Anda di halaman 1dari 15

Pemantapan Akidah

Malaysia kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah mencapai
Wawasan 2020 di mana Negara kita akan menjadi Negara yang maju secara
holistik. Sebagai panduan untuk mencapai wawasan ini, Misi Nasionalsatu rangka
kerja bagi agenda pembangunan Negara dengan menggariskan langkah-langkah
utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan dating, telah
diwujudkan. Salah satu penekanan dalam Misi Nasional ialah pembangunan modal
insan kerana kejayaan masa depan negara bergantung kepada mutu modal insan
yang dimiliki sama ada dari segi intelek atau keperibadian. Ini sejajar dengan
Falsafah Kebangsaan Negara dan juga matlamat pendidikan negara untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi inteklek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, peranan
insaniah melalui pemantapan akidah adalah sangat penting dalam usaha
pembangunan modal insan ini.Modal insan merupakan isu global pembangunan
insaniah yang sememangnya telah lama dibincangkan sejak zaman berzaman
dalam pelbagai wadah dan wacana. Ia menjadi isu yang perlu diberi perhatian yang
serius bagi seluruh warga komuniti secara keseluruhan sama ada oleh pihak dalam
negara, luar negara mahupun komuniti antarangsa. Ini adalah kerana, dalam
konteks Malaysia,modal insan merupakan elemen kritikal dalam mencapai misi
nasional negara. Oleh yang demikian, pemantapan akidah perlu di ambil serius
dalam membentuk insaniah yang cemerlang.
Akidah berasal dari perkataan arab aqad bererti simpulan atau ikatan yang
memberi maksud perjanjian (Ibnu Manzur 1956). Islam merupakan agama yang
terdiri daripada elemen akidah dan syariah. Akidah bermakna kepercayaan atau
keimanan dan syariah pula merupakan amal perbuatan (akhlak). Keimanan akan
disempurnakan dengan amalan, amal perbuatan adalah manifestasi daripada
keimanan. Keduanya saling bergandingan dan disebut secara bergandingan di
dalam al-Quran sebanyak 730 kali. Menurut Toriq Muiz (2001), iman dan amal
(akhlak) di sebut bersama di dalam al-Quran sebanyak 730 kali. Akidah merupakah
perkara asas dalam kehidupan bagaikan batang kepada sepohon pokok di mana

semua dahan dan ranting memerlukannya untuk tumbuh dan berkembang. Firman
Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 24-25 yang bermaksud :
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat
yang baik seperti sepohon pokok yang baik, akarnya teguh dan rantingnya
(menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya supaya manusia sentiasa
ingat. Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1983), akidah mampu menanam
keimanan dalam hati manusia sehingga dapat menjadi pembenteng diri dari
terperdaya mainan hidup di dunia dan membawa kepada penyelewengan terhadap
agama.
Akidah dapat membentuk dan mengawal tindakan dan tingkah laku manusia.
bermula dengan pembentukan dirinya, keluarga dan kehidupan bermasyarakat.
Menyedari hakikat bahawa manusia adalah hamba Allah swt dan khalifah di muka
bumi ini. Apabila manusia sedar tanggungjawab yang perlu ditunaikan, manusia
tidak

akan

terlibat

melakukan

perkara

yang

sia-sia,

perkara

yang

tidak

mendatangkan kebaikan dan dosa. Keimanan yang tersemat dalam dirinya akan
memberikan hasil yang positif kerana sentiasa merasai kewujudan Allah swt yang
Maha Mengetahui setiap perbuatan yang dilakukannya. Dengan ini, manusia
tersebut akan melakukan perkara-perkara yang baik dan sepatutnya dilakukan
sahaja serta beramal soleh selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Akidah
menjadikan manusia berfikiran terbuka, berpandangan jauh dan optimis dalam
kehidupan. Hakikat kehidupan di dunia dan di akhirat menjadikan manusia
berpandangan jauh, berbuat amalan untuk kehidupan dunia dan akhirat secara
seimbang, segala perbuatan dan tindakan yang dilakukan berdasarkan keyakinan
terhadap prinsipprinsip akidah yang betul serta menerima segala ketentuan dari
Allah dengan redha. Akidah juga melahirkan masyarakat yang harmonis dan dapat
hidup dengan aman, akidah mendorong supaya menghargai hak orang lain, hak
setiap ahli keluarga, hak jiran, hak tetamu dan sebagainya. Akidah mendidik
manusia saling hormat-menghormati, saying menyayangi sesama makhluk (manusia
dan bukan manusia). Akidah dapat melahirkan manusia yang cintakan ilmu. Ilmu
yang mencukupi dapat membawa manusia kepada banyak kebaikan dan mampu
menghindarkan manusia daripada melakukan perkara-perkara membawa kepada
keburukan. Kepentingan ilmu merupakan suruhan pertama yang ditekankan oleh

Allah swt dalam surah al-Alaq. Ilmu akan melahirkan masyarakat yang bertamadun
dan unggul dari segi rohani dan jasmani (Wan Mohd Nor Wan Daud (2003).
Jika dilihat dari sudut sejarah perkembangan Islam zaman Rasulullah saw, kaedah
dakwah Rasulullah saw dimulakan dan difokuskan kepada aspek akidah, sepanjang
rasulullah saw menyebarkan dakwah di Mekah sebelum peristiwa hijrah,
kebanyakan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt adalah berunsurkan
pemantapan akidah, selepas sahabat-sahabat Raslullah saw telah kukuh dengan
pengisian akidah, barulah wahyu-wahyu berikutnya diturunkan berbentuk ibadah,
akhlak dan hal ehwal kehidupan. Dengan penerapan akidah yang mantap ini terhasil
tokoh-tokoh Islam yang hebat yang merupakan insan yang cemerlang seperti
Ammar Bin Yasir, Bilal Bin Rabah, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman
Bin Affan, Khatijah Binti Khuwailid dan lain-lain lagi. Mereka telah melakukan
transformasi dan reformasi hebat sehingga Islam mampu memimpin hampir tiga
perempat keluasan dunia sekali gus mengubah iklim dunia dengan cahaya Islam.
Senario hari ini, hampir kesemua rakyat Malaysia telah mempelajari aspek akidah
ini sama ada melalui pendidikan secara formal di sekolah dan juga secara tidak
formal. Tetapi apa yang berlaku seolah-olah ada masalah kepercayaan, kurang
keyakinan, tidak ambil berat dan tidak mempraktikkannya di dalam kehidupan
seharian menyebabkan masalah keruntuhan akhlak berleluasa, seks bebas,
pembuangan bayi, gengsterisme, ketagihan dadah, budaya lepak, berjudi, samun,
rasuah, penderaan dan sebagainya. Sekiranya gejala ini tidak ditangani sewajarnya
akan menggugat kesejahteraan dan pembangunan negara. Rasulullah saw telah
diutuskan di kalangan masyarakat arab jahiliyyah yang dibelenggu budaya-budaya
yang diwarisi nenek moyang mereka, tiada ilmu tentang akidah, akhlak, hukum
hakam dan sebagainya, tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Agama anutan ketika itu antara agama Wathani iaitu pengabdian diri dan
penyembahan berhala berbentuk patung ciptaan mereka sendiri seperti dinyatakan
di dalam surah Ibrahim ayat 35-37, Animisme iaitu pemujaan alam dan benda-benda
semula jadi selain daripada agama wahyu Kristian dan Yahudi. Dari sudut sosial,
mereka hidup dalam keadaan tidak bermoral, berzina, berjudi, minum arak (lambang
kelelakian), menilik nasib, membunuh, menindas wanita, mengamalkan riba,
merompak, amalan perkauman, eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin

dan sebagainya.Kedatangan Rasulullah telah mengubah segala-galanya dan


membawa rahmat ke bumi Mekah dan juga seluruh alam. Rasulullah berjaya
mendidik masyarakat arab menjadi masyarakat yang maju dan cemerlang
menggunakan

pendekatan

mengutamakan

penerapan

akidah,

disokong

pengamalan syariat telah berjaya melahirkan masyarakat yang berakhlak dan


mempunyai nilai yang berkualiti tinggi.
Rasulullah Model Terbaik Modal Insan:
Rasulullah saw adalah contoh dan model unggul umat Islam. Kredibiliti dan
keterampilan baginda terserlah sebagai seorang bapa yang mulia, suami mithali,
pemimpin yang adil dan rasul yang agung. Firman Allah swt dalam surah al-Ahzab
ayat 21 yang bermaksud :
Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah saw itu contoh paling baik
untuk (menjadi ikutan) kamu.
Firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi orang
yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.
Berdasarkan ayat ini, akhlak adalah unsur penting dalam pembangunan diri
manusia dan mencontohi akhlak Rasulullah adalah satu tuntutan yang perlu diikuti
oleh semua manusia. Menurut Mohd Salleh (2009), agama Islam menyuruh semua
penganutnya untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu, keterampilan, berfikiran
terbuka dan mengamalkan nilai-nilai positif di dalam kehidupan. Rasulullah saw
sendiri adalah contoh insan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.
Baginda mempunyai kemahiran berkomunikasi, pemimpin yang baik kepada rakyat
dan negara, berfikiran jauh, mempunyai perancangan yang strategik, menggalakkan
perkongsian ilmu dan pembinaan tamadun Islam, menganjurkan sifat amanah, jujur
dan berintegrasi, cekap berurusan dengan sesiapa sahaja, menghormati orang lain
dan melakukan setiap pekerjaan dengan cara yang terbaik sebagaimana firman
Allah swt yang bermaksud:
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramal lah kamu (akan segala yang

diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang
299
Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan
kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan (AT-Taubah ayat 105).
Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam
ke 10 (MAPPA X) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 28 April 2009
meminta supaya merenung sirah Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang agung,
sangat prihatin, meletakkan keutamaan yang tinggi kepada kepentingan dan
kebajikan masyarakat sehinggakan di saat-saat akhir riwayat baginda, kalimah yang
diucapkan adalah umat ku, umat ku, umat ku yang perlu diambil pengajaran,
seorang pemimpin yang sangat mengasihi dan menyayangi seluruh umat. Firman
Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya
berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi Muhammad,
wahai orang-orang yang beriman, berselawat lah serta ucapkan lah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya. Ini merupakan satu penghormatan yang
hanya diberikan kepada hamba-Nya yang terpilih.
Konsep Islam Berkaitan Pembangunan Tamadun Manusia.Firman Allah swt dalam
surah an-Nahl ayat 97 yang bermaksud :
Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka
dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
Menurut Abu Al-Ala Al-Maududi dalam M.Tariq Quraishi (1984), Islam
menjelaskan tentang hubungan antara Allah dan manusia serta manusia dan
manusia, Islam juga menerangkan kod moral, prinsip-prinsip budaya

dan

ketamadunan, cara beribadah dan menyediakan satu kerangka kepercayaan serta


akhlak yang perlu untuk menguruskan kehidupan sebagai seorang Islam. Peraturan
tersebut merangkumi hubungan sosial dan budaya, ekonomi, undang-undang dan
politik,peperangan dan keamanan dan hubungan antarabangsa. Allah tidak

meninggalkan manusia tanpa pedoman dan panduan tetapi mengutus Rasul-Nya


berserta kitab al- Quran. Misi Rasulullah saw tidak berakhir dengan penyampaian
pesanan daripada Allah swt tetapi disertai dengan panduan melalui penjelasan
terhadap implikasi hukum Islam, kod moral, cara beribadah dan membina
keseluruhan kehidupan.
(Laporan Pembangunan Negara Melalui Pendidikan Kemahiran Insaniah,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013)
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/Book_2/PEMBANGUNAN_NEGARA_MELALUI_PENDIDIKAN_KEMA
HIRAN_INSANIAH.PDF
Senario hari ini, hampir kesemua rakyat Malaysia telah mempelajari aspek akidah ini
sama ada melalui pendidikan secara formal di sekolah dan juga secara tidak formal
Strategi pengurusan dan pembangunan modal insan amat penting kepada sesebuah
organisasi kerana ia memberi sumbangan yang amat besar kepada kemajuan
organisasi dan pembangunan negara. Pengurusan ditakrifkan sebagai proses untuk
mendapatkan modal atau menggemblengkan segala input di dalam sesebuah
organisasi dengan cara paling optimum untuk mencapai objektif organisasi. 1 Ini
disokong oleh George dan Jones (2006) yang mengatakan pengurusan ialah
perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan modal insan dan
sumber-sumber modal yang lain untuk mencapai matlamat organisasi secara cekap
dan berkesan.2 Seterusnya, pengurusan organisasi pula merujuk kepada proses
merancang, mengorganisasi, memimpin dan memantau segala aktiviti anggotaanggota dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan segala sumber
organisasi yang ada bagi mencapai objektif organisasi yang ditetapkan. Secara tidak
langsung,pengurusan dan pengurusan organisasi ini adalah saling berkait. Ianya
merujuk kepada proses peningkatan produktiviti tenaga insan atau dikenali sebagai
pengurusan dan pembangunan modal insan yang melibatkan usaha-usaha
penggemblengan segala input atau sumber di dalam sesebuah organisasi dengan
cara paling optimum untuk mencapai objektif organisasi.
1 Fadillah Mansor (2006), Kualiti Kerja dalam Organisasi: Tinjauan dari Perspektif
Pengurusan Islam dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (eds.), Dimensi
Pengurusan Islam, Mengurus Kerja dan Mengurus Modal Insan. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, h. 45.

2 Lihat Jennifer M. George dan Gareth R. Jones (2006), Contemporary


Management, Creating Value in Organizations. 4th edition, halaman: 5-87
Merujuk kepada senario di negara ini, strategi pembangunan modal insan juga telah
menjadi agenda utama dalam pelaksanaan.Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9).

Bajet

2007

misalnya

telah

memberi

peruntukan

besar

kepada

pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan


perbelanjaan. Perdana Menteri Malaysia misalnya telah mengumumkan bahawa
daripada peruntukan sebanyak RM33.4 bilion, RM6.7 bilion disalurkan kepada
pendidikan rendah, RM6.2 bilion untuk pendidikan menengah,RM10.4 bilion untuk
pengajian tinggi dan sebanyak RM10.1 bilion untuk program latihan.3 Melalui
peruntukan tersebut, sudah tentu ini akan memudahkan usaha membangunkan
modal insan yang selama ini menjadi prasyarat penting dalam memacu
pertumbuhan rantaian ekonomi yang berpaksikan pengetahuan serta teknologi
terkini. Dari perspektif pengurusan Islam, pengurusan dan pembangunan modal
insan merupakan komponen utama yang perlu dititikberatkan di dalam menggerak
dan memajukan sesebuah organisasi. Meskipun dari segi operasional, pengurusan
Islam dilihat seolah-olah hampir sama dengan konvensional, namun pada
hakikatnya ia berbeza, khususnya dari segi falsafah pengurusan. Falsafah atau
ideologi ini akan memberikan sistem tersebut asas-asas dan objektifnya di samping
memberikannya prinsip-prinsip dan ketentuan.
Fadillah Mansor (2007), Pembangunan Modal Insan, VISI. Bil. 74,
Februari 2007, halaman: 13.
Falsafah ini juga yang merupakan asas kepada system pengurusan Islam adalah
bersumberkakan

kepada

al-Quran

dan

al-Sunnah.

Falsafah

inilah

yang

kemudiannya membawa kepada matlamat dan pelaksanaan pengurusan modal


insan yang lebih holistic dan bukannya terlalu mementingkan kepada keuntungan
dengan menidakkan aspek nilai, moral dan kesucian. Modal insan yang berkualiti
dalam konteks pengurusan Islam merujuk kepada pembangunan pekerja yang
mempunyai nilai dan ciri-ciri yang baik seperti akhlak dan etika yang baik,
berperwatakan yang sopan dan juga berkemahiran tinggi. Mereka ini sangat
produktif dan berkeupayaan untuk menyumbang kepada kemajuan sesebuah
organisasi sama ada dalam bentuk kuantitatif mahu pun kualitatif. Seterusnya aspek
pengurusan organisasi yang baik pula menekankan tentang pembangunan dan

pengurusan modal insan yang teratur dan dinamik. Organisasi yang tersusun
biasanya dicapai apabila organisasi tersebut bijak dalam mengurus struktur
organisasinya supaya selaras dan selari dengan fungsifungsi pengurusan yang
sesuai dalam membangunkan sumber dan asset organisasi ke arah produk dan
perkhidmatan yang berkualiti. Oleh itu, modal insan dalam Islam misalnya, tidak
didasarkan semata-mata kepada kekananan (seniority) sahaja, sebaliknya lebih dari
itu dengan melihat kepada aspek-aspek lain seperti akhlak, kualiti kerja, kecekapan,
kelebihan ilmu pengetahuan dan daya kepimpinan di samping mempunyai sikap
berpandangan jauh, beridealisme dan lain-lain sifat terpuji.
Ab. Mumin Ab. Ghani (2007), Sistem Pengurusan Islam: Tinjauan Menyeluruh
dari Aspek Konsep dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (eds.),
Dimensi Pengurusan Islam, Mengurus Kerja dan Mengurus Modal Insan. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, halaman: 7-89
Formula Islam dalam pembangunan modal insan adalahmenerusi landasan akidah,
syariah dan akhlak. Aspek terpenting yang lahir dari komponen tersebut adalah
untuk membangunkan modal insan melalui pembangunan spiritual ummah
berasaskan kepada kekuatan rohani untuk membina suatu peradaban yang
cemerlang dan mampan. Ianya mempunyai hubungkait dengan aspek kerja
berkualiti yang merujuk kepada usaha dan kerja oleh pekerja yang mempunyai nilai
dan ciri-ciri yang baik seperti akhlak yang baik, berperwatakan yang sopan dan juga
berkemahiran tinggi. Mereka inilah merupakan modal insan bersifat produktif dan
berkeupayaan untuk menyumbang kepada kemajuan sesebuah organisasi.
Dalam hal ini, strategi pembangunan dan pengurusan modal insan sememangnya
memberi perhatian yang serius kepada aspek pengurusan organisasi yang efisyen.
Pengurusan secara efisyen ini adalah perlu dan ianya merujuk kepada pengurusan
secara menyeluruh dan komprehensif oleh modal insan yang bernama pekerja yang
baik yang berupaya untuk mempamerkan keupayaan dan disiplin diri secara
berkesan. Mereka ini biasanya menganggap menganggotai sesebuah organisasi itu
sebagai amanah dan tanggungjawab, yang wajib dilaksanakan dengan segala daya
upaya yang boleh. Manifestasi mengurus kerja yang baik dalam pembangunan dan
pengurusan modal insan akan melahirkan modal insan yang seimbang, teratur dan
dinamik.

Pengurusan yang baik juga menitikberatkan tentang hubungan di antara pihak


pengurusan dengan pihak orang bawahan (subordinates) yang perlu dilakukan
secara positif, bertoleransi dan bersifat bekerjasama dan tolong-menolong dalam
memajukan pengurusan organisasi secara berkesan. Oleh yang demikian, sifat
diskriminasi sewajarnya dielakkan di dalam pengurusan modal insan bagi menjamin
pengurusan yang berkualiti dan disegani.
Fadillah Mansor (2006), op.cit., halaman: 59-90
Struktur organisasi yang tersusun dan berkualiti akan dicapai apabila organisasi
tersebut bijak dalam menyusun struktur organisasinya supaya selaras dan selari
dengan

fungsi-fungsinya

yang

sesuai

dalam

membangunkan

produk

dan

perkhidmatan yang berkualiti. Struktur organisasi yang tersusun ini amat perlu
supaya para pekerja diberi ruang dan peluang yang lebih fleksibel dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab. Selain itu, kualiti pengurusan modal insan
dari perspektif Islam juga melihat kepada kriteria-kriteria lain seperti penilaian
prestasi kerja, kualiti kerja, kecekapan, kelebihan ilmu pengetahuan dan daya
kepimpinan seseorang di samping mereka ini berpandangan jauh, mempunyai
idealisme yang tinggi dan lain-lain sifat yang terpuji. Kecemerlangan sesebuah
organisasi adalah bergantung kepada kualiti pekerjanya. Pekerja yang berkualiti
bukan sahaja bergantung kepada tahap pembelajaran mereka malah lebih penting
adalah tahap-tahap pengalaman mereka dilalui di dalam pelbagai bidang. Oleh itu,
pembelajaran, kemahiran dan pengalaman ini akan melahirkan individu yang
mempunyai keyakinan dan pakar dalam bidang mereka. Ia juga akhirnya akan
membentuk budaya kerja cemerlang di kalangan pekerja atau modal insan yang
telah dilatih semenjak awal.
Budaya kerja cemerlang inilah yang amat diperlukan oleh organisasi. Ianya merujuk
kepada budaya kerja murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama,
diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah
dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan oleh peringkat atas pentadbiran organisasi,
seterusnya diturun dan diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau
pertengahan dan seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja bawahan.

Seterusnya pengurusan secara Islam melihat modal insan melalui pekerja yang
berkualiti sama ada dari segi akhlak, tingkah laku dan juga kepakaran dan
kemahiran mereka. Mereka ini juga senantiasa bersedia untuk menyumbang dan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti organisasi demi mencapai
al-falah. Hal ini bertepatan dengan takrifan pengurusan Islam oleh Mohd Affandi
Hassan yang dipetik dari Deskripsi Tentang Pembangunan Modal Insan,Ab.
Mumin Ab. Ghani (2007), op.cit., halaman: 6. sebagaimana berikut:
Pengurusan dan pentadbiran dalam Islam, ialah penyempurnaan amanah yang
diterima manusia dari Allah S.W.T sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi, untuk
mengerjakan amal salih secara syura dalam organisasi. Tujuan pengurusan dan
pentadbiran ialah untuk membina peradaban yang diredai Allah berlandaskan ajaran
tauhid; dengan itu pengurusan dan pentadbiran bertanggungjawab menghapuskan
al-fasad untuk menegakkan keadilan dalam organisasi dan juga dalam masyarakat.
Oleh itu, semangat berusaha dan bekerja ke arah kualiti dan prestasi yang lebih baik
inilah yang amat perlu bagi mengurus modal insan sesebuah organisasi secara lebih
sistematik dan berjaya.
Sebagaimana merujuk kepada maksud firman Allah S.W.T.Allah tidak akan
mengubah nasih sesuatu kaum itu sehinggalah mereka itu
sendiri merubahnya. Al-Quran, Surah al- Rad (13): 11.
Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat
sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, memiliki
nilai yang murni dan moral yang tinggi. Juga beretika, berbudi pekerti, bersopan
santun, mempunyai keluarga yang mantap berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi,
berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, cekal, berintegrasi dan berdaya
saing.
Dr Sargit Singh Gill (2006), Hubungan Etnik Di Malaysia Ke Arah
Pembentukan Masyarakat Berintegrasi dalam Dr. Zaid Ahmad, et al.,
Hubungan
Etnik. Selangor: Oxford Fajar. halaman:203.
Modal insan ini penting untuk mewujudkan personaliti yang unggul dan setiap
individu perlu mengamalkan setiap unsur-unsur dalam modal insan demi
menentukan hala tuju negara, bangsa dan agama. Sebagaimana memetik

kenyataan YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan


Belanjawan 2005 menjelaskan bahawa: Kemajuan dan kekuatan ekonomi bukanlah
segala-galanya. Ia perlu dilihat sebagai landasan untuk mencapai kesejahteraan
hidup dan keutuhan sosial. Lantas, perseimbangan kebendaan dan kerohanian
sangatlah penting supaya akan lahir tamadun yang agung. Kita perlu bersama-sama
mengambil langkah memperkaya jiwa bangsa, tradisi, budaya dan agama tidak
seharusnya menjadi halangan kepada kejayaan sebaliknya perlu digarap sebagai
tunjang mendaki ke mercu kecemerlangan yang akan mengangkat martabat
bangsa dan kewibawaan negara di mata dunia.9 Dalam perutusan sempena
menyambut Hari Pekerja 2006, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi turut menegaskan bahawa dalam konteks dunia global hari ini,
modal insan yang benar-benar berkualiti adalah suatu kemestian. Sebagaimana
kata-kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di
Putrajaya:
Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi
berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi
bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju
tetapi negara maju yang mempunyai identitinya
sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu,
pembangunan modal insan berminda kelas pertama
harus diutamakan.
Zahir Zainudin (2005), Pengukuhan Nilai Ke Arah Masyarakat Hadhari dan
Komuniti Sejahtera; http://zahirhomp.blogspot.com/2005/11/pengukuhan-nilaikearahmasyarakat.html.93
Pembentukan modal insan harus dilihat secara menyeluruh membabitkan semua
aspek kehidupan dalam individu dan masyarakat di negara ini. Oleh itu, terdapat
pelbagai aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha membina modal insan
yang bersepadu, iaitu ilmu pengetahuan, daya intelek, kemahiran, tahap
peningkatan ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Menurut Ibn Khaldun (1993), 11
faktor pembeza antara masyarakat bertamadun dengan tidak bukanlah terletak pada
pembahagian kerja, tetapi terletak kepada peningkatan (produktiviti) pekerjaan.
Masyarakat bertamadun merasa tidak cukup dengan adanya pelbagai jenis

pekerjaan antara mereka, sehingga mereka merasa perlu mewujudkan pelbagai


bentuk peningkatan(produktiviti) pekerjaan yang berbeza-beza di antara mereka.
Kemahiran tenaga kerja akan menggunakan sumber alam dan kekuatan modal
insan secara optimum dan intensif untuk kepentingan dan kesejahteraan
masyarakat.
Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam
segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain
yang tinggi, baik, halus dan sopan kea rah pembentukan peribadi dan komuniti yang
memiliki personality, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk
sebuah masyarakat atau Negara bangsa.Selaras dengan itu, pengurusan modal
insan menekankan kepada proses persiapan tenaga insan yang melibatkan usahausaha menggemblengkan segala input di dalam sesebuah organisasi dengan cara
paling optimum untuk mencapai objektif organisasi. Pengurusan ini juga meliputi
proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan memantau segala aktiviti
anggota-anggota dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan segala sumber
organisasi yang ada bagi mencapai objektif organisasi yang ditetapkan. Pengurusan
dan seterusnya pembangunan modal insan ini perlulah sentiasa digilap kerana ia
merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi khususnya, terus berdaya
saing dan berdaya tahan terutama dalam zaman ekonomi sejagat yang
berlandaskan pengetahuan dan bertunjangkan sains dan teknologi. Oleh kerana itu,
pembangunan modal insan dalam konteks pengurusan Islam bukan sahaja setakat
peningkatan tahap pendidikan, mempunyai kemahiran dan ciri-ciri akhlak yang
mulia, berkeyakinan malah ia berkaitan dengan menghasilkan rakyat yang
mempunyai pemikiran minda kelas pertama ke arah mengejar al-Falah13 iaitu
kejayaan di dunia dan di Al-falah dari segi istilah bermaksud kesejahteraan di dunia
dan akhirat
Chandra Muzaffar, et. al. (2000), Pengenalan Ilmu ketamadunan dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,
halaman: 4.
Isu-isu yang sering kali kita dengar mengenai akidah kini ialah ISIS. Apakah dengan
mengharamkan pertubuhan SIS misalnya sudah boleh dikira bahawa agenda Islam
dinegara ini selamat daripada ancaman ideologi barat? Survival demokrasi Malaysia

di uji sekali lagi apabila Fatwa negeri Selangor pada Julai 2014 telah menggazetkan
Sisters In Islam (SIS) serta mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang
berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat dan
menyeleweng daripada ajaran Islam. Darurat Akidah? Pemahaman ideologi dan
falsafah liberalisme dan pluralisme di Malaysia dilihat daripada konteks bahawa
pemahaman ini bercanggah dengan ajaran Islam. Kewujudan golongan liberalis dan
pluralis agama ini akan menyebabkan agenda Islam tergendala dan berpotensi
untuk dinyahkan terus memandangkan fahaman-fahaman ini menganjurkan kepada
konsep semua agama adalah sama tidak boleh diketepikan.
Namun, bagaimana pula kita hendak memberikan ruang yang sewajarnya buat
golongan liberalis dan pluralis ini? Apakah Malaysia kini diambang darurat akidah
disebabkan ruang yang telah diberikan kepada SIS misalnya selama ini dalam
memperjuangkan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan rakyat? Apakah dengan
mengharamkan pertubuhan SIS misalnya sudah boleh dikira bahawa agenda Islam
dinegara ini selamat daripada ancaman ideologi barat? Menggunakan isu akidah
untuk mewujudkan permusuhan dan kebencian sesama muslim dan bukan muslim
adalah sesuatu yang membimbangkan. Omar bin Al-Khattab RA sewaktu membuka
Palestin telah memberikan kebebasan mutlak dan penghormatan yang amat luar
biasa kepada penganut Kristian Gereja Nativity. Adakah itu menjadikan Omar AlKhattab RA ini sebagai pendukung pluralisme?
Sementara itu, di Scotland pula umat Islam dibenarkan untuk menunaikan solat di
St. Johns Episcopal Church disebabkan surau yang terletak berhampiran gereja
berkenaan terlalu sempit. Ini berlaku ketika gereja berkenaan tidak digunakan.
Apakah mereka ini seharusnya dikategorikan sebagai murtad dan sesat?
Budaya Ala Taliban? Liberalisme dan pluralisme memang suatu ancaman kepada
umat Islam namun tuduhan dan penglabelan yang bersifat negatif ini hakikatnya
tidak senada dengan Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Adalah afdal sekiranya
sebelum memuktamadkan pendirian berhubung sesuatu isu yang bersifat sensitif
serta melibatkan kepentingan pelbagai pihak, ruang seharusnya diberikan kepada
pihak yang dituduh untuk menyangkal atau mempertahankan pendirian mereka. Jika
perlu apa salahnya jika siarkan perdebatan secara langsung agar rakyat boleh

menilai dengan jelas bagaimana pendefinisian liberalis dan pluralis ini dibentangkan
dan dibahaskan.
Islam bukan agama yang menganjurkan kepada kediktatoran. Islam adalah agama
yang mengajurkan perlindungan kepada manusia yang berlainan kepercayaan dan
ideologi. Inilah kekuatan umat Islam sebenarnya. Jika ini pun sukar untuk difahami
oleh akal pemikiran yang waras, selamanya kita akan terperangkap dalam kejahilan
ini. Tidak boleh disangkal lagi bahawa konsep saling menghormati dan bertoleransi
sesama manusia itu telah diakui oleh Islam itu sendiri melalui Surah al-Kafirun dan
Surah al-Mumtahanah. Adalah menjadi tanggungjawab MAIS dalam mempraktikkan
kesyumulan Islam ini dengan memberikan ruang kepada SIS dan pertubuhanpertubuhan yang difikirkan mempunyai elemen liberalis dan pluralis untuk
menyangkal atau mempertahankan pendirian mereka. Sesungguhnya, Islam tidak
memerlukan

mereka

yang

berpemikiran

jumud

serta

konservatif

dalam

mendaulatkan syiar Islam di negara ini, (Edwin Michael Pensyarah Universiti


Tunku Abdul Rahman, 6 November 2014)
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/comment/2014/11/06/isusis-islam-melindungi-berlainan-kepercayaan-dan-ideologi/
Amalan kerja sosial sama ada dari segi konsep, teori atau pelaksanaan sangat
relevan bagi tujuan melihat kesinambungan sesebuah peradaban manusia
terutamanya dari segi individu, komuniti danmasyarakat. Ia telah diperbincangkan
secara aplikasi dalam pelbagai perspektif sama ada dalam politik, pendidikan,
ekonomi, psikologi, kekeluargaan, remaja, jenayah, kepimpinan, sosial, agama,
pembangunan sumber manusia, pengurusan organisasi, hubungan antarabangsa
dan sebagainya. Namun begitu, amalan kerja sosial menghadapi cabaran yang
melibatkan ragam manusia, budaya dancara hidup hedonisme yang begitu
mempengaruhi dunia sebelumnya sehinggalah dunia moden. Inikerana amalan kerja
sosial berkaitan dengan keadaan seperti apa permasalahan yang berlaku, puncapunca, kenapa perlu transformasi, tempoh masa perubahan, penerimaan dan
penentangan, strategi apayang sesuai, apa prasyarat dan persediaan sesuatu
perubahan,

bagaimana

mengukur/menilaikeberkesanan

sesuatu

perubahan,

falsafah dan sokongan faktor kepemimpinan dalam organisasi, cara berfikir, pelapispelapis pemimpin yang berkarisma dan sebagainya.

Proses membaikpulih sistem komuniti dan masyarakat dalam konteks amalan kerja
sosial

berdasarkan

memperlihatkan

perspektif

usaha-usaha

psikologi

sejarah-

perancangan

sirah

strategik,

Nabawiyyah

peneguhan

telah

nilai-nilai,

metodologi, kandungan perancangan yang begitusistematik dalam mengubah


watak-watak manusia ke arah watak yang bertamadun. Apa yang pentingnya, untuk
terlibat dalam perkhidmatan kerja sosial, para pekerja sosial memerlukan satu
mekanisme pendekatan yang holistik dan komprehensif sama ada dari segi ilmu dan
kemahiran (teknikaldan bukan teknikal). Ilmu, kemahiran dan pendekatan tersebut
perlu melibatkan gabungan aspek intelektual, jiwa, emosi, psikologi, spiritual, dan
fizikal bagi merencana pembangunan individu danmasyarakat yang berkesan. Di
samping itu, penggunaan teori, kaedah, dasar dan strategi dalam apa jua bentuk
sama ada teknologi terkini boleh diterapkan bagi mengukur prestasi dan
meningkatkan kualitidan keberkesanan sesuatu amalan dan agenda transformasi
dalam organisasi sekaligus menjana modal insan yang mapan, berpengetahuan dan
berkemahiran.

Anda mungkin juga menyukai