Anda di halaman 1dari 31

BIL.

PERKARA MUKASURAT

1. PENDAHULUAN 2

2. LATAR BELAKANG KELUARGA AL-SHAHID HASSAN 3


AL BANNA

3. LATAR BELAKANG DAN KELAHIRAN AL-SHAHID 6


HASSAN AL BANNA

4. PENDIDIKAN AL-SYAHID HASAN AL-BANNA 7

5. TUGAS HASAN AL-BANNA SEBAGAI SEORANG 10


GURU DAN PERISTIWA PENUBUHAN IKHWANUL
MUSLIMIN

6. PERKAHWINAN HASAN AL BANNA DAN ANAK- 11


ANAK BELIAU.

7. HASSAN AL BANNA DAN IKHWAN AL-MUSLIMIN 12

8. HASIL TULISAN IMAM HASAN AL-BANNA 14

9. SYAHIDNYA IMAM HASAN AL-BANNA 19

10. PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA 20

11. MANIFESTASI MENGEMBALIKAN ISLAM 24

12. HASSAN AL BANNA DAN PALESTIN 25

13. HASSAN AL-BANNA DIKAGUMI OLEH TOKOH LAIN 29

14. RUJUKAN 31

1
PENDAHULUAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, dengan kurnia dan izin-Nya

dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kursus Pemikiran Politik Islam Perbandingan

(IHEH2305) dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Dr.

Bharuddin bin Che Pa kerana banyak membantu sepanjang menyempurnakan tugasan ini.

Tidak dilupakan kepada kedua ibu bapa kami yang tidak jemu-jemu memberi semangat dan

dorongan dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang mahasiswi. Terima kasih

juga kepada sahabat dan kenalan kerana banyak menghulurkan bantuan secara langsung atau

tidak langsung. Moga Allah berkati segala amalan kita, in shaa Allah.

Tujuan utama tugasan ini adalah untuk mengetahui dan menganalisis dengan lebih

mendalam falsafah dan pemikiran idea-idea politik Hasan Al-Banna. Beliau merupakan

seorang mujaddid, pejuang, pendakwah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui

syahid di jalan Allah. Al-Syahid Hasan Al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama

yang tidak dapat dipisahkan. Kemunculan beliau bersama Ikhwanul Muslimin dengan tekad

untuk membawa kembali cahaya kebenaran dan menghapuskan segala bentuk perhambaan

daripada manusia kepada manusia sejati telah terbukti dengan melihat luasnya pengaruh

Ikhwanul Muslimin ini sehingga meresap ke seluruh dunia arab yang lain.

Menerusi tugasan ini, kami dapat memahami latar belakang beliau sejak mula

dilahirkan dan membesar dalam persekitaran masyarakat yang masih lagi mengutamakan

kemurnian Islam dimana suasana itu akhirnya mempengaruhi pemikiran dan pendekatan-

pendekatan yang dipraktikkan oleh beliau bersama jemaah Ikhwanul Muslimin. Akhir kata,

saya berharap tugasan ini bukan sahaja mampu memberikan manfaat kepada kami, malah

kepada seluruh pelajar yang mengambil kursus Pemikiran Politik Islam Perbandingan

(IHEH2305).

2
LATAR BELAKANG KELUARGA AL-SYAHID HASAN AL-BANNA

Datuk al-Syahid Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdul Rahman Al-Banna. Beliau

tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad

dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti al-Azhar dan Muhammad Al-

Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Setelah beberapa tahun setelah Syeikh Abdul

Rahman meninggal dunia, satu perselisihan faham telah berlaku antara kedua-kedua orang

anaknya itu mengenai pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah

pusaka yang lebih luas kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian bapa

mereka.Perselisihan ini boleh membawa pertengkaran, tetapi Ahmad Al-Banna telah

menyelesaikan hal ini dengan menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Muhammad Al-

Banna dan mengambil keputusan untuk berpindah ke Mahmudiyah dan menetap disitu.1

Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna adalah bapa Imam Hasan Al-Banna. Di

Mahmudiyah, Ahmad Al-Banna memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki jam. Hal ini

kerana, semasa Ahmad Al-Banna belajar di Jami’ Basha Ibrahim di Iskandariah, beliau telah

memahirkan diri di sebuah kedai yang paling besar untuk membaiki jam sehinggalah beliau

betul-betul mahir.2 Selepas itu kemahiran ini dijadikan pekerjaan beliau untuk membuka

perniagaan. Daripada sinilah kemasyhurannya terserlah sehingga dikenali dengan gelaran

“As-saa’ti” (pembaiki jam). Ahmad Al-Banna berkelulusan Universiti al-Azhar. Separuh hari

dihabiskannya untuk mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk mengkaji dan

mendalami al-Quran dan al-Sunnah. Di samping itu, Ahmad Al-Banna juga mempunyai

sebuah perpustakaan yang mengandungi perbagai buku berharga mengenai al-Quran dan

Sunnah.

1
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, (2010), Al-Syahid Hasan Al-Banna: Pengasas ikhwan muslimin,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5
2
Riduan Mohamad Nor, 2007. Memperingati 100 Tahun Hassan al-Banna. Selangor : MHI Publications, hlm. 33.

3
Ahmad Al-Banna telah dijemput oleh penduduk kampung untuk menjadi imam solat

Jumaat yang pertama di situ apabila masjid itu baru dibina di kampung tersebut.

Kepetahannya bercakap dan khutbahnya yang bersifat ilmiah itu telah menarik hati orang

ramai. Akhirnya beliau telah dilantik menjadi imam dan khatib tetap masjid tersebut atas

permintaan ramai. Tugas ini telah diterima oleh beliau bukan kerana inginkan keuntungan

kebendaan tetapi demi mencari keberkataan dan keredhaan Allah. Beliau juga meneruskan

kerjanya sebagai tukang membaiki jam untuk menyara hidupnya dan masa lapangnya

digunakan dalam mengkaji hadis.

Beliau banyak menyusun buku mengenai hadis. Beliau menyusun semula Musnad

Ahmad bin Hanbal menurut bab-bab dari sudut ilmu Fiqh. Kitab ini dinamakannya ‘Al-

Fathur-Rabbani Fi Tartib Musnad-ul Imam Ahmad bin Asy-Syebani’. Kemudian beliau

menulis pula huraian terperinci mengenai kitab tersebut dan menamakannya ‘Bulugh-ul-

Amani Min Asrarul Fath-ur-Rabbani’. Beliau juga menulis huraian mengenai kitab Abu

Dawud dan menamakannya ‘Minhatul Ma’bud’. Di samping itu, beliau telah menyunting

Musnad dan Sunnan Imam Syafi’e dan menulis huraian mengenainya. Karyanya

dinamakannya ‘Badayi’-al Musnad Fi Jama Wa Tartib Musnad-as-Syafi’e wal Sunnan’.

Akhirnya beliau menyusun sebuah buku yang menyentuh Masanid keempat Imam tadi.

Ahmad Al-Banna adalah seorang ulama yang cerdik. Kajiannya terhadap Islam telah

menunjukkan kecekapannya itu. Beliau telah berjaya melakukan kerja akademik secara

bersendirian sahaja.3

Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman ialah seorang insan alim yang hebat. Beliau

seorang yang wara’, berakhlak mulia, bertaqwa dan seorang manusia alim yang hebat.

Isterinya juga berperibadi mulia serta wara'. Isterinya berasal dari Bani Abu Qurah. Dengan

isteri pertamanya ini, Ahmad Al- Banna memperolehi tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan

3
Op.cit, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, hlm. 6

4
dua perempuan. Anak-anaknya itu bernama Hasan Al-Banna (yang sulung), Abdul Rahman

Al-Banna, Fatimah Al-Banna, Muhammad Al-Banna, Abdul Basit Al-Banna, Jamal Al-

Banna dan Fauziah Al-Banna. Syeikh Ahmad Al-Banna mempunyai seorang lagi isteri.

Dengan isteri kedua ini, beliau memperolehi seorang anak perempuan yang bernama Faridah

Al-Banna.

Bapa Hasan Al-Banna iaitu Ahmad Al-Banna semenjak menikah dengan isterinya

telah memasang cita-cita dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Beliau

bertekad untuk mendidiknya dengan tarbiyah dan akhlak mulia agar dapat mewujudkan

keturunan yang abadi dan soleh sepanjang masa. Kemudian, Allah mengabulkan doa beliau

dan Allah memberikan kesempatan kepada beliau untuk mewujudkan cita-citanya. Akhirnya,

Allah telah mengurniakan beliau anak yang cerdas dan telah diberi nama olehnya sendiri iaitu

Hasan Al-Banna.4

4
Badr Abdurrazaq Al-Mash, (2006), Hisbah Hasan Al-Banna, Indonesia, Era Intermedia, hlm. 38.

5
LATAR BELAKANG DAN KELAHIRAN AL-SYAHID HASAN AL-BANNA

Imam Hasan Al-Banna merupakan anak sulung dalam keluarganya. Beliau dilahirkan

di Mahmudiyah, iaitu salah satu wilayah Buhairah di Delta Nil pada hari Ahad, 14 Oktober

1906 bersamaan dengan 25 Sya’ban 1324 Hijrah.5 Beliau berketurunan daripada keluarga

kebanyakan yang sederhana daripada penduduk asal Mesir yang mengusahakan pertanian di

salah satu desa Delta iaitu Kampung Syamsyirah. Para penduduk di sini menjalani kehidupan

secara tradisional. Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat alim dalam ilmu-ilmu Islam lebih-

lebih lagi sejarah Islam. Keluarganya mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Di

perkampungan itu, keluarga beliau amat dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati

ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang

merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.

Hasan Al-Banna dan adik-beradik yang lain telah dididik dengan suasana keislaman

dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh bapanya. Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul

Rahman Al-Banna merupakan seorang ulama dan mempunyai perpustakaan yang agak besar

di rumahnya. Bapanya menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah

dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hasan Al-Banna juga

sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini

memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan perwatakannya. Ketokohan,

keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad Al-Banna telah diwarisi oleh anaknya, Hasan Al-

Banna.

5
Op.cit, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, hlm. 8.

6
PENDIDIKAN AL-SYAHID HASAN AL-BANNA

Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Sejak

kecil lagi, bapanya telah mendidik beliau dengan agama dan tahfiz al-Quran. 6 Dalam

usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan dan galakan kepada

beliau untuk mempelajari ilmu Islam. Kehidupan seharian Hasan Al-Banna semasa kecil

dapat dibahagikan kepada empat bahagian. Waktu pagi, beliau pergi ke sekolah seperti

kanak-kanak yang lain. Selepas itu, beliau menolong bapanya membuat dan membaiki jam

sehingga waktu petang. Kemudian, pada malam hari, beliau menggunakan waktu lapang

untuk mengulang kaji pelajaran. Manakala, selepas waktu subuh beliau membaca serta

mengulang-ulang hafazan al-Quran bagi memperkukuhkan lagi hafazannya.

Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Al-

Diniyyah Ar-Rasyad. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang

bernama Syeikh Muhammad Zahran. Syeikh Muhammad Zahran mendidik pelajar-

pelajarnya termasuk Hasan Al-Banna dengan kaedah yang agak keras bagi golongan kanak-

kanak. Cara didikan yang begitu ketat seperti bebanan dalam menghafaz al-Quran,

pembacaan dan menelaah kitab-kitab besar Islam ini sebenarnya adalah untuk kebaikan

mereka juga. Faedah daripada hasil didikan tersebut hanya disedari oleh Hasan Al-Banna

setelah beliau melangkah ke alam dewasa. Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar

tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam

Hasan Al-Banna pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah I’dadiyah dan dalam

masa yang sama bapa beliau terus memantau perkembangan hafazan al-Quran anak

kesayangannya dengan diiringi kesungguhan Hasan Al-Banna sendiri. Beliau akhirnya

berjaya menghafaz al-Quran ketika baru berusia 12 tahun dan ini merupakan satu pencapaian

yang agak luar biasa jika dibandingkan dengan rakan seusianya ketika itu.

6
Op.cit, Badr Abdurrazaq Al-Mash, hlm. 41.

7
Ketika melangkah usia 13 tahun, Hasan Al-Banna telah berjaya melanjutkan

pelajarannya ke Madrasah al-Mu’allimin al-Awwaliyah / Pusat Latihan Guru di Damanhur

untuk mendapat ijazah perguruan. Walaupun kelayakan minimum untuk belajar di sekolah

tersebut ialah 14 tahun. Hasan Al-Banna ternyata terkehadapan berbanding dengan teman

seusianya yang lain. Pengecualian khas diberikan kepada beliau ekoran pengetua madrasah

tersebut dapat melihat dengan jelas potensi Hasan Al-Banna yang jauh lebih matang

berbanding dengan usia sebenarnya. Selepas tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat

pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah

ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk

menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Darul Ulum (Universiti

Kaherah).

