Anda di halaman 1dari 42

PETA MINDA

3.1 SISTEM EKONOMI ISLAM 3.2 SISTEM EKONOMI


PEMIKIRAN MANUSIA
3.1.1 GELAGAT MANUSIA DARI
PERSPEKTIF ISLAM 3.2.1 SISTEM KAPITALISME
3.1.2 FALSAFAH EKONOMI ISLAM  FALSAFAH
3.1.3 PRINSIP ASAS EKONOMI ISLAM  FUNGSI
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM  MASALAH
 SEKTOR AWAM 3.2.3 SISTEM KOMUNISME
 SEKTOR SWASTA  FALSAFAH
3.1.5 JENIS-JENIS KEPERLUAN  FUNGSI
MANUSIA  MASALAH
3.2.3 SISTEM NEGARA KEBAJIKAN
 FALSAFAH
 FUNGSI
 MASALAH
BAHAGIAN 1

SISTEM EKONOMI
ISLAM
3.1 SISTEM EKONOMI ISLAM

Ekonomi Islam ialah suatu ilmu sains


kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku
(gelagat) manusia dalam soal mengguna dan
menguruskan sumber-sumber alam untuk
kepentingan diri dan juga kepentingan
masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah.
(Hailani Muji Tahir)
3.1.1 GELAGAT MANUSIA DARI PERSPEKTIF
EKONOMI ISLAM

6
3.1.2 FALSAFAH EKONOMI ISLAM
Falsafah ekonomi Islam berteraskan:
i. Konsep Tauhid - mengajar manusia untuk menilai
hubungannya antara manusia dalam naungan
hubungannya dengan Allah. Dari sudut ekonomi,
implikasi Tauhid adalah bahawa Allah adalah Pencipta
dan manusia adalah sebagai ciptaanNya. Maka manusia
adalah samarata dan perlu bekerjasama untuk
menegakkan kesaksamaan.
ii. Konsep Penguasa (Rububiyyah) - Allah adalah
Penguasa yang dariNya datang peraturan yang
bertujuan menjaga dan menampung kehidupan
makhluk kepada kesempurnaan. Sebagai contoh
urusan ekonomi yang dilakukan mestilah dalam
landasan yang dibenarkan syariah.
3.1.2 FALSAFAH EKONOMI ISLAM Smbg...
iii. Konsep Penyucian Akhlak (Tazkiyyah) - Konsep ini adalah
bagi membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak.
Urusan ekonomi yang dijalankan mestilah menyumbang
kepada objektif untuk mencapai akhlak yang baik dan tidak
boleh menindas atau menipu mana-mana pihak. Sebagai
contoh memaksa pekerja bekerja dalam kondisi yang tidak
sihat dan memberi gaji yang tidak setimpa. Selain itu,
aspek pembersihan harta boleh dilakukan melalui zakat
dan sedekah bagi mencapai al-falah (kejayaan).
iv. Hari Pembalasan - Kepercayaan kepada Hari Pembalasan
akan menjadikan kegiatan ekonomi manusia sentiasa
prihatin terhadap kesan pada hari Pembalasan. Konsep
hisbah atau akauntabiliti sangat ketat supaya setiap
manusia
v. Manusia Sebagai Khalifah - Sebagai khalifah Tuhan
dimuka bumi, manusia akan menjaga amanah dan
bertanggungjawab dalam segala tindak tanduknya.
3.1.2 FALSAFAH EKONOMI ISLAM Smbg...
vi. Kesamaan dan Persaudaraan Manusia - Persaudaraan
kemanusiaan merentasi batasan geografi, bangsa, warna kulit
dan sebagainya bagi melahirkan manusia yang tolong-
menolong,hormat-menghormati, bertanggung jawab, tidak
menindas dan tidak mengeksploitasi. Hak setiap individu
dilindungi bagi meningkatkan kebajikan umum. Sebagai
contoh pengambilan pekerja mestilah dibuat secara adil dan
setiap individu diberi peluang yang sama tanpa mengira
jantina, ethnik dan kelas sosial.
vii. Konsep Hak Milik - Hak milik mutlak harta adalah milik
Tuhan. Manusia hanya sebagai pemegang amanah. Manusia
berhak ke atas apa yang diusahakan dari sumber yang
diperolehi. Jangan dinafikan hak ini atas orang lain. Manusia
lahir dalam dunia tanpa apa-apa tetapi dengan pertolongan
Tuhan dan ahli masyarakat, ia memiliki harta. Dari sudut
ekonomi, keperluan asas manusia mesti dijamin. Menjadi
tanggungjawab setiap muslim yang berkeupayaan untuk
mengeluarkan zakat dan bersedekah.
3.1.3 PRINSIP ASAS EKONOMI ISLAM

1. Kebebasan Individu (Individual Liberty) - manusia menikmati


kebebasan penuh untuk melakukan atau menyatakan
sesuatu. Prinsip ini mendasari tanggungjawab seruan
manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
dalam masyarakat (amal ma’ruf nahi munkar).
2. Hak Memiliki Harta (Right To Property) - Islam mengiktiraf
hak individu kepada harta tetapi dengan kekangan yang
menjaga kemaslahatan masyarakat.
3. Ketidaksamaan Ekonomi Terkawal (Economic Inequality
Within Natural Limits) - Islam menerima hakikat
ketidaksamaan antara manusia tetapi mengawal agar jurang
tidak melebar.
3.1.3 PRINSIP ASAS EKONOMI ISLAM Smbg...

4. Keadilan - Kesaksamaan Sosial (Sosial Equality)- agar


kekayaan tidak hanya tertumpu kepada kelompok tertentu
dalam masyarakat. Setiap individu diberi peluang yang
sama untuk mendapatkan pekerjaan atau menjalankan
perniagaannya.
5. Jaminan Sosial (Sosial Security) - Setiap individu
mempunyai hak mendapatkan mata pencariannya; setiap
rakyat dijamin keperluan asasi hidupnya. Ini adalah
menjadi tanggungjawab utama kerajaan.
6. Edaran Kekayaan yang Meluas (Wider Circulation Of
Wealth) - Islam menganjurkan agar kekayaan itu berkitar
dikalangan rakyat dan bukan ditangan kelompok tertentu
sahaja.
3.1.3 PRINSIP ASAS EKONOMI ISLAM Smbg...
7. Pengharaman Pengumpulan Harta Tak Menentu (Prohibition
Of Accumulation Of Wealth) - Islam melarang pengumpulan
kekayaan / harta yang tidak berpatutan kepada individu.
8. Pengharaman Institusi Anti-Sosial (Prohibition Of Anti-
Sosial Institutions) - Terdapat larangan terhadap amalan-
amalan anti sosial dan merbahaya seperti berjudi, mabuk
minuman keras, riba (interest), sorok barang, pasaran-gelap
dan seumpamanya.
9. Kebajikan Individu dan Sosial (Social and Individual Welfare)
- Islam mengiktiraf bahawa kebajikan individu dan sosial
adalah saling melengkapkan dan bukannya bersaing atau
bertentangan. Kedua-duanya mesti diharmonikan.
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM
Sistem ekonomi Islam (Nizam al-iqtisad al-Islami)
mempunyai tiga sektor yang besar:
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...

Tanggungjawab Sektor Awam:

1. memastikan pelaksanaan undang-undang dana peraturan;


2. jaminan sosial;
3. agihan pendapatan / harta;
4. pengawasan pasaran;
5. dasar pekerjaan dan upah;
6. memerangi riba, rasuah dan monopoli;
7. mobilisasi sumber asli; dan
8. kesaksamaan peluang.
Sobri (1989)
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...

Hukum-hakam yang Bersangkutan dalam Sektor Awam:

•Pencukaian – jizyah (Cukai kepala dari bukan Islam yang dilindungi


{Dzimmi}, kharaj {cukai tanah}, ushur {cukai import/ekspot}).
•Harta fai’ dan ghanimah (harta daripada orang bukan Islam seperti
cukai).
•Pusaka atau pewarisan.
•Harta waqaf dan wasiat.
•Mata wang.
•Tanah dan galian.
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...

Institusi, Jabatan, Kementerian Berkaitan Sektor Awam:

Institusi Perbendaharaan Negara (Bait al-Mal).


Bank Pusat (Dar al-Amwal).
Diwan atau Jabatan Perancang Pembangunan.
Jabatan Hasil dalam Negeri (Diwan al-Jibayah).
Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah.
Kementerian Galian dan Sumber Alam.
Kementerian Waqaf.
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...
Fungsi-Fungsi Dilaksana Melalui Kegiatan Swasta:
a)Kewajipan berusaha mendapat rezeki yang halal dan
menunaikan tanggungjawab infaq fi sabil Allah.
b)Mempelbagaikan sumber rezeki yang baik dan bermanfaat
melalui mekanisme pasaran yang sihat.
c.Memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna secara
meluas dan secukupnya.
d.Berusaha mengembangkan harta dengan cara yang halal dan
tidak membekukannya atau menghadkannya.
e.Memakmurkan alam dan isinya bagi mencapai matlamat
pertumbuhan ekonomi, kestabilan, dan kesejahteraan.
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...
Hukum-hakam yang wajib dipatuhi

Mekanisme mu’amalat melibatkan akad, jual beli,


jualan tempah, sewa menyewa, mudharabah,
musyarakah dan sebagainya.

 Institusi yang Terlibat:

Semua institusi perniagaan dalam berbagai dan pelbagai


bentuk dan jenis industri, badan kerajaan dan badan
berkanun jua; dari orang perseorangan hinggalah kepada
organisasi yang menghimpunkan ribuan orang.
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...

Hukum-hakam yang Bersangkutan dalam Sektor Ini :

Zakat (segala jenis) termasuk zakat fitrah.


Pemberian sukarela (sadaqah tatawwu’ selain zakat), hibah.
Waqaf, samada waqaf am atau khas.
Pinjaman kebajikan (Qard al-Hassan).
3.1.4 STRUKTUR EKONOMI ISLAM Smbg...

Institusi Terlibat Meliputi Kerajaan dan Swasta:


3.1.5 JENIS-JENIS KEPERLUAN MANUSIA
DARURIYYAH
◦ Keperluan asas
◦ Persoalan hidup mati; fakir, miskin
HAAJIYYAH
◦ Memberi kehidupan yang selesa
◦ Masyarakat kelas menengah; hidup baik; sederhana
TAHSINIYAH (KAMALIYAH)
◦ Kaya raya
◦ terlalu selesa
◦ banyak pilihan

*Nota: Intipati keperluan manusia dalam Islam tidak


sama dengan Teori Keperluan Manusia oleh Maslow.
23
3.1.5 JENIS-JENIS KEPERLUAN MANUSIA Smbg...

Menurut Wafa et al. (2007) keperluan asas


manusia di zaman moden adalah:
Makan-minum, Pakaian, Perumahan
Pendidikan
Kesihatan
Keselamatan
Sistem yang teratur bagi pendidikan, military
dan pertanian

24
3.1.5 JENIS-JENIS KEPERLUAN MANUSIA Smbg...
Dalam masyarakat moden, mereka dibahagikan kepada
tiga segment iaitu:
•Golongan berpendapatan terendah (B40)
•Golongan berpendapatan pertengahan (M40)
•Golongan berpendapatan tertinggi (T20)

•Keperluan Haajiyah adalah keperluan yang golongan


berpendapatan terendah tidak mempunyai akses kepada
keperluan tertentu. Di Amerika Syarikat umpamanya, rakyat
perlu mempunyai insurans perubatan untuk mendapatkan
rawatan yang mana golongan berpendapatan rendah tidak
mampu untuk membeli insuran tersebut.
25
3.1.5 JENIS-JENIS KEPERLUAN MANUSIA Smbg...
• Di Malaysia, situasi ini tidak kritikal kerana golongan
berpendapatan rendah diberikan kemudahan perubatan.
• Di negara dunia ketiga seperti Afrika, ramai orang tidak mendapat
kemudahan pelajaran yang menyebabkan mereka jauh
ketinggalan dari rakyat negara lain.
• Dalam Islam, golongan fakir dan miskin ini dibantu oleh
masyarakat Islam melalui kutipan wang zakat yang diuruskan oleh
pusat zakat atau Baitulmal. Golongan ini merupakan asnaf
(penerima) zakat.
• Memahami tingkat keperluan manusia ini bertujuan untuk
menekankan bahawa keperluan asas adalah suatu kemestian,
justeru golongan yang mempunyai lebihan ini bertanggungjawab
untuk membantu golongan yang miskin untuk memenuhi
keperluan asas ini.
26
Manusia adalah khalifah Allah dimuka bumi. Implikasi dari
konsep khilafah ini adalah:
1. Ukhuwah Sejagat
2. Sumber sebagai Amanah dari Allah
3. Gaya hidup yang Sederhana (humble)
4. Manusia Merdeka

Keadilan, berbanding dengan zulm, menghendaki bahawa


sumber, sebagai suatu amanah dari Allah, digunakan bagi
merealisasikan maqasid al-Shari’ah (mewujudkan kebaikan,
menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan).
Empat darinya adalah:
1. Memenuhi keperluan;
2. Sumber pendapatan yang terhormat;
3. Pengagihan pendapatan dan harta secara saksama; dan
4. Pertumbuhan dan kestabilan.
BAHAGIAN 2

SISTEM EKONOMI
PEMIKIRAN MANUSIA
3.2.1 SISTEM KAPITALISME
FALSAFAH:
• Hak Pemilikan Harta Persendirian (Right of Private Property)
• Kebebasan Ekonomi dan Persaingan Bebas (Economic Freedom
and Free Competition)
• Ketidaksamaan Kekayaan dan Peluang Ekonomi (Economic
Inequality)
• Pengeluaran dikawal oleh perniagaan persendirian atau sektor
swasta dan kerajaan tidak mempunyai peranan terhadap
pengeluaran atau harga.
• Harga ditentukan oleh pasaran bebas yang ditentukan oleh
tawaran dan permintaan.
• Dalam ekonomi global boleh dikatakan semua negara
mengamalkan system kapitalisme tetapi secara domestic
mungkin tidak.
3.2.1 SISTEM KAPITALISME Smbg…
FUNGSI SISTEM KAPITALISME
3.2.1 SISTEM KAPITALISME Smbg…
Masalah Sistem Kapitalisme:
i.Persaingan bebas dan kebebasan pemilikan harta yang tidak terkawal akan
menyebabkan banyak permasalahan dalam masyarakat. Kurangnya
campurtangan kerajaan akan menyebabkan pasaran tidak memperdulikan
kos dan manafaat luaran. Hasilnya lebihan pengeluaran dan penggunaan
barangan ini mungkin mengakibatkan kesan bahaya kepada pihak ketiga.
ii.Apabila kuasa dan harta berada ditangan segelintir masyarakat, maka
kepentingan individu akan diutamakan berbanding kepentingan bersama.
Firma mempunyai kuasa monopsony dalam pengambilan pekerja dan
menentukan gaji dan upah yang rendah
iii.Sifat kapitalisme adalah ganjaran keuntungan. Oleh itu, manusia akan
mementingkan diri sendiri, kebencian, adu domba dan seumpamanya besar
kemungkinan akan menggantikan sifat akhlak mulia seperti bekerjasama,
tolong menolong, muhibbah, setiakawan, kejiranan, kasih sayang dan
seumpamanya.
3.2.1 SISTEM KAPITALISME Smbg…
Masalah Sistem Kapitalisme Smbg…
iv.Jurang perbezaan yang senantiasa berkembang antara hak pekerja
dan hak majikan telah menyebabkan masyarakat berpecah menjadi
dua kelompok yang bertentangan.
v.Dalam suasana yang serba bebas, individu yang bercita-cita untuk
menjadi kaya akan menggunakan kaedah yang tidak berakhlak bagi
mencapai cita-cita mereka.
vi.Kapitalisme akan melahirkan suatu sistem yang memberi kuasa dan
harta kepada segolongan yang kecil; dimana golongan yang kecil ini
sibuk mementingkan diri sendiri dan membelakangkan kepentingan
yang ramai.
3.2.2 SISTEM KOMUNISME
Karl Marx dan rakannya Friedrich Engels menawarkan satu
konsep komunisme pada tahun 1848.
FALSAFAH SISTEM KOMUNISME:
•Hakmilik Negara (Nationalisation of Property)-semua cara pengeluaran dan
sumber hasil adalah milik negara atau komuniti. Hak individu untuk memiliki
harta atau sumber pengeluaran tidak diiktiraf.
•Kesaksamaan Ekonomi (Economic Equality)-pihak komunisme menyatakan
bahawa hak individu dalam perihal ekonomi adalah dikawal oleh prinsip
kesaksamaan dan setiap individu diberikan keperluan hidup berasaskan
keperluannya.
•Penguasaan (Regimentation)- bagi mencapai objektifnya, negara akan
diperintah oleh golongan “Proletariat” (kelas pekerja terutama pekerja
industri)mengambil alih semua faktor atau kaedah pengeluaran, pengagihan
dan kebebasan berekonomi serta hak kepada pemilikan harta dihapuskan
sama sekali.
3.2.2 SISTEM KOMUNISME Smbg…
FUNGSI SISTEM KOMUNISME:
i.Keperluan asasi dibekalkan.
ii.Individu diberi pekerjaan dan golongan yang lemah dan tidak
berkeupayaan dijaga oleh negara.
iii.Semua kerja dilakukan mengikut suatu perancangan dan
terdapat pelarasan antara pengeluaran dan permintaan.
iv.Kesemua sumber dan kaedah pengeluaran adalah dimiliki
dan diuruskan oleh negara dan mana-mana keuntungan
adalah bagi dimanfaatkan masyarakat.
3.2.2 SISTEM KOMUNISME Smbg…

Masalah Sistem Komunisme:


i.Kos bagi mendapatkan keperluan asasinya adalah dengan
mengorbankan kebebasan individu dan hak pemilikan harta.
ii.Sistem menafikan sifat keegoan dan personaliti individu yang
berkeupayaan untuk berfikir dan bertindak. Individu menjadi
“hamba.”
iii.Dalam sistem ini, semua aktiviti adalah bagi mencapai motif
perekonomian sahaja. Justeru, komunis mengambil apa sahaja
daripada persekitaran tanpa memikirkan mengenai kesihatan
dan kesejahteraan persekitaran.
3.2.2 SISTEM KOMUNISME Smbg…

Masalah Sistem Komunisme Smbg…:

iv.Komunis cuba untuk mencapai objektif mereka melalui


sekatan luaran dan langsung mengabaikan pendidikan moral
dan keperluan latihan individu.
v.Sistem komunisme cuba untuk menghilangkan
ketidaksamaan ekonomi/kekayaan dengan mengambil
kebebasan individu dan haknya untuk memiliki harta dan
kesannya adalah kesungguhannya untuk bekerja lebih gigih
akan malap dan ini akan menghapuskan keefisyenan tenaga
buruh. Selain memaksa pengumpulan harta secara kolektif,
system ini juga membantut kreativiti individu.
3.2.3 SISTEM NEGARA KEBAJIKAN
• Sistem negara kebajikan (welfare state) adalah sistem
ekonomi campuran - bentuk kapitalisme bercampur dengan
ciri-ciri sosialisme.
• Ia diasaskan oleh Otto von Bismarck pada tahun 1880 an di
Germany.
• Negara yang mengamalkan ialah UK, France, Belgium,
Netherlands.

Objektif Utama :
• Mengawal keterlaluan yang terdapat pada sistem kapitalisme
dan seterusnya mengurangkan tarikan sosialisme atau
komunisme.
3.2.3 SISTEM NEGARA KEBAJIKAN

FALSAFAH SISTEM KOMUNISME:

Kepercayaan bahawa kebajikan individu adalah terlalu


penting untuk diserahkan sahaja kepada operasi kuasa
pasaran. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan dalam
melindungi dan mempromosi kesejateraan ekonomi dan
rakyatnya.
3.2.3 SISTEM NEGARA KEBAJIKAN Smbg…

FUNGSI NEGARA KEBAJIKAN

i.Negara kebajikan akan memastikan bahawa setiap ahli


masyarakat mendapat perlindungan.
ii.Perkhidmatan sosial akan disediakan bagi membolehkan
individu berfungsi dengan berkesan.
iii. Mengiktiraf objektif pekerjaan penuh (full employment) dan
pengagihan pendapatan dan kekayaan secara adil dan saksama
dan peranan negara (dalam bentuk “intervention”) dirasakan
amat perlu.
3.2.3 SISTEM NEGARA KEBAJIKAN Smbg…

iv. Terdapat enam (6) alat utama dalam sistem negara


kebajikan iaitu:
• Undang-undang dan peraturan
• Memiliknegarakan beberapa industri utama
• Kesatuan sekerja yang kuat
• Polisi fiskal
• Kadar pertumbuhan yang tinggi
• Kadar pasaran buruh yang penuh
3.2.3 SISTEM NEGARA KEBAJIKAN Smbg…
Masalah Sistem Negara Kebajikan:

i.Campurtangan dalam sistem pasaran boleh mengakibatkan


ketidakefisyenan sistem.
ii.Usaha untuk mengelakkan permasalahan dalam pasaran
mungkin juga akan menghalang daripada berlakunya kecekapan
dalam penggunaan sumber.
iii.Pergerakan kesatuan sekerja kini menghadapi masalah apabila
berlakunya inflasi dan wujud kadar pengangguran yang tinggi.
iv.Polisi fiskal merupakan alat utama negara kebajikan.
v.Pertumbuhan ekonomi yang tinggi masih tidak dapat
menghapus kemiskinan, memenuhi keperluan asasi masyarakat
atau pun mengurangkan ketidaksamaan.
https://simple.wikipedia.org/wiki/Welfare_stat
e
Schooling can be free, and it can be a duty of state to help ill
people. The government may give money to people who do not
have as much as most other people. The state may also give homes
to people who do not have them. To make this happen there may
have to be taxes, and usually rich people have to pay most taxes.
The taxes vary, however, to ensure that the less rich people can
afford to pay them. For example, in the UK, poorer people have to
pay a smaller part of their income as income tax than the rich.
There are also taxes put on things that people do not have to pay if
they do not do certain things, such as buying as much. This is called
VAT (Value Added Tax), which typically deducts 20% so that there
is no fixed amount of tax to pay. A Welfare State could also be paid
for if the government borrows money from people, mainly by
selling bonds. Eg. UK, France, Canada

Anda mungkin juga menyukai