Anda di halaman 1dari 17

TAMADUN ISLAM- AKHLAK

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

: ..............................................................

Nama penulis Tarikh

: YUSASZIMAH BINTI MD YUSOF : OKTOBER 2011

1|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN 1.0 KONSEP TAMADUN ISLAM 2.0 PENGERTIAN AKHLAK 3.0 AKHLAK, ETIKA DAN MORAL 4.0 NILAI PERBUATAN MANUSIA 5.0 PENUTUP
6.0 RUJUKAN

2|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmannirahim......

Assalammualaikum Wbth, Alhamdullilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kunianya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Dengan adanya tugasan ilmiah seperti ini dapat membantu saya untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya dari aspek ketemadunan Islam. Sebelum ini saya tidak diberi pendedahan yang banyak mengenai ketemadunan Islam, tetapi melalui tugasan yang diberikan ini membuka minda saya dan membantu menambah pengetahuan saya tentang kepentingan akhlak didalam tamadun Islam. Sekalung perhargaan saya ucapkan kepada Ustaz yang telah banyak memberi serta menyampaikan seberapa banyak ilmu pengetahuan kepada saya dan kawan-kawan. Walaupun kekangan masa yang terhad, beliau tidak pernah berputus asa untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kami. Terima kasih juga di ucapkan kepada rakan-rakan sekelas saya yang tidak pernah jemu untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang diperolehi supaya dapat diadaptasikan didalam tugasan ini. Akhir sekali sekalung perhargaan kepada keluarga saya terutama mak dan abah yang banyak memberi dorongan sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada saya dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini. Alhamdullilah berkat usaha saya dan sokongan semua dapat saya siapkan tugasan Tamadun Islam ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Sekian,

3|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


YUSASZIMAH MD YUSOF (YUSASZIMAH BINTI MD YUSOF) KPLI-SR PI/KH/PSK JAN-DIS 2011

1.0 KONSEP TAMADUN ISLAM

1.1 PENGERTIAN TAMADUN ISLAM Apabila membincangkan tentang Tamadun Islam perkara yang penting ialah memberi pengertian tentang makna Tamadun, makna Islam dan makna Tamadun Islamdari segi bahasa dan juga dari sudut istilah.

BAHASA Dari sudu bahasa, Tamadun bermaksud kemajuan atau civilization. Perkataan tamaddun adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan lain yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana bagi menunjukkan erti tamadun ini seperti umran, hadharah dan madaniah.

ISTILAH Dari sudut istilah pula Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan kebendaan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam adalah lahir daripada agama Islam sendiri. Dalam perkataan lain agama Islam4|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


lah yang melahirkan Tamadun Islam. Berbeza dengan tamaduntamadun lain yang melahirkan agama mereka.

1.2 ASAS TAMADUN ISLAM Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu asas keimanan, asas ubudiyah, asas syariah dan asas akhlak. Keempatempat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam. Ianya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan sama ada kebendaan atau kerohanian umat Islam hendaklah bertunjangkan kepada keimanan atau akidah kepada Allah s.w.t. dalam masa yang sama ia adalah ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan kepada Al Quran.

AKHLAK Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran Islam. Membina tamadun mestilah berasaskan kepada akhlak. Tanpa akhlak yang mulia tidak akan bermakna sesuatu tamadun manusia itu. Dalam lain perkataan tanpa akhlak yang mulia manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian. Kerohanian adalah suatu yang penting merangkumi akidah, syariat dan akhlak umat Islam. Tamadun yang lahir adalah diwarnai oleh akhlak umat Islam. Jika umat Islam mempunyai akhlak yang murni maka hasilnya juga adalah murni. Dalam Islam telah dihuraikan dengan panjang lebar mengenai akhlak ini termasuklah dalam membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa, zuhud, zikrilmaut, istiqamah, pemaaf, sopan santun, merendah diri,
5|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


berkasih sayang, redha, meredhai dan sebagainya. Semua sifatsifat terpuji atau mahmudah ini perlu ada kepada setiap umat Islam. Kepada umat Islam yang menjiwai sifat yang terpuji ini mereka akan melahirkan diri yang soleh, keluarga yang soleh dan masyarakat yang soleh. Dengan itu akan lahirlah negara yang berkat. Melalui inilah tegaknya Tamadun Islam atas dasar akhlak yang mulia. Sebaliknya Tamadun Islam akan hancur jika umat Islam mengabaikan akhlak mulia seperti dengki, bakhil, sombong, ujub, riya, gopoh, malas, tamak, khianat, dusta, mungkir janji, menjatuhkan maruah orang lain, rasuah, riba, penipuan, mencuri, melaga-lagakan sesama sendiri dan sebagainya.

2.0 PENGERTIAN AKHLAK

Perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab, iaitu jamak daripada khuluq. Daripada sudut bahasa, khuluq bermaksud budi pekerti, perangai, tingkah laku, pegangan, sikap ataupun tabiat. Akhlak dalam maksud ini terkandung dalam kata-kata Saidatina Aisyah ra. Yang bermaksud Akhlak Rasulullah adalah alQuran. Akhlak Rasullulah SAW yang dimaksudkan dalam kata-kata Aisyah ra itu ialah perangai, sikap dan tingkah laku Rasullulah SAW. (Hamzah Yaqub, 1983) sementara itu dalam Kamus Dewan, akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakukan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik ataupun jahat. (Teuku Iskandar, 1970). Ahmad Amin (1973) di dalam bukunya yang bertajuk al-Akhlaq merumuskan pengertian akhlak sebagai suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk,menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh seseorang manusia kepada manusia lain, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalamperbuatan mereka dan menunjukkan apa yang harus dilakukan. Menurut
6|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


Abdul Rahman al-Basyar, akhlak ialah satu ilmu yang membahaskan kelebihankelebihan diri dan kaedah-kaedah tatacara untuk mencapainya supaya manusia dapat menghiasi diri mereka dengan sifat-sifat yang baik dan berilmu. Akhlak juga dapat menunjukkan kepada manusia tentang perkara-perkara buruk seterusnya membentangkan kaedah-kaedah khusus yang mampu diikuti oleh manusia agar perkara-perkara tersebut dapat dijauhi oleh manusia. Imam Al-Ghazali berpendapat, akhlak ialah kebiasaan manusia yang tetap yang terdapat dalam diri manusia. Seseorang itu dengan mudah dan tidak perlu berfikir melakukan untuk menghasilkan sesuatu perbuatan dan tingkah laku. Sekiranya tingkah laku seseorang itu indah dan terpuji menurut akal ia dinamakan akhlak yang baik tetapi jika perbuatan atau tingkah laku iaitu keji ia dinamakan sebagai akhlak buruk. (Aboebakar Atjek 1985:13).

2.1 KONSEP BAIK DAN JAHAT Akhlak dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu akhlak baik dan akhlak buruk.

AKHLAK BAIK Akhlak baik dalam Bahasa Arabnya disebut sifat mahmudah. Ia adalah himpunan nilai dan sifat yang baik dan terpuji mengikut pandangan Islam yang ada pada seseorang. Sifat-sifat inilah yang menjadi asas perhubungan manusia dan menjamin keselematan, keamanan, dan kebahgiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

7|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


Antara akhlak mahmudah ialah amanah, jujur, bercakap benar, merendah diri, pemurah, sabar dan sifat-sifat terpuji lain.

AKHLAK BURUK Akhlak buruk atau dalam bahasa Arabnya dikenali ebagai sifat-sifat mazmunah merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan sunah. Sebarang sifat dan akhlak yang tergolong dalam kategori akhlak buruk amat dibenci dan dikeji dalam pandangan Islam. Antara akhlak atau sifat mazmunah ialah menyekutukan Allah SWT, bohong, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan sebagainya.

2.2 KEPENTINGAN AKHLAK

Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Menurut Islam, akhlak merupakan antara ciri yang membezakan manusia daripada haiwan. Manusia tanpa akhlak yang baik hilang taraf kemanusiannya. Oleh kerana itu, Islam amat menitikberatkan persoalan akhlak. Sebagai manifestasi kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia, Islam menyusun dengan begitu rapi system dan kaedah akhlaknya. Dalam hubungan ini, perutusan Nabi Muhammad sendiri merupakan symbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam. Menurut Bukhari, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Disamping itu akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keislaman dan keimanan seseorang. Seseorang Islam yang mempunyai ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman dan keimanan yang tinggi. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada hadishadis Nabi Muhammad seperti berikut:

8|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


Maksud hadis: Apakah ad-Din itu wahai Rasullulah? Ad-Din itu ialah akhlak yang baik.- riwayat Bukhari.

Maksud hadis: Rasullulah pernah ditanya oleh seseorang, siapakah orang mukmin yang paling baik imannya?Jawab Rasullulah, orang yang paling baik akhlaknya.- riwayat Muslim.

Maksud hadis:orang yang paling aku kasihi antara kamu dan yang paling dekat kedudukannya dengan aku pada hari Kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya.-riwayat Tarmizi.

2.3 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Garis pemisah antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak adalah merupakan roh bagi Islam. Melahirkan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ia adalah lambang kesempurnaan iman serta ketinggian takwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal dan beriman.