Darul Ulum ditubuhkan pada tahun 1873 sebagai percubaan pertama pemerintahan

Mesir mewujudkan pendidikan moden di peringkat tinggi. 7 Hasan Al-Banna Ketika itu beliau

berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak

layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang

luar biasa itu. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Selain ilmu-ilmu

diniyyah, Darul Ulum juga mengajar pelbagai ilmu semasa seperti psikologi, falsafah, politik,

ilmu kemasyarakatan, matematik, linguistik dan pedagogi. Disamping metode-metode

pendidikan moden yang diadakan di situ, Darul Ulum juga terkenal dengan panggilan Al-

Azhar As-Saghir di kalangan masyarakat Mesir pada masa itu. Sebaik sahaja Hasan Al-

Banna diterima masuk ke Darul Ulum, beliau dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.8

Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari

Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama.

7
Saari Sungib, (2007), Hasan Al-Banna & 5 Mursyid Pewaris Perjuangan, Selangor, Percetakan Maya Sdn.Bhd,
hlm. 3
8
Op.cit, Saari Sungib, hlm.4.

8
Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan

sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya membaiki jam.

Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa pula membuat pilihan sama ada

beliau patut mengambil biasiswa luar negeri dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang

lebih tinggi ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau

bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan

masa lapangnya pula akan dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul

Ulum mengumumkan bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana

pelajar kerana negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru pada waktu itu. Selepas

pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau

mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu

tahun. Beliau tinggal di Ismailiah schingga tahun 1933 M.

9
TUGAS HASAN AL-BANNA SEBAGAI SEORANG GURU DAN PERISTIWA
PENUBUHAN IKHWANUL MUSLIMIN

Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya

sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti

corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih

berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga

seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan

dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja, ramai orang

telah menjadi pengikutnya.

Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam

Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan

Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan

nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwanul Muslimin telah

diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan

Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat

menuju ke matlamatnya.9

9
Op.cit, Hasan Al-Banna, hlm. 21.

10
PERKAHWINAN HASAN AL BANNA DAN ANAK-ANAK BELIAU.

Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya itu

telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin as-Soli adalah seorang

yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan peribadi Hasan Al-Banna serta

kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna begitu rapat dan

kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al- Banna dengan perbagai cara. Anak-anak

lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari

ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai

menantunya. Latifah, anak perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-

Banna. Latifah juga seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini

bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah

untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (Surah An-Nur, ayat 26.)

Latifah sangat setia kepada suaminya dalam perbagai keadaan. Perkongsian hidup

mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang lelaki.

Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana’a, Wafaa, Raja’a, Hajir dan Istisy’had.

Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy’had oleh Latifah kerana beliau dilahirkan

dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.

11
HASSAN AL BANNA DAN IKHWAN AL-MUSLIMIN

Setiap pertubuhan atau persatuan yang memperjuangkan Islam mestilah mendukung

ajaran Islam secara keseluruhan ataupun secara syumul. Namun sekiranya ia ditubuhkan

hanya bertujuan untuk dakwah semata-mata atau ada kepentingan peribadi semata-mata, ia

bukanlah dinamakan dengan gerakan 10gerakan Islam kerana ia mencakupi beberapa aspek.

Antaranya ialah :

1. Dakwah Salafiah

Ikhwan al-Muslimin berdakwah agar Islam dikembalikan kepada sumbernya yang suci iaitu

al-Quran dan al-Sunnah.

2. Tariqat Sunniah

Ikhwan al-Muslimin diwajibkan untuk menjalankan dan mengamalkan sunnah Rasulullah

SAW dalam semua hal terutamanya dalam bidang akidah dan ibadah selagi mana mereka

mampu untuk melakukannya.

3. Hakikat Sufiah

Ikhwan al-Muslimin perlu memahami bahawa asas kebaikan adalah kebersihan jiwa,

kesucian hati, istiqamah dalam beramal, menjauhi keduniaan, kasih sayang kerana Allah dan

selalu terikat dengan kebaikan.

4. Hai’ah Siasah

Ikhwan al-Muslimin menuntut agar perlu berlakunya pembaikpulihan terhadap hukum

pemerintahan dalam negara selain menuntut agar orang Islam dididik dengan penuh

keizzahan dan kemuliaan diri dan membuat sistem pantauan terhadap orang-orang Islam.

5. Jama’iah Riyadhiah
10
Op.cit. Riduan Mohamad Nor, hlm. 48-49.

12
Ikhwan al-Muslimin sangat menjaga tubuh badan dan akal mereka. Mereka memahami

bahawa mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah.

6. Rabithah Ilmiah Tsaqafiyah

Islam telah mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu. Ikhwan al-Muslimin ditubuhkan

adalah bertujuan untuk menjadi sekolah, usrah dan tempat menuntut ilmu pengetahuan.

7. Syirkah Iqtisodiah

Ikhwan al-Muslimin sangat mementingkan tentang soal memperolehi harta dan penggunaan

harta tersebut ke jalan yang baik.

8. Fikrah Kemasyarakatan

Ikhwan al-Muslimin memperhatikan penyakit-penyakit masyarakat Islam dan berusaha

mencari jalan penyembuhan umatnya daripada penyakit tersebut.

13
HASIL TULISAN IMAM HASAN AL-BANNA

Imam Hasan Al-Banna adalah seorang pendakwah Islam dan juga tokoh

pembaharuan. Hasan Al-Banna telah menghimpunkan sekumpulan orang-orang Islam yang

berwibawa serta mempunyai kesanggupan untuk hidup dan mati dalam memperjuangkan

Islam. Beliau ingin menegakkan cara hidup Islam di Mesir. Lantaran itu, beliau menumpukan

lebih banyak masanya di sudut amali gerakannya, iaitu memberi latihan akhlak dan rohani

kepada para anggota Ikhwan. Pernah beliau ditanya, ‘Mengapakah awak tidak mengarang

buku?’ Imam Hasan Al-Banna menjawab, ‘Saya ‘menulis’ manusia.’ Ini bermakna beliau

melatih manusia dari segi akhlak dan ilmu untuk perjuangan Islam. Walau bagaimanapun

beliau ada menulis beberapa buah buku berikut:11

I. Muzakirat ad-Da’awah wa-Dai’yiah (Catatan Dakwah dan Pendakwah).

Inilah hasil karyanya yang terulung. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama menyentuh kehidupan peribadinya dan bahagian kedua pula ialah

mengenai kegiatan Ikhwanul Muslimin. `

II. Risaail-Al-Imamu-Syahid.

Buku ini ialah himpunan beberapa makalah/judul yang disusunnya pada waktu-waktu tertentu

sepanjang hayatnya. Antara buku-buku tersebut ialah:

1) Risalatu Ta'alim.

Buku kecil ini mengandungi arahan-arahan yang diberinya kepada orang-orang yang

memasuki gerakan Ikhwanul Muslimin. Ia ditunjukkan kepada para ahli Ikhwanul Muslimin

yang telah berbai’ah. Dalam buku kecil ini, beliau menjelaskan sepuluh dasar bai’ah:

Seterusnya Imam Hasan Al-Banna menerangkan segala kewajipan ahli-ahli Ikhwan di dalam

11
Op.cit, Hasan Al-Banna, hlm. 22-25.

14
semua bidang kehidupan selepas sahaja melakukan bai’ah. Beliau juga menetapkan

peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan yang patut ditinggalkan.

2) Risalah Jihad.

Makalah ini menerangkan kewajipan, kepentingan dan kelebihan Jihad. Imam Hasan Al-

Banna menulis makalah ini ketika para sukarelawan ‘Ikhwanul Muslimin’ melancarkan Jihad

terhadap Yahudi Palestin.

3) Da’watuna Fi Taauri Jadid.

Makalah ini bermaksud ‘Dakwah kami di tahap baru’. Makalah ini ditulis ketika gerakan

Ikhwanul Muslimin sedang pesat berkembang dan ramai para belia sedang menganggotainya.

Para penentang juga menyatakan keraguan mereka terhadapnya. Imam Hasan Al-Banna juga

menjelaskan, setiap kecaman yang ditunjukkan kepada Ikhwan oleh para penentangnya.

Beliau menerangkan bahawa gerakan Ikhwan ini tidak terhad kepada mana-mana kumpulan

tertentu tetapi ia sebenarnya adalah bercorak sejagat dan merangkumi seluruh umat manusia.

Beliau juga menerangkan bahawa gerakan Ikhwan berdasarkan iman dan akal.

Di akhir makalah ini, Hasan Al-Banna menyatakan hasratnya hendak membina sebuah

masyarakat yang terdiri daripada orang-orang perseorangan dan keluarga keluarga yang

berpegang teguh kepada Islam.

4) Ar-Risail Ats-Tsalaasah.

Karya Hasan Al-Banna yang ini pula terdiri daripada tiga makalah. Tajuk makalah yang

pertama ialah ‘Apakah tugas kita?’. Tajuk makalah yang kedua ialah ‘Ke arah mana kita

menyeru manusia?’. Tajuk makalah yang ketiga pula ialah ‘Risalah Cahaya’. Sebenarnya

makalah yang ketiga itu ialah surat Hasan Al-Banna kepada Raja Mesir Shah Faruq, Perdana

15
Menteri Mesir Nihas Pasya dan para pemimpin Negara-negara Muslim yang lain. Surat

tersebut ditulis dalam tahun 1936.

Surat ini menerangkan dengan panjang dasar-dasar Islam, kebudayaan dan tamadun Islam.

Beliau menyatakan kesalnya kerana orang-orang Islam telah mengamalkan cara hidup Barat

sedangkan mereka mempunyai dasar fahaman (ideologi) mereka sendiri yang lebih hebat.

Beliau juga membuat perbandingan antara cara hidup Islam dengan cara hidup Barat. Sebagai

kesimpulan, beliau menegaskan bahawa hanya Islam sahajalah yang merupakan penyelesaian

kepada segala masalah dan ia juga boleh menjamin kemajuan dan kebahagian kepada

sesebuah negara. Akhir sekali beliau memberi lima puluh cadangan. Sepuluh cadangan

berkaitan dengan politik, perundangan dan pentadbiran. Tiga puluh cadangan menyentuh

dasar-dasar kemasyarakatan dan pendidikan. Sepuluh cadangan yang terakhir itu berhubung

dengan masalah ekonomi.

5) Perbandingan Di Antara Yang Dahulu Dan Sekarang.

Makalah ini ialah yang pertama sekali ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna. Ianya ditulis

sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Dalam makalah ini, beliau menerangkan

dasar-dasar Islam dan ciri-ciri pembaharuan ummah. Pada peringkat awal, beliau

membincangkan negara Islam pertama yang berlandaskan Al- Quran di bawah pimpinan

baginda Rasulullah (s.a.w.) sendiri. Berikutnya, beliau menyentuh sebab-sebab kejatuhan

umat Islam. Akhirnya, beliau mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin mengajak manusia

kepada kesejahteraan yang berkekalan.

6) Risalatul Mu’tamarul Khamis.

Makalah ini merupakan syarahan Hasan Al-Banna di dalam Muktamar Kelima Ikhwanul

Muslimin. Dalam syarahannya ini beliau menilai kembali pencapaian Ikhwanul Muslimin

sepanjang sepuluh tahun yang lepas. Tiga perkara telah dibincangkan:

16
i) Matlamat Ikhwanul Muglimin dan corak (uslub) dakwahnya; ii) Dasar-dasar dan cara-cara

Ikhwanul Muslimin; iii) Sikap dan dasar Ikhwanul Muslimin terhadap perbagai pertubuhan

dan dasar-dasar fahaman lain di Mesir.

7) Ikhwanul Muslimin Di Bawah Panji-Panji Al-Quran.

Makalah ini merupakan syarahan Imam Hasan Al-Banna pada 4hb April, 1939 M., di

perhimpunan agung Ikhwanul Muslimin yang diadakan di ibu pejabat Ikhwan di Kaherah.

Dalam syarahan ini, matlamat dan tujuan Ikhwan telah dijelaskan. Beliau juga

membincangkan tugas serta kewajipan para belia. Makalah ini juga mengemukakan saranan

supaya dilakukan pemberontakan terhadap kuasa-kuasa penjajah yang sedang

menghancurkan masyarakat Mesir.

8) Persoalan Persoalan Negara Dari Segi Kaca Mata Islam.

Imam Hasan Al-Banna manulis makalah ini selepas tertubuhnya negara Pakistan. Beliau

membincangkan masalah-masalah politik negara Mesir dan negara- negara Islam yang lain.

Turut dibincangkan ialah negara baru Pakistan yang sedang diancam oleh India dengan

bantuan pihak Kornunis. Beliau membahagikan masalah yang dihadapi oleh negara Mesir

kepada dua bahagian. Di samping itu, beliau juga membentangkan cara-cara untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Dalam bahagian pertama, beliau membincangkan segala

keburukan yang ada corak kerajaan waktu itu dan kemudian beliau Memberi penyelesaian

kepada masalah tersebut menurut dasar dasar Islam. Dalam bahagian kedua, dasar ekonomi

diperbincangkan. Seterusnya, beliau menghuraikan sistern ekonomi Islam dan penyelesaian

kepada masalah ekonomi Barat.

