Anda di halaman 1dari 15

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Pendahuluan
Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam:.


Maksudnya: Akhlak adalah wadah agama.
Mengikut hadith nabi Muhammad S.A.W di atas menyatakan bahawa akhlak adalah merupakan
wadah bagi agama khasnya bagi orang yang beragama Islam. Di antara perhiasan yang paling
mulia bagi manusia sesudah Iman, taat dan takut kepada Allah adalah akhlak yang mulia.
Dengan akhlak ini terciptalah kemanusiaan manusia itu dan perbezaannya dengan haiwan.
ISLAM amat mementingkan hubungan baik sesama makhluk. Perhubungan yang baik dapat
dijalin dan diamalkan sekiranya setiap individu dihiasi dengan akhlak yang mulia. Akhlak
mempunyai tempat yang tinggi dalam Islam dan ia umpama cermin dalam memancarkan cahaya
Islam itu sendiri. Rasulullah saw telah menyatakan bahawa tujuan ia diutuskan ialah untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia sebagaimana sabdanya melalui sebuah hadis riwayat Imam
Ahmad, maksudnya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.
Bagi umat Islam, contoh ikutan terbaik ialah Rasulullah saw. Allah swt menyatakan hal ini
menerusi firman-Nya di dalam surah al-Ahzab ayat 21, maksudnya: Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Pelaksanaan akhlak mulia tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Sebagai
contohnya tingkah laku orang Islam ketika berurusan dengan orang bukan Islam perlulah sama
sebagaimana mereka berurusan dengan orang Islam. Ini kerana tujuan kebaikan dan keadilan
hidup yang diperjuangkan oleh Islam ialah untuk seluruh alam. Hal ini dijelaskan oleh Allah swt
menerusi firman-Nya dalam surah al-Anbiya ayat 107, maksudnya: Dan tiadalah Kami
mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian
[1]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

alam.
Penghayatan nilai akhlak yang luhur akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam
masyarakat, sekali gus menjadikan sesuatu bangsa itu dihormati dan disegani. Kewibawaan dan
kemuliaan sesuatu bangsa bergantung kepada bangsa itu sendiri. Jika akhlak bangsa itu baik dan mulia
maka ia mampu menahan segala gelombang dan ujian yang mendatang. Namun begitu, sekiranya bangsa
itu kucar kacir maka ia akan musnah. Imam al-Syaukani dalam syairnya ada menyatakan bahawa:
Sesungguhnya sesuatu bangsa itu bergantung kepada akhlak. Apabila rosak akhlak maka rosaklah
bangsa itu.
Jelaslah bahawa akhlak adalah unsur penting dalam kehidupan manusia sekali gus mempengaruhi
pembinaan peradaban. Ini kerana akhlak mempunyai pengaruh dan kesan yang amat besar terhadap
tindakan dan perlakuan seseorang sama ada baik atau buruk yang dinilai daripada perbuatannya sendiri.
Apa yang pasti keindahan Islam tidak akan terserlah selagi umat Islam tidak merealisasikan kemurnian
akhlak seperti yang dituntut dalam Islam.

[2]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Konsep Akhlak
Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai budi pekerti,
kelakuan,watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya
sama ada baik atau jahat. 1
Akhlak adalah bahasa Arab berasal daripada kata khulq yang membawa maksud kepercayaan,
keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku. Maksud ini terkandung dalam kata-kata
Aisyah r.a berkaitan akhlak Rasulullah s.a.w, terjemahannya:
Akhlaknya (iaitu Rasulullah s.a.w) adalah al-Quran.
Akhlak Rasulullah s.a.w yan dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan,
keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w yang semuanya merupakan
pelaksanaan ajaran al-Quran.
Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adat
kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang.

Setelah tingkah laku yang

diamalkan sekian lama dan diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai sebahagian daripada cara
hidup, itu dinamakan akhlak.2

Takrif Tamadun
Dalam Kamus Dewan

perkataan Tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan,peradaban.

Istilah Tamadun seringkali digunakan dalam menggambarkan kemajuan yang dicapai oleh
manusia dalam kehidupan mereka, khususnya dari sudut kebendaan dan perkembangan
pemikiran yang tinggi.
Maksud tamadun dari sudut bahasa, istilah ini adalah berasal dari bahasa Arab dan kata dasarnya
adalah din yang bermaksud agama, atau gambaran kehidupan beragama. Dari perkataan din
maka lahirlah perkataan madddana, iaitu merujuk kepada pembukaan bandar serta perlakuan
1

Teuku Iskandar. Kamus Dewan.


Mustafa Hj Daud (1987). Pengantar Tamadun Islam. Cetakan Kedua. Media Indah Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Hlm: 65.
2

[3]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

sopan dan halus. Seterusnya dari perkataan maddana maka terbitlah perkataan madani yang
memberikan maksud pembangunan perbandaran dan kehalusan budi pekerti yang terpuji. Keduadua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan din yang
bermaksud agama, iaitu menggambarkan penghayatan kehidupan beragama. Selain itu dalam
istilah lain turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah hadharah iaitu asal dari perkataan
hadhara yang merujuk kepada perbuatan tinggal di bandar dengan perilaku kehidupan yang
tinggi. Walau bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh masyarakat
sekarang lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan material yang
sempurna semata-mata. Menurut pendapat orang barat pula mengatakan bahawa tamadun adalah
pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, seni bina, undang-undang dan politik.
Tegasnya, tamadun merupakan suatu keadaan atau pencapaian manusia yang bermasyarakat
merangkumi semua aspek kehidupan spiritual dan material yang berpusat di kota atau bandar.3

Makna tamadun mengikut oleh beberapa pandangan sarjana Islam ialah:


1. Ibnu Khaldun memperkenalkan dua terminologi al umran dan al-hadharah yang
bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau
wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan
pencapaian yang bersumberkan agama.
2. Abu Nasir al-Farabi telah memperkenalkan istilah Madaniah yang diambil daripada akar
kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.
Madaniah yang digambarkan oleh Al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang
berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak.
3. Jurji Zaidan memperkenalkan terminologi at-tamaddun. Ia merupakan pencapaian umat
Islam yang berpusat di kota dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berasaskan
agama.4
3

Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad dan Farahwahida Mohd Yusof (2011),

Tamadun Islam & Tamdun Asia.Cetakan UTM Press Universiti Teknologi Malaysia, .Hlm:2-4.
4

Mustafa Hj Daud ( 1999), Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Cetakan Pertama. Hlm: 5.

[4]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Menurut beberapa orang Sarjana Barat pula berpendapat makna tamadun itu ialah :
1. Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun
mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.
2. Clive Bell dalam bukunya Civilization And Old Finds menjelaskan bahawa tamadun
merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kayu ukur yang
dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.
3. Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches To Asian Civilization mendefinisikan tamadun
sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.5

Tamadun Islam
Islam merupakan risalah akhlaqiyah dan tamadun Islam merupakan tamadun akhlaqiyah. Seluruh
misi dan risalah Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi unsur akhlak. Bahkan baginda telah
:mendefinisikan risalahnya(utusannya) dalam sabdanya


"
(sahih Bukhari)

Sesungguhnya (tujuan) saya diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak dan budi pekerti
.yang mulia
Allah s.w.t. mengesahkan sabda baginda tersebut dengan menurunkan ayat al-Quran yang
memuji keluhuran budi pekerti baginda s.a.w.

Mustafa Hj Daud. (1987). Pengantar Tamadun Islam. Cetakan Kedua. Hlm: 4.

[5]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

(surah al-qalam:4 )

.Terjemahan: Sesungguhnya engkau (Muhammad) memiliki budi pekerti yang agung


Dalam Tamadun Islam akhlaklah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mencorak
sistem nilai tamadun Islam. Akhlak merupakan satu daripada tiga bahagian utama wahyu
daripada Allah S.W.T di samping akidah dan syarak. Akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi
oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada
keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya
terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya
iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya
Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada
pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar
daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan
keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai
peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta
keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan
nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Akhlak menentukan sistem nilai yang menjadi
: pegangan masyarakat. Ianya terbahagi kepada dua seperti berikut
.Akhlak Mulia .1
: Akhlak yang mulia ini pula boleh kita bahagikan kepada lima bahagian seperti berikut

Berpusat di hati yang terdiri daripada sifat seperti ikhlas, benar, adil, amanah, dermawan,

pengasih, penyanyang, belas kasihan, tawaduk, sabar, pemaaf dan dedikasi.


