Anda di halaman 1dari 40

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

PENGENALAN DAN PRAKATA Kejayaan sesebuah tamadun negara amat berkait rapat dengan pelaksananya iaitu manusia. Manusia adalah sumber utama dalam menentukan kegemilangan sesebuah tamadun. Oleh itu manusia adalah modal yang paling berharga bagi sesebuah negara. Maka ianya juga disebut sebagai modal insan. Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk mengajar kepada manusia bagaimana untuk menjadi modal insan yang berkualiti. Allah S.W.T yang menjadikan manusia, sudah tentu mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia. Oleh sebab itu di antara ciri-ciri yang dinyatakan di dalam Al-Quran untuk menjana modal insan yang berkualiti ialah menguasai ilmu, berfikiran luhur, memiliki akhlak tinggi, bertoleransi, mempunyai daya saing dan sebagainya. Unsur kerohanian merupakan asas pembangunan modal insan yang wajar diberi keutamaan dalam kehidupan manusia. Manusia dapat meraih kemuliaan, kebesaran dan kebahagiaan dunia dan akhirat dengan beribadah kepada Allah S.W.T. Ini adalah kerana sifat semulajadi manusia memerlukan Tuhan-Nya. Matlamat tamadun tidak pernah ditujukan kepada kemajuan sains dan teknologi dan segala prasarana, peralatan dan pembinaan fizikal yang terhasil darinya, tetapi penyempurnaan hakikat manusia dan mendedahkan beberapa tajuk penting seperti konsep, ciri- ciri, dasar-dasar, prinsip-prinsip, matlamat, sumber-sumber dan keistimewaan pembangunan tamadun. Ini bertujuan untuk mengembangkan ilmu ketamadunan demi memajukan ilmu pengetahuan seluruhnya dengan menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dan kemahiran berfikir. Begitu juga untuk membekalkan bakal pendidik dengan ilmu pengetahuan dan ketahanan diri yang membolehkan mereka memahami serta menghadapi pergolakan dunia dan cabaran sesama. Seterusnya untuk melahirkan bangsa yang bertamadun tinggi dan sanggup memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan yang luhur dan murni. Justeru itu pembangunan modal insan melalui tamadun dalam pendidikan guru dapat merealisasikan pembangunan modal insan sejagat. Pembangunan modal yang seimbang berdasarkan kehendak agama Islam menjadikan umat Islam dihormati oleh penganut agama lain. Kehidupan umat yang berpaksikan keagamaan dan mencontohi ketamadunan lampau turut menjadikan mereka umat yang akan dijadikan contoh teladan yang terbaik. Begitu jugalah bagi bakal guru, memahami peranan dan fungsi ketamadunan merupakan aspek terpenting untuk melahirkan dan membangunkan modal insan guru yang seimbang dan bertepatan dengan kehidupan beragama. Dalam mengejar kemajuan, pengimbangan antara pencapaian jasmani atau fizikal dan kerohanian perlu diberi penekanan. Sekiranya tidak berjalan serentak, maka berleluasalah perkara yang tidak diingini gejala keruntuhan akhlak, moral dan jenayah.

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

ISI KANDUNGAN PERKARA Pengenalan Dan Prakta Isi Kandungan Tajuk Tugasan Pendahuluan Maksud Tamadun Ciri-Ciri Tamadun Matlamat Tamadun Istilah-Istilah Tamadun Perbincangan Tajuk Tugasan Huraian Tasawur Islam Konsep Asas Tamadun Islam Pencapaian Tamadun Islam Interaksi Antara tamadun Islam Dengan Tamadun Lain Kesimpulan Lampiran Bibliografi 20 32 36 37 40 11 15 4 5 6 7 HALAMAN 1 2 3

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

TAJUK TUGASAN Tamadun Islam dan Tamadun Asia dapat menerapkan nilai-nilai tolak ansur dan berbangga terhadap inspirasi negara untuk membangunkan kehidupan yang harmoni melalui pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan kenyetaan berikut bincangkan perkara berikut:1 Menghuraikan tasawur Islam 2 Menghuraikan konsep asas tamadun Islam 3 Menghuraikan pencapaian tamadun Islam 4. Membincangkan interaksi antara tamadun Islam dan tamadun lain 5. Kesimpulan

1.0 : PENDAHULUAN 1.1 : Maksud Tamadun Tamadun adalah produk daripada tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan. Dalam konteks ini, manusia adalah pemain utama dalam menghasilkan sesebuah tamadun. Perspektif Islam meliha tbahawa makhluk manusia sememangnya disediakan oleh Allah dengan

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

kelengkapan yang cukup untuk melaksanakan tugas sebagai pembina tamadun. Namun, tinggi atau rendah kualiti sesebuah tamadun yang terbina akan bergantung sepenuhnya kepada nilai peribadi manusia itu sendiri. Oleh itu, perspektif Islam melihat manusia yang jati dirinya berpaksi pada aspek kerohanian dirinya itu, mestilah ditarbiyah secukupnya agar dapat dihasilkan peribadi-peribadi berakhlak mulia yang teguh imannya dan sentiasa melakukan amal soleh. Dan dari peribadi-peribadi berakhlak mulia inilah, perspektif Islam melihat, akan dapat digantungkan harapan bagi menghasilkan tamadun berkualiti tinggi yang boleh menjamin kesejahteraan hidup alam seluruhnya. Hal seumpama ini telah dihasilkan secara konkrit oleh umat Islam dalam zaman kegemilangan tamadun Islam satu masa dahulu. Tamadun secara mudah boleh ditakrifkan sebagai suatu hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan (al-Buti 2004). ini bermakna bahawa sesebuah tamadun tersebut muncul hasil daripada berlakunya tindak balas manusia terhadap alam semesta dalam proses manusia menjalani kehidupan harian mereka di planet bumi ini. Bagaimana manusia mengurus dan mengendalikan kehidupan menerusi interaksi mereka dengan pelbagai unit alam semesta yang wujud di sekitar diri mereka sehingga mereka dapat mempertahankan survival dan kelangsungan hidup mereka, maka dari situlah lahirnya tamadun. Yang cukup jelas di sini ialah bahawa makhluk manusia merupakan pemain utama dalam proses pembinaan sesebuah tamadun. Hanya mereka memerlukan umur atau kesempatan hidup serta alam semesta yang tersedia untuk boleh dipergunakan dalam proses pembinaan tersebut. Oleh itu elemen pembinaan sesebuah tamadun yang asasi ialah: Makhluk manusia, kehidupan mereka dan alam semesta. Dan dalam tulisan ini elemen-elemen utama ini, khususnya watak utamanya iaitu makhluk manusia akan cuba dianalisis daripada perspektif islam. penganalisisan ini bermaksud untuk memperjelas hakikat betapa sesebuah tamadun yang berkualiti tinggi, bermanfaat dan berupaya menabur rahmat dan keselesaan untuk kehidupan alam seluruhnya, sebenarnya boleh muncul di alam realiti. itulah tamadun islam yang satu ketika dahulu pernah muncul dan menabur baktinya kepada alam sejagat. Mekanisme pembentukannya jelas terungkap dalam risalah yang dibawa oleh rasul agung, Muhammad S.AW. 1.2 : Ciri-Ciri Tamadun 1.2.1 : Keagamaan Keagamaan merupakan teras utama tamadun di mana agama yang bertunjangkan akidah, syariah dan akhlak menjadi asas penting dalam tamadun Islam. Akidah yang bertunjangkan tauhid sebagai teras

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

1.2.2 : Sejagat ( universal) Tamadun tidak terikat dengan lokasi geografi dan bangsa tertentudan tidak dibatasi sempadan politik dan budaya. Wujud di seluruh dunia dan lingkungan umat yang berpegang kepada al-Din di man jaminan terhadap 5 perkara asas adalah universal 1.2.3 : Terbuka Menerima tamadun lain yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Iktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam dalam negara Islam. 1.2.4 : Sepanjang Zaman Perkembangan tamadun tiada sempadan waktu dan zaman. Menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah Islam. 1.2.5 : Toleransi Bertoleransi terhadap sistem kepercayaan atau kebudayaan lain. Masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan Islam bebas mengamalakan agama dan kepercayaan mereka. 1.2.6 : Kesatuan dan Kepelbagaian Semua bentuk pencapaian dan kemajuan dalam tamadun Islam kesemuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah mengesakan Allah. Segala kemajuan yang dihasilkan

dalam tamadun Iadalah untuk kembali kepada Yang Maha Agung, Pencipta Seluruh Alam.
1.2.7 : Keseimbangan Perkembangan tamadun merangkumi tiga sifat iaitu : Material, Spiritual dan Intelektual 1.3 : Matlamat Tamadun Matlamat tamadun Islam yang pertama ialah menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. dalam agama Islam, terdapat rukun Islam dan rukun iman yang setiap penganut agama Islam patuhi dan ikuti. Bagaimana dikatakan menjaga hubungan dengan Allah. Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T ialah boleh dibuktikan dengan melakukan ibadat yang telah ditetapkan dan meninggalkan larangan yang telah termaktub di dalam al-Quran. Hubungan ini boleh dipelihara jika kita tidak mengingkari suruhan dan larangan Allah S.W.T. Hubungan ini merupakan hubungan yang melibatkan hubungan hamba dengan Pencipta. Ibadat-ibadat yang

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

boleh dilakukan antaranya ibadat umum dan khusus. Dengan melakukan ibadat ini, kita dapat mendekatkan diri Pencipta dan kita akan sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita akan lakukan kerana kita memepunyai Pencipta yang akan menghakimi setiap tindaktanduk yang kita lakukan. Oleh itu, hubungan ini merupakan hubungan yang paling tinggi dan mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain. Dengan menjaga hubungan kita dengan Pencipta ini, kita dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana mendapat keberkatan dari-Nya. Matlamat seterusnya ialah menjaga hubungan manusia dengan manusia. Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T dari satu keturunan iaitu nabi Adam a.s. kita di dunia ini merupakan keluarga. Jadi kita perlu menjaga hubungan sesama kita kerana kita adalah saudara yang datang dari satu jiwa. Justeru dalam perhubungan kita seharian perlulah mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman, pergaduhan malah hubungan yang wujud dalam setiap kehidupan sama ada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan tolong-menolong dan hormat menghormati. Dalam konteks agama Islam terdapat sistem kemasyarakatan. Ini menunjukkan bahawa, Islam mementingkan kemasyarakat dalam menjamin kesejahteraan hidup di dunia ini. Sekiranya kita hidup dalam masyarakat dan saling bantu-membantu dan hormat-menghormati, kita akan disenangi oleh masyarakat dan kita mudah untuk meminta bantuan mereka sekiranya menghadapi masalah. Ini adalah kerana masyar akat muslim adalah masyarakat yang ter bentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik. Semua kita adalah sama dan mengapa kita perlu membangga diri dengan orang lain, kerana kita dari satu keturunan yang sama. Janganlah hubungan dengan manusia lain agar hidup kita lebih selesa. Matlamat pembinaan tamadun Islam adalah untuk melahirkan manusia yang mempunyai kepercayaan yang betul iaitu percaya kepada kekuasaan Allah S.W.T. selain itu, matlamat tamadun Islam juga adalah untuk melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistem sesuai dengan setiap tempat, masa dan keadaan. Selain daripada itu, matlamatnya ialah melahirkan manusia yang dapat bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Seterusnya adalah untuk melahirkan manusia yang kenal dirinya dan arah tujuan. Matlamat pembinaan tamadun Islam ini juga adalah selari dengan penurunan kitab-kitab Allah dan pengutusan par a rasul-Nya iaitu untuk melahirkan manusia yang mentauhidkan dan mengabdikan Allah dalam seluruh kehidupannya, melaksanakan tanggungjawab dengan
6

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

sebaiknya serta mendapat keampunan dan keredhaan Allah S.W.T. 2.0 : ISTILAH-ISTILAH TAMADUN 2.1 : Menurut Bahasa Arab 1. Istilah Hadharah

Perkataan Hadharah berasal daripada perkataan yang membawa maksud suatu wilayah, daerah, kota,

hadhara, yahdhuru, hadhratan

bandar, kampung atau tanah yang diusahakan (mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam).Istilah ini digunakan abad ke-2H oleh Jamil Nakhlah Mudawwar Malek ben Nabi yang sering berada di tahap maju. 2. Istilah Umran

Perkataan Umran ini adalah berasal daripada amara ,

di mana ianya bererti kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur. Istilah ini dikemukan oleh Ibnu Khaldun dalam kitab al-Muqaddimah Li Kitab al-Ibar abad ke-14. Istilah ini juga adalah sama dengan pengertian tamadun pada abad ke-20 yang diterjemahkan oleh Prof Franz Rosenthal; umran sebagai urbanization dan tamadun sebagai civilization. Ciri-ciri umran menurut Ibn Khaldun adalah seperti berikut : a. pegangan agama yang kuat b. sistem kenegaraan yang tersusun rapi. c. Kehidupan cara bandar. d. Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi. e. Kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka. Walaupun kedua istilah Umran dan Hadharah nampak berbeza tetapi menurut M.A.Beg keduanya boleh dipadukan. 3. Istilah Madaniah

Istilah Madaniah berasal daripada perkataan madinah bermaksud memperhaluskan budi bahasa dan

yang bermaksud bandar. Maddanna

memperelokkan tingkah laku dan juga membuka dan membuat bandar. Manakala Madani pula adalah pembangunan bandar dan perbuatan memperhalus budi pekerti. Perkataan Maddana atau Madani berasal dari deen bermaksud agama atau kehidupan

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

beragama.

Wujud pertalian dengan civilization di mana tamadun

muncul berkembang di bandar-bandar. Istilah ini muncul abad ke-20M dengan maksud tamadun tapi pernah digunakan Abu Nasr al-Farabi pada abad ke-4H sekadar maksud bandar atau kehidupan kota. Istilah madaniyyah yang membawa maksud tamadun jelas dikemukan oleh Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh. Menurut Muhd. Farid Wajdi, suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrustruktur. 4. Istilah Tamadun

Perkataan Tamadun berasal daripada perkataan tamaddana yang bermaksud memiliki ciri-ciri hidup bandar atau memiliki sifat keinsanan sejati atau bertamadun. Istilah ini digunakan abad ke-20M oleh Jurji Zaidan : tamadun ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu peringatan dan suatu sistem rekod yang nampak berdasarkan nota bertulis. Menurut Uthman El-Muhammady istilah tamadun asal dari kata madana yang bererti membina sesuatu bandar atau sesuatu kota, atau seorang atau masyarakat yang mempunyai peradaban. Oleh itu perkataan tamadun boleh diertikan kepada keadaan hidup seseorag bermasyarakat yang bertambah maju ke hadapan.

5.2 : Menurut Bahasa Inggeris


a. Istilah Culture

Istilah ini dikemukan oleh Prof Dr Arnold J. Toynbee yang bermakna

civilization yang secara langsung memberi gambaran kepada fikiran mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengan agama, senibina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat.
b. Istilah Cilivization

Berasal dari perkataan Latin civitas bermaksud kota

atau city. Istilah ini mula diungkap pada abad ke-18M dan digunakan dalam buku-buku Inggeris pada abad ke-19M. Ini menunjukkan sebelum abad 19M tiada bukti yang jelas bahawa penulis Barat mempunyai pemahaman yang tepat dengan maksud

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

civilization.Dari sudut etimologi ia berkait rapat dengan urbanization .

Nourouzzaman as Shiddiqi M.A :

culture

bererti

kebudayaan dan civilization

bererti peradaban. Istilah culture lebih luas berbanding

istilah civilization sebagaimana berikut :


i.

Maksud culture : akal budi manusia yang bersifat batiniah yang mendorong manusia mencipta sesuatu seperti kesusasteraan, kesenian, agama, akhlak dan pembangunan-pembangunan yang lain untuk meningkatkan pencapaian kehidupan manusia yang lebih baik. Jadi culture yang bermaksud kebudayaan ini adalah perkembangan intelektual yang memimpin ke dalam kehidupan dari pelbagai lapangan.

ii.

Maksud

civilization : pengolahan akal budi dalam bentuk

lahiriyah sahaja seperti mendirikan bangunan pencakar langit, mengirim satelit ke angkasa dll. Jadi civilization yang bermaksud peradaban mengandungi erti hanya meningkatkan kemajuan dalam perkembangan sosial semata-mata. 3. Istilah menurut Sarjana Barat

Jacqueta Hawkes berpendapat tamadun ialah kualiti tinggi yang dimiliki sesuatu

masyarakat dan ianya diwarisi oleh orang Roman, bandar ciri terpenting. Tamadun juga merupakan teras penilaian Barat, contoh orang Sepanyol jajah bandar orang Aztec anggap mereka telah bertamadun kerana telah wujud bandar dengan segala kemudahan asas.

Collingwood pula mengatakan tamadun adalah satu proses bagi mencapai tahap

kehidupan civil atau untuk menjadi civil (sopan) yang menghasilkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu yang memiliki kehalusan budi.

Samuel Johnson memberi pendapat tamadun adalah keadaan yang bertentangan

dengan kehidupan biadap (barbaric), iaitu mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi.

Gordon Childe memberitahu tamadun memberi penekanan terhadap pencapaian

material. Kewujudan bandar sebagai pengukuran tamadun. Pada awalnya beliau berpendapat tamadun mempunyai maksud sama dengan revolusi perbandaran. Kemudian
9

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

terima hakikat bandar hasil dan simbol kepada revolusi perbandaran, bermaksud tamadun telah ada sebelum munculnya bandar.

Dr Albert Schwetzer tamadun adalah keseluruhan kemajuan manusia dalam setiap

tindakan dan pemikiran yang membawa penyempurnaan kerohanian.

E.B. Taylor tamadun dan budaya sama kedudukan iaitu merangkumi keseluruhan

pencapaian manusia (pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan). Terdapat juga ahli sosiologi berpendapat pertumbuhan bandar bukan ukuran utama mendefinisikan istilah tamadun atau civilization kerana terdapat tamadun tinggi yang muncul tanpa kewujudan sebuah bandar dalam erti kata sebenar contohnya Tamadun Mesir. 2.3 : Menurut Bahasa Melayu 1. Istilah Kebudayaan Abu Bakar Hamzah : tamadun sama dengan kebudayaan. Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. 2. Istilah Peradaban Dr Ismail Hamid dan Muhammad Uthman ElMuhammadi : peradaban itu adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat.

3. Istilah tamadun

Mengikut Kamus Dewan : tamadun adalah suatu

keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik dang yang tinggi peradabannya. Istilah tamadun sendiri paling luas dan tepat dengan maksud yang dikehendaki dari istilah lain. Secara kesimpulannya, dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam
10

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

tafsirannya tetapi nampak jelas kelihatan ianya menunjukkan saling memperkuat dan memperkukuhkan di antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari prespektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun konsep ketamadunan yang sering difahami masyarakat manusia sekarang lebih menjurus kepada perkara berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata (material) dan lebih buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan dengan simbol-simbol kemewahan. Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun. Bolehlah diringkas bahawa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan samada berbentuk material mahupun spiritual.

3.0 : PERBINCANGAN TAJUK TUGASAN 3.1 : Huraian Tasawur Islam Islam sebagai Ad-Din yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya. Oleh itu Islam merangkumi aspek aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad, dan bermacam lagi. Di sini diselitkan beberapa takrif berkenaan dengan tasawwur Islam tersebut : 3.1.1 : Aqidah

Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia tanpa ada sedikit keraguan terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar dan pokok ajaran Islam dan seruan yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: Bermaksud:sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang rasul supaya mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut (Surah An Nahl ayat 36)
3.1.2 : Ibadah

11

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang esa dalam seluruh aspek kehidupan, dalam erti kata yang lain seluruh pekerjaan dan amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengikut syariat Islam, maka ia dinamakan ibadah. Firman Allah swt: Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengbdikan diri kepadaKu (Surah Az Zariyat ayat 56) 3.1.3 : Syariah

Iaitu perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia dan tidak boleh diubah dengan apa cara sekalipun. Syariat Islam memelihara lima prinsip; iaitu agama, nyawa, maruah, akal dan harta. 3.1.4 : Akhlak

Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah bawaan sifat jiwa yang tersembunyi atau melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang bersifat takalluf (sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang sebenar bukan ia berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa tertentu. Akhlak ialah satu ajaran daripada Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku manusia dan ia mempunyai tempat yang tinggi dan pengaruh yang besar dalam gerakan dakwah kerana akhlak yang baik merupakan besi magnet kepada Islam. Memahami Tasawur Islam untuk dihayati dalam kehidupan releven dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek percaya kepada Tuhan serta seimbang dan harmonis. Percaya kepada Tuhan dan patuh kepada perintah-Nya akan melahirkan insan yang berupaya untuk mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan kepada agama, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara. Justeru itu, penekanan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang ini dilihat perlu untuk melahirkan insan seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek. Mempunyai Tasawur Islam yang jelas adalah sangat diperlukan kerana ia merupakan ciri-ciri untuk menjadikan seseorang insan itu seimbang dan harmonis. Percaya kepada Tuhan dan patuh kepada perintah-Nya akan melahirkan insan yang berupaya untuk mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan kepada

12

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

agama, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara. Menurut Tajul Ariffin (1998) pembangunan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dilihat perlu dibangunkan seiring dengan paradigma tauhid yang dapat diintegrasikan dengan kurikulum pendidikan dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang terdapat dalam Rajah 1. Ini adalah sekaligus apa yang dinyatakan adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rajah 1 : Model Pembangunan Insan Berteraskan Paradigma Tauhid Dapatan kajian juga menunjukkan objektif Pendidikan Islam memahami dan menghayati konsep dan ruang lingkup ibadah dalam Islam serta dalam kehidupan seharian juga releven dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek percaya kepada Tuhan, unsur rohani dan seimbang serta harmonis. Justeru itu, penekanan objektif Pendidikan Islam kepada aspek ini akan melahirkan pelajar yang jiwa mereka yang sentiasa taat kepada suruhan dan perintah Allah S.W.T. Tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah adalah untuk mengabdikan diri atau beribadat kepada Allah. Untuk melaksanakan ibadah pula, perlu kepada ilmu supaya ibadah dapat dilaksanakan dalam keadaan yang sempurna. Ibadah tidak akan meninggalkan kesan kepada individu dan masyarakat sekiranya tidak dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Justeru itu, untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, seimbang dan harmonis seperti mana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka ibadah adalah terasnya. Penekanan aspek ibadah dalam kurikulum akan melahirkan pelajar yang sentiasa bersih, menjaga masa, menjaga peraturan serta teliti dalam melaksanakan sesuatu perkara. Keadaan ini akan dapat

13

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

membina kesedaran dalaman atau batinnya supaya sentiasa mengingati Allah di mana sahaja mereka berada. Hasrat ini juga selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana unsur rohani yang menekan adanya Pencipta dan tanggungjawab mengikuti serta melaksanakan segala ajaran agama. Pembentukan sesebuah negara yang bertamadun dan masyarakat bermula dari pembentukan sebuah keluarga. Untuk menjamin sesebuah keluarga itu terbentuk dengan sihat dan mulia ianya hendaklah dibentuk atas asas kekeluargaan yang baik mengikut landasan dan aturan yang ditetapkan oleh Islam. Justeru itu bertepatan dengan apa yang terdapat falsafah pendidikan iaitu keperluan untuk pelajar memahami konsep pembentukan keluarga dan menangani permasalahan dalam kehidupan berkeluarga. Perkara yang sama juga terdapat dalam FPK yang mahu melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Istilah Tasawur Islam adalah merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam penggunaan masyarakat Islam di Malaysia. Tasawur bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud; dikhayalkan Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat

Tasawur juga bererti menghasilkan rupa sesuatu dalam akal. Pengertian kalimah Tasawur berbeza-beza mengikut disiplin ilmu yang tertentu. Tasawur di sisi ahli falsafah bermaksud suatu bentuk pemikiran yang tergambar dalam akal manusia mengenai alam dan kehidupan. Ahli psikologi pula berpendapat bahawa Tasawur ialah menggambarkan tentang suatu perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya. Terdapat percubaan untuk memelayukan istilah Tasawur Islam seperti menterjemahkannya kepada ' Pandangan Hidup Islam' yang merupakan terjemahan istilah Inggeris iaitu Islamic World-View. Walau bagaimanapun Prof. Dr. Harun Din berpendapat adalah lebih baik istilah Tasawwur Islam dikekalkan mengikut sebutan asal bahasa Arab yang maksudnya lebih tepat. Tasawur amat penting dalam kehidupan manusia kerana sikap dan tindakan adalah lahir dari tasawurnya terhadap kehidupan ini. Tasawur yang betul akan melahirkan tindakan yang betul.

14

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Begitu juga jika sebaliknya. Perbezaan tasawur adalah berpunca daripada banyak aspek antaranya ialah latarbelakang pendidikan yang mempengaruhi penguasaan ilmu seseorang terhadap Islam. Oleh yang demikian, Islam telah memberi perhatian yang berat terhadap pendidikan. Ini adalah untuk memastikan setiap insan mempunyai tasawur dan pengetahuan yang jelas terhadap hakikat kehidupan di atas muka bumi ini. 3.2 : Konsep Asas Tamadun Islam
3.2.1 : Konsep manusia

Islam melihat dari 2 sumber iaitu naqli dan 'aqli. Sumber Naqli : Terdapat dalam quran di 16 surah dan 34 ayat disebut tentang penciptaan manusia. Sumber aqli : dariapada kajian sains moden tentang pusingan terjadinya bayi dalam kandungan. : Konsep Masyarakat Sekumpulan manusia yang hidup bersama dengan mengamalkan peraturan tertentu. Masyarakat Islam tertegak di atas landasan utama :- Akidah, Syariah, Akhlak dan Tradisi Sendiri

3.2.2

3.2.3 : Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Konsep kesepaduan dan pengawalan oleh ajaran Islam yang menekankan hubungan manusia dengan Allah berkait erat dengan hubungan manusia dengan manusia.. Begitu juga pembangunan kebendaan berkait erat dengan kerohanian. Segala kemajuan dan kegiatan manusia sehari-hari, seperti perniagaan mestilah mengikut aqidah, syariah dan akhlak Islam. Walaupun berjual beli merupakan kegiatan antara sesama manusia tetapi ia tidak terlepas daripada kawalan Ilahi. Ringkasnya, tamadun Islam adalah tamadun terpimpin. 3.2.4 : Konsep Kemajuan

Pembangunan Islam mengutamakan aspek kerohanian, tanpa mengabaikan aspek kebendaan. Islam mengambil berat pembangunan bidang-bidang ekonomi dan pendidikan. Pendidikan ke atas seorang insan ditekankan semenjak sebelum ia dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya. Di dalam menjalani kehidupan, diperintahkan supaya memantapkan ekonominya. Nyatalah,

15

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

kedua-dua bidang ekonomi (kebendaan) dan pendidikan (kerohanian) dititikberatkan oleh Islam, tetapi pendidikan lebih diutamakan. Tamadun atau ketamadunan lazimnya dikaitkan dengan sekumpulan manusia atau masyarakat yang kompleks yang mengusahakan pertanian, perdagangan dan yang tinggal di bandar-bandar. Tamadun secara harfiah ertinya berada di tahap maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian objektif ialah satu perhimpunan fenomenakemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke generasi lain dalam satu masyarakat. Manakala pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan yang liar atau ganas atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi. Bentuk ideal kehidupan itu adalah adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dipegang. Satu tamadun akan mengalami tiga peringkat iaitu : a. Peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat kemuncak b. Peringkat beku dan menurun c. Peringkat keruntuhan dan kemusnahan 3.2.5 : Berteraskan Al-Quran

Al-Quran merupakan sumber utama tamadun Islam. Al- Quran daripada sudut bahasa bermaksud bacaan dan perkataan Al-Quran berasal daripada perkataan arab al-qiraah. Manakala daripada sudut istilah Al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat jibrail, ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya. Al-Quran juga merupakan mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah S.W.T sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak Allah S.W.T. Al-Quran dijamin oleh Allah S.W.T terpelihara sehingga hari kiamat. Al-Quran juga terpelihara dari sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh manusia atau jin. Syariah yang dibawa dalam Al-Quran lengkap dan menyeluruh untuk semua manusia, masa, suasana, tempat dan zaman. Ini menunjukkan bahawa Al-Quran bersifat menyeluruh dan lengkap untuk semua tidak mengira masa, tempat dan keadaan. Dalam al-Quran bukan sahaja mengatur cara hidup untuk diri individu malah meliputi keluarga, jiran, negara, ekonomi, teknologi dan antarabangsa. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam al-Quran telah meliputi segala aspek untuk membina sesebuah
16

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

tamadun yang lengkap dan sempurna. Keunggulan Al-Quran bergantung kepada mukjizat bahasanya yang indah dari segi balaghahnya (retorika). Perkara ini diakui oleh sasterawan Arab jahiliah yang sangat mahir dengan balaghah. mereka sendiri gagal untuk menandingi keindahan masih sejak ia diturunkan hingga ke hari ini. Keluasan dan kedalaman ilmunya tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Masih banyak ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran yang belum dihurai oleh manusia. Tamadun Islam tegak di atas dasar Ilahi yang terpancar di dalam Al-Quran mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum untuk membimbing manusia bagi mencapai perhubungan dan kesempurnaan hidup. Ia juga merangkumi konsep ketuhanan, pengetahuan tentang perkara ghaib, asas pandangan, moral, fakta-fakta sains, sejarah manusia dan lain-lain lagi. Oleh itu, Al-Quran menjadi dasar utama pembentukan tamadun Islam. Al-Quran merupakan sumber yang lengkap untuk kehidupan setiap pengikutnya. Al-Quran juga telah menceriatakan segala perkara yang berlaku sama yang telah, semasa atau akan datang. Hal ini boleh menjadi peringatan kepada pengikut-pengikut supaya sentiasa tidak lupa kepada pencipta mereka. Al-Quran bertindak sebagai penghubung manusia dengan perkembangan selaras dengan kehidupan dan senantiasa memenuhi keperluan manusia serta mampu menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. 3.2.6 : Berteraskan As-Sunnah

As-sunnah merupakan segala yang disandarkan kepada Rasullulah S.A.W sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Telah diriwayatkan daripada Rasullulah S.A.W oleh para sahabat , tabiin dan seterusnya sehingga ditulis oleh ulama Hadis. As-sunnah melengkapi Al-Quran dengan 4 cara iaitu yang pertamanya mentafsirkan hal yang umum seperti cara menunaikan ibadat sembahyang, zakat, haji dan lain-lain lagi. Seterusnya, membataskan hukum yang belum ditetapkan batasnya oleh Al-Quran. Seterusnya ialah mengkhususkan sesuatu hukum yang umum. Yang terakhir ialah menjelaskan hukum Al- Quran. Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah dalam membina masyarakat dan kerajaan di dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, pendidikan dan hubungan sosial berasaskan akidah, syariah dan akhlak telah menjadi contoh dalam pembinaan tamadun Islam ini. As-sunnah menjadi ikutan manusia memandangkan Rasullullah merupakan idola kepada manusia dari dahulu sehingga kini. Sebagai contoh yang mudah, mengajar solat, mengaji dan sebagainya merupakan amalan yang mudah diajar melalui pemerhatian manusia lain kepada Rasul S.A.W junjungan kita. As-sunnah diperlukan untuk menghuraikan prinsip
17

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

dan konsep umum dan menyeluruh dari Al-Quran. Selain itu, as-sunnah juga bertindak sebagai pentafsir Al-Quran. Hal ini kerana, ayat Al- Quran adanya berbentuk umum dan mutlak. Oleh itu, memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah S.A.W kerana tanpa perntafsiran itu sukar untuk umat Islam memahaminya. Selain daripada itu, as-sunnah juga berperanan dalam tambahan hukum Al- Quran. Al-Quran bersifat umum, prinsip, konsepsi dan menyeluruh. Ada juga cabang hukum yang tidak disentuh oleh Al-Quran. Sebagai contoh hukum anak binatang yang masih didalam kandungan ibunya, apabila ibunya disembelih seperti lembu. Kemudian rasulullah S.A.W telah menjelaskan seperti berikut: Sembelihan janin (anak dlm kandungan)mengikut sembelihan ibunya. Ini bermaksud, telah berlaku penambahan hukum Al-Quran yang menghalalkan sembelihan binatang ternakan iaitu anak yang masih berada dalam kandungan ibunya sebagai halal dimakan apabila ibunya disembelih mengikut syarak. As-sunnah menjadi pelengkap kepada hukum-hukum yang belum dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran. As-sunnah juga menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan dengan perintah dan larangan Allah di dalam Al-Quran. Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihurai dan diperincikan oleh as-Sunnah. Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka. Sesuatu pembaharuan yang dibuat boleh dikatakan tamadun, tetapi tidak boleh digolongkan sebagai tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-sumber ini. Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan Al-Quran dan as-Sunnah. Daripada AlQuran dan As-Sunnah dicer akinkan akidah, syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para ulama selepas baginda.

3.2.7

: Al-ijma dan Qias

Ijma ialah kata sepakat semua ulama Islam yang mujtahid pada suatu masa selepas wafatnya Rasulullah S.A.W mengenai sesuatu hukum syariah. Terdapat 2 jenis Ijma iaitu sarih dan sukuti. Bukan ijma sahabat sahaja tetapi ijma sekalian mujtahid yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti samada menger jakan ibadah ataupun dunia. Qias pula ialah menyandarkan sesuatu yang tidak belum ada hukumnya kepada sesuatu yang sudah ada hukumnya daripada nas oleh persamaan illah iaitu sebab musabab. Qias mengembalikan cabang kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama. Mengembalikan

18

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

dalam ayat di atas bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yang kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis Nabi S.A.W menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum maka hukumnya sama. Ijma dan qias merupakan sumber hukum yang digunakan oleh ulama mujtahid di dalam menetapkan sesuatu permasalahan. Qias merupakan salah satu cabang daripada ilmu mantiq yang diguna pakai oleh ulama dalam memahami Al-Quran dan Al-Hadis yang jawamiul jawaamik. Untuk mudah difahami ialah perkataan yang sedikit tetapi membawa maknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas pengertian begitu juga dengan kalam Nabi S.A.W yang kita panggil sebagai hadis atau sunnah sehingga jika dikumpul tafsiran basmalah sahaja sudah tentu kita tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkan sebulan Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa yang disebut secara zahir di dalam Al-Quran tanpa merujuk kepada makna disebaliknya sedangkan al-Quran merupakan panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman akan ada hukum baru atau hukum kontemporari maka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias menggunakan akal tetapi ia disyaratkan selari dengan Al- Quran dan Al-Hadis kerana hukum asalnya terdapat di dalam Al-Quran tetapi diqiaskan perkaraperkara yang baru kepada hukum yang sudah ada di dalam Al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan tadi. Inilah yang dikatakan ijma dan qias menjadi sumber tamdun Islam. Hal ini kerana, sesebuah tamadun akan berkembang dari masa ke semasa jadi, akan timbul pelbagai permasalahan yang baru yang memerlukan ulamak menentukan hukum. Oleh itu, hukum-hukum baru boleh ditentukan dengan menggunakan qias. Dengan cara ini, segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah. 3.3 : Pencapaian Tamadun Islam 3.3.1 : Sains Dan Teknologi (Astronomi, Fizik, Biologi, Matematik, Seni Bina) Tokoh Astronomi Islam a. Al-Battani

19

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat. b. Al-Khawarizmi Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari. c. Ali bin Abd Rahman atau Ibn Yunus Beliau menerbitkan satu jadual yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mengikut satu artikel dalam (David A King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun.Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh it sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Beliau juga telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810 Masihi).Hasil kajian Ibn Yunus menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S Newcomb (1878) dan R Newton (1970), yang diguna pakai sehingga hari ini.

d. Nasiruddin al-Tusi Beliau merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China. e. Ibn al-Zarqiyali

20

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat. f. Al Bategnius

Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun (Turki) dan mati di Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan lintang buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat. Bukunya Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Karangan karangan beliau yang lain ialah Zaiju al Ralqani" , Syarah Arbauu Maqolat Li Batlimous", Kitab Ta dil Kawakib" , Kitab Marifatul Matoliu al Buruj fima Baina Arbai al Falak"dan beberapa rencana di bidang geografi. Beliau merupakan seorang yang genius dalam bidang astronomi Islam kerana mampu menyatukan ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori astronomi sehingga digelar Batlimous Arab. Tokoh Fizik Islam a. Ibn Haitham (965-1040 M) Nama sebenar beliau ialah Abu All Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham.Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah. b. Al-Biruni (973-1048M) Nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Ketika

21

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi dimana manafaatnya dapat kita kecapi hari ini. c. Suhrahwadi Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik Tokoh Biologi Islam Biologi adalah ilmu mengenai kehidupan (kaji hayat). Berasal dari kata Yunani, Bios yang berarti hidup atau kehidupan dan Logos artinya Ilmu. Ilmu biologi berurusan dengan ciri-ciri fisik dan perilaku makhluk hidup pada masa sekarang dan masa lalu, bagaimana mereka tercipta dan interaksi antara sesama mereka dan dengan alam sekitar.Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Bidang ini telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi biak-baka. Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu. Tokoh Matematik Islam a. Al-Khawarizmi

Nama sebenar beliau ialah Mohammad Bin Musa Al-Khawarizmi (Meninggal 840 M). Beliau dikenali di Barat dengan nama Algorizm, Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm..beliau amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas kepada ilmu algebra, malah nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau Al-Jabr wal-Muqabilah.

22

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khwarizmi. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. b. Umar al-Khayyam telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam memuatkan pecahanpecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam bentuk graf. c. Al Bironi dan Trigonometri Beliau menetapkan panjang sendeng bulatan1/10 lalu menentukan kosain dan seterusnya menjelaskan sendeng yang baki. Beliau juga mencipta kaedah untuk mengira ukur lilit bumi yang dinamakan kaedah Al Bironi. 3.3.2 : Perubatan a. Ibnu Sina

23

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi : a. Kuat atau denyutan yang lemah. b. Masa antara denyutan. c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai

24

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M. b. Abu Al-Qasim Khalaf Pakar Bedah Muslim Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu Qasim telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus, pembuluh-pembuluh darah dan otot-otot. Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Abu Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman Azija an at-Talif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian. Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu, beliau menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang yang remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku itu kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah. Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan lain di Eropah. Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik adalah di negaranegara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160 mempunyai lebih daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan. Dr. Donald Campbell dalam bukunya, Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages, mengakui bahawa buah fikiran Abu Qasim banyak dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Di Eropah, beliau pernah menerima pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi tinggi seperti mana Galen dan Hippocrates. Sehingga abad ke-15, silibus pelajaran media di Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu karya Abu Qasim iaitu Kitab al-Masnur. Sebahagian daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke dalam bahasa Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-Sharavii(1519). Bukunya

25

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

yang lengkap mengenai ulasan pembedahan, Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine Cura Johannis Channing, telah diterbitkan di Venice pada 1479, Basla (1541) dan Oxford (1778). Karyanya yang lain ditemui dalam buku History of Medicine jilid I oleh M.Neuberger pada 1910 dan Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku Geschichte der Arabischen Literatur jilid I pada 1898. d. Ar-Razi Pakar Farmasitikal Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya. Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut. Ini dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al Habsah. Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu farmasi: a. Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut b. Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat c. Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka

26

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini: "Komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan". Beliau juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan hanya membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu sendiri".

3.3.3 : Psikologi dan Falsafah Tokoh Psikologi Islam a. Al-Farabi Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan pengembangan zuriat (breeding mechanism). Menurut Al-Farabi lagi, akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah,kebaikan dan kesempurnaan jasmani. daya kekuatan yang kedua ini akan hancur jasad ditelan bumi sedangkan daya kekuatan yang pertama akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat b. Ibnu Sina Terdapat tiga bahagian roh iaitu roh manusia, roh haiwan dan roh tumbuh-tumbuhan yang mempunyai daya kekuatan masing-masing. roh manusia menurutnya adalah unik kerana keupayaan roh untuk hidup tanpa jasad. Tetapi mustahil jasad hidup tanpa roh kerana sekiranya roh memisahkan dirinya dari jasad, jasad akan menjadi mayat. c. Ibnu Rusyd Dalam karya agungnya al-Tahafut menyatakan bahawa roh membolehkan jasad seseorang itu Hidup apabila mati, roh itu akan terus hidup dalam alam kerohanian yang tidak berbentuk kebendaan. Pada hari kiamat kelak, hanya roh sahaja yang akan dibangkitkan kembali, sedangkan jasad telah menjadi tanah tetap musnah d. Imam Ghazali

27

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Menjelaskan bahawa rohanilah yang menguasai jasad manusia menganggap bahawa jasad manusia dengan segala anggotanya merupakan tentera kepada hati dan rohani manusia karyanya Ihya Ulumuddin telah membezakan roh dan jasad manusia. Menurut Ghazali, terdapat tiga unsur di dalam roh manusia iaitu al-qalb (hati), al-nafs (nafsu) dan al-aql (akal). Di dalam hati menurutnya, sifat semula jadinya cintakan kebaikan. Nafsu pula mempunyai dua unsur kekuatan iaitu kebaikan dan kejahatan yang mempengaruhi hati Akal pula berfungsi untuk mencari kebenaran. ilmu bagi membersihkan hati ke arah kebaikan dan

Tokoh Falsah Islam a. Al-Kindi Orang pertama dalam Islam membincangkan falsafah sebagai suatu ilmu yang tersendiri. Falsafah Al-Kindi membincangkan tentang :

Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam Kegiatan Tuhan berkembang di antara langit dengan Jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan Jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit, bintang Jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi manusia Kemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat dicapai Orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan

bumi dan planet-planet di angkasa lepas bersifat dualisme

dalam dunia akal budi keamanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T dan ilmu tentang alam semesta kebebesan itu harus memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan

b. Al- Farabi

28

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr al-Farabi (870-950 M) dan dikenali di dunia Barat dengan panggilan Alpharabius mempelajari falsafah daripada Yuhanna Ibnu Khailan dan berminat dengan falsafah yang dikemukakan oleh Aristotles. Berpendapat bahawa kebenaran yang sempurna dan mutlak adalah berdasarkan kepada akidah Islamiah. Berpendapat bahawa seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politikmencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan. Antara buku-buku yang masyhur ialah seperti alMahaniyatul Fadhilah (bidang politik), Bandar yang Ideal (al-Madinah al-Fadila) dan Bandar Kerajaan (al-Siyasah al-Madaniyyah). c. Al-Ghazali Nama sebenarnya Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al- Ghazali. Merupakan tokoh falsafah Islam yang paling agung berjaya menggabungkan antara falsafah dan tasauf dengan akidah, syarak dan akhlak. Karyanya yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin. Kitab Ihya disusun di dalam empat bahagian iaitu Ibadat, Adat, Muhlikat dan Mujiat. Dalam kitab ini beliau telah menghubungkan ilmu lahir dengan ilmu batin dan ilmu fekah dengan tasawuf merupakan pandangan al-Ghazali mengenai akhlak hasil daripada penyelidikannya bertahuntahun lamanya. Kitab-kitab lain Al-Ghazali ialah Mizan al-Amal, Al-Arbain, Minhajul Abidin dan banyak lagi.

3.3.4 : Politik Dan Ekonomi a. Ibn Khaldun Ibn Khaldun secara umumnya diiktiraf sebagai pengasas dan bapa sosiologi dan sains sejarah. Beliau paling dikenali kerana Muqaddimah Ibn Khaldun (Pendahuluan Ibn Khaldun) beliau yang masyhur itu. Abd al-Rahman ibn Muhammad, umumnya dikenali sebagai Ibn Khaldun sempena seorang leluhur yang jauh, dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1332M) dalam sebuah keluarga kelas atasan yang berhijrah dari Seville, al-Andalus (Sepanyol semasa dalam pemerintahan orang Islam). Leluhur beliau adalah Arab Yaman yang menetap di Sepanyol pada permulaan pemerintahan Islam dalam kurun ke-8. Ibn Khaldun menjalani kehidupan politik yang aktif sebelum beliau akhirnya berhenti untuk menulis karya besar beliau mengenai sejarah yang terkenal itu. Beliau bekerja untuk pemerintah-pemerintah di Tunis dan Fez (Morokko), Granada (al-Andalus) dan Biaja (Afrika Utara). Pada tahun 1375, Ibn Khaldun merentas ke al-Andalus (Granada) sebagai seorang yang letih dan kecewa hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kekacauan di Afrika Utara.
29

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Malangnya, disebabkan sejarah politik beliau yang lalu, pemerintah Granada mengusir beliau. Beliau kemudian kembali ke Algeria dan menghabiskan empat tahun dalam pengasingan di Qalat Ibn Salamah, sebuah kampung kecil. Semasa di Qalatlah beliau menulis Muqaddimah, jilid pertama sejarah dunia beliau yang meletakkan beliau di tempat abadi di kalangan sejarawan, sosiologis dan ahli falsafah. Ketidaktentuan karier berterusan disebabkan rusuhan di Afrika Utara. Akhirnya, beliau menetap di Mesir yang beliau habiskan 24 tahun yang terakhir. Di sini, beliau hidup dalam keadaan terkenal dan dihormati, ditandai dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim mazhab Maliki. Beliau juga memberi syarahan di Universiti al-Azhar. Ibn Khaldun paling masyhur dengan buku beliau Muqaddimah (Pendahuluan). Ia adalah masterpiece dalam kesusasteraan mengenai falsafah sejarah dan sosiologi. Tema utama dalam karya besar ini adalah untuk mengenali fakta-fakta psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa semasa dalam sejarah. Beliau menganalisis daya gerak hubungan perkauman dan menunjukkan bagaimana rasa perkauman (syub al-asabiyyah) dapat menghasilkan kenaikan tamadun dan kuasa politik baru. Beliau mengenal pasti ulangan hampir berirama bagi kebangkitan dan kejatuhan dalam tamadun manusia, dan menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepadanya. Pandangan-pandangan revolusi Ibn Khaldun telah menarik perhatian sarjana-sarjana Muslim dan juga ramai pemikir Barat. Dalam kajian sejarah beliau, Ibn Khaldun adalah peneroka dalam mensubjekkan laporan-laporan sejarah kepada dua kategori asas iaitu akal, dan undang-undang sosial dan fizikal. Beliau mengetengahkan empat perkara penting dalam kajian dan analisis laporan sejarah seperti berikut: (1) Mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat (2) Membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang (3) Mengambil kira kesan persekitaran (4) Mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi

Ibn Khaldun menerokai kajian kritis terhadap sejarah. Beliau menyediakan kajian analisis mengenai tamadun manusia, permulaannya, faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhannya. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu sains baru: sains kemajuan sosial atau sosiologi, seperti mana yang kita panggil sekarang. Ibn Khaldun menulis: Saya telah menulis sebuah buku mengenai sejarah yang dalamnya saya bincangkan sebab-

30

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

sebab dan akibat-akibat kemajuan negara-negara dan tamadun-tamadun, dan saya mengikuti satu kaedah yang tidak lazim dalam menyusun material buku tersebut, dan saya mengikuti satu kaedah baru dan inovatif dalam menulisnya. Dengan memilih kaedah analisis tertentu beliau itu, beliau telah mencipta dua sains baru: historiologi dan sosiologi serentak. b. Ibn Qayyim Falsafah Ekonomi Islam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan tentang konsep kekayaan dan kemiskianan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadl dan riba al-nasiah, dan mekanisme pasaran. Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu `Abd Allah Muhammad b. Abu Bakr b. Saad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan dengan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M di tempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-faraid.

Ibn Qayyim dalam penulisannya juga telah menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan falsafah ekonomi Islam iaitu konsep manusia Islam ('homo islamicus') dan manusia bukan ekonomi ('non homo economicus'), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti-aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu, dan peranan kerajaan dalam ekonomi. Dalam hal ini, Ibn Qayyim menggariskan asas kepercayaan Islam bahawa setiap manusia bertanggungjawab membimbing diri sendiri ke arah menjadi hamba Allah yang baik dan Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan petunjuk. Dalam pengajian ekonomi, manusia digambarkan sebagai manusia yang sifat, gelagat dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, dan menjadikan keuntungan sebagai asas penting dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul. Sebaliknya nilai-nilai etika yang yang di amalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat akan

31

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan masyarakat akan hidup mewah. Selain itu, Ibn Qayyim menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan individu jika individu berkenaan menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat. Dalam hubungan ini, Ibn Qayyim telah memetik sepotong hadith Rasulullah S.A.W. mengenai seorang hamba (harta) yang dimiliki bersama oleh beberapa rakan kongsi (tuan) yang hendak dibebaskan oleh salah seorang daripada tuannya, sedangkan tuan-tuan yang lain tidak bersetuju dengan pembebasan tersebut.

Jelas, beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim tersebut merupakan antara prinsip dan teras ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.

3.4 : Interaksi Antara Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain 3.4.1 : Kepimpinan Faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun di Asia. Ini kerana seandainya pemimpin atau raja bersikap adil dan toleran, maka interaksi akan berlaku dalam aman dan damai. Fenomena sebaliknya akan berlaku seandainya pemimpin bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi kepada rakyat jelata. Sejarah telah membuktikan dua sikap berbeza di kalangan para pemimpin seperti contoh di bawah:

Nabi Muhammad SAW: Tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah, sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.

Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul di India: Bertoleransi kepada penganut Hindu malah pegawai dilantik dari kalangan mereka.

Terdapat juga contoh pemimpin yang tidak bertoleransi seperti yang dapat dilihat pada Sultan Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut Hindu. Demikian juga dengan Han Wu Ti dalam Dinasti Han telah melaksanakan dasar memihak kepada cendikiawan Konfusianisme berbanding sami Buddha.

32

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

3.4.2 : Sikap Golongan Agama Faktor ini menjadi tunggak kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni. Golongan ini wujud dalam setiap masyarakat beragama tamadun Asia. Golongan agama dalam Tamadun Islam dimiliki oleh para ulama. Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu disandang oleh minoriti kasta Brahmin. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didokong oleh sami. Golongan agama dalam fahaman Krisitian pula dikuasai oleh paderi. Kesemua golongan agama berusaha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan sifat keinsanan. Sebagai contohnya, sikap dan akhlak mulia yang dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu memudahkan berlakunya interaksi dan Islamisasi. Mereka telah berjaya memberi tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar kepada penduduk Alam Melayu. Mereka juga telah membentuk pendidikan formal dengan mendirikan beberapa institusi yang dikenali dengan pelbagai nama seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh). Hasilnya, muncul ramai ulama di rantau Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan lain-lain. Walaupun ada sikap sesetengah golongan agama yang mencetuskan konflik namun tragedi ini tidak mengguris sedikit pun martabat agama dalam pemikiran masyarakat Asia. Agama dan golongan penguasanya tetap berada pada kedudukan yang tinggi. Antara contoh sikap golongan agama yang mencetuskan konflik seperti tindakan Paus Urban II sama ada mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M. Beliau menyeru penganut Kristian supaya memerangi orang Islam yang dikatakan bertindak zalim pada penganut Kristian. Demikian juga sikap seorang pemerintahan Dinasti Han yang menangkap dan memenjarakan segolongan sami dan penganut Buddha. Kedua-dua tindakan pemimpin ini telah mencetuskan konflik dalam masyarakat.

3.4.3 : Kedudukan Geografi Kedudukan geografi melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah membuktikan kedudukan geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Contoh berikut memperlihatkan peranan geografi: i. Cina - Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana terdapat 2 laluan iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan jalan laut. Laluan perhubungan ini telah menyebabkan
33

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Cina mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun 3 Masihi lagi. Laluan sutera darat ini telah menghubungkan Cina dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina. Laluan ini membolehkan kedua negara ini berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan. Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal Cina telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi. ii. Pelabuhan Melaka - Kedudukan geografi yang strategik dan terlindung dari angin monsun menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgah di pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka. 3.4.4 : Perkahwinan Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun Asia. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi dengan pedagang Arab sahingga terdapat sebilangan pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam Melayu dalam beberapa waktu sementara menunggu angin monsun. Secara tidak langsung perkembangan ini telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu. Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis tempatan yang dikahwini pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

3.4.5 : Perdagangan Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun. Sebagai contohnya hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan telah terjalin sejak 3 Masihi lagi dan semakin rancak pada abad 8 Masihi. Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan seperti di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow. Mereka juga telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah ini.

34

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Contoh lain ialah interaksi yang terjalin antara tamadun Alam Melayu di Asia Tenggara dengan negara Arab. Jalinan ini berlaku secara tidak langsung apabila pedagang Arab yang menuju ke Cina terpaksa singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke Cina atau pulang ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan interaksi baru di rantau Alam Melayu. Hal yang lebih menguntungkan ialah berlakunya proses Islamisasi di pelabuhan ini sebagaimana catatan Marco Polo tentang pengislaman Perlak pada tahun 1292 M. Para pedagang telah berjaya menarik minat penduduk Perlak terhadap Islam dan akhirnya mereka bersediaanutan baru ini. Kejayaan para pedagang yang boleh dikatakan sebagai serampang dua mata banyak bergantung kepada keyakinan mereka kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Sampaikan dariku walaupun satu ayat." Selain itu, wujud juga interaksi antara Tamadun India dengan rantau Alam Melayu sejak kurun pertama masihi lagi. Kesan interaksi ini menyebabkan nama wilayah Asia Tenggara dicatat dalam kitab Ramayana seperti isrilah Suvarnadvipa yang bermaksud Semenanjung Emas dan Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas. 3.4.6 : Misi Politik Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni sebagaimana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan Cina. Berdasarkan catatan sejarah Melaka hubungan diplomatik dengan Cina telah terjalin sejak tahun 1404 M. Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka telah menerima beberapa utusan dari Cina yang kemudiannya Melaka telah membalas utusan tersebut. Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari ancaman Siam. Persetujuan Cina terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu yang bertujuan politik secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya. 4.0 : KESIMPULAN Berdasarkan pandangan Dr Muhammad al-Bahiy salah seorang sarjana Islam berpandangan Tamadun Islam itu ialah produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain lagi. Jelas di sini, konsep tamadun bukan sahaja tertumpu kepada perkembangan material semata-mata,

35

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

malahan konsep tamadun itu bersifat universal mencakupi pembangunan insaniah. Justeru itu, bidang falsafah juga menyumbang kepada ketamadunan manusia. Kemunculan falsafah itu adalah selari dengan prinsip-prinsip kelahiran tamadun manusia yang mana pengalaman manusia itu berinteraksi dengan alam mengajar manusia itu menjadi kreatif. Hakikatnya Allah S.W.T telah menganugerahkan manusia itu dengan unsur-unsur kreativiti iaitu pancaindera bagi mengumpul maklumat, akal dan tenaga bagi menghasilkan sesuatu daripada maklumat yang dinilai. Sejajar dengan maksud falsafah itu berasal dari Bahasa Yunani iaitu cintakan hikmah dan ahli-ahli falsafah itu adalah mereka yang mencintai kebenaran dan hikmah di sampng berusaha untuk mendapatkannya. Bidang falsafah itu amat luar sekali, namun yang diutarakan dalam penulisan ilmiah ialah ilmu teologi, etika, mantik, estetika, metafizik dan psikologi. Sementra itu, bidang falsafah Islam merangkumi falsafah Islam kalamiyah. Falsafah Islam Masyaiyah, tasawur dan usul Fiqh. Sejarah membuktikan lahirnya tokoh-tokoh falsafah Islam seperti Ibn Ishaq Al-Kindi, AlFarabi, Ibn Sina, Ibn Rusy, Ibn Haitham dan Al-Biruni. Kehebatan Tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap Tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar, Tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun, tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialisktik iaitu kebendaan walaupun soal akhlak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat bangkit daripada tamadun Islam boleh disamaertikan dengan tamadun Islam.

LAMPIRAN Wilayah Tamadun Islam

36

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Peta 1 : Wilayah Abbasiyyah

Peta 2 : Perkembangan Islam di Semenanjung Iberia, Utara Afrika

Peta 3 : Perkembangan tamadun dan perniagaan di antara kuasa-kuasa Islam

Tokoh- Tokoh Tamadun Islam

37

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Tokoh 1 : Al-Khawarizmi

Tokoh 2 : Al-Farabi

Tokoh 3 : Ibn Haitham

38

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Tokoh 4 : Ibn Sina

Tokoh 5 : Al-Biruni

Tokoh 6 : Ibn Khaldun

BIBLIOGRAFI

Azhar Hj. Mat Aros. (2004). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan Kertas 2. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti.

39

TITAS (WAJ 3101)

PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU : IP TUN HUSSEIN ONN

Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Sukatan Pelajaran Tamadun Islam Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah). Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasnan Kasan, Nasruddin Yunos, Nazri Muslim. (2003). Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia A. Bangi : Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mustaffa Hj. Daud. (1991). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Muhammad Bukhari bin ahmad, Rosnanaini binti Sulaiman. (2007). Buku Teks SEJARAH Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Samsu Adabi Mamat, Wan Ramli Wan Muhamad. (2002). Cendekiawan Islam Perintis Peradaban Manusia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Teuku Iskandar. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wan Abdullah Wan Mahmood. (1991). Sejarah Tamdun Islam. Shah Alam : BIROTEKS Institut Teknologi MARA.

http://www.searchinpdf.com/TAMADUN-ISLAM-DAN-PERADABAN-MANUSIA www.google.com

40

Anda mungkin juga menyukai