Anda di halaman 1dari 43

PRINSIP ISLAM

DAN MUAMALAT

1
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
1.memahami konsep Islam sebagai ad-din (agama yang
diamalkan sebagai satu cara hidup);
2.memahami prinsip-prinsip ajaran Islam;
3.menerangkan makna Aqidah (percaya kepada Allah
SWT), Shariah (perundangan Islam), dan Akhlak (cara
bergaul dan berkomunikasi sesama manusia).
4.memahami jenis-jenis hukum.
5.memahami konsep ekonomi Islam; dan
6.Memahami prinsip perniagaan dalam Islam dan
kepentingan untuk berurus niaga secara Islam.

2
PENGENALAN
• Dalam bab ini, asas-asas ajaran Islam, aspek
keperluan manusia, dan prinsip-prinsip urusan
perniagaan dalam Islam akan diterangkan.
• Aspek-aspek ini penting dalam menerangkan sebab-
sebab yang mendasari amalan perniagaan menurut
Islam bagi mendapatkan keberkatan dan redha Allah
SWT.
• Ini bermaksud, menjalankan aktiviti perniagaan
dalam Islam merupakan satu ibadah yang mana akan
mendapat ganjaran pahala sekiranya peraturan dan
prinsip Islam dipatuhi.
3
PENGENALAN Smbg…
• Dalam Islam, segala peraturan dan prinsip dalam
menjalankan perniagaan ditadbir oleh Fiqh
Muamalat iaitu satu petunjuk yang harus diikuti oleh
umat Islam.
• Fiqh muamalat memberikan alasan dan hukum ke
atas sesuatu tindakan yang dilakukan. Sebagai
contoh, mengapa perbuatan tidak bertanggungjawab
seperti rasuah dan manipulasi demi mendapat
keuntungan dilarang sama sekali dalam Islam.
• Ia menjadi panduan bagi umat Islam dalam
melakukan aktiviti perniagaan.
4
PENGENALAN Smbg…
• Skandal korporat seperti Barings Bank serta
kemusnahan alam sekitar membuktikan bahawa
amalan ekonomi kapitalisma hanya mementingkan
keuntungan tidak boleh dijadikan panduan atau
peraturan dalam dunia perniagaan.
• Justeru, inti ajaran Islam yang mendorong untuk
melakukan urusniaga dengan baik amat sesuai
dengan konsep tadbir urus korporat yang
menekankan sikap tanggungjawab dan hormat
kepada orang lain dan alam sekitar dalam meraih
keuntungan.
5
MIND MAP
1.1 ISLAM SEBAGAI
1.3 RANGKA SATU CARA HIDUP
KERJA ISLAM
1.2 ASAS AJARAN
ISLAM

BUSINESS AND TRADE:


THE ISLAMIC
PERSPECTIVE 1.6 PRINSIP
1.4 JENIS-JENIS PERNIAGAAAN
HUKUM DALAM ISLAM

1.7 KONSEP PERNIAGAAAN


1.5 FALSAFAH
DALAM ISLAM
EKONOMI ISLAM

6
1.1 ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP

• Islam adalah Ad-din yang diwahyukan Allah


kepada baginda Rasulullah SAW.
• Mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk
muamalat perniagaan.
• Islam telah meletakkan garispanduan
bermuamalat yang selaras dengan fitrah manusia
sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

7
1.1 ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP Smbg.
 Bahasa: selamat, aman, sejahtera
 Istilah: Agama yang diutuskan kepada Nabi Adam AS
sehingga Nabi Muhammad SAW yang meliputi semua
aspek seperti aqidah, syariah, dan juga akhlak.
 Islam bererti kepatuhan, penyerahan dan ketaatan
kepada Allah dalam semua tindak tanduk manusia
yang meliputi semua aspek pemikiran, pengetahuan,
pertuturan, akhlak, tingkahlaku, dan i’tikad.
 Matlamat hidup individu muslim adalah untuk mencari
keredhaan Allah SWT. Firman Allah (bermaksud):
“Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia
melainkan supaya mereka menyembah (beribadat)
kepada Aku.”
Az-Dzaariyat:56
8
1.1 ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP Smbg.

ISLAM AGAMA KEREDHAAN ILAHI

“…PADA HARI INI TELAH KU SEMPURNAKAN


AGAMAMU, SEMPURNAKAN NIKMAT KU KE
ATAS MU DAN AKU REDHA ISLAM SEBAGAI
AGAMA MU…”
AL-MAIDAH:3

9
1.1 ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP Smbg.
ISLAM - AMALAN MENYELURUH
Amalan ajaran Islam hendaklah secara menyeluruh.
Allah Ta’ala telah berfirman
Surah Al-Baqarah:208 bermaksud:
 “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke
dalam Islam seluruhnya.”

Setiap Muslim mengulangi janji dan ikrarnya kepada


Allah setiap hari dalam solat (Doa iftitah):
“Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan
matiku (semuanya) kerana Allah Tuhan sekelian alam.”

10
1.1 ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP Smbg.
DUNIA UNTUK AKHIRAT
Segala tindakan di dunia adalah dengan pemahaman bahawa
keadilan sejati adalah di alam akhirat. Urusan dunia sekadar
menjambatani kesudahan di akhirat.

Firman Allah : Surah Al-Qasas: 77 bermaksud:


“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah
kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu
melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah (kepada
orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,
dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi.”

11
1.1 ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP Smbg.
DUNIA UNTUK AKHIRAT

Nabi SAW bersabda : 


‫ َها َو َتم َّنى َع َلى‬-‫ُه َهوا‬- ‫ ْف َس‬- ‫ َن‬-‫ ْت َب َع‬-‫ا ِج ُز َ ْمنأ‬-‫ل َع‬--‫ وا‬،‫وت‬
ِ ‫ل َم‬--‫دَ ا‬-‫ع‬---‫ َما ب‬- ِ‫ َو َع ِم َلل‬، ‫ُه‬- ‫ ْف َس‬- ‫ن َن‬-َ ‫ل َكي ُِّس َمْندَ ا‬--‫ا‬
َ ---‫هللا‬
‫ألَما ِن ْي‬--‫ا‬

Maksudnya: “Orang yang bijak adalah yang sentiasa menghitung


dirinya, dan beramal untuk (kehidupan) selepas mati. Sedangkan
orang yang lemah (bodoh) adalah yang sentiasa mengikut hawa
nafsunya dan mengharapkan kepada Allah SWT dengan
berangan-angan.” 
(Riwayat al-Tirmidhi dan al-Hakim)
“Dunia ini adalah sebuah ladang untuk umat manusia bercucuk
tanam bagi menuai hasilnya ketika di akhirat kelak.”
12
ISLAM – TASSAWUR ISLAM (ISLAMIC WORLD VIEW)

13
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM

i. TAUHID
a. Tauhid Uluhiyah
b. Tauhid Rububiyah

ii. IMAN
iii. AQIDAH
iv. IBADAH
v. TAQWA

14
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

i. TAUHID

Maksud kalimah Al-Tauhid : “Aku mengetahui, aku


berikrar, aku mengaku dan aku mempercayai
bahawa sesungguhnya sembahan yang sebenar-
benarnya berhak disembah, yang tiada layak
disembah selain daripadaNya ialah Allah Ta’ala dan
bahawa sesungguhnya yang demikian itu aku nyata
dan aku lahirkan dengan sebutan lidahku, dengan
gerak-geri perbuatanku, dan dengan tingkah laku
perjalananku.”

15
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

Ulama’ telah membahagikan tauhid kepada dua


jenis iaitu:
a.Tauhid Al-Uluhiyah
Apabila manusia mentauhidkan Allah dari segi
peribadatan atau sembahan dan bersetuju tidak ada
yang berhak disembah melainkan Allah.
b. Tauhid Al Rububiyah
Tauhid ini merujuk kepada Allah sebagai Pemilik,
Pencipta, Penguasa, atau apa saja yang menunjukkan
kepada kekuasaan dan kesempurnaan Allah Ta’ala.
16
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…
Syahadah
Melafazkan kalimah tauhid ini adalah suatu ikrar (pengakuan),
iktiraf (pengi’tirafan) dan I’tiqad (kepercayaan). Maka ia
dilafazkan secara bersyahadah iaitu persaksian.
Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya “Dasar-dasar Ilmu Dakwah,” Jilid1

Kalimah Tauhid merupakan bahagian pertama dari persaksian


atau syahadah. Kalimah ini disusuli dengan bahagian kedua iaitu
Syahadah persaksian bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul
Allah. Syahadah kedua ini memerlukan kepada pembuktian
dengan perkataan dan perbuatan akan apa yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW daripada Allah SWT.
‫ال إله إال هللا محمد رسول هللا‬
17
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

18
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

PENGERTIAN PERKATAAN “ILAH”

i. ILAH SEBAGAIMANA PEMAHAMAN LAZIM


 Secara fitrahnya, semua manusia rasional akan
mengakui wujudnya pencipta.
 Firman Allah Ta’ala Surah Al-Naml, 27:14 (bermaksud):
“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan
kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini
(kebenarannya).”

19
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…
ii. ILAH SEBAGAI TEMPAT TUMPUAN; MATLAMAT PENGABDIAN
Segala khidmat/perbuatan seorang Muslim adalah ditujukan untuk
mentaati perintah Allah.
Surah Al-An’am: 162 Allah SWT berfirman (maksudnya):
“Katakan: Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku,
kehidupanku, kematianku untuk Allah Tuhan semesta alam.”

iii. ILAH SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN


Keyakinan kepada Allah sebagai pemberi perlindungan dan
manusia sebagai makhluk sementara bergantung pada izinNya.
Surah Al-Maidah:76 Allah SWT berfirman (maksudnya):
“Katakanlah: Mengapa kamu menyembah selain Allah sesuatu yang
tidak dapat memberimu mudarat mahupun manfaat? Padahal Allah
yang maha mendengar lagi maha mengetahui.”
20
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

iv. ILAH SEBAGAI TUMPUAN KECINTAAN

Surah At-Taubah ayat 24 Allah berfirman (maksudnya):


“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,
isteri-isteri dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih
kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di
jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-
orang yang fasiq.”

21
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…
v. ILAH SEBAGAI PEMBERI REZEKI
 Makhluk hanyalah pembawa atau penyampainya sahaja,
bukan mencipta sumber, menambah atau mengurangkannya.
 Surah Al Mulk ayat 30, Allah berfirman (maksudnya):
“Katakanlah: Terangkan kepadaku jika sumber air kamu
menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air
yang mengalir bagimu?”

 vi. ILAH SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN


 Surah Al-Maidah ayat 44 Allah berfirman (maksudnya):
“Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang
diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang
kafir.”
22
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

ii. IMAN
 Bahasa: Percaya
 Istilah: Lafaz dengan lidah, tasqid (membenarkan)
dalam hati, dan dibuktikan dengan amalan/perbuatan.
 Iman (faith) bererti mengetahui, mempercayai,
meyakini tanpa ragu akan KeEsaan Allah Ta’ala dan
Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah. Iman
adalah kepercayaan yang berasaskan pengetahuan
dan keyakinan; diikrarkan keimanannya dengan lidah,
disematkan di dalam hati dan dilaksanakan dengan
anggota badan.

23
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

Rukun Iman adalah:


1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada Rasul
3.Percaya kepada Malaikat
4.Percaya kepada Kitab-kitab
5.Percaya kepada Hari Akhirat
6.Percaya kepada Qada’ dan Qadar
24
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…
iii. AQIDAH
 Bahasa: ‫ عقد‬yang bermaksud ikatan.
 Istilah: keyakinan hati atas sesuatu.
 Aqidah mudah difahamkan sebagai kepercayaan yang kukuh dan teguh
dalam jiwa akan keimanan terhadap ajaran dan hukum-hukum Allah.
 Kata ‘aqidah’ boleh digunakan untuk ajaran yang terdapat dalam Islam,
dan juga boleh digunakan untuk ajaran lain di luar Islam. Contoh:
aqidah Islam, aqidah nasrani; ada aqidah yang benar atau lurus dan ada
aqidah yang sesat atau menyimpang.
 Dalam ajaran Islam, aqidah Islam (al-aqidah al-Islamiyah) merupakan
keyakinan atas sesuatu yang terdapat dalam apa yang disebut dengan
rukun iman, yaitu keyakinan kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-
Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat, serta qada dan qadar.
25
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

iv. IBADAH
• Ibadah adalah memperhambakan diri kepada Allah
dalam erti kata yang seluas-luasnya. Ada disebut
sebagai ibadat khusus dan juga sebagai ibadat am
atau muamalat.
 
• Amal saleh itu merujuk kepada semua perbuatan yang
diredhai Allah.

• Contoh: Puasa, solat (khusus), menepati janji


(muamalat)
26
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…
v. TAQWA

Ia adalah kepatuhan seseorang dalam melakukan yang diperintah


dan menjauhi larangan. Taqwa adalah melakukan banyak ibadat
yang disunatkan dan tidak berlebihan dalam hal-hal yang
dihalalkan.
Menurut Imam Al-Ghazali dalam Al-Qur’an tiga maksud taqwa:
1.perasaan takut dan hebat seperti dalam Surah Al-Baqarah: 41
“Dan kepada Ku-lah kamu harus takut (tinggalkanlah maksiat
kerana takut seksa Allah).”
2.bakti dan tunduk seperti dalam Surah Al-Imran:102 “Wahai
sekalian orang-orang yang beriman, berbaktilah kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar bakti (ta’at).”
27
1.2 ASAS DALAM AJARAN ISLAM Smbg…

3. membersihkan hati dari segala dosa dan inilah


hakikat taqwa.
 Allah berfirman:
“Siapa-siapa yang ta’at kepada Allah dan RasulNya, dan
takut kepada Allah serta taqwa kepadaNya, maka
mereka adalah orang-orang yang beruntung.”
 Di dalam Surah Al-Maidah:93, telah disimpulkan
tingkatan taqwa iaitu:
“Tidak ada dosa bagi orang yang beriman dan beramal
saleh dalam makan jika mereka taqwa dan beriman,
kemudian beramal saleh lalu taqwa dan beriman;
kemudian mereka bertaqwa dan ihsan.”
 Mereka yang bertaqwa disebut sebagai Al-Muttaqin.

28
1.3 RANGKA KERJA AJARAN ISLAM

1. AQIDAH
 Perkara Keimanan
2. SYARI’AH
 Ibadat (Khusus) - hablumminallah
 Ibadat Am / Muamalat - hablumminannas
3. AKHLAK
 Akhlak kepada Khalik
 Akhlak sesama makhluk
29
ISLAM

I`tiqadiyyah `Amaliyyah `Akhlaqiyyah


(Belief) (Practice) (Morality)

Pillars of Human with Human with Human with Human with


Creator Human Creator Creation
Iman (`Ibadah) (Mu`amalah
/ `adah)
Political system,
non-Muslim in
Islamic state, Politic
foreign
relationship, Human Non human
being being
Law (family, Social
civil, criminal),
administration of
justice
Economy
Commercial
transactions,
public finance
and economic
system
30
1. AQIDAH
Keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun iman
dan perkara-perkara ghaib. Aqidah Islam (al-aqidah al-
Islamiyah) merupakan keyakinan atas sesuatu yang terdapat
dalam apa yang disebut dengan rukun iman, yaitu keyakinan
kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya,
hari akhirat, serta qada dan qadar

31
2. SYARI’AH
1. HUBUNGAN DENGAN ALLAH
(IBADAH)
1. Thoharah
2. Solat
3. Zakat
4. Puasa
5. Haji
32
2. SYARI’AH smbg…
2. HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
(MUAMALAH)
A. Urusan Peribadi
- Perkahwinan, Pewarisan, Lain-lain
B. Urusan Am
- Hukum Perniagaan
- Hukum Jenayah
- Hukum Pemerintahan
- Hukum Perhubungan
- Lain-lain
33
3. AKHLAK
I. AKHLAK TERHADAP AL-KHALIQ
 Taat
 Ubudiyyah
 Tawakal
 Taqwa, Zikrullah
 Ikhlas
 Sabar
 Keredhaan Allah
34
3. AKHLAK smbg
II. AKHLAK TERHADAP MAKHLUK
A. Akhlak Terhadap B. Akhlak Terhadap
Manusia Bukan Manusia
a. Diri Sendiri  Tidak melakukan
b.Tetangga perkara yang
c. Masyarakat dilarang
 Rahman
 Keadilan; Kejujuran;  Adil
 Ukhuwwah; Syura;
 Ta’awun; Musawah;
 Al-Takaful Al-Ijtima’
 Ihsan 35
‫وما ارسلناك اال رحمة للعالمين‬
“And We have not sent you (O Muhammad) but a mercy to the whole universe”
(Al-Ambiya:107)

Alleviate Hardship Eliminate Prejudice


Justice

Via Hukum-Hukum;
Wajib
Sunat
Makruh
Harus Maqasid as-Shariah
Haram
(The Objectives of Shariah)

Religion/Ad-Din
Wealth/Harta
Intelect/’Aqal
Life/Jiwa
Posterity/Keturunan

Preservation and Promotion 36


1.4 JENIS-JENIS HUKUM
HUKUM HAKAM PERBUATAN
BERPANDUKAN FIQH
H
H
a. WAJIB A
A
b. SUNNAT LL
c. MUBAH (HARUS)  A
A
d. MAKRUH LL
e. HARAM HARAM

37
1.4 JENIS-JENIS HUKUM Smbg…

38
1.5 FALSAFAH EKONOMI ISLAM

i. Konsep menyembah Allah (tauhid)


ii. Konsep Tuhan sebagai Tuan Semesta Alam
iii. Konsep akhlak mulia
iv. Konsep percaya kepada hari pembalasan
v. Konsep manusia sebagai Khalifah
vi. Konsep semua manusia adalah sama disisi
Allah
vii. Konsep Allah sebagai pemilik mutlak harta

39
1.6 PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN ISLAM
1. BEBAS
2. URUSNIAGA TANPA RIBA
3. ADIL
4. LAYANAN BAIK
5.MELINDUNGI HAK-HAK PENJUAL
DAN PEMBELI
6. JUJUR DAN AMANAH
7. RAJIN/TEKUN

40
1.7 KONSEP PERNIAGAAN MENURUT ISLAM
i. Pertukaran barang dengan barang atau dengan
wang
ii. Tujuan untuk mendapatkan keuntungan
iii. Kontrak yang sah dari segi syara’
iv. Persetujuan bersama antara penjual dan pembeli
Firman Allah SWT dalam suran An Nisa:29
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan
harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali
dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka
sama suka di antara kamu…”
41
1.7.1 PERNIAGAAN DALAM AL-QUR’AN

• Surah Al-Baqarah:198 yang bermaksud:


“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia
(rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.”
• Surah Al Baqarah:275 yang bermaksud:
“Dan Allah SWT menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba.”
• Surah Al Baqarah:282 yang bermaksud:
“Persaksikanlah jika kamu berjual beli.”

42
1.7.2 PERNIAGAAN DALAM AL-HADITH
“Peniaga yang jujur dan beramanah akan
ditempatkan bersama-sama para Nabi, orang-
orang salih dan para syuhada.”
(Hadith Hassan - Tarmizi)

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: “Apakah


jenis mata pencarian yang paling baik?” Maka
baginda menjawab: “Hasil usaha sendiri, dan
setiap perniagaan yang bersih (dari tipu daya dan
khianat).”
 Sejarah Nabi SAW sebagai peniaga
 Fiqh Muamalat Perniagaan
43

Anda mungkin juga menyukai