9) Usul Isyrin

Usul Isyrin atau usul Dua Puluh ini mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai

dan diketahui oleh tiap-tiap orang muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya. Ia juga

17
berkaitan hubungan-hubungan dengan khaliq dan hubungannya sesama manusia. Dalam Usul

Isyrin ini juga, ia menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan

pendapat atau pertikaian, terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami

sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah.12

III. Syarahan syarahan Imam Hasan AI Banna.

Buku ini mengandungi syarahan syarahan dan kuliah-kuliah Hasan Al-Banna. Ia merupakan

satu khazanah ilmu. Antara perkara yang dibincangkan dalam kuliah dari Ikhwanul

Muslimin ini adalah berkenaan iman dan tuntutannya. Di dalam kuliah ada menyebut bahawa

masalah iman bukanlah perkara kedua (secondary) yang boleh kita pandang kecil dan rendah.

Malah ia adalah perkara utama dan terpenting sejak manusia mulai menjejakkan kakinya di

muka bumi ini, sesiapa yang mengenali Allah dan mengambil jalan kepada-Nya sahajalah

yang mengetahui mengenai-Nya, manakala sesiapa yang sesat dari jalan Allah bererti ia telah

memporak-perandakan kehidupannya sendiri serta ia akan mengalami kerugian di dunia juga

di akhirat.13

IV. Maqalat Hasan Al-Banna.

Buku ini ialah himpunan nasihat-nasihat dan arahan-arahan Imam Hasan Al-Banna kepada

sahabat-sahabat dan para anggota Ikhwanul Muslimin.

V. Al-Ma’thurat.

Buku ini ialah himpunan doa-doa dan zikir yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri.

la dibaca beramai-ramai oleh para anggota Ikhwan sebelum solat Maghrib. Ia merupakan

pembaharuan ikrar mereka kepada Allah dalam menjalankan dakwah Islamiah.

SYAHIDNYA IMAM HASAN AL-BANNA


12
Hasan Al-Banna, (1984), Alias Osman (ed.), Petaling Jaya, Polygraphic press sdn bhd, hlm. 5
13
Ahmad Nasiruddin Ismail (ed.), (1987), kuliah dari ikhwan muslimin (iman dan tuntutannya), Alor Star,
Pustaka Ikhwan, hlm. 9.

18
Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di

Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun. Menjelang kematian beliau, pada 12 Februari

1949, beliau telah memanggil anaknya dan menceritakan bahawa sebelum itu beliau telah

bermimpi dikunjungi oleh Saidina Ali. Di dalam mimpi tersebut Ali berkata kepada beliau,

“Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalanmu diterima oleh Allah.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan Al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur,

suami kepada adik perempuannya berada di pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin.

Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk

berunding dan akhirnya tidak muncul tiba.14

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isya' mereka memanggil teksi untuk

pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang matagelap menerpa ke

arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol dan kedua-

dua mereka terkena tembakan itu. Iparya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan

tersebut. Hasan Al-Banna walaupun terkena tujuh tembakan, beliau masih mampu berjalan

masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk

membawa mereka ke hospital. Sampai di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh

Jeneral Muhammad al-Jazzar yang tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada

Hasan Al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, akhirnya Hasan Al-Banna

menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.15

14
Mohammad Haniff Amir Beek, (2003), Pemikiran Politik Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna dan Abu Al-
A’la Al-Maududi: satu kajian perbandingan, Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 12.
15
Op.cit, Mohammad Haniff Amir Beek, hlm. 12.

19
PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA

1. Berperingkat melakukan perubahan 16

Hassan al-Banna percaya dan yakin bahawa jika seseorang itu ingin kembali kepada Islam,

dia mestilah dilakukan secara berperingkat bukanlah secara 360 darjah sekaligus atau pun

disebut sebagai sifat Isti’jal (gopoh). Beliau telah mempraktikkan teori ini dalam

menjalankan dakwah bersama gerakan Ikhwan al-Muslimin. Terdapat tiga peringkat dalam

melakukan perubahan iaitu :

I. Takrif (pengenalan).

Pada peringkat ini, setiap jemaah Ikhwan al-Muslimin perlu memperkenalkan kepada

manusia lain tentang objektif dan kaedah jemaah untuk menarik hati manusia lain tentang

idea perubahan Islam yang diseru.

II. Takwin (pembentukan)

Di peringkat ini pula, telah berlaku proses saringan untuk memilih unsur-unsur yang dapat

membentuk kehidupan berasaskan Islam seperti yang hendak dikehendaki. Unsur-unsur yang

telah dipilih ini mestilah meliputi aspek rohani, jasmani dan mental.

III. Tanfiz (perlaksanaan)

Ia adalah langkah amali segala teori yang telah diperkenalkan dan disaring di peringkat yang

pertama dan kedua. Peringkat tanfiz ini tidak akan berjaya dan membuahkan sebarang hasil

jika tidak melalui peringkat takrif dan takwin.

16
Hassan al-Banna, 1984. Rukun Gerakan Islam. Selangor : Marwilis Publisher, hlm. 43.

20
2. Mengembalikan kefahaman Muslim tentang Sekularisme

Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, sebelum kemunculan Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan

al-Muslimin, keadaan politik di Mesir tidak terlepas daripada fahaman Sekularisme . Pada

waktu itu semua orang menganggap politik adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Kemudian Hassan al-Banna telah muncul untuk memulihkan salah tanggap tentang konsep

pemisahan agama daripada negara ini dengan mengungkapkan sebuah risalah. Di dalam

risalah tersebut, Hassan al-Banna telah menyatakan bahawa “kita mengkehendaki

pemerintahan Islam yang membawa rakyatnya ke masjid sepertimana yang telah dilakukan

oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab R.HUMA.

3. Menghapuskan kelompok yang memecahbelahkan umat Islam.

Hassan al-Banna juga ingin menghapuskan golongan yang suka memecahbelahkan umat

Islam dan memisahkan satu puak dengan satu puak yang lain. Hal ini kerana mereka menolak

untuk melaksanakan ajaran Islam, bersaing kerana kepentingan peribadi semata-mata dan

mereka ini adalah golongan yang tidak mementingkan kemaslahatan umum.

4. Mengubah undang-undang hingga menepati syariat Islam 17.

Sebelum munculnya gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir, Mesir bukanlah satu agama yang

mengamalkan semua undang-undangnya mangikut syariat Islam. Namun beliau hadir dan

memperjuangkan agar semua undang-undang di negara itu mestilah bertepatan dengan ajaran

Islam dalam semua aspek dan bukannya hanya mengamalkan Islam dalam beberapa bidang

tertentu sahaja.

17
Alias Othman, 1984. Risalah Muktamar ke 6 Ikhwan Muslimin. Kuala Lumpur : Pustaka Salam, hlm. 29.

21
5. Menambah kuantiti tentera Islam dan membangkitkan semangat mereka.

Tugas tentera adalah untuk melindungi negara daripada pihak musuh samada dari dalam atau

luar negara. Sekiranya semua tentera ini tidak mempunyai kefahahan Islam yang sebenar,

nescaya pasti akan berlaku penyelewengan dan pengkhianatan seperti memberi maklumat

kepada pihak musuh secara senyap-senyap.

6. Mengeratkan hubungan diplomasi antara negara-negara Islam.

Sebagai satu permulaan untuk mengembalikan tentang kegemilangan Khilafah yang telah

hilang dan berakhir di zaman Khilafah Turki Uthmaniyah, semua negara Islam di seluruh

dunia terutamanya negara-negara Arab perlu giat mengeratkan hubungan diplomasi. Dengan

kesatuan dari seluruh negara Islam pastinya sebuah negara bersistemkan sistem Khalifah

tidak mustahil untuk diadakan semula.

7. Meniupkan roh Islam ke dalam jabatan kerajaan .

Jika semua kakitangan dan penjawat di dalam sebuah negara mengamalkan cara hidup dan

bekerja mengikut Islam seluruhnya pastinya sebuah negara itu akan lebih maju dan

bertamadun. Hal ini disebabkan pastinya tidak akan berlaku penyelewengan, rasuah, ketirisan

dan sebagainya dengan adanya nilai amanah, akauntabiliti dan sebagainya dalam diri setiap

penjawat awam.

8. Menyediakan jadual bertugas di jabatan-jabatan.

Jadual bertugas amat penting bagi kakitangan kerajaan agar mereka tidak berlakunya

ketidakseimbangan antara bekerja untuk dunia dan beribadat. Misalnya pada musim panas,

waktu siang lebih panjang daripada malam dan begitu juga pada musim sejuk waktu malam

lebih panjang daripada siang. Oleh itu penjawat awam ini perlu diberi jadual yang sistematik

agar mereka tidak terlepas untuk menunaikan Qiyamulail.

22
9. Menyeimbangkan urusan kