Anda di halaman 1dari 14

IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI

SEPTEMBER 2021

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 830322-02-5263001


NO. KAD PENGENALAN : 830322-02-5263
NO. TELEFON : 012-597 8802
E-MEL : amizimajid@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KEDAH


(ALOR SETAR)
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ………………………………………………………….. 02


2.0 TUGASAN
Tugasan 1 (a) ……………………………………………………………… 04
Tugasan 1 (b) ……………………………………………………………… 06
Tugasan 1 (c) ……………………………………………………………… 07
3.0 KESIMPULAN ………………………………………………………….. 10
4.0 JURNAL REFLEKSI …………………………………………………… 10
5.0 RUJUKAN ……………………………………………………………….. 12

1
1.0 PENGENALAN

Pengertian tamadun dan tamadun Islam ini mempunyai perkaitan daripada


aspek bahasa dan istilah secara umumnya. Pengertian tamadun atau peradaban
secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut
epistemologi bahasa Inggeris, atau sudut Latin. Terdapat beberapa istilah yang
dirujuk dalam konteks tamadun dari sudut bahasa Arab. Madaniah, tamadun, dan
hadarah adalah antara istilah-istilah tersebut. Seorang sarjana Islam unggul, Ibn
Khaldun yang mahir dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam menggunakan
istilah umran dalam karyanya Muqaddimmah. Umran digunakan dalam kajian
tentang bandar- bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami
dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Istilah
civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam
kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun dari sudut
epistemologi. Ini menunjukkan, istilah civilization yang dimaksudkan sebagai
tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam
membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat
negara.
Tamadun Islam merupakan salah satu daripada tamadun yang masih
wujud dan berkembang dalam sejarah manusia jika dibandingkan dengan
tamadun-tamadun yang lain seperti tamadun Indus, tamadun Mesir, tamadun
Mesophotamia dan sebagainya (Azhar Hj. Mad Aros,2000). Tamadun Islam
bergerak seiring dengan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana
Allah s.w.t mewahyukan kepada baginda untuk disampaikan kepada manusia
ketika itu yang dalam keadaan kesesatan kepercayaan dan akhlak yang rosak iaitu
jahiliah. Akhirnya Islam diterima oleh masyarakat Arab dan berjaya membentuk
ketamadunan yang seimbang dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia
dengan usaha dan semangat perjuangan Rasulullah s.a.w yang tinggi selama 23
tahun. Menurut Osman Bakar (2012) Islam diertikan sebagai tunduk, patuh,
menyerah diri dan sejahtera dari sudut bahasanya. Istilah Islam pula ialah
kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri dengan penuh keikhlasan,
dengan sukarela tanpa ragu kepada Allah s.w.t. dalam seluruh aspek
kehidupan merangkumi jasmani dan rohani, akal dan perasaan meliputi aspek

2
akidah, syariah dan akhlak. Berdasarkan pengertian Islam yang diberikan
jelas menunjukkan tamadun Islam merupakan sebuah tamadun berasaskan
petunjuk agama yang datang dari Allah s.w.t merangkumi seluruh aspek
kehidupan manusia baik dari sudut kebendaan mahu pun kerohanian.
Akidah, syariah dan akhlak adalah asas kepada tamadun Islam yang dibina
atas kerangka agama Islam itu sendiri. Ketiga-tiga asas ini penting dan saling
berkait jika diabaikan ia akan menjadi tamadun yang dibina menyimpang dari
konsep tamadun Islam. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun-tamadun lain
yang mengukur dengan melihat pencapaian manusia dari aspek kebendaan
semata-mata.

Akidah
Secara ringkasnya Akidah bermaksud kepercayaan atau keyakinan didalam bahasa
Arab. Akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan yang tetap dan kukuh dalam
jiwa seseorang terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Apabila seseorang itu
beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka segala usahanya adalah
pasti kerana Allah s.w.t. dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.

Syariah
Syariah adalah undang-undang, ketetapan dan aturan Allah s.w.t. yang mana
diaturkan untuk hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan
manusia untuk mencapai kesejahteraan, keharmonian dan keamanan di dunia dan
akhirat.

Akhlak
Akhlak adalah perkara yang sangat penting dalam ajaran Islam. Permulaan
sesebuah tamadun mestilah berasas kepada akhlak. Manusia tidak akan mencapai
ketamadunan tanpa akhlak mulia. Islam tamadun adalah tamadun yang berbeda
dengan kebendaan dan kerohanian. Akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak baik
(Mahmudah) seperti jujur, ikhlas, sabar, pemurah dan akhlak buruk (Mazmunah)
seperti hasad, riak, takkabbur dan ujub.

3
2.0 TUGASAN 1 (A)

Seperti yang kita tahu nilai bermaksud darjah, kualiti, standard, sifat
ketinggian dan lain-lain. Identiti bergantung atau berkaitan dengan nilai. Tamadun
Islam wujud dengan manifestasi budaya, falsafah hidup dan penghayatan masyarakat
Islam. Tamadun Islam wujud berdasarkan ajaran tauhid dan segala ajaran yang
relevan dengan pelan tindakan pembangunan insan berteraskan wahyu dan ilmu sains
secara serentak. Melalui tugasan satu yang diberikan, saya telah memilih video
pertama bertajuk Pergi Tak Kembali, video kedua Sepohon Kayu dan video ketiga
Selimut Putih sebagai rujukan nilai yang mengaitkannya dengan tamadun Islam.
Satu nilai yang terdapat dalam ketiga-tiga video pilihan yang boleh dikaitkan
dengan tamadun Islam bagi saya adalah Takwa. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali
Imran ayat 102 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan


sebenar-benarnya takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kalian mati
melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Berdasarkan ayat tersebut Allah S.W.T menyeru kepada hamba-Nya yang


beriman supaya meningkatkan amal ibadah kepada tahap yang tertinggi dan
mendalam kerana kecintaan kepada seruan-Nya akan menjadikan seseorang mukmin
berada pada ketaatan yang sebenar. Kepentingan takwa amat jelas apabila dinyatakan
bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.
Sifat takwa ini dibina di atas sucinya landasan syariat dimana ia diasaskan oleh solat,
puasa, zakat, dan haji. Mencapai tahap ketakwaan ini adalah dari dalaman, iaitu
dengan nilai kerohanian yang tinggi terhadap Allah S.W.T. Setiap ibadah fizikal harus
disertai dengan jiwa yang ikhlas, hati yang tulus dan perasaan yang murni kerana
nilaian Allah bukan hanya pada kuantiti semata-mata tetapi kualiti yang dilaksanakan.
Saidina Ali bin Abu Talib berkata “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang
mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap
sedia untuk hari kesudahan.” Berdasarkan kenyataan berikut takwa boleh menjadikan
seseorang melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar iaitu menyeru atau mengajak

4
kearah kebaikan dan mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara yang
ditegah oleh agama (Al-Nawawi, 1994, 1998).
Seorang insan yang bermatlamat untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T
sama ada di dunia dan akhirat maka amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah
sebahagian tanggungjawab untuk dipikul. Bagi umat Islam, amar ma’ruf nahi
mungkar adalah wajib diamalkan, kerana syariat Islam memang meletakkannya pada
peringkat hukum wajib. Sesiapa di antara kita yang meninggalkannya, maka kita akan
berdosa dan mendapat azab seksa yang sangat pedih lagi menyakitkan. Antara contoh
kesan amalan ini adalah seperti mewujudkan suasana harmoni dan tenang ketika
majlis ilmu atau kuliah ilmu, sentiasa mengingati Allah dalam setiap masa, takut
untuk melakukan dosa, menjauhi diri dari malapetaka seperti hubungan sosial tanpa
batasan, membenci dan memusuhi antara manusia.
Nilai takwa ini boleh dikaitkan dengan tamadun Islam pada zaman Rasulullah
S.A.W iaitu pembentukan jati diri kepada penduduk arab pada masa itu. Umum
mengetahui sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, orang arab dikenali dengan
Arab Jahiliah. Pada zaman itu ia dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari
segi agama yang begitu dahsyat, tidak mempunyai tamadun / peradaban, masyarakat
tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta tidak tahu membaca dan menulis.
Kedatangan Rasulullah telah mengubah kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dengan
mengajak mereka menyembah dan bertakwa kepada Allah Yang Maha Esa disamping
membetulkan akidah, membanteras maksiat dan kejahilan, menghapuskan
perhambaan, memperbaiki akhlak serta membela kaum wanita. Apa yang dilakukan
oleh Rasulullah S.A.W tersebut adalah asas-asas kepada pembentukkan tamadun
Islam. Ini juga bertepatan dengan konsep tamadun Islam iaitu tidak hanya terbatas
kepada kebendaan tetapi meliputi aspek akidah dan moral berbanding dengan konsep
tamadun Barat yang mementingkan pembangunan kebendaan seperti undang-undang
dan perbandaran.

5
2.1 TUGASAN 1 (B)

Takwa berkait rapat dengan perbuatan menjauhi diri dari perkara yang
dilaknat oleh Allah S.W.T dan melaksanakan segala perintahnya. Sebagai orang yang
beriman, kita mesti memahami secara mendalam konsep takwa untuk melindungi diri
daripada melakukan perkara yang dilarang agama. Bertakwa kepada Allah
mempunyai beberapa kelebihan, contohnya jika kita takut kepada Allah S.W.T, maka
kita akan menjauhi diri dari amalan membazir. Sebenarnya Allah S.W.T tidak suka
dan melarang amalan yang sia-sia seperti pembaziran. Secara tidak langsung, ia dapat
mengukuhkan kestabilan kewangan peribadi, serta kewangan keluarga. Bertakwa
kepada Allah S.W.T juga akan menjadikan hati kita tenang dan melakukan perkara
yang diredhai Allah seperti bersedekah dan membantu orang lain. Memberi dan
menolong orang lain adalah sunnah, ia akan menjadikan kita dirahmati dan
dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah S.W.T.
Melaksanakan rukun Islam boleh mendidik kita kepada ketakwaan. Sebagai
contoh, pengalaman saya sendiri apabila menunaikan salah satu rukun Islam iaitu
dengan berzakat, diri saya akan berasa ketenangan yang tak dapat digambarkan. Bila
kita mengeluarkan zakat kita dapat melatih diri untuk membantu orang yang dalam
kesusahan seperti asnaf fakir dan miskin. Percayalah jika kita mengeluarkan zakat,
Allah S.W.T akan memberikan ketenangan jiwa dan melimpahkan lagi rezeki kepada
kita. Salah seorang kenalan saya, beliau seorang usahawan yang agak laris jualannya
tetapi selalu mengadu kepada saya yang beliau tiada ketenangan dalam hidupnya.
Selalu bergaduh dengan isteri dan anak-anak terabai dari segi perhatian. Untuk
pengetahuan beliau seorang yang tidak pernah meninggalkan solat dan puasa tetapi
tidak tahu apa punca menyebabkan dia tidak memperolehi kebahagian seperti orang
lain. Ciri-ciri orang yang bertakwa adalah dengan melaksanakan semua perintah Allah
S.W.T seperti menunaikat solat, puasa, zakat dan haji. Saya mencadangkan beliau
supaya banyakkan bersedekah dan keluarkan zakat keatas pendapatan yang beliau
perolehi selain dari mendirikan solat dan berpuasa sahaja. Selepas beliau
mengeluarkan zakat, kebahagian yang dicari selama ini dapat dinikmati oleh beliau.
Ini membuktikan seseorang muslim hendaklah menyempurnakan kelima-lima
rukun tersebut dengan baik kerana ia akan membawa kepada sifat takwa. Jangan kita

6
hanya bertakwa dalam sesetengah keadaan sahaja dan kita hendaklah bertakwa tidak
kira masa, tempat dan keadaan.
2.2 TUGASAN 1 (C)

Islam adalah addin bagi setiap zaman dan tempat. Risalah Islam adalah risalah
sejagat untuk semua manusia di atas muka bumi ini di mana ia merangkumi semua
setiap peringkat kehidupan. Dakwah melalui seni muzik bukanlah hal yang baru
didalam dunia Islam. Bidang muzik antara sumbangan tamadun Islam hingga ke hari
ini. Muzik boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang menghasilkan irama yang indah dan
menenangkan (Mahayudin, 2004). Sebelum kedatangan Islam, bangsa Yunani adalah
perintis dalam bidang seni muzik dan kedatangan Islam telah memajukan lagi bidang
ini. Antara tokoh terkemuka yang arif dalam dalam bidang ini adalah al-Farabi dan al-
Kindi. Dalam muzik kita dapat sematkan pesanan-pesanan dakwah yang bersifat
ringan. Seperti di dalam lirik lagu ”Sepohon Kayu” yang saya pilih ia memiliki makna
pesanan dakwah yang amat mendalam. Terdapat dua unsur yang boleh dikaitan
dengan tamadun Islam iaitu akidah dan syariah. Seperti yang kita tahu akidah dan
syariah adalah antara asas terbentuknya tamadun Islam. Lagu ”Sepohon Kayu” dicipta
oleh kumpulan nasyid Nada Murni yang berasal dari Malaysia pada sekitar tahun
80an. Ia dipopularkan semula oleh kumpulan nasyid Saujana pada tahun 1997 dengan
membuat semula susunan muzik yang bernafas baru.
Lagu tersebut mengisahkan jika seseorang memiliki apa sahaja di atas dunia
ini jika tidak diiringi dengan ibadah kepada Allah S.W.T ia akan menjadi sia-sia
kerana kebahagian didunia ini sifatnya hanya sementara. Unsur akidah diselitkan
didalam lagu ini supaya masyarakat terutama umat Islam sentiasa berpegang teguh
kepada perintah Allah kerana akidah akan membentuk jati diri sebagai seorang
muslim. Akidah juga menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah S.W.T
ini dibuktikan didalam firman-Nya di dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 :
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”
Sebagaimana yang kita tahu, penerimaan amal bergantung kepada sahnya akidah iaitu
seluruh amal soleh yang dilakukan bergantung kepada Allah S.W.T samaada ditolak
atau diterima amalannya. Iman yang batal tidak diterima oleh Allah S.W.T seperti
amalan orang kafir, murtad, munafik dan musyrik kerana imannya yang menyeleweng
dan Allah tidak sesekali menerima keimanan seperti itu. Apabila akidah kita kuat ia
dapat menjadi benteng daripada perkara khurafat dan syirik. Kesan keteguhan akidah

7
juga dapat menjadikan seseorang itu berperikemanusiaan atau berbuat baik dalam
pergaulan dengan sanak saudara dan kaum keluarga. Allah S.W.T menyuruh umatnya
supaya berbuat baik terhadap kedua ibu bapa lebih dari yang lain kerana kedua ibu
bapalah yang berperanan dalam kehidupan mereka, bahkan sebab kelahiran mereka di
dunia ini dan menjadi penentu kebahagian didunia dan diakhirat. Akidah juga
merupakan mekanisma yang menyatukan umat Islam didunia ini. Aktiviti pembetulan
akidah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W di Mekah adalah proses pertama
kearah pembentukan sebuah tamadun Islam yang syumul.

Kami sembahyang Limalah waktu


Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Lirik diatas mengaitkan kita dengan syariat yang telah ditentukan. Syariat
Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat
manusia. Syariat Islam merupakan panduan sempurna bagi seluruh permasalahan
hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Kita sebagai umat Islam yang sebenar
dituntut untuk mempelajari Fardu Ain iaitu panduan dalam membantu kita
mempraktikkan ibadah teras asas yang telah diwajibkan keatas kita. Syariat Islam
telah ditetapkan oleh wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Solat merupakan salah
satu syariat yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam dan ia merupakan rukun Islam
yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat telah diperintahkan
semenjak berlakunya peristiwa besar yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W iaitu Israj
dan Mikraj. Ia mestilah dilakukan mengikut waktu-waktu yang telah ditentukan oleh
Allah S.W.T. Antara kepentingan menunaikan solat dalam kehidupan seharian ialah
dapat membina keperibadian dan akhlak yang mulia. Dengan solat kita akan belajar
mengenai sifat sabar, tenang, dan bersopan. Solat juga dapat menghindarkan kita dari
melakukan perkara-perkara mungkar dan dosa serta dapat menjadi jalan keluar
apabila kita menghadapi sebarang kesulitan dan kesusahan. Allah berfirman :
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil
kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia
beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang

8
mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya".
(Surah al-Maarij ayat 19 – 23)

Meninggalkan solat atau melalaikannya bererti kita merendah-rendahkan hak


Allah S.W.T. Para Ulamak bersependapat bahawa solat lima waktu sekiranya
ditinggalkan mana-mana fardhu sekalipun tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak
maka hukumnya dosa besar. Rasulullah S.A.W bersabda “Perpisahan antara seorang
lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah solat”. Seksaan orang yang meninggalkan
solat amatlah pedih. Allah S.W.T memberi ancaman kepada orang-orang yang
meninggalkan solat iaitu mereka akan dicampakkan kedalam neraka Saqar, seperti
dalam firman-Nya :
”Apakah yang memasukkan kalian kedalam saqar (neraka)?, mereka
menjawab “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat.”
(Surah Al-Muddat-tsir ayat 42-43).
Orang-orang yang meninggalkan solat juga akan merasakan sempitnya alam kubur
dan kuburnya itu bagaikan satu jurang dari jurang-jurang neraka. Rasulullah S.A.W
bersabda :
"Sesungguhnya kubur itu adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya
yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas itu akan lebih mudah lagi. Dan
jika tidak selamat, nescaya perjalanan selepas itu akan lebih sukar lagi." (Hadis
Riwayat Tarmizi).
Kesimpulannya, setiap orang Islam wajib menunaikan solat fardu yang telah
disyariatkan oleh Allah S.W.T untuk kita mendapat keberkatan didunia dan diakhirat.
Sekiranya kita engkat maka azab Allah itu sangatlah pedih. Semoga amalan baik kita
didunia ini diberkati dan diterima-Nya.

9
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan


dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya.
Tamadun Islam merupakan tamadun yang unik kerana mempunyai tiga dimensi
hubungan yang sangat erat iaitu menghubungkan manusia dengan tuhan, manusia
dengan manusia dan manusia dengan alam. Tamadun Islam menitikberatkan nilai-
nilai akidah, syariah dan akhlak dimana nilai tersebut menjadi panduan kita sehingga
ke hari ini. Ini bermakna tamadun Islam telah melampaui zaman. Selain itu juga
sumbangan-sumbangan dari tamadun Islam banyak digunapakai sehingga kini seperti
sumbangan dalam bidang perubatan, bidang ekonomi, bidang astronomi, bidang seni
bina dan banyak lagi. Generasi hari ini perlu merasa bangga dengan sumbangan
tamadun Islam yang banyak merubah terhadap peradaban dan tamadun manusia.

4.0 JURNAL REFLEKSI

Tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia kali tertumpu kepada nilai-nilai
yang terdapat didalam video-video yang diberikan berkait rapat dengan tamadun
Islam dan menyediakan satu garis masa atau Timeline yang bertajuk ”Zaman
Kecemerlangan dan Kemerosotan Tamadun Islam”. Melalui tugasan yang telah
dijalankan, tidak dapat disangkal lagi pembentukan tamadun Islam banyak
menyumbang kepada peradaban dunia. Antaranya adalah merujuk kepada tugasan 1
iaitu melalui video yang disampaikan, pelajar telah berjaya mengupas persoalan serta
jawapan tentang sumbangan nilai-nilai tamadun Islam yang boleh memberi kesan atau
boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, tujuan tugasan ini juga
adalah untuk mengemukakan keistimewaan tamadun Islam daripada perspektif
agama.
Antara pengalaman yang boleh saya kongsikan semasa melakukan tugas ini
adalah dari segi bagaimana perasaan saya dan apa yang saya fikirkan sepanjang
proses tersebut. Saya merasa teruja apabila diberi pautan video untuk ditonton, lebih-
lebih lagi apabila saya mendapati video tersebut adalah dari kumpulan nasyid terkenal

10
di Malaysia suatu masa dahulu. Selepas itu saya terfikir sudah lama saya tidak dengar
lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dan bersyukur dengan tugasan diberi saya dapat
mengimbau kembali masa lalu dengan bait-bait lagu tersebut. Dalam proses
menyiapkan tugasan, pelbagai emosi dirasai oleh saya antaranya tekanan dalam
pembahagian masa. Pembahagian masa sangat penting bagi saya kerana selaku
pekerja sepenuh masa dalam masa yang sama turut memikul tanggungjawab sebagai
pelajar saya perlu membahagikan masa untuk selesaikan tugasan pelajaran dan
tugasan kerja hakiki. Adakalanya rancangan untuk menyiapkan tugasan tergendala
kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.
Untuk menyiapkan tugasan ini, saya banyak mencari sumber-sumber berkaitan
didalam internet. Hal ini kerana semasa tugasan dilakukan negara kita masih dalam
pendamik Covid-19 dimana sumber carian dalam bentuk percetakkan tidak dapat
dilakukan dan agak terhad. Memahami soalan juga penting ketika ini agar dapat
menjawab soalan dengan baik. Pada permulaan, saya merasa agak keliru apabila ingin
menjawab soalan yang diberikan kerana kurang pasti adakah saya perlu mengupas isi
yang terkandung di dalam modul atau hanya berdasarkan pengalaman sendiri. Saya
juga mengambil masa yang lama untuk mula melakukan tugasan diberi. Contohnya
untuk menyediakan garis masa atau Timeline, saya perlu menggunakan aplikasi lain
selain Microsoft Word dan ini adalah perkara baru buat saya. Bagi saya ia merupakan
salah satu kemahiran baru yang saya pelajari dan berasa amat teruja dapat
menyediakan garis masa tersebut.
Berdasarkan pengalaman saya, menulis jurnal refleksi adalah satu perkara
yang sangat baik dan menarik, kerana ia dapat membantu saya menentukan apakah
tujuan dan matlamat asal saya untuk mempelajari sesuatu. Pada pendapat saya, jurnal
reflektif bagus untuk kita menilai dan menganalisis secara kritis hasil penemuan atau
tugas dan bukannya melakukan sesuatu secara membuta tuli. Saya percaya bahawa
semua yang kita alami dalam hidup adalah proses pembelajaran. Memetik salah satu
pepatah popular, "Setiap pengalaman, baik atau buruk, adalah proses pembelajaran."
Pada pendapat saya, banyak saya pelajari ketika menyelesaikan tugasan ini,
antaranya saya dapat mengetahui hebatnya tamadun Islam suatu masa dahulu. Konsep
yang diterapkan didalam tamadun Islam bukan sahaja digunapakai untuk umat
terdahulu tetapi sesuai dengan peredaran zaman. Tamadun Islam itu bukanlah terlalu
asing daripada ruang lingkup ketamadunan manusia. Hal ini berlaku kerana tamadun
Islam turut mempunyai beberapa ciri yang terdapat pada tamadun-tamadun lain dan

11
turut menjelaskan bahawa betapa tamadun Islam tetap mementingkan beberapa ciri
yang bersifat material namun diseimbangkan dengan ciri khusus yang menekankan
aspek rohaniah.
(2938 Patah Perkataan)

APENDIKS

RUJUKAN

Ahmad Zaki Latif Et.Al, 2012, Buku Teks: Tamadun Islam Dan Tamadun
Asia, Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar

Azhar Hj. Mad Aros Et.Al, 2000, Titas: Kertas 1, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

Osman Bakar Et.Al, 2012, Modul Pengajian Tamadun Islam Dan Tamadun Asia,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Al-Nawawi, Mahy Al-Din Abu Zakariyya Yahya. 1994. Al-Azkar. ‘Abd Al-Qadir
Al-Arna’ut (Ed.). Beirut: Dar Al-Fikr Li Al-Tiba‘Ah Wa Al-Nasr Wa Al-Tauzi‘. Al-
Nawawi, Mahy Al-Din Abu Zakariyya Yahya. 1998. Riyad Al-Salihin. Shu‘Aib Al-
Arna’ut (Ed.). Beirut: Mu’assasah Al-Risalah. Din, Haron. 2002. Manusia Dan
Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
(Pdf) Amar Makruf Nahi Mungkar.

Rumaizuddin Ghazali (13 November 2020) Hikmah Dalam Berdakwah. Fiqh Ad-
Dakwah

Johari Yap (28 Julai 2019). Berdakwah Dengan Bijaksana. Sinar Harian

Umar Faruoq Morhalim (20 April 2015). Dakwah Dengan Berhikmah. Isma Mesir

Fatimah Syarha Nordin (20 Julai 2019). Dakwah Dengan Teladan. Harian Metro

Ahmad Razi, 2015, Masyarakat Arab Jahiliah

Mulya, Novia Putri (2018) Pesan Dakwah Melalui Lirik Lagu Sepohon Kayu

12
https://www.researchgate.net/publication/313476274_amar_makruf_nahi_mungkar

https://asipazman23.wixsite.com/tamadunislam/agama
http://ctu151pelajarperlis.blogspot.com/2016/04/nilai-nilai-dalam-tamadun-islam.html

http://galaksiviral.blogspot.com/2017/05/lagu-nasyid-klasik-terbaik-sepanjang.html

https://quizlet.com/355325238/kepentingan-aqidah-dalam-kehidupan-muslim-flash-
cards/

http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/04/kepentingan-solat-dalam-kehidupan.html

https://denaihati.com/12-seksaan-akibat-meninggalkan-solat

https://fitrahislami.wordpress.com/2009/10/31/meninggalkan-solat/

http://bhariann.blogspot.com/2015/01/dosa-orang-meninggalkan-solat-lima-
waktu.html

13

Anda mungkin juga menyukai