Anda di halaman 1dari 4

1.

Menganalisis nilai-nilai kesejajaran Islam dan Cina sebagai salah satu sumbangan
kepada pembangunan sesebuah tamadun.
1.0 Pengenalan
Tamadun-tamadun awal manusia telah mencipta satu peradaban yang berjaya
mencatat sejarah gemilang sehingga peninggalannya masih dapat dilihat pada hari ini
walaupun beberapa daripada tamadun ini telah hilang seiring dengan peredaran zaman.
Tamadun-tamadun ini telah meninggalkan kesan yang begitu besar kepada peradaban
manusia hari ini dan yang akan datang. Interaksi antara tamadun terutamanya dilihat telah
membawa kepada kemajuan-kemajuan yang pelbagai kepada sebuah tamadun itu sendiri
termasuk dari segi kemajuan teknologi dan cara berfikir.
Kewujudan beberapa tamadun awal di pelbagai kawasan yang berbeza
sememangnya berkongsi satu ciri sepunya yang sama atau satu nilai kesejajaran di antara
satu sama lain walaupun terletak jauh antara satu sama lain. Tamadun-tamadun di sekitar
kawasan Asia terutamanya mempunyai ciri sepunya yang agak dekat dan boleh dilihat
dengan agak jelas. Ciri sepunya ini menjadi semakin jelas dengan wujudnya interaksi antara
tamadun-tamadun ini. Walaupun nilai-nilai kesejajaran ini tidaklah dipupuk secara tetap dan
jelas namun ianya berjaya wujud disebabkan terdapatnya persamaan antara tamadun ini
walaupun dengan ideologi yang berlainan.
Perbezaan terdapat dari segi fahaman, anutan, dan cara menunjukkan kefahaman
dan kepatuhan berdasarkan kepada latar belakang persekitaran dan pengalaman hidup
yang berbeza tidak menghalang untuk mewujudkan satu interaksi yang berjaya terjalin
secara harmonis kerana kewujudan sesuatu tamadun itu sendiri yang memmiliki etika dan
nilai pegangan mereka sendiri. Nilai-nilai kesejajaran ini telah memberi sumbangan kepada
pembangunan sesebuah tamadun. Kita akan menganalisis dengan lebih jelas mengenai
sumbangan nilai-nilai kesejajaran ini terhadap pembangunan sesebuah tamadun dengan
melihat melalui Islam dan Cina.
2.0 Nilai-nilai Kesejajaran Islam dan Cina Memberi Sumbangan kepada Pembangunan
Tamadun.
Islam dan Cina merupakan suatu budaya dan juga fahaman yang telah mewujudkan
tamadun yang cukup gah dan peninggalannya kekal hingga hari ini. Islam telah lahir di
Tanah Arab dengan turunnya wahyu kepada Nabi Muhammaad SAW di Gua Hira. Kelahiran
Islam telah membawa kepada perkembangan Tamadun Islam sehingga seluruh Tanah Arab
menjadi miliknya. Tamadun Islam juga terkenal sehingga ke eropah dan berjaya menguasai
Turki dan Sepanyol. Ajaran Islam ini turut tersebar hingga ke seluruh pelusuk Asia. Cina
bula bermula kewujudannya dengan lahirnya tamadun Hwang Ho di lembah Sungai Kuning.
Tamadun ini terus berkembang dan berjaya menjadi tamadun yang cukup terkenal di Asia
sehingga ke benua eropah terutamanya dalam bidang perdagangan.
Nilai-nilai kesejajaran sememangnya wujud diantara Islam dan Cina ini.
Alam Sekitar
Umum mengetahui bahawa, kebanyakan tamadun di dunia ini menjalani hidup
dengan alam sekitar Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang
diterima semua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat
sebagai tmgerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian
tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan
beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan
secara bertanggungjawab. Tetapi dalam Tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi
pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihat sebagai Divine Power.
Sungguhpun terdapat perbezaan ini, Tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak
memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini
mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun,
haruslah disedari bahawa penciptaan ~knologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh
pandangan semesta sesuatu pengamalan budaya.
Keluarga

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu ihayati
oleh Tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalah
keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa ang menentukan
kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. engamalan seperti ini telah
menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut
konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep kekeluargaan yang
paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan ~perti ini merupakan penafian
hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. :onsep kekeluargaan dalam pengajaran
Islam pula begitu mementingkan kasih sayang an hormat-menghormati. Be:rdasarkan
hakikat tersebut, bukanlah persoalan edudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam
sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan
tanggungjawab lasing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.

Kerajaan

Falsafah Tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak
sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui
peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil
merupakan tema utama Tamadun-tamadun silam. Dalam Tamadun China, tulisan Moh- Tze,
Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan
perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang
saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam
Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna. Kesetiaan kepada
raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting
kerajaan dalam Tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan
oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-
Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk
membetulkannya.

Pendidikan

Matlamat paling utama pendidikan dalam Tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan
sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang
begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner
Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-
agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui
pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui
pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke
tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam
transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi
sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Kesihatan

Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat
yang lain, konsep kesihatan dalam Tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan
daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan Tamadun-
tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna
suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam
sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa
segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep
holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan
keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh
badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan berTamadun, jelas bahawa teras kepada
konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam TamadunTamadun
tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan
tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus
kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu Tamadun dengan Tamadun
yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan
keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan
dengan ilmu Ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi
secara positif ke arah kehidupan
yang lebih saksama.

Anda mungkin juga menyukai