Anda di halaman 1dari 3

ASSALAMUALAIKUM,

ISLAM ITU MUDAH

Ramai yang bertanya tentang sejauh mana Islam itu Mudah? Bagi menjelaskan perkara ini secara
langsung bolehlah dirujuk kepada penegasan Allah S.W.T sendiri yang mengatakan bahawa Dia tidak
mahu menyusahkan manusia.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

“…Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran…”

Nabi Muhammad S.A.W sendiri pula memperkukuhkan lagi kenyataan itu dengan mengatakan
bahawa sesungguhnya agama itu adalah Mudah.

Dalam kehidupan umum, perkara “Mudah” dan “Payah” itu adalah sangat relatif. Oleh kerana itu
pengukur yang paling tepat digunakan ialah sama ada perkara itu merupakan satu bebanan yang
tidak mampu dijalankan oleh insan atau termasuk dalam lingkungan keupayaannya menurut keadaan
biasa. Dalam Islam, semua tugas, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan
mengikut keupayaan kerana Allah S.W.T tidak membebankan ke atas seseorang hamba-Nya lebih
daripada kemampuannya. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan
yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

Sementara itu semua perintah dan kewajipan yang telah ditetapkan itu adalah termasuk dalam
lingkungan kemampuan manusia disamping ia sesuai dengan keadaan tabi’i mereka

Maksudnya: “Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke


arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) “agama Allah” – iaitu agama yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah
patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itula agama yang betul lurus; tetapi
kebanyakan mansia tidak mengetahui.” (Surah al-Rum ayat 30)

Semangat yang terkandung di dalam ayat di atas menunjukkan bahawa Islam memberikan ruang
yang sangat luas kepada setiap muslim melakukan ibadah berdasarkan kepada kefahaman terhadap
rahsia-rahsia Syara’ (Siasah Syar’iyyah) yang terus melahirkan Ijtihad dalam Islam. Berdasarkan
kepada ‘Siasah Syar’iyyah’ ini maka tidaklah timbul masalah bagi angkasawan atau penghuni-
penghuni di Kutub Utara dan Selatan untuk bersolat dan sebagainya.

Setiap yang mengamalkan perintah Allah S.W.T dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai
nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia.
BENARKAH SOLAT ITU MUDAH?

Solat dalam Islam tidak membebankan keupayaan semulajadi manusia, ia merupakan suatu amalan
kerana selain dari menjadi ibadat menyembah Allah S.W.T, ia juga;
Melatih daya pemusatan fikiran;
Meningkatkan rasa keikhlasan;
Melatih diri mengamalkan kebersihan;
Memberikan kerehatan saraf;
Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah S.W.T;
Menanam rasa muhibbah dan semangat bermasyarakat menerusi solat yang dilakukan secara
berjemaah

ADAKAH ANDA SEORANG SIBUK?

Dalam kehidupan di zaman moden ini, setiap orang menghadapi tugas-tugas tertentu yang kadang-
kala menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan ibadat solat tepat pada waktunya. Hal ini terjadi
disebabkan oleh sistem pengurusan yang memerlukan seseorang itu melayani pelanggan, tetamu dan
sebagainya bagi memastikan keberkesanan dalam menjalankan segala urusan. Namun dalam Islam,
kesibukan-kesibukan tersebut sebenarnya bukanlah penghalang kepada kepada perkembangan di
zaman moden kerana tugas ibadat solat itu boleh dilakukan melalui:

Waktu

Walaupun solat di awal waktu itu lebih baik (afdal), tetapi ia masih boleh dilakukan atau ditunaikan
dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan. Itulah salah satu rahsia yang terdapat dalam
penentuan masa bagi seseorang melakukan ibadah solat. Sebagai contohnya; solat zohor dan asar,
boleh dilakukan dalam tempoh lebih dari dua jam dikira dari selepas masuk waktunya. Begitu juga
solat-solat lain seperti Maghrib, Isyak dan Subuh. Waktu yang panjang itu adalah dianggap satu
kurniaan Allah kepada umat Islam. Kerana itu wajarlah bagi kita menghargai kelonggaran ini dan
tidak menolaknya. Ia membuktikan bahawa solat itu mudah.

Wudhuk / air sembahyang


Wudhuk atau air sembahyang boleh diambil dimana-mana sahaja kerana air bukan merupakan satu
masalah khususnya bagi negara seperti Malaysia ini. Walaupun demikian, Islam telah mengambil kira
bahawa dalam keadaan tertentu sekiranya tidak terdapat air seperti yang dihadapi oleh penduduk-
penduduk di kawasan tertentu yang sukar memperolehi air, maka kelonggaran telah diberikan oleh
Islam dengan melakukan Tayammum sahaja.

Pakaian

Pakaian yang sedia ada dipakai itu boleh digunakan untuk bersolat, kecuali apabila jelas didapati
najis terlekat pada pakaian itu. Bagi lelaki pakaian yang menutup badan menurut kebiasaan tradisi
masyarakat Islam di Malaysia (anggota badan antara pusat dan lutut adalah tertutup), adalah sesuai
digunakan. Bagi wanita mereka tidak perlu menukar pakaian yang sudah bersih dan sesuai

Jadual waktu

Untuk mengetahui jadual waktu solat, dalam calendar, akhbar-akhbar, internet mahupun khidmat
pesanan ringkas (SMS) boleh diperolehi maklumat tersebut.

Arah kiblat

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengetahui arah kiblat, (bagi kawasan di Malaysia ini)
arah matahari jatuh boleh menjadi panduan untuk menentukannya. Sekiranya anda tidak mempunyai
sebarang panduan seperti cuaca kelam kerana kabus atau berada di tengah-tengah hutan rimba yang
tebal anda bolehlah memilih mana-mana arah yang anda putuskan.

Tempat

Sebarang lantai sama ada yang dihampar dengan tikar atau permaidani tidak menghalang anda
melakukan solat selagi tidak terdapat najis di atasnya. Mana-mana penjuru yang tidak diganggu oleh
laluan boleh dipilih untuk didirikan solat di situ dan apabila selesai memberi salam, anda boleh
meneruskan kerja-kerja seharian seperti biasa.

ANDA HANYA PERLUKAN BEBERAPA MINIT SAHAJA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT

SEMOGA BERMANFAAT YANG BAIK ITU DARI ALLAH S.W.T DAN YANG KURANG ITU DARI DIRI
SAYA SENDIRI.

Anda mungkin juga menyukai