Berpusat pada harta seperti sedekah jariah , sedekah harta yang lain, sedekah wang,

makanan, pakaian dan sebagainya.


Berpusat pada tenaga seperti tolong menolong, bergotong royong, melakukan kerja

amal dan kerja sukarela.


Berpusat pada bahasa seperti berbudi bahasa, bersopan santun, teliti, berals,
menggunakan tamsil ibarat, nasihat yang baik dan fikiran yang baik.
[6]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Berpusat pada sikap seperti bersikap positif, bermanis muka, bersimpati, menghormati
orang lain, memelihara maruah dan keaiban orang.

2. Akhlak Keji
Di antara akhlak yang keji pula adalah seperti melakukan syirik terhadap Allah S.W.T, suka
menabur fitnah, membuat surat beracun, surat laying, suka berdusta, suka mengumpat, suka
melakukan pujian berlebihan,pemarah, menjadi batu api, suka menbuka keaiban orang lain, suka
memerli, suka mengutuk, mengeji, riak, angkuh, sombong, hasad, dengki dan suka bertengkar.
Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran
peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan
kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan
perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di bumi ini.6

Prinsip-prinsip Akhlak Islam


Ditinjau daripada pandangan falsafah dan tasawwuf persoalan akhlak dapat dilhat dari sistemnya
yang mana ia dapat dibahagikan kepada beberapa ciri.
Ciri pertama: hubungan akhlak yang erat dengan keimanan, yakni iman merupakan teras
kepada akhlak atau semua jenis amalan dalam Islam, misalnya, sifat sabar itu separuh daripada
iman sebagaimana sifat nabi Muhammad S.A.W yang mana telah terukir indah dalam sejarah
para Nabi.
Ciri kedua: akhlak Islam bersifat syumul dan takammul, yakni menyeluruh dan lengkap. Ia
meliputi semua aspek perbuatan manusia, baik lahir mahupun batin, baik mengenai dirinya
mahupun keluarga, masyarakat, Negara dan antarabangsa.
Ciri ketiga: system akhlak Islam ialah penerapan akhlak Islam dalam semua tindak-tanduk, baik
dari segi tujuan ( ghayah) mahupun cara dan kaedahnya( wasilah).
6

Marwan Ibrahim al-Kaysi, (1997) Adab Sopan dan Budi Pekerti Dalam Islam, hlm: 89.

[7]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Ciri keempat: dalam system akhlak Islam ialah adanya sanksi dalam bentuk Targhib dan Tarhib,
atau menggembirakan dan memperingatkan.7

Akhlak Zaman Jahiliyyah


Akhlak orang-orang Arab di zaman jahliliah sangat buruk, tidak ada batas kesopanan dan
kemanusiaan. Mereka banyak melakukan kemungkaran seperti minum arak, berjudi, bertenung
nasib, membunuh datu menanam anak perempuan hidup-hidup, bertukar isteri, berzina,
perhambaan, merompak, mencuri, berperang dan sebagainya.
Selepas kedatangan Islam, segala bentuk kelakuan yang buruk dan bertentangan dengan batas
kesopanan dan kemanusiaan ditinggalkan. Agama Islam telah menyarankan setiap umatnya
mengamalkan akhlak yang mulia, penuh kesopanan dan batasan kemanusiaan yang selaras
dengan Islam. Akhlak jahiliah dan yang bertentangan dengan Islam terus ditinggalkan setelah
mereka memeluk agama Islam. Mereka terus mengamalkan nilai-nilai yang murni dan bersopan
santun. Sifat asabiyah yang menebal di kalangan suku dan bangsa Arab terus tenggelam dan
lenyap. Sebagai gantinya mereka menanam nilai Islam yang mengutamakan persaudaraan dan
mengeratkan silaturahim di kalangan umat Islam dan seluruh manusia di dunia. Sifat bengis,
pendendam dan kasar digantikan dengan sifat sabar, lembut, tolak ansur dan berhikmah. Orangorang Arab jahiliah memandang rendah kepada kaum wanita tetapi setelah mereka memeluk
Islam mereka suburkan sifat supaya menaikkan martabat wanita.8

Peranan Akhlak dalam Membentuk Peradaban dalam Tamadun manusia


Akhlak memainkan peranan penting dalam kemantapan tamadun. Tamadun yang mantap adalah
yang dicetuskan oleh nilai-nilai akhlak dan kebenaran yang sejagat iaitu yang berasaskan akidah
Islamiyyah atau pentauhidan Allah swt. Allah swt yang bersifat Esa, Maha Sempurna dan Maha
7

Dr.Abdul Rahman Bin Haji Abdullah (2007) , Sejarah Dan Tamadun Islam..Hlm:201-202)

Ab. Alim Abdul Rahim. Syed Idrus Syed Mat Zin. (1995). Tamadun Islam. Cetakan Kedua. Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm: 60

[8]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Suci dari sifat kekurangan. Dialah Pencipta, pemelihara,hakim dan pembimbing matlamat hiup
manusia di atas muka bumi . segala kekuasaan adalah hak milikNya. Justeru itu, kekuatan
keagungan, kemantapan dan kedaulatan sesuatu tamadun itu adalah bergantung dan tertakluk
kepada kudrat dan iradah Allah Taala juga.9
Islam di samping undang-undang dan peraturan-peraturan yang tertentu juga melengkapkan
kehidupan dengan nilai moral dan akhlak yang tinggi. Moral atau akhlak Islam ini juga merentas
seluruh kegiatan manusia.

Dan pengaruhnya juga cukup penting dalam melahirkan dan

mengawal kelangsungan tamadun. Abdul Rahman Azzam (1965) dalam tulisannya The Eternal
Messege of Muhammad, antara lain menyatakan :
Tidak syak lagi bahawa tulen berpakaian taqwa adalah kekuatan dasar yang membina sebuah
tamadun. Terlebih lagi, keimanan yang terbina di atas tapak keyakinan yang sesuai untuk maju,
membangkit dan memberikan kekuatan kepada undang-undang yang benar dan perilaku akhlak.
Inilah kekuatan-kekuatan yang mengatur tamadun dan permulaan ke tahap pemutus pertumbuhan
sesebuah tamadun.
Dalam penegasan yang lain Abdul Rahman menegaskan, dasar-dasar dari tamadun Islam ialah
moral dan rohaniah dan benteng tamadun Islam ialah kerohanian dan pemeliharaan sebenar
tamadun ketaqwaan dan sifat pemurah.
Nyatanya soal undang-undang peraturan dan akhlak yang diperkenalkan oleh Islam adalah juga
faktor penting bagi memantapkan dan menstabilkan masyarakat dan

negara.

Ia mampu

mengawal manusia agar tunduk kepada sistem nilai yang diperkenalkan oleh Islam. Dengan itu,
masyarakat akan subur dengan sifat-sifat yang baik, dan seterusnya mampu bukan hanya untuk
melahirkan tamadun tetapi mempertahankan keunggulan tamadun yang dicapai.10

Kepentingan Akhlak dalam Tamadun Islam


9

Mustafa Hj Daud (1987). Pengantar Tamadun Islam. Cetakan Kedua. . Meida Indah Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Hlm: 29.
10
Rasid Muhamad.(1996) Matra Tamadun Islam. Cetakan Pertama. Angkatan Belia Islam Malaysia: Kuala
Lumpur. hlm:23.

[9]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Bentuk kemajuan atau ketemadunan sesuatu masyarakat atau bangsa pada kebiasaannya diukur
mengikut ukuran kebendaan atau bentuk-bentuk kemajuan material yang dicapai dengan
meremehkan nilai-nilai akhlak atau moral masyarakatnya. Pandangan Islam dalam soal ini amat
berbeza sekali kerana, pencapaian kebendaan bukanlah matlamat sebenar dalam tamadun yang
hendak dibina dan bukan juga tujuan asal kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w dan matlamat
utama kejadian manusia. Manusia sebagai watak dalam tamadun dijadikan bukanlah untuk
memenuhi keperluan material semata-mata tetapi untuk menjadi hamba Allah Taala yang hanya
mengabdikan diri kepadaNya.
Aspek akhlak menjadi nilai yang penting kerana nilai-nilai inilah yang akan dibawa oleh
manusia untuk menemui Rabbul-Jalil nanti. Tanpa adanya akhlak, maka nilai keimanan dan
amal tidak akan sempurna dan tamadun Islam tidak akan terbina ataupun jika terbina, hanya
dalam bentuk yang pincang. Hasil dari keimanan dan akhlak yang baik ini mendapat ganjaran
yang setimpal di sisi Allah Taala sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam alQuran;



Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa
11

..........bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya

Akhlak Islam bertunjangkan akidah.

Sebab itulah ia mempunyai asas yang kukuh kepada

keimanan kekuasaan Allah Taala. Qada dan qadar, dosa dan pahala, ganjaran baik pembalasan
jahat di akhirat, dan sebagainya. Akhlak yang baik yang disarankan oleh al-Quran banyak sekali
seperti iman,

takwa, amal salih,ikhlas,sabar,amanah, zuhud, adil, suka menolong, suka

memaafkan, pemurah dan sebagainya. Sebaliknya al-Quran juga telah menyenaraikan akhlak
yang keji seperti kufur, munafik, hasad, dengki, khianat, pendusta, pembunuh, penzina,
pengumpat dan sebagainya. Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu
muslim dan umat. Akhlak yang mulia dapat menyempurnakan keperluan masyarakat manusia,
Azam Hamzah dan Zulekha Yusoff (1990). Tamadun Islam: Konsep Dan Pencapaiannya. Hizbi: Selangor
(Darul Ehsan. Hlm:34

[10]

11

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

iaitu kebahagiaan. Jika setiap individu muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat
itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan
huru-hara, perpecahan dan sebagainya.12
Al-Quran seringkali membicarakan soal akhlak, kerana dengan akhlaklah manusia akan dapat
membina kemajuan dan pembangunan yang sebenarnya. Akhlak tersebut merangkumi akhlak
manusia dengan Allah. Manusia perlu berakhlak dengan Allah dalam erti kata bertakwa kepada
Allah dan mentaati serta bersyukur kepada Allah.
Al-Quran juga membicarakan akhlak dalam konteks kekeluargaan, kemasyarakatan, dalam
kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya.

Tentunya penghayatan akhlak yang sedemikian

mempengaruhi kesan yang cukup penting dalam pembinaan satu tamadun.


Akhlak dalam kekeluargaan dan kemasyaraktan.
Menyentuh soal akhlak dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan Allah berfirman:


Terjemahannya: Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada dua ibu bapa. (alAhqaf : 15)
:Juga firman Allah

Terjemahannya: Dan berilah kepada keluarga-keluarga terdekat, dan orang-orang miskin dan
.orang yang dalam perjalanan
Akhlak dalam bidang ekonomi.
Mengenai akhlak dalam bidang ekonomi antara lain al-Quran menjelaskan yang bermaksud
12

Mustafa Hj Daud. (1991) Tamadun Islam Cetakan Pertama.Utusan Publication Sdn Bhd: Kuala Lumpur. hlm:

73.

[11]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM



Terjemahannya: Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (iaitu) orang-orang yang
apabila menerima tukaran dari orang lain, mereka minta dipenuhi. Dan apabila mereka menukar
.atau menimbang untuk orang lain, ia mengurangi
Akhlak dalam politik dan pemerintahan.
:Mengenai akhlak dalam politik dan pemerintahan, al-Quran menjelaskan



Terjemahannya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu melaksanakan amanat kepada mereka
yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia
.supaya kamu melaksanakan dengan adil
Di antara prinsip akhlak dalam politik seperti yang diterangkan dalam al-Quran, ialah
menegakkan keadilan untuk seluruh warganegara. Dan keadilan ini akan menghasilkan
kestabilan dan kemantapan politik negara adalah anak tangga ke arah pencapaian tamadun yang
.gemilang
Sesungguhnya al-Quran dan al-Hadith, amat menekankan soal akhlak. Akhlak adalah tunggak
kemantapan sesebuah masyarakat atau ummah. Sejarah masa lalu mencatatkan bahawa
kecemerlangan tamadun umat Islam di zaman gemilang amat berkaitan dengan ketinggian
13

.akhlak mereka

Aqidah Mencorakkan Akhlak Dalam Nilai Tamadun Islam


Rasid Muhamad (1996) Matra Tamadun Islam. Cetakan Pertama. Angkatan Belia Islam Malaysia: Kuala
Lumpur. hlm5

[12]

13

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif


Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan
membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir berasaskan kepada
perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati
oleh orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat
dalam did Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang
realistik. Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan.
Aishah ra. berkata 'Adapun akhlak baginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk
akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas
yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada
masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah
sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk,
maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya.
Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada
sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti
dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan
makruh. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya.
Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.

14

Al-Quran Sebagai Sumber


Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak
manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang
tidak boleh dilakukan. Al-Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga
menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan
akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini. Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang
manusia melakukannya. Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan
sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan,
fitnah dan berbunuhan. Al-Quran melarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.

14

http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/titas-nilai-dalam-tamadun-islam.html : 3/mac/2012

[13]

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah s.w.t., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai
sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia
menerima

kebenaran.

Malah

mengajak

manusia

kesimpulan
[14]

supaya

berilmu

dan

berbudaya

ilmu.

AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM

Dari huraian kita tadi jelaslah bahawa sistem akhlak dalam tamadun Islam memainkan peranan
yang penting bagi pembentukan sebuah tamadun yang unggul di dunia. Al Quran dan as
sunnah menjadi garis panduan dalam Sistem nilai tamadun Islam.
Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia bagi pembentukan
tamadun Islam yang agung. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal
semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman.
Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan
menghayatinya.
Selain itu, pendidikan akhlak perlu menekankan kepada aspek penghayatan pelajar bukan hanya
mementingkan aspek kognitif sahaja. Justeru itu, suatu langkah yang lebih menyeluruh perlu
difikirkan dan diambil bagi menilai aspek penghayatan pelajar dari segi akhlak dan moral.
Suasana yang kondusif ke arah pembentukan akhlak dan moral yang baik perlu diwujudkan di
sekolah, dalam keluarga dan masyarakat. Hanya dengan suasana yang saling menyokong ini,
pelajar-pelajar yang berakhlak dan bermoral dapat dilahirkan.
Sesungguhnya kejayaan seseorang pelajar bergantung kepada pencapaian akademik dan
kemuliaan akhlak dan moral. Ukuran kejayaan seorang pelajar perlu diperjelaskan. Tumpuan
hendaklah tidak hanya kepada aspek akademik sahaja, bahkan juga kepada aspek akhlak dan
moral. Akhirnya, demi menjayakan hasrat murni iaitu melahirkan insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang secara padu serta berilmu, beriman dan beramal, maka penggembelingan
usaha dan komitmen dari pelbagai pihak sangat diperlukan. Tanggungjawab kedua-dua aspek
dalam kehidupan iaitu amar makruf nahi mungkar perlu dilaksanakan secara bersepadu dan
berkesan.
Bolehlah kita katakan di sini bahawa tiada sebuah tamadun pun di dunia ini dapat menandingi
sistem nilai yang telah diamalkan oleh tamadun Islam pada zaman dahulu sehinggalah sekarang.
Sistemnya tersusun lengkap mudah untuk difahami dan boleh kita amalkan bersama.

[15]

Anda mungkin juga menyukai