi pinjam kepada orang yang kamu nantikan
untuk membayar balik, maka apakah kelebihan untuk kamu?
Sebenarnya orang yang bersalah dan berdosa sahaja yang sanggup
memberi pinjaman kepada orang yang berdosa dengan tujuan
mendapat bayaran balik yang setimpal. Kasihilah musuh-musuh
kamu. Berbuatlah bakti dan berilah pinjaman sedangkan kamu tidak
mengharapkan sesuatu apa pun...”
 “Kalau kamu meminjamkan wang kepada orang dari kalangan aku,
iaitu yang miskin antara kamu, jangan bertindak sebagai pengutip
hutang kepadanya; janganlah kamu mengenakan faedah keatasnya
(Injil Exodus 22:25)
16
5.2 SEJARAH RIBA Smbg…
vii)  Riba Zaman Jahiliyyah
Wang memang boleh didapati dengan banyak di Makkah
dan Taif, dan ini disertai pula oleh wujudnya suatu golongan
pengamal riba yang berniaga secara riba sehingga amalan
riba itu menjadi sumber utama kekayaan yang menyebabkan
mereka menjadi orang yang berpengaruh dan berkuasa.
 Pada ketika itu:
– Amalan riba adalah di antara 40% hingga 100%;
– Riba telah memaksa isteri-isteri dan anak-anak perempuan
siberhutang menjadi pelacur;
– Ramai peminjam melarikan diri ke Gurun Sahara dan menjadi
samseng dan penyamun;
– Ada juga yang menjadi hamba sahaya.

17
5.3 DALIL TENTANG RIBA
Larangan mengenai riba diturunkan secara
berperingkat dalam al-Quran:
1.Peringkat Pertama – Allah tidak redha aktiviti yang
melibatkan riba
2.Peringkat Kedua – amaran tentang siksa bagi orang
yang terlibat dengan riba
3.Peringkat Ketiga – sikit atau banyak tetap riba
4.Peringkat Keempat – pengharaman riba

18
5.3 DALIL TENTANG RIBA
i. Peringkat Pertama:
•Firman Allah SWT (bermaksud):
"Riba yang kamu berikan dengan tujuan menambah harta
manusia, sebenarnya ia tidak menambah disisi Allah; (tetapi)
zakat yang kamu keluarkan dengan maksud mendapat
keredhaan Allah adalah mereka yang mendapat pahala berlipat
ganda.”
(Al-Rum:39)

•Disisi Allah SWT, akiviti riba tidak akan mendapat


keredhaanNya, tetapi aktiviti perniagaan yang mengeluarkan
kewajipan zakat akan mendapat ganjaran yang meluas dari
Allah SWT.

19
5.3 DALIL TENTANG RIBA

ii. Peringkat Kedua:


Firman Allah SWT dalam al Quran yang bermaksud:
"Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal
sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan
kerana mereka memakan harta orang dengan jalan yang
batil, Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir
di antara mereka itu siksa yang pedih.“
(An Nisaa:161)

20
5.3 DALIL TENTANG RIBA
iii. Peringkat Ketiga:

Firman Allah SWT (bermaksud):


"Hai orang-orang yang beriman; jangan kamu makan riba
berganda-ganda dan bertaqwa kepada Allah supaya kamu
mendapat kejayaan. "
(Al-Imran 3:130)

•Konsep riba berganda-ganda (Ad’af Muda’afaf) itu bererti


bahawa kalau sedikit pun riba adalah haram maka apatah
lagi kalau berganda-ganda. Bukannya dari maksud riba yang
berganda-ganda itu yang diharamkan, tetapi sebenarnya
penegasan bahawa riba dalam apa saja bentuk dan nilainya
adalah tetap riba dan diharamkan

21
5.3 DALIL TENTANG RIBA
iv. Peringkat Keempat:
"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan)
itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
"Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti
riba." Padahal Allah SWT telah menghalalkan berjual beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah
sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia
berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambil
dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan
perkaranya terserahlah kepada Allah SWT Dan sesiapa yang
mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka
itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
Surah Al-Baqarah : 275 - 281
22
5.3 DALIL TENTANG RIBA
• “Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan
mengambil) riba, dan Ia pula mengembangkan (berkat
harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.
Dan Allah tidak suka kepada tia-tiap orang yang kekal
terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa.”
(Surah Al-Baqarah :276)
 
• “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal
saleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan
zakat, mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka, dan
tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.”
(Surah Al-Baqarah :277)
23
5.3 DALIL TENTANG RIBA
• “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu
kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi)
saki baki riba (yang masih ada pada orang yang
berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang
beriman.”
(Al Baqarah:278)
• “Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah
mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan
adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya,
(akibatnya kamu tidak akan menemui selamat). Dan jika
kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah
pokok asal harta kamu. (Dengan demikian) kamu tidak
melakukan zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak
dizalimi oleh sesiapa.”
(AlBaqarah:279)
24
5.3 DALIL TENTANG RIBA
• Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami
kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang
hidupnya. Dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang
itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati
kelak).
(Al Baqarah:280)
 
• Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang
padanya kamu akan dikembalikan keapda Allah. Kemudian
akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa
yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan
balasnya sedikitpun.
(Al Baqarah:281)
25
5.3.2 DALIL TENTANG RIBA DALAM HADITH

 Larangan riba dalam al-hadith, mempunyai tiga kategori:


 i) pengharaman riba dalam bentuk umum;
ii) penegahan amalan riba jahiliyyah (riba hutang); dan
iii) penegahan amalan riba jual beli atau riba tersembunyi.

26
5.3.2 DALIL TENTANG RIBA DALAM HADITH
i. Pengharaman riba dalam bentuk umum
• Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan
(mengambil) riba, memberi (membayar) riba, kedua-dua
saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini
semuanya adalah sama.
(Riwayat Muslim)
• "Baginda Nabi SAW melaknati pemakan riba, saksi-
saksinya dan penulisnya."
(Riwayat Al-Nasa'i)
• "Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang
dengan sedar adalah lebih dahsyat tiga puluh enam kali
ganda dari dosa satu perbuatan zina.”
(Riwayat Ahmad)

27
5.3.2 DALIL TENTANG RIBA DALAM HADITH
• Riba mempunyai enam puluh dua pintu neraka (dan) yang
kecil sebesar pintu neraka orang yang melakukan zina ke atas
ibunya.
(Riwayat Ibn Jarir)
• Riba itu mempunyai tujuh puluh tiga bahagian, paling
ringannya ialah seumpama seseorang mengahwini emaknya
sendiri.
(Riwayat Ibn Majah)
• Pada malam mi’raj saya telah bertemu dengan orang yang
perutnya besar seperti rumah yang boleh dilihat ular berada di
dalamnya, lalu saya bertanya kepada Jibril, siapakah mereka
itu. Jibril menjawab bahawa mereka itu adalah orang-orang
yang memakan riba.
(Riwayat Ibn Majah)
• “Akan tiba suatu masa di mana semua manusia akan
memakan riba dan jika ia tidak memakannya, debu-debunya
akan mengenai juga”
(Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i)
28
5.3.2 DALIL TENTANG RIBA DALAM HADITH
ii. Penegahan Amalan Riba Jahiliyyah
• “... dan Riba al-Jahiliyyah dihapuskan dan pertama-tama riba
yang saya hapuskan ialah riba yang kita bayar kepada ‘Abbas bin
‘Abd al-Mutallib. Sesungguhnya ia dimansuhkan semua sekali...”
(Riwayat Muslim)
• “Ingat-ingatlah bahawa semua riba al-Jahiliyyah itu
dimansuhkan, bagi kamu adalah modal pokok kamu, kamu tidak
menzalimi dan juga tidak dizalimi.”
(Riwayat Ibn Majah, al-Darimi dan al-Bayhaqi)
• “Sesungguhnya riba itu berlaku pada bertangguh.”
(Riwayat Muslim)
• “Tidak berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara unjuk-
berunjuk (secara tunai).”
(Riwayat Muslim)
29
5.3.2 DALIL TENTANG RIBA DALAM HADITH
iii. Penegahan Riba Jual Beli RibaTersembunyi

• “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,


barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam,
serupa dengan serupa, sama dengan sama, unjuk-berunjuk,
sekiranya berbeza jenis barangan itu, maka kamu boleh berjual beli
mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut unujuk-
berunjuk.”
(Riwayat Muslim)
• “Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, tamar
dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, unjuk-
berunjuk (secara kontan / tunai); sesiapa juga yang membayar lebih
atau meminta (mengambil) lebih maka dia telah terlibat dengan riba.
Orang yang mengambil dan yang membayar adalah sama.”
(Riwayat Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i)

30
5.3.2 DALIL TENTANG RIBA DALAM HADITH
• “Bahawa Rasulullah mengutuskan seorang lelaki bekerja
di Khaybar dan lelaki tersebut datang berjumpa baginda
dengan membawa buah tamar janib (sejenis tamar yang
berkualiti tinggi). Rasulullah bertanyakan lelaki itu sama
ada semua buah tamar di Khaybar seperti yang
dibawanya, lantas lelaki tersebut menjawab, tidak wahai
Rasulullah, sebenarnya kami menukarkan satu sa’ (satu
sukatan) tamar dari jenis ini dengan dua sa’ tamar biasa
dan dua sa’ tamar ini dengan tiga sa’ tamar biasa. Lalu
Rasulullah pun bersabda, jangan kamu berbuat begitu,
jualkan tamar al-Jam’ dengan dirham dan gunakan
dirham itu untuk membeli tamar janib.”
(Riwayat Muslim)

31
5.3.2 DALIL TENTANG RIBA DALAM HADITH

• “Bilal telah membawa buah tamar Barni (berkualiti


tinggi), lalu Rasulullah bertanyakan dari mana buah
tamar itu diperolehi. Bilal menjawab, “Tamar yang ada
pada kami adalah Radi’ (bermutu rendah) lantas saya
menjualnya dengan dua sa’ bagi mendapatkan satu sa’
untuk hidangan Rasulullah.” Rasulullah terus bersabda,
“Hah, ini betul-betul riba, jangan kamu lakukan demikian
sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar, jualkan
dahulu tamar yang ada pada kamu dan kemudian belilah
tamar yang kamu kehendaki itu dengan harga yang kamu
perolehi daripada jualan tadi.”
(Riwayat Muslim)

32
5.4 JENIS RIBA

Bahan ribawi terdiri dari dua kelompok seperti


berikut:
1. Mata Wang : Khususnya emas dan perak dalam
apa saja bentuk dan juga bahan lain yang diterima
pakai sebagai wang.
2. Bahan Makanan Asas :Telah dikiaskan kepada
semua jenis makanan asas yang lain, mengikut
makanan asas setempat. Ini meliputi beras,
tepung gandum, minyak masakan, daging
binatang yang telah diproses dan seumpamanya.

33
5.4 JENIS RIBA

Imam Shafi’e berpendapat bahawa riba boleh


diklasifikasikan kepada dua kategori:
 5.4.1  Riba Jual Beli (Riba al-Buyu')
5.4.2 Riba Hutang Piutang (Riba al-Duyun)

34
5.4 JENIS RIBA

JUAL/BELI HUTANG
(al-Buyu’) (al-Dayn)

al-Fadl al-Nasiah al-Qard al-Jahiliah

=jenis =jenis Hutang disyarat Caj lebih


X=timbangan Tangguh bayaran Faedah/manfaat kerana lebih
masa

35
5.4.1 RIBA JUAL BELI (AL BUYU)

i.  Riba al-Fadl
Riba al-Fadl - aktiviti jual beli antara bahan
ribawi sama sejenis (sistem barter) tetapi
timbangan atau sukatan tidak sama semasa
berlakunya jual beli itu.

36
5.4.1 RIBA JUAL BELI (AL BUYU)
Hadith Nabi Muhammad SAW (maksudnya):
“Bilal telah membawa buah tamar Barni (berkualiti tinggi), lalu
Rasulullah bertanyakan dari mana buah tamar itu diperolehi.
Bilal menjawab, “Tamar yang ada pada kami adalah Radi’
(bermutu rendah) lantas saya menjualnya dengan dua sa’ bagi
mendapatkan satu sa’ untuk hidangan Rasulullah.” Rasulullah
terus bersabda, “Hah, ini betul-betul riba, jangan kamu lakukan
demikian sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar, jualkan
dahulu tamar yang ada pada kamu dan kemudian belilah tamar
yang kamu kehendaki itu dengan harga yang kamu perolehi
daripada jualan tadi.”

37
5.4.1 RIBA JUAL BELI (AL BUYU)

ii.    Riba al-Nasiah


Riba al-Nasiah berlaku antara bahan ribawi
sama jenis tetapi melibatkan penangguhan
bayaran, yakni tanpa penyerahan di waktu
yang sama.

38
5.4.1 RIBA JUAL BELI (AL BUYU)

Contoh:
•Riba al Fadl – menukar 5 kg beras basmathi dengan 10kg
beras siam (hukum ini tidak mengambil kira mutu barangan)
•Riba al Nasi’ah
•menjual 10 gm emas dengan harga RM2200 secara tunai
tetapi kalau hutang harga ialah RM3500
•Azrul menukar RM1000 kepada Rupiah di kedai penggurup
wang. Penggurup wang tersebut tidak mempunyai cukup
wang Rupiah dan berjanji akan menyerahkan bakinya setelah
keesokan harinya.

39
5.4.1 RIBA JUAL BELI (AL BUYU)

40
5.4.1 RIBA JUAL BELI (AL BUYU)

1 = equal value
2 = on spot
- = free trading

January 24, 2022 41


5.4.1 RIBA JUAL BELI (AL BUYU)

• Sekiranya jual beli melibatkan bahan makanan asas yang


berlainan jenis, seperti gula dengan gandum, tidak
disyaratkan sama timbangan atau sukatan asalkan berlaku
serah menyerah dalam satu masa.
• Emas boleh ditukar dengan perak secara tidak sama
takaran atau timbangan tetapi hendaklah secara serentak
atau kontan
• Jalan keluar kepada kedua-dua Riba al-Fadl dan Riba al-
Nasiah adalah dengan menggunakan wang sebagai media
atau bahan perantaraan, samada secara tunai atau hutang
dengan bayaran wang.

42
5.4.2 RIBA HUTANG PIUTANG (AL DUYUN)
Riba ini terhasil daripada kadar lebihan faedah yang
berpunca daripada tempon sama ada tempoh
pemberian pinjaman mata wang atau manfaat
sesuatu aset.
i.Riba al-Qard
Hutang atau pinjaman yang disyaratkan sesuatu
faedah/manfaat untuk kepentingan pihak sipiutang
atau kreditor itu.
ii.Riba al-Jahiliyyah
Bayaran lebih (caj tambahan) dari hutang asal yang
dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya ia
tidak melunaskan atau membayar hutang tersebut
pada tempoh yang ditetapkan (menunda bayaran).

43
5.4.2 RIBA HUTANG PIUTANG (AL DUYUN)

Contoh:

•Riba al Qard – Abu meminjam wang daripada Faris sebanyak


RM2000 dan Faris menetapkan syarat Abu mesti membayar
kembali dengan nilai RM2200.
•Riba al Jahiliyyah – Zareena memberi pinjam kepada Dayana
sebanyak RM10000 dan menetapkan tarikh bayaran pada
December 2020. Sekiranya Dayana gagal melunaskan hutang
tersebut, Zareena menetapkan Dayana untuk membayar
tambahan sebanyak RM500 setiap bulan.

44
5.5 PANDANGAN FUQAHA

45
5.5 PANDANGAN FUQAHA
• Riba ialah bayaran lebihan yang diterima oleh pihak
pemberi hutang terhadap pinjaman daripada pihak yang
berhutang atau peminjam.
• Perbuatannya menerima bayaran lebihan itu dilarang oleh
agama. Hukum haram itu dikenakan ke atas pihak yang
memberi hutang melalui ayat-ayat Allah mengenai larangan
riba itu dan pihak yang menerima pinjaman juga mesti
patuh kepada kehendak ayat yang berkenaan.
• Sebab utama hukum haram menerima dan mengambil riba
itu adalah untuk menjaga kesucian hubungan baik antara
sesama umat manusia daripada unsur penindasan.

46
5.5 PANDANGAN FUQAHA Smbg…

• Hukum perundangan syara’ tentang masalah itu tidak


membabitkan zaman lampau tetapi oleh yang demikian,
hukum ini tidak memberatkan pihak pemberi hutang
supaya membayar balik jumlah riba yang telah diterima
sebelum berkuatkuasanya hukum pengharaman riba itu.
• Hukum tentang haramnya amalan riba ini adalah suatu
hukum yang berkaitan dengan negara dan kerajaan. Oleh
yang demikian, pihak kerajaan wajib mengambil tindakan
tegas dan berkesan ke atas semua orang yang
mengamalkan riba.
• Sesungguhnya pihak penerima pinjaman yang berada
dalam kesusahan berhak diberi tempoh lanjut untuk
membayar hutangnya sehingga dia mampu membayarnya.
47
5.6 TEORI AMALAN RIBA
Terdapat segolongan ahli ekonomi mengutarakan beberapa
teori bagi menerima amalan riba ini. Antaranya adalah Adam
Smith, David Ricardo:
5.6.1 Teori Pemiutang Menghadapi Risiko
5.6.2 Teori Peminjam membuat Keuntungan
5.6.3 Teori Produktiviti Modal
5.6.4 Teori Kerendahan Nilai Barang Masa Akan Datang
Berbanding Dengan Masa Sekarang
Abul A’la Maududi ada memberi beberapa hujjah bagi menolak
teori yang diutarakan oleh pengamal riba.

48
5.6.1 TEORI PEMIUTANG MENGHADAPI RISIKO
Hujjah Maududi

49
5.6.2 TEORI PEMINJAM MEMBUAT KEUNTUNGAN
Hujjah Maududi

50
5.6.3 TEORI PRODUKTIVITI MODAL
Hujjah Maududi

51
5.6.4 TEORI KERENDAHAN NILAI BARANG MASA AKAN DATANG
BERBANDING MASA SEKARANG
Hujjah Maududi

52
5.7 ALTERNATIF KEPADA RIBA

• PELBAGAI KAEDAH JUAL BELI


• SEWA MENYEWA
• UPAH MENGUPAH
• PELBAGAI PERKONGSIAN
• PEMBERIAN SUKARELA
• KEBAJIKAN

53
RUJUKAN

https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/06/fiqh-muamalat-p
art-i1.pdf
‘Abd al-Rahman al Jaziri, al Fiqh “Ala al-Madharib al-Arba’ah, Cairo:
Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra,5th ed., n.d vol 2, pp. 245 -8.
Zaharuddin Abd. Rahman (2010),  Riba Dan Isu Kewangan Semasa,
Telaga Biru SdnBhd, Kuala Lumpur

54

Anda mungkin juga menyukai