Kekalnya sesuatu ummah kerana kukuh akhlaknya dan sebaliknya runtuh Manusia mengalami krisis dalaman dan luaran seperti krisis diri, keruntuhan sistem kekeluargaan, masyarakat yang kucar-kacir,dan menjadi menyebabkan kehancuran sesebuah negara. Akhlak

sesuatu ummah kerana lemah akhlaknya.

pembimbing untuk mengelakkan semua masalah ini muncul.

Akhlak berjaya membentuk tamadun Islam yang murni dan gemilang.

2.4 KEISTIMEWAAN AKHLAH ISLAMIAH

Al-Ilzam

9|Page

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


-

Ditentukan dan dicipta oleh Allah SWT dan Rasulnya. Akhlak ini bersifat mutlak.

Al-Yusra
-

Bermaksud tingkah laku yang senang dan mudah untuk diikuti oleh manusia.

Al-Subut wa al-Umum
-

Tetap dan umum adalah akhlak yang terdiri daripada prinsipprinsip asas seperti ajaran Islam yang mewajibkan setiap anak mentaati ibu bapanya.

Al-Syumul
-

Akhlak yang menyeluruh dan universal merangkumi semua aspek kehidupan.

2.5 ASAS AKHLAK ISLAM Akhlak Islam terbina daripada asas-asas berikut:

Hubungan manusia dengan Allah SWT Hubungan manusia dengan manusia Hubungan manusia dengan makhluk yang lain seperti alam. 2.6 CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM Umum dan mendalam Islam menyarankan umatnya mempraktikkan tingkah laku yang berteraskan akhlak Islam tanpa mengira kedudukan, masa, pangkat, kemuliaan dan sebagainya. Sempurna Pengamalan dan penghayatan akhlak Islam bukan sahaja terletak kepada individu Muslim,tetapi ia adalah garis panduan untuk umat sejagat.

Sejagat dan selari

10 | P a g e

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


Akhlak Islam juga mempunyai konsep dan perlaksanaan yang selari dengan matlamat dan ia adalah demi kepentingan sejagat. Berganjaran Dalam konteks akhlak Islam,setiap amalan yang dilakukan akan dihitung dan diberikan balasan ke atasnya. Seimbang dan nyata Sistem Islam berbentuk seimbang dan praktikal untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

3.0 AKHLAK, ETIKA DAN MORAL Disamping akhlak, terdapat dua lagi konsep yang juga memfokuskan kepada hal-hal berkaitan dengan nilai baik dan nilai buruk yang dilakukan oleh manusia. Dua konsep itu ialah etika dan moral.

3.1 DEFINISI ETIKA Perkataan etika berasal daripada bahasa Inggeris iaitu ethic yang berasal daripada perkataan Greek ethos yang membawa maksud nilainilai, ataupun perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika terbahagi kepada dua iaitu: Normatic iaitu panduan dan peraturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. Mataethic pula terbahagi dua iaitu analitik yang berfungsi sebagai menganalisis semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan buruk dan kritikal yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang sudah dianalisi. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika. (Richard T.Garner, 1967)

11 | P a g e

TAMADUN ISLAM- AKHLAK

3.2 DEFINISI MORAL Moral didefinisikan sebagai tingkah laku yang ditentukan oleh etika. Moral terbahagi kepada dua iaitu baik dan jahat. Yang baik ialah segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik dan yang jahat ialah segala tingkah laku yang dikenalpasti jahat oleh etika. Menurut system secular, nilai moral dapat dikelompokkan dalam dua bahagian utama iaitu: Nilai Moral Keagamaan Nilai ini berdasarkan asas kepercayaan terhadap Tuhan. Huraian nilai moral keagamaan ini hampir sama dengan nilai baik dan jahat menurut Islam. Konsep nilai ini berhubung dengan kepercayaan kehidupan akhirat, sesuai dengan dasar Islam yang berlandaskan Al-Quran dan hadis. Nilainya adalah suatu yang objektif dan mutlak dan tidak berubah tanpa mengambil kira faktor masa, tempat juga siapa yang mengamalkannya. Nilai keagamaan inilah nilai akhlak yang diwajibkan ke atas penganut Islam supaya membentuk kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.

Nilai Moral Sekular


-

Nilai moral secular bukanlah merupakan nilai akhlak atau moral agama. Moral secular menolak bimbingan Tuhan. Ia bercorak keduniaan semata-mata. Penganut-penganut moral secular sengaja memperkecilkan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Malah mereka menganggap agama sebagai milik

12 | P a g e

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


peribadi yang harus disimpan dan tidak boleh dihubungkan dengan kehidupan umum manusia. Mereka juga menolak bimbingan Kuasa ghaib atau supernatural dalam soal-soal manusia. (Abdul Rahman Nawas et.al 1995). Golongan secular berpendapat baik ataupun buruk adalah persoalan yang termasuk dalam konsep falsafah moral melahirkan berbagaibagai aliran, antaranya: a) Aliran Empiricisme baik dan buruk ditentukan oleh pengalaman manusia. b) Aliran Intuitionisme baik dan buruk adalah berdasarkan ilham ataupun kekuatan batin seseorang. c) Aliran Rationalisme berdasarkan kekuatan akal yang dianuti oleh Plato, Aristotle, Spinazo, Hegel dan lain-lain. d) Aliran Hedonisme baik dan buruk adalah berdasarkan pertimbangan nafsu dan naluri. e) Aliran Tradisionalisme baik jika menjadi kebiasaan dan buruk jika menyalahi kebiasaan. f) Aliran Evolusionalisme perbuatan moral itu tumbuh dan berkembang secara beransur-ansur menuju idealisme yang menjadi tujuan hidup.

Aliran dan fahaman seperti diatas amat bertentangan dengan ajaran Islam. Mengikut Islam, penentuan baik dan buruk tidak boleh diperbahaskan oleh kalangan yang menganut sekularisme. Bagi Islam apa yang disebut baik ialah apa yang dikatakan baik oleh syarak dan apa yang dikatakan buruk adalah yang ditetapkan oleh syarak. Sedangkan akal fikiran itu sendiri tidaklah berkuasa untuk menjelaskan tentang baik dan buruk sesuatu perkara secara benar-benar.

13 | P a g e

TAMADUN ISLAM- AKHLAK

3.3 SUMBER AKHLAK ISLAM Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa sumber akhlak Islam hendaklah berdasarkan tiga sumber iaitu:

Kitab Suci al-Quran Sunah Akal fikiran ulama

Dalam penentuan baik dan buruk, Islam tidak mengambil kira fahaman secular yang melahirkan berbagai-bagai aliran. Sebaliknya ukuran asas sahaja yang menjadi titik tolak sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Ghazali iaitu al-Quran, sunah dan pendapat ulama.

14 | P a g e

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


4.0 NILAI PERBUATAN MANUSIA Berpandukan al-Quran dan sunah, Islam menetapkan perbuatan manusia kepada lima nilai iaitu: Nilai wajib perbuatan yang apabila dilakukan mendapat pahala dan meninggalkannya mendapat dosa seperti sembahyang dan ibadat0ibadat wajib yang lain. Nilai sunat perbuatan yang diberi pahala apabila melakukannya dan tidak berdosa apabila meninggalkannya seperti bersugi ketika hendak solat. Nilai haram diberi balasan dosa apabila melakukannya dan diberi pahala apabila meninggalkannya seperti minum arak dan berzina. Nilai makhruh diberi pahala apabila meninggalkannya dan tidak berdosa apabila melakukannya seperti makan benda-benda yang berbau busuk seperti bawang dan sebagainya. Nilai harus tidak berdosa apabila melakukannya dan meninggalkannya seperti makan, minum, mandi dan sebagainya.

Penetapan nilai ini bertujuan supaya setiap orang itu dapat mengetahui dengan penuh kesedaran untuk membentuk nilai-nilai dan akhlak yang baik yang dilakukan pada setiap hari. Sekiranya ia cuba melakukan sesuatu perbuatan tersebut ini lebih menyakinkannya untuk menerima risiko daripada perbuatan tersebut disamping membuat pendirian sama ada melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.

5.0 PENUTUP Akhlak mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukkan individu, masyarakat dan Negara. Disebabkan kepentingannya dalam kehidupan manusia, Islam meletakkan akhlak pada kedudukan yang cukup tinggi. Akhlak
15 | P a g e

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


yang baik merupakan mencerminkan kepada keperibadian seseorang individu itu. Tanpa akhlak yang baik manusia tidak ada bezanya seperti haiwan. Oleh kerana itu, untuk menjadikan seseorang itu mempunyai nilai dan kualiti kemanusiaan yang tinggi, manusia hendaklah menghayati dan mengamalkan segala sifat-sifat yang terkandung didalam akhlak mahmudah dan dalam pada yang sama hendaklah menjauhi segala sifat-sifat keburukan yang terkandung dalam akhlak mazmumah.

16 | P a g e

TAMADUN ISLAM- AKHLAK


6.0 RUJUKAN

BUKU:

Abdul Rahman Nawas 1995. Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Haji Abdul Majid Mohd Liki Hamid & Rosnaani Hamid, Akhlak Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur Sejarah dan Tamadun Islam

17 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai