Anda di halaman 1dari 24

MOTIVASI DALAMAN INDIVIDU DAN

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Oleh: Azura binti Awang

PENDAHULUAN

Pembangunan modal insan adalah nadi dan jantung utama dalam kerangka

membangunkan sesebuah masyarakat yang maju dan proaktif yang diredai Allah SWT.

Membina dan membina dan membangunkan masyarakat sejahtera adalah merupakan

persoalan yang amat penting dan relevan untuk dibincangkan secara serius dalam arus

perdana masa kini. Kesejahteraan yang diidamkan perlu dibangunkan secara kolektif

berasaskan kepada teras penting dalam sistem pembangunan iaitu melalui amalan

1
pembangunan insan. Insan adalah modal utama kepada sesebuah masyarakat yang mesti

2
dicanang dan dibentuk berteraskan nilai-nilai mulia dalam agama Islam. Insan yang

terbangun dengan jiwa dan mindanya mampu membangunkan seluruh peradaban dan

3
kehidupan umat Islam keseluruhannya. Justeru, pembangunan insan adalah tunggak

terpenting dalam membina masyarakat Islam yang rabbani.

Membangunkan masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan insan adalah

jalan yang mesti dilalui dan perlu diaplikasikan ke dalam seluruh ahli masyarakat.

Pembangunan insan yang dimaksudkan adalah pengamalan akhlak dan menyeluruh secara

1 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan Masyarakat Ke Arah
Kesejahteraan Berteraskan Pembangunan Insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan
Sejagat 24-25 Feb 2010, Brunei Darussalam : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat Turun pada Oktober
29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf.

2 Ibid, hal.2

3 Op.cit hal.3

1
konsisten berasaskan ajaran agama Islam seperti jujur, amanah dalam tanggungjawab,

mengambil berat, tolong-menolong dan sebagainya.

MOTIVASI DALAMAN INDIVIDU

4
Manusia mempunyai dua unsur dalaman iaitu naluri dan akhlak. Ahli psikologi
5
mengaitkan naluri dengan motif biologi iaitu lapar, haus dan seks. Unsur dalaman ini akan
membentuk peribadi seseorang dalam melahirkan tindakan luaran. Menurut perspektif Islam,
sesuatu yang mendatangkan kerosakan kepada diri seseorang dan masyarakat perlu dikawal
supaya tidak mendatangkan mudarat. Tindakan dan cara hidup yang tidak dikawal oleh nilai
akhlak yang murni akan mendedahkan seseorang kepada tindakan dan budaya negatif seperti
6
penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, curang dan sebagainya.

Nilai-nilai murni seperti rasa tanggungjawab, tidak menghina, berkasih sayang


bersifat amanah dan sebagainya hendaklah disemai bagi menyalurkan naluri manusia yang
suka kepada wanita, anak-anak dan kekayaan. Pengabaian terhadap tanggungjawab ini boleh
7
merosakkan struktur organisasi kekeluargaan dan masyarakat.

Seseorang yang berpegang teguh kepada norma-norma agama akan sentiasa berfikir
bahawa segala tindakan yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal sama ada di
dunia mahupun di akhirat. Balasan yang dijanjikanNya ini boleh menjadi motivasi dalam

4 Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM), h.21.

5 Abdul Aziz Mohd Zin, (2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, h.91-106.

6 Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam
Malaysia IKIM, h.22.

7 Ibid, h.22.

2
8
mencapai kehidupan yang cemerlang di dunia dan di akhirat seperti firman Allah SWT yang
berbunyi:

Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut):
ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa
sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi
orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan
ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.
(adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya)
sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang
menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)!

(Surah Muhammad : Ayat 15)

Firman Allah S.W.T lagi yang berbunyi:

8Op.cit, h.22

KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah Yang benar. Sesungguhnya Dia
lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup
semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air
panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar

(Surah Yunus : Ayat : 4)

PENGERTIAN MODAL INSAN

Modal menurut Kamus Dewan ialah wang atau harta benda yang dipergunakan
sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan
atau mencapai sesuatu yang lain. Manakala manusia pula ditakrifkan sebagai makhluk yang
9
mempunyai akal budinya dan dengannya manusia dapat mencapai sesuatu yang lain.

Menurut perspektif Islam, modal insan ialah bagaimana seseorang insan itu berpotensi
melalui akal, hati dan jasmani yang menjadi sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus
sistem. Allah SWT memberi petunjuk kepada makhluknya menerusi al-Quran dan Rasulullah
SAW memimpin umatnya melalui peribadinya sebagai modal insan yang terbaik dan menjadi
10
contoh teladan dalam menguruskan kekayaan sumber-sumber ciptaan Allah tersebut
11
menerusi nilai-nilai akhlak.

9 Dr. Teuku Iskandar, (2002), Kamus Dewan, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, h.832

10 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah
kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat
24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.3 , Dimuat Turun pada Oktober
29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf.

4
Firman Allah SWT yang berbunyi:

Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah;

dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan

bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami

dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.

( Surah al-Araf : 58 )

Seseorang yang mempunyai modal insan bererti memiliki sakhsiah yang terpuji ,

menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip, berintergriti, berwawasan,

12
berperancangan rapi, berketerampilan diri dan berakhlak terpuji.

Pembangunan dalam Islam adalah satu proses dinamik dan harmonis dalam

meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhan di dunia dan di akhirat. Fokus utama

13
pembangunan dalam Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri.

11 Abdul Aziz Mohd Zin, Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2002, h.235
12 Fathiyah Mohd Fakhruddin, Norhayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd Mutalib, (2011),
Profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang,
Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011, Serdang : Universiti Putera Malaysia, h.1.
Dimuat turun pada Oktober 29, 2013 , Daripada www.scribd.com/doc/174140705/160-317-1-SM

5
Pembangunan modal insan ini pula dilihat dari seluruh aspek manusia meliputi

14
jasmani dan rohani. Malah, konsep pembangunan modal insan yang diutarakan oleh YAB

Perdana Menteri memperlihatkan satu agenda kerajaan dalam usaha meningkat dan

memperkukuhkan jati diri rakyat dalam segenap lapangan hidup. Kesedaran masyarakat

tentang peri pentingnya pembangunan modal insan memberi implikasi kepada usaha

mempertingkatkan lagi sistem pendidikan.

Falsafah dan prinsip Islam yang berjaya membina tamadun manusia umumnya dan

tamadun Islam khususnya tidak boleh disangkal. Kemunculan zaman kecemerlangan ilmu

dan pendidikan semasa pemerintahan Islam telah memperlihatkan betapa relevannya

pendidikan Islam berteraskan ilmu wahyu dan disokong oleh ilmu aqal. Kecemerlangan

peradaban dan pembangunan insan yang dinamik dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal

15
melahirkan ramai intelek Islam yang melahirkan pelbagai kepakaran.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi perutusannya di Hari Kemerdekaan

pada 30 Ogos 2005 menekankan pembangunan modal insan yang perlu dimantapkan oleh

setiap rakyatnya Malaysia :

13 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah
kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan
Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.4 , Dimuat Turun pada
September 29, 2013, Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad

14 Asmawati Suhid, (2007), Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal insan,
Jurnal Pengajian Umum, bil.8, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h.168, Dimuat Turun pada Oktober
25, 2013, Daripada www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20asmawati%20_%20167?
78.pdf.

15 Ibid, h.168-169.

6
Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang

secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, yang

mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai

kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara

ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajinserta

menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi.

Pendidikan akhlak yang sempurna dapat melahirkan insan yang berkualiti sesuai

dengan penciptaan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Sebagaimana

firman Allah SWT yang berbunyi:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah

dan beribadat kepadaKu.

( Al-Quran, surah az-Zaariat (51) : 56)

Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen yang paling kritikal dalam

mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insan akan menjadi pembangunan

utama dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal insan akan

dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau

dinamakan modal intelek. Modal intelek ini termasuk keupayaan keusahawanan dan

7
pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif
16
melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Kesimpulannya, kejayaan pembangunan modal insan dapat direalisasikan dalam

mempertingkatkan peradaban ummah kelas pertama sebagaimana janji Allah SWT yang

berbunyi :

Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah

Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya,

dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka

dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Al-Quran, surah al-Araf (7) : 96)

KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN

16 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi


tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk SeriAbdullah Ahmad
Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006. , Dimuat turun pada Oktober 29, 2013, Daripada:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan

8
Pembangunan modal insan adalah keupayaan untuk meningkatkan kesejahteraan

masyarakat secara keseluruhan sama ada di dunia mahupun di akhirat dalam proses yang

harmonis dan dinamik. Menurut Shohana, terdapat 6 konsep pembangunan insan berteraskan

Islam iaitu pembangunan ilmu, akidah, ibadah, anggota tujuh, rohani dan akhlak serta

17
pembangunan adab sosial.

1. Pembangunan Ilmu

Pembangunan ilmu menjadi asas utama yang membawa ketakwaan kepada Allah SWT

Penguasaan ilmu meliputi ilmu fardu ain yang dikategorikan kepada ilmu Usuluddin, ilmu

Fiqah dan ilmu Tasawuf, menerangkan cara manusia mengurus sistem kehidupan di dunia

sebagai individu dan masyarakat. Mengutamakan ilmu fardu ain merupakan prinsip tarbiah

18
yang tepat kerana ilmu fardu ain yang juga dikenali dengan ilmu akhirat mengandungi

prinsip keimanan, petunjuk serta peraturan iaitu syariat, ibadat dan akhlak yang bertindak

19
sebagai penyuluh kepada perkembangan ilmu fardu kifayah yang lain.

Begitu juga dengan ilmu dunia. Manusia merupakan haiwan sosial yang perlu

menjalani kehidupan sosial bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Pemahaman

17 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan


insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.3-14 Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada
http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf

18 Ab Aziz Mohd Zin et. al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
h.244

19 Shohana Hussin, ibid, h.3

9
ilmu yang boleh mendatangkan manfaat untuk diri, masyarakat agama dan negara seperti
20
ilmu saintifik, psikologi, pendidikan dan sebagainya juga penting untuk dipelajari.

Kesepaduan kedua-dua ilmu ini menghasilkan insan yang tahu menjaga kepentingan

kesejahteraan hubungan dengan Allah SWT tanpa melupakan memelihara hubungan dan

21
tanggungjawab dengan manusia dan alam.

2. Pembangunan Akidah

Memahami dasar Rukun Iman seperti sifat-sifat ketuhanan, kenabian dan hakikat-hakikat

ghaib merupakan peringkat pertama ke arah pembangunan keimanan insan. Kewajipan

beriman kepada Allah SWT diterangkan melalui kewajipan mendalami sifat ketuhanan yang

merupakan asas keimanan yang sentiasa dijadikan pegangan dalam seluruh aspek kehidupan

22
manusia.

Pembangunan akidah ini menekankan aspek pembentukan akidah Islam yang menjadi

asas yang kukuh dalam membina sesebuah masyarakat untuk membanteras kezaliman,

penindasan dan pencabulan kepada kemuliaan seseorang insan. Asas akidah ini telah

23
membawa perubahan yang besar dalam masyarakat pada zaman Arab Jahilliyyah.

20 Ab Aziz Mohd Zin, ibid , h.244-245


21 Shohana Hussin, ibid, h.4

22 Op.cit, h.6

23 Dr. Abdul Karim Zaidan, (2011), Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam, Kuala Lumpur : Pustaka Salam,
h.167-
168.
10
24
Menurut Abdul Karim Zaidan, terdapat tiga ciri dalam sistem sosial Islam iaitu

mengutamakan akhlak, berpegang kepada konsep keadilan dan melindungi institusi keluarga.

3. Pembangunan Ibadah

Pembangunan ibadah merupakan satu bentuk pengabdian diri dam merupakan manifestasi

kekuatan iman dan taqwa kepada Allah SWT Amal ibadah yang dirangkumkan dalam taklif

Rukun Islam merupakan pendekatan yang disarankan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani

dalam kitabnya Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin untuk membangunkan nilai

spiritual dan meningkatkan kesejahteraan dan kedamaian.

Aspek pembangunan ibadah yang disentuh di dalam kitab ini meliputi 13 perkara

ibadah. Senarai ibadah tersebut termasuklah adab qada hajat, wuduk, adab mandi, tayamum,

adab keluar masjid, adab masuk masjid hingga ke terbit matahari, adab bersedia untuk

25
mengerjakan solat, solat, adab imam dan makmum, adab hari Jumaat, puasa dan zikir.

4. Pembangunan Anggota Tujuh

Menurut pandangan Islam, taklif Ilahi ke atas setiap insan terbahagi kepada dua dimensi iaitu

taklif berbentuk suruhan dan taklif berbentuk larangan. Taklif berbentuk suruhan dinyatakan

melalui tuntutan kefardhuan ibadah khusus berupa amalan fardu dan amal soleh. Sementara

taklif kedua dihubungkan dengan tegahan yang bersangkutan dengan penggunaan anggota

24 Ibid, h. 173-226
25 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan
insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.8, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada
http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf

11
lahir manusia yang tujuh. Pembangunan ibadah menurut pandangan pengarang kitab ini

menekankan tumpuan ketaatan yang dituntut secara zahir terhadap anggota tujuh yang

terdapat pada jasad manusia yang ingin dibangunkan iaitu mata, telinga, lidah, perut,

26
kemaluan, tangan dan kaki.

5. Pembangunan Rohani dan Akhlak

Pembangunan akhlak sesama insan dan pembangunan akhlak dangan Allah SWT merupakan

dua bentuk pembangunan yang diklasifikasikan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki

maslakil-muttaqin ini. Sifat-sifat kesejahteraan hati insan yang dizahirkan oleh akhlak luaran

adalah satu bentuk pembangunan akhlak semasa manusia. Manakala pembinaan sifat-sifat

mulia yang tertanam di dalam hati adalah bentuk pembangunan akhlak dengan Allah SWT.

Pembangunan rohani dan akhlak modal insan dibincangkan dalam konteks maksiat

batin diklasifikasikan kepada sepuluh sifat kekejian yang menjadi halangan kepada

pencapaian kesejahteraan. Perkara yang boleh membangun kerohanian umat Islam

termasuklah amalan ibadat, zikir, munajat, doa, tawakal, Qiamullail, mujahadah, membaca al-

27
Quran dan sebagainya mampu meningkatkan pembangunan kejiwaan umat Islam.

26 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan


insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.10, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada
http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf

27 Ab Aziz Mohd Zin et al,(2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.246

12
Syeikh Abdul Samad al-Falimbani membentangkan secara teoritikal bahawa seseorang

insan boleh dibangunkan bagi mencapai kesejahteraan dan kedamaian hidup yang hakiki

28
dalam kitabnya Hidayah al-Salikin .

Sepuluh sifat ini dibincangkan secara terperinci di bawah sepuluh bab yang meliputi sifat

gemar kepada makan, gemar kepada bercakap, marah, hasad dengki, bakhil dan kasihkan

harta, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, takabbur dan membesar diri, ujub dan riya.

Sementara sifat kepujian yang membantu melonjakkan kesejahteraan ialah taubat, khauf

(takut), zuhud, sabar, syukur, ikhlas dan benar, tawakal, mahabbah (kasihkan Allah), redha

29
dan mengingati mati.

6. Pembangunan Adab Sosial

Adab adalah natijah isi kerohanian seseorang insan. Hasil daripada ketulusan dan kejernihan

hati budi seseorang akan dimanifestasikan melalui adab sopan dan tingkah laku yang telus

ikhlas. Perbincangan prinsip kesejahteraan dalam aspek pembangunan sosial yang

dibincangkan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin ini dibahaskan

30
melalui lima tahap aturan adab iaitu:

i. Adab berhubungan dengan Allah SWT.

28 Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi
Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah.

29 Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi
Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah, hal. 175-251 Rujuk juga Al-Sheikh
Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, (2006), Mauizhoh al-Mukminin min Ihya Ulumuddin, Dato
Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, h.677-1488.

30Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan.
Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.14, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada
http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf

13
ii. Adab berinteraksi dalam keluarga

iii. Adab dalam lingkungan pendidikan

iv. Adab bersama sahabat

v. Adab terhadap masyarakat Islam

MATLAMAT PEMBANGUNAN MODAL INSAN

31
Terdapat dua matlamat Pembangunan Modal Insan :

1. Mencapai mardhatillah.

2. Mencapai kesejahteraan dan kedamaian hidup.

Kesejahteraan menjadi satu prinsip asas yang mendasari konsep pembangunan modal

insan berteraskan Islam. Kesejahteraan dan kedamaian dalam maksud al-falah merupakan

matlamat kedua selepas mencapai mardhatillah. Seseorang individu yang tidak berpegang

kepada prinsip kesejahteraan dan kedamaian bukan sahaja gagal membangunkan akal,

jiwa dan dirinya di dunia tetapi turut gagal menempatkan dirinya dalam golongan orang

yang mendapat hasanah di alam akhirat.

31 Shohana h.1-3

14
Allah SWT mengurniakan alam ini dengan pelbagai kenikmatan bagi memenuhi
keperluan insan. Oleh itu, pembangunan fizikal dengan pelbagai ilmu keduniaan dan
32
kemahiran penting dalam memakmurkan dunia. Perancangan fizikal juga boleh
menyumbang ke arah pendidikan insan dari aspek fizikal dan juga rohani. Antara tindakan
33
fizikal yang boleh membantu ke arah pembinaan insan adalah seperti berikut:

1. Pembinaan kemudahan tempat ibadat, masjid, pusat pendidikan, perpustakaan, taman-


taman riadah, tanah perkuburan, kawasan perniagaan, kawasan perumahan dan
kemudahan-kemudahan lain yang sesuai dengan sifat manusia yang memerlukan
pegangan agama, ilmu pengetahuan, pembangunan minda dan pengisian dari segi
rohani.

2. Memelihara alam sekitar daripada kemusnahan sebagai usaha menjaga dan


menghargai anugerah Pencipta yang mempunyai hikmah dalam segala ciptaannya.

3. Bentuk perancangan yang meletakkan elemen-elemen utama seperti masjid dan


institusi pendidikan di tempat yang menjadi tumpuan dan menghadap ke arah kiblat
sebagai elemen yang mengingatkan manusia kepada Pencipta.

4. Menyediakan elemen dan kemudahan-kemudahan yang dapat menjalin hubungan


yang dapat menjalin hubungan yang rapat sesama manusia dalam persekitaran
kejiranan yang bersesuaian serta mewujudkan peraturan bagi memastikan hak-hak
orang lain dihormati seperti dewan komuniti.

32 Ab Aziz Mohd Zin et al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
h.245

33 Laman web rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang, Dimuat Turun pada, Oktober 29,
2013,
Daripada :
www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_05PembangunanInsan.htm

15
5. Penerapan nilai-nilai kerohanian dalam pembinaan bangunan-bangunan dengan
menyediakan ruang-ruang ibadat yang khusus di bangunan-bangunan pejabat,
kompleks membeli-belah dan tempat tumpuan rekreasi.

34
KEPENTINGAN DAN CIRI-CIRI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Modal insan tidak saja harus dibangunkan dengan prinsip-prinsip nilai yang
berasaskan agama semata-mata tetapi memerlukan olahan bijaksana bagaimana cabaran
perubahan hari ini dapat dibentuk sesuai dengan acuan kita sendiri. Faktor nilai adalah faktor
yang amat penting dalam proses membangunkan modal insan.

Oleh itu, nilai moral, etika dan akhlak iaitu standard atau prinsip untuk mengukur dan
menghukum sama ada sesuatu perlakuan dan tujuan itu wajar atau tidak dinamakan sebagai
keputusan etika. Nilai yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan
kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab, amanah dan jujur yang mendorong
rakyatnya berganding bahu membangun negara atau tamadun.

Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus,
benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan
juga kepada orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika, dalam erti
kata bahawa segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan
tujuan untuk mendapatkan keredaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan,
pujian dan pengiktirafan daripada manusia.

Selain itu, akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku yang baik
adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan

34 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah
kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat
24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.7-8 , Dimuat Turun pada Oktober
29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad

16
keredaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta bagi semua makhluk. Oleh itu konsep akhlak
mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Khalik Pencipta segala
makhluk. Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang
membuahkan dalam perlakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani. Akhlak sangat penting
untuk dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan
pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu
kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya memacu dan
membina tamadun manusia.

35
MODAL INSAN : CABARAN DAN PENYELESAIAN

Dalam membangun modal insan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh
masyarakat masa kini. Antara cabaran-cabarannya ialah:

a) Amalan rasuah yang masih menjadi amalan dalam sesetengah organisasi yang akan
melemahkan sistem pengurusan.

b) Jenayah berat yang kian meningkat seperti membunuh, merompak, merogol sering
menjadi bahan berita utama di media massa sama ada cetak atau elektronik. Ini menunjukkan
bahawa manusia sudah tidak mempunyai moral atau muflisnya nilai harmoni dalam diri
masyarakat itu sendiri.

c) Hubungan kekeluargaan yang kian renggang. Manusia kini kurang mementingkan


hubungan kekeluargaan. Kejadian penderaan anak-anak kecil, dicabul dan dirogol kini
menjadi semakin serius. Hal ini terjadi kerana nilai dan perasaan kasih sayang sudah pudar
dan terhakis dalam konteks hubungan kekeluargaan.

35 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar,ibid , h.8-12

17
d) Terdapat segolongan manusia yang begitu rakus menebus tanah untuk pembangunan. Ini
kerana manusia sangat mementingkan pembangunan fizikal tanpa mengambil kira
kepentingan pembangunan mapan. Kegiatan pembalakan dan pembersihan hutan untuk
menjalankan projek pembangunan tidak memberi pertimbangan kepada keceriaan dan
keseimbangan alam sekitar. Dalam erti kata lain, konsep pembangunan mapan tidak
dilaksanakan dengan sewajarnya.

e) Kadar pengangguran di kalangan siswazah menjadi isu negara. Pengangguran siswazah


menjadi salah satu isu penting negara. Kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah
kerana kekurangan pelbagai kemahiran generik yang dikehendaki oleh pihak industri atau
organisasi. Di samping itu, siswazah kurang berkemahiran dari aspek komunikasi, kerja
berpasukan, kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran teknologi maklumat dan sebagainya.

PENYELESAIAN KEPADA CABARAN

Setiap cabaran atau masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya.
Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan insan semestinya
memerlukan kepada sifat-sifat mahmudah seperti sikap amanah, tanggungjawab, toleransi,
ilmu pengetahuan agama yang mantap serta hubungan kasih sayang antara manusia dengan
Pencipta dan hubungan yang baik antara manusia sesama manusia. Sebagai contoh, dalam
pembangunan masyarakat kini nilai-nilai dan sikap amanah perlulah diterapkan dalam diri
masing-masing. Ini kerana selagi umat Islam memelihara amanah Allah S.W.T maka akan
lurus segala amalan dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Pekerja adalah pemegang
amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya. Antara tonggak penting bagi seorang
pekerja yang baik ialah:

a) Kemampuan melaksanakan kerjanya.


b) Amanah dalam melaksanakan kerjanya.

18
Amanah adalah sifat terpuji dan terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik
yang mesti dimiliki oleh setiap individu, apalagi bagi mereka yang diamanahkan dengan
sesuatu tanggungjawab dan sering berurusan dengan orang lain. Dengan adanya sifat amanah
dan tanggungjawab serta ikhlasnya seseorang itu bekerja kerana Allah, dengan pastinya
masalah rasuah, curi tulang, penipuan, pecah amanah dan sebagainya tidak akan berlaku pada
masyarakat kini. Selain itu, antara penyelesaian kepada kebahagiaan rumah tangga yang
harmoni adalah melalui penekanan dari aspek agama, kerohanian, jasmani yang menjadi
landasan utama.

Segala aktiviti hidup dan aspek kehidupan manusia mestilah didasarkan kepada sifat
takwa, kerana ia merupakan tujuan akhir dan punca segala bentuk aktiviti dan tingkah laku.
Sifat ini juga merupakan kunci keberkatan rezeki, keamanan, kemakmuran, ketenteraman dan
kesejahteraan. Takwa mengatur kebudayaan iaitu perhubungan manusia dengan tuhan,
hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungannya dengan alam sekeliling.

Selain itu, penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah pada


hari ini adalah berdasarkan kepada kualiti modal insan yang bergantung pada kekuatan ilmu
dan kecanggihan keterampilan yang dimiliki oleh seseorang. Ilmu merangkumi bidang yang
luas dan pelbagai. Orang yang berilmu akan cenderung untuk melaksanakan apa yang
dimilikinya. Berilmu dengan ilmu dengan erti kata bekerja, berakhlak dengan akhlak yang
baik, melaksanakan ajaran Islam mengikut apa yang diajar oleh Islam. Menyedari kehidupan
yang sementara ini, manusia hendaklah menggunakan masa yang ada untuk seluruh
kehidupan mereka. Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi insan seperti
akal, hati, jasmani dijadikan kekuatan mengurus diri dengan masa yang ada. Masa yang ada
digunakan untuk belajar, bekerja, berkeluarga, bermasyarakat hingga tercapai matlamat
kehidupan yang sebenar.

Elemen lain ialah menggunakan akal fikiran dengan sebaik mungkin. Akal yang
sempurna berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah mampu meletakkan manusia menjadi
khalifah (pentadbir) alam dengan sebaik mungkin. Penggunaan akal yang maksimum mampu

19
untuk menjadikan manusia berjaya di dalam perkara yang dilakukannya. Firman Allah SWT
yang berbunyi:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang
yang berakal;

(Al-Quran, surah Ali Imran (3) : 190)

PENUTUP

Kesimpulannya, elemen pembangunan Insan adalah merupakan nadi utama dalam


kerangka menjana kesejahteraan masyarakat. Pembangunan insan melalui dimensnya yang
tersendiri adalah satu kekuatan yang mampu merubah seluruh kehidupan ke arah kebaikan
dan kebahagiaan yang sebenarnya. Dalam konteks ajaran Islam, insan adalah modal
terpenting yang perlu dibangunkan segala kapasitinya demi untuk menjana dan
membangunkan peradaban umat secara total. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam
konteks membangunkan modal insan hakikatnya potensi insan tetap mampu dibangunkan
melalui proses pendidikan dan pembangunan yang bersifat menyeluruh. Kejayaan dan
kesejahteraan masyarakat dan umat mesti dicipta dan dijana berasaskan kepada keutuhan dan
kekuatan ajaran Islam itu sendiri. Justeru, pembangunan modal insan perlu dipastikan terus
menjadi teras dalam mengupayakan masyarakat ke arah nilai kesejahteraan yang sebenarnya.

20
BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Mohd Zin, (2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Ab Aziz Mohd Zin et. al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya

Asmawati Suhid, (2007), Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal
insan, Jurnal Pengajian Umum, bil.8, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Dimuat Turun
pada Oktober 25, 2013, Daripada
www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20asmawati%20_%20167?78.pdf.

Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM).

Abdul Aziz Mohd Zin,(2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Abdul Karim Zaidan Dr, (2011), Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam, Kuala Lumpur :
Pustaka Salam.

Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, (2006), Mauizhoh al-Mukminin


min Ihya Ulumuddin, Dato Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka Fajr,

21
Dr. Teuku Iskandar, (2002), Kamus Dewan, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Fathiyah Mohd Fakhruddin, Norhayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd Mutalib, (2011),
Profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan berkualiti dan
seimbang, Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011, Serdang :
Universiti Putera Malaysia, Dimuat turun pada Oktober 29, 2013 , Daripada
www.scribd.com/doc/174140705/160-317-1-SM

Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah
kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan
Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan
Sharif Ali, Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada
http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad

Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan


pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25
Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat turun pada
Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf

Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin,


Ahmad Fahmi Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah.

Rujukan laman web :

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dimuat Turun pada, Oktober
29, 2013, Daripada
www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_05Pembanguna
nInsan.htm

22
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Dimuat turun pada Oktober 29, 2013, Daripada:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan

23

Anda mungkin juga menyukai