Anda di halaman 1dari 12

KEBUDAYAAN MELAYU DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Istilah ‘kebudayaan’ itu sendiri, Kamus Dewan memberikan definisi “cara hidup sesuatu
masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)” iaitu merujuk kepada keseluruhan cara
hidup manusa dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Mungkin
boleh menyatakan bahawa dalam zaman klasik, istilah kebudayaan itu tidak digunakan, dan
ditempatnya digunakan istilah ‘adat’. Dalam bahasa Inggeris disebut culture, yang merangkumi
seluruh cara hidup manusia, lahir batin, termasuk institusi-institusi yang diwujudkan dan juga
nilai-nilai, serta pengetahuan yang dihasilkan, termasuk alat-alat yang direkakan.

Antara pengertian yang menarik hati kita dalam memahami kedudukan kebudayaan dalam Islam
ialah pengertian millah sebagai agama, cara beribadat; ertinya manusia disebut serentak dengan
organisasi serta hukum dan tujuan keagaman dengan ibadatnya.

Islam sebagai al-din, iaitu agama dan tradisi sebenarnya menyelamatkan manusia sekarang oleh
kerana beberapa perkara:

1. Islam memberikan kepada insan huraian tentang perhubungan yang tepat antara manusia,
Tuhan dan alam sekitarnya, dan alam semesta seluruhnya.
2. Ia memberikan kepada manusia kaedah perlaksanaan tugas rohaniah, demi untuk
menjadikannya berjaya sebagai makhluk rohaniah serta berhubung dengan Tuhan yang
menjadikannya. Kebahagiaannya terletak pada perlaksanaan tugas rohaniah yang murni yang
menyelamatkannya.
3. Ajaran Islam dan budayanya membantu manusia dalam memberikan kepada
ajaran tentang kepentingan sifat-sifat keutamaan dan perlaksanaan sifat-sifat keutamaan itu
dalam diri dan kehidupannya; inilah yang menjayakan kebenaran dalam diri dan masyarakat
serta peradaban yang didukungnya.
4. Islam dan ajaran kebudayaannya memberikan kepada manusia aturan-aturan kehidupan
yang lengkap dari masalah-masalah sekecilnya, sampailah kepada masalah yang sebesarnya
melalui sistem syariat yang puncanya adalah transenden, berbeza daripada undang-undang
rekaan manusia yang tidak boleh mencapai darjah penghormatan sebagaimana yang boleh
didapati pada sistem yang transenden itu. Manusia boleh membina peribadi sebagai khalifah
Tuhan di muka buni serta membentuk kehidupan peradaban dan budayanya berdasarkan kepada
sistem yang lengkap itu. Inilah hadiah yang tidak terkira harganya untuk kemanusiaan dan rupa
sistem hidup yang lengkap yang perlu dijalankan oleh manusia untuk kebaikan sendiri, dan untuk
mengelakkan peradaban daripada menjadi mangsa kezaliman sistem dibentuknya sendiri serta
penyalahguna kekuasaan yang menindas manusia dari Timur sampai ke Barat.

Pada umumnya kebudayaan dibahagikan kepada beberapa bahagian atau bidang


dan ada juga yang menyebutnya sebagai cabang-cabang kebudayaan. Meskipun
pembahagiaan yang dibuat tidak seragam, ianya meliputi bidang-bidang ilmu
pengetahuan, falsafah, undang-undang atau politik, adat istiadat, kesenian, dan ekonomi.

Kebudayaan dan Tamadun

Menurut Mahmud Ahmad, kebudayaan berasal daripada perkataan budi' dan ' daya'. Budi
ialah perasaan yang baik, murni, dan dilahirkan menjadi perbuatan, amalan dalam kehidupan
iaitu djadikan salah satu daripada asas adat istiadat hidup sesuatu bangsa. Daya ialah akal fikiran
atau usaha yang ditujukan kerana mencapai budi yang suci dan murni. Apabila disebut
"kebudayaan', ianya membawa maksud perasaan hati yang dilahirkan untuk mengikat hidup
manusia dalam lingkungan kesucian, kesejahteraan, kehalusan dan keyakinan.

Usaha dan akal fikiran membentuk kesejahteraan, kemakmuran, kehalusan budi pekerti,
perikemanusiaan dan lain-lain lagi, sedikit demi sedikit menimbulkan cara-cara pemerintahan,
peraturan-peraturan dalam negeri, keamanan, perkumpulan dan lain-lain lagi, yang dinamakan
'tamadun' yakni satu peringkat hidup manusia yang mesti tahu apa kewajipannya kepada negeri,
peraturan hidup dalam masyarakat, dan kelangsungan hidup seperti rumah tangga, pakai patut,
makan minum dan hal kemajuan yang lain.

Tamadun telah menghilangkan cara kehidupan lama yang jahil dan menenggelamkan
zaman biadab, kemudian digantikan dengan zaman baru yang disebut zaman tamadun iaitu suatu
hal yang banyak sekali bersangkut paut dengan peraturan-peraturan kenegaraan yang disebut
pelajaran 'sivik'. Dengan huraian in dapat difahami bahawa tamadun itu berdasarkan kebudayaan
atau dengan kata lain, kebudayaan itu 'jiwa', manakala tamadun itu pula tubuh badannya". Pada
zaman ini, tamadun dunia yang tinggi sekali datangnya dari Barat atau lebih jelas lagi dari
Eropah Barat. Pengaruh ‘Tamadun Barat1’ boleh dikatakan meliputi seluruh dunia, padahal
seperti yang difahami 'bagus' bukan selamanya bererti 'betul'.

Menurut Mahmud Ahmad lagi, kebudayaan Melayu khasnya dan kebudayaan Timur
amnya berdasarkan kepada keyakinan jiwa, kepada kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa, bukan
semata-mata kepada falsafah kebendaan sahaja. Kalua falsafah ini ditunggalkan akan membawa
aliran yang merobohkan, bukannya membina.

Dunia hari ini menghadapi malapetaka menyebabkan manusia dilanda jalan buntu, tetapi
mereka masih dapat menembusi jalan buntu itu dengan kekayaan, kekuatan, dan mempunyai
keyakinan kepada Allah agar memberi petunjuk kepada barang siapa yang berharapkan petunjuk
daripada-Nya. Seperti firman Allah subahnahu wataal dalam surah Al- an’am ayat 88:
‫َو َل ْو َأ ْش َر ُك ۟ا َل َح َط َع ْن ُه َّم َك ُن ۟ا َي ْعَم ُل َن‬ ‫َش‬ ‫َّل‬ ‫َٰذ‬
‫و‬ ‫م ا او‬ ‫و ِب‬ ۚ‫ِل َك ُه َد ى ٱل ِه َي ْه ِد ى ِب ِه ۦ َم ن َي ٓاُء ِم ْن ِع َب اِد ِه ۦ‬

Tafsiranya : Yang demikian itu adalah hidayat Allah yang dengannya Dia mengurniakan petunjuk
kepada sesiapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hambaNya.

Adapun maksud kebudayaan melayu berdasarkan keyakinan kepada Allah dalam agama
islam. Oleh yang demikian, keadaan ini tidak membimbangkan walaupun dirempuh, dipengaruhi
oleh berbagai-bagai keadaan, kebudayaan Melayu tetap wujud hanya bentuknya sahaja yang
berubah mengikut peredaran masa, Perubahan itu menunjukkan ianya masih wujud, sekiranya
tidak berubah ia suatu benda yang mati atau sekurang-kurangnya seperti batu; sedang batu pun
berubah juga. Dasar semulajadi dalam kebudayaan melayu yang tidak berubah misalnya cita-cita
batin orang Melayu, perasaan hati orang Melayu, budi pekerti orang Melayu, bentuk rupa orang
Melayu: hidungnya, rambutnya, makanannya, kegemarannya, bahasanya dan lain-lain.

Ajaran Islam tidak pernah memaksa atau merosakkan cita kebangsaan yang tidak
menyinggung dasar-dasar Islam. Hingga hari ini tiap-tiap bangsa yang memeluk ugama Islam
kekal dengan bangsanya sendiri. Sebagaimana yang dikatakan bahawa masaalah kebudayaan

1
"Tamadun Barat' ialah mereka yang kuat bekerja, bersungguh-sungguh pada sesuatu cita-cita, tidak pernah patah hati, tidak pernah
putus asa dan beberapa banyak lagi ketinggian budi pekerti, ilmu pengetahuan yang patut menjadi ikutan.
ialah masaalah kehidupan lahir dan batin mengikut keadaan bentuk sesuatu bangsa. Kebudayaan
sekarang menentukan bagaimana corak kebudayaan yang dikehendaki. Usaha-usaha kebudayaan
adalah sebagai suatu alat yang dapat digunakan bagi menuju cita-cita bangsa yang kemudiannya
bole menentukan kedudukan bangsa kita dalam dunia internasional.

Takrif dan Huraian Kebudayaan Melayu

Kebudayaan merupakan suatu hal yang dipelajari disesuaikan dengan keadaan


disekelilingnya dan berubah dari semasa ke semasa. Kebudayaan satu corak susunan yang
berkaitan dengan pengetahuan, kepercayaan, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan hal-hal
lain yang kebiasaannya diamalkan oleh setiap masyarakat. Kebudayaan dalam masyarakat
Brunei mempunyai cabang yang luas antaranya adat istiadat yang dianggap sebagai teras
kebudayaan sepertimana pendapat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji
Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien bahawa, "Adat atau adat istiadat atau majlis
beristiadat mengandung adab, dan sabda Baginda lagi pada 22 jun 1986 bermaksud:

“Laila adat ialah sebahagian daripuda kebudayaan yang biasanya diamalkan dan menjadi
kebanggaan oleh sesebuah negera. lebilt-lebih lagi negara kita Brunei yang sedia Laila subur
dengan adar istiadat dan Kebudayaannya. Apa-apa yang merupakan kebudayaan itu ialah
terkandung ke dalam pengertian adab diperistiadatkan.

Brunei dalam soal ini ialah sebuah negara yang tua, yang cukup indah dalam sejarahnya
mempunyai adat istiadatnya yang rapus laila teratur.

Pengaruh Kebudayaan Asing

Masyarakat Melayu Brunei mempunyai sikap Keterbukaan terhadap pengaruh dan unsur
kebudayaan asing asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama Islam, bagi tujuan memajukan
dan mengelokkan budaya orang Brunei sesuai dengan keadaan zaman.

Dalam peribahasa orang Melayu terdapat rangkaian kata, 'Sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit'. Susunan kata ini melekat di lidah orang Melayu sejak lama. lanya mempunyai tujuan dan
maksud yang tersendiri dan digunakan sebagai perbandingan dan teladan. Ianya dijadikan salah
satu warisan orang Melayu dan cabang budayanya dikatakan sebagai peribahasa bidalan,
pepatah, perbilangan dan seumpamanya.

Maksud peribahasa 'Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit' ialah sesuatu yang dianggap
sebagai suatu kaedah yang berdikit-dikit tetapi berterusan. Ini adalah suatu kaedah bagi
perancangan jangka panjang dan sesuai dengan ajaran agama Islam yang menganjurkan supaya
sesuatu amal itu adalah lebih berkat jikalau ia diamalkan secara berterusan (konsisten) seperti
pepatah Melayu, umpamanya membuat ibadat sunat seperti, berzikir, bertahmid, dan bertahlil
jika ia diamalkan secara berterusan ianya akan memberi kesan yang lebih baik sepertimana yang
diamalkan oleh orang-orang Jepun yang sentiasa berusaha mencari dan menemui perkara baharu
atau proses baharu yang sentiasa dikumpulkannya sehingga menjadi banyak.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad ‫ﷺ‬

‫ َأ َح ُّب اَأل ْع َم ا َل ى الَّل ِه َت َع اَل ى َأ ْد َو ُم َه ا َو ْن َق َّل‬:‫عن عائشة قالت قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
‫ِإ‬ ‫ِل ِإ‬
Maksudnya: Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling
dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
(HR. Bukhari, no. 6465) Hadis Sahih.

Budaya Berfikir

:Firman Allah dalam surah Al-an’am ayat 32

‫َو َم ا ٱْل َح َيٰو ُة ٱلُّد ْن َي ٓا اَّل َل َو َل ْه ۖ َو َل لَّد اُر ٱاأَل َر ُة َخ ْي َّل يَن َي َّتُق وَن ۗ َأ َف اَل َت ْع ُل وَن‬
‫ِق‬ ‫ٌۭر ِّل ِذ‬ ‫ِخ‬ ‫ِإ ِع ٌۭب ٌۭو‬
Tafsiranya: Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan hanyalah permainan dan senda-
gurau (semata-mata) dan sesungguhnya negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
?bertaqwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu mengunakan akal (untuk berfikir)
Budaya atau sesuatu kebudayaan itu ialah cara berfikir dan cara merasa yang menyatakan
diri dan seluruh segi kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat dalam
sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Budaya dapat disingkatkan sebagai cara hidup.
Pada umumnya, budaya merangkumi hal-ehwal kehidupan dan tatahubungan seperti yang
berikut:
1. Susila - tatahubungan manusia dengan manusia.
2. Ekonomi - tatahubungan manusia dengan benda.
3. Politik - tatahubungan manusia dengan kekuasaan.
4. Pengetahuan dan teknik - tatahubungan manusia dengan alam dan kerja.
5. Seni - tatahubungan manusia dengan bentuk yang menyenangkan (pleasure).
6. Filsafat - tatahubungan manusia dengan kebenaran dan nilai.
7. Agama - tatahubungan manusia dengan Tuhan.

Kebudayaan Melayu

Menurut Mohd. Taib Osman bahawa Islam ialah landasan hidup atau landasan
kebudayaan orang Melayu hari in. Agama Islam yang bertapak sejak 500 tahun yang lampau
telah menjadi landasan atau akar umbi dalam kehidupan orang Melayu dan kebudayaan mereka,
terutama yang bercorak ideologi dan bukan material, seperti kepercayaan, nilai, pandangan hidup
atau falsafah berpandu kepada Islam.

Komuniti atau masyarakat Islam hidup berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala
dan sunah rasul Salallahu Alaihi Wasallam seperti juga komuniti Islam yang lain walaupun dari
segi ekonomi, pakaian, peralatan rumah, permainan ataupun adat resam sangat berlainan.
Pengalaman dan kekreatifan nenek moyang diwarisi hasil daripada khazanah pengetahuan sejak
beribu-ribu tahun. Islam menjadi landasan dan panduan kebudayaan orang Melayu sejak 500
tahun yang lampau.

Kebudayaan Melayu dapat diukur dan dinilai melalui hasil pemikiran bahasa dan sastera.
Hasil pemikiran menggambarkan pemikiran dan cerminan yang jelas dalam sesuatu bangsa.
Bahasa dan kesusasteraan Melayu, merupakan satu gambaran dan unsur tamadun bangsa
Melayu, Bahasa dan kesusasteraan Melayu tidak dapat dipisahkan dari sejarah islam di Alam
Melayu kerana kedatangan Islam mempengaruhi dan memberi kesan kepada masyarakat Melayu
tepatnya melalui tulisan dari Al-Quran yang menggunakan bahasa Arab sebagaimana Al-Quran
diurunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala kepada Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬melalui malaikat
Jibril dengan menggunakan bahasa Arab dalam Firman Allah, surah Fusilat ayat 3:
‫َت ٰـ ُف َل ْت َء اَي ٰـُتُه ۥ ُق ْر َء اًن ا َع َر ا َق ْو ٍۢم َي ْع َل ُم وَن‬
‫ِب ًّۭي ِّل‬ ‫ِك ٌۭب ِّص‬

Tafsirannya: "Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu laitu Al-Quran yang
diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami
kandungannya.

Seterusnya firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 3:

‫َّن ا َج َع ْل َن ٰـُه ُق ْر َٰء ًن ا َع َر ا َّل َع َّلُك ْم َت ْع ُل وَن‬


‫ِق‬ ‫ِب ًّۭي‬ ‫ِإ‬

Tafsiranya: sesungguhnya Kami jadikan kitab itu sebagai Al-Quran yang diturunkan dengan
Bahasa Arab, supaya kamu memahaminya. (Serudin, Anugerah Kefahaman Melayu Islam
Beraja, 2013)

PERKEMBANGAN ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Menurut ‘Silsilah Raja-Raja Brunei’, Sultan Brunei yang pertama menganut ugama Islam
ialah Awang Alak Betatar yang kemudiannya dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah pada
tahun Masihi 1368. Sebelum baginda memeluk agama Islam, sebenarnya ugama ini telah
tersebar di kalangan rakyat Brunei. Pada tahun Masihi 977, Raja Brunei (pada masa itu dikenali
sebagai Po-ni) telah menghantar utusan ke negeri China. Anggota rombongan ini sebahagiannya
terdiri daripada orang-orang Islam berbangsa Arab seperti Pu Ya-Li (Abu Ali), Shih Nu (Sheikh
Noh) dan Qadhi Kasim. Penyebutan nama-nama Pu Ya-Li dan Qadhi Kasim adalah nama-nama
orang Islam sebagai bukti kewujudan kedatangan awal Islam di kepulauan Borneo. (Hj Mail,
2006)

Dilihat dari segi perkembangan sejarah Negara Brunei Darussalam, ada dua faktor utama
yang memainkan peranan dalam kehidupan sosio-budaya. Pertama ialah adat istiadat, dan kedua
ialah agama Islam. Adat istiadat menampakkan keunggulan untuk mempertahankan institusi raja
sebagai punca kepimpinan dan sekali gus sebagai ketua adat istiadat. Pada adatnya, bangsa
Melayu itu mesti mempunyai raja. Kedudukan institusi raja dan penduduk Melayu itu lebih
terjamin apabila Islam menjadi agama rasmi dan sekali gus menjadi teras kehidupan mereka.
Penerimaan Islam oleh orang Melayu telah melahirkan anggapan bahawa Melayu itu Islam.
Malah ditegaskan bahawa selain berbahasa Melayu dan berkebudayaan Melayu identiti Melayu
itu ialah Islam.

Bagi mempertahankan corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di Brunei, iaitu


sejak negara ini menerima Islam yang bermula dari zaman Sultan Sharif Ali, iaitu salah seorang
keturunan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam menerusi Sayyidina Hassan yang mana
dilantik menjadi Sultan Brunei yang ketiga pada tahun 1425-1432 Masihi. Beberapa institusi
telah diwujudkan. Diantaranya termasuklah institusi ‘Orang-Orang Bergelar’, ‘Mahkamah
Kadzi’ dan ‘Majlis Mengangkat dan Melantik Raja’. Institusi-institusi tersebut telah lama wujud
iaitu sejak negara ini belum menjadi negara naungan British. Pembentukan institusi Islam,
khususnya Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam, pada peringkat awalnya hanyalah menitikberatkan
pentadbiran keluarga orang-orang Islam, terutama yang berhubung dengan nikah kahwin,
peribadatan dan sambutan hari kebesaran Islam. Selepas itu barulah diwujudkan tarbiah dan
pendakwahan Islam yang lebih tersusun. Konsep Melayu dan Beraja lebih banyak didasari oleh
kewujudan dan amalan adat istiadat, sementara Islam pula ialah agama dan kepercayaan yang
menjadi pegangan orang-orang Brunei.

Kemajuan dan perkembangan Islam semakin nyata pada masa pemerintahan Sultan
Bolkiah ( sultan ke 5 ) yang wilayahnya meliputi suluk,selandung,kepulauan Sulu,kepulauan
Balabac, Pu;au Banggi , Pulau Balambangan, Matanami dan utara Pulau Palawan. Dimasa
Dultan Hasan ( sultan ke 9 ) masyarakat Muslim Brunei memiliki institusi-institusi pemerintahan
agama. Agama pada saat itu dianggap memiliki peran penting dalam memandu negara Brunei ke
arah kesejahteraan. Dan undang-undang Islam iaitu Hukum Qanun yang diperkuat sebagai
undang-undang dasar negara. Disamping itu, Sultan Hasan juga telah melakukan usaha
penyempuraan pemerintahan , antara lain dengan membentuk Majlis Agama Islam atas dasar
Undang-Undang Agama dan Mahkamah Qadhi tahun 1955. Langkah lain yang ditempuh sultan
adalah menjadikan Islam benar-benar berfungsi sebagai pandangan hidup rakyat Brunei.

Setelah merdeka Brunei menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja. “ Melayu”
diertikan dengan negara melayu yang mengamalkan nilai-nilai tradisi atau kebudayaan melayu
yang memiliki unsur-unsur kebaikan dan menguntungkan. “Islam” diertikan sebagai suatu
kepercayaan yang dianut negara yang bermazhab Ahlussunnah Wal Jama’ah sesuai konstitusi
dan cita-cita kemerdekaanya. “Beraja” adalah suatu sistem tradisi Melayu yang telah lama ada.
Brunei merdeka sebagai negara Islam di bawah pimpinan Sultan Brunei ke 29 iaitu Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad Daulah ( penata agama dan negara ) menunjukkan ciri
keislaman yang selalu melekat pada setiap raja yang memerintah.

Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam. Peranan ini
terlihat dari Langkah pemerintahan Kesultanan Brunei untuk kepentingan penelitian agama
Islam, tanggal 16 September 1985 dengan tertubuhnya Pusat Dakwah Islamiah yang memainkan
peranan bagi melaksanakan program dakwah serta pendidkan kepada pegawai-pegawai agama
serta masyarakat luas dan pusat pameran perkembangan dunia Islam.

Cita-cita untuk menuju negara yang berideologkan Islam ini dicetuskan pada peringkat
awalnya oleh Sultan atau Raja. Sultan atau Raja dianggap sebagai penaung atau ketua Islam.
Pendapatnya perlu dipatuhi dan dihormati. Peringkat awal penerapan dan penyerapan Islam
kepada masyarakat setempat hanyalah merupakan dakwah-dakwah yang disampaikan melalui
syarahan-syarahan di kampung-kampung dan dalam perhimpunan masyarakat, dan juga melalui
media massa kerajaan, terutama radio. Kerana ketika itu, iaitu dalam tahun-tahun 1960-an hingga
1970-an, negara ini masih dibawah naungan British. Oleh itu, pendakwahan hanya dijalankan
secara sederhana dan biasa sahaja. Dalam masa yang sama, negara ini menghadapi kekurangan
tenaga penggerak, terutama di kalangan anak-anak tempatan.

Apabila kuasa British bertapak di Brunei, ia tidak Cuma mengubah system politik ,
pentadbiran , ekonomi , dan undang-undang bahkan juga secara langusng mempengaruhi system
Pendidikan Brunei. Pihak British telah memperkenalkan system Pendidikan secular berbentuk
formal lepada masyarakat Brunei. Ini menjadikan dualisme sistem Pendidikan Brunei , iaitu
sistem Pendidikan ugama Islam dan sekular.
Pendidikan ugama Islam merupakan sistem pendidkan yang mengajarkan aspek
keugamaan seperti mengaji Al-Quran , belajar hukum-hukum Islam, ibadat, sejarah Islam, dan
lain-lain lagi. Matlamat utama sistem Pendidikan ini untuk membentuk umat manusia yang
beriman kepada Allah agar kehidupan mereka berbahagia di dunia dan akhirat.

Perlembagaan Negeri Brunei 1959 memaktubkan bahawa Islam ialah agama rasmi negara
ini. Walaupun Islam agama rasmi,agama lain boleh diamalkan denga naman. Sungguhpun
begitu,orang-orang yang tidak beragama Islam sama sekali dilarang mengembangkan agama
mereka,hal ini ditekankan sebagai Langkah kerajaan untuk menjaga kelangsungan agama Islam
sebagai agama rasmi negara ini. Dalam perlembagaan tersebut juga dicatatkan bahawa ketua
agama negeri ialah Sultan.

Perkembangan Pendidikan agama yang pesat sehingga sekarang dapat melahirkan


lulusan-lulusan ijazah tertinggi yang diiktiraf merupakan satu perkembangan yang
menggalakkan kearah penerapan Islam sebagai cara hidup.

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan ialah kebanyakan cara hidup orang melayu yang beragama
Islam telah berubah daripada kepercayaan-kepercayaan karut kepada sesuatu yang lebih maju
dan logik berpandukan ajaran – ajaran yang terkandung di dalam Islam. Kepercayaan kepada
yang satu yakni Allah telah membawa manusia ke tamadun yang lebih maju, aman dan makmur.
Kedatangan pengaruh Islam juga telah mencelikkan mata dunia dan ianya memperbaiki lagi
kebudayaan dengan cara-cara yang lebih mendatangkan manfaat dan lebih mendekati Allah.

Dalam konteks masyarakat negara Brunei yang homogen ini,kewujudan institusi Islam
yang bersumber daripada pihak kerajaan itu merupakan sesuatu yang wajar bagi melegitimasikan
agam Islam sebagai agama rasmi negara. Institusi Islam memang rapat hubungannya dengan
falsafah negara ini yang juga memilih Islam sebagai falsafah negara iaitu konsep Melayu Islam
Beraja. Secara umum Negara Brunei Darussalam ini terdapat corak kehidupan social yang
berlandaskan Islam. Penerapan dan penghayatan Islam di negara ini sentiasa diberi keutamaan.

Negara Brunei Darussalam adalah benar-benar sedang memantapakn dirinya dengan


Islam. Ini adalah pilihan raja dan pilihan rakyat di belakang baginda, kerana Islam adalah agama
Allah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Setiap yang datang daripada Allah dan disampaikan
oleh RasulNya itu adalah ia “penyelamat” sesuai dengan nama Allah sendiri, “As-Salam” yang
bererti Maha Selamat lagi Maha Sejahtera, dan Brunei sendiri mengambil tabarruk atau berkat
dengan menyandarkan dirinya kepada nama “Brunei Dar As-Salam” ( Brunei Darussalam )
ertinya Brunei tempat yang selamat lagi sejahtera.

Bibliography
Serudin, P. J. (1992). Brunei Darussalam : Presepsi Sejarah dan Masyarakatnya. Brunei Darussalam: Azza
Publisher & Distributors.
Serudin, P. J. (1998). Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Serudin, P. J. (2013). Anugerah Kefahaman Melayu Islam Beraja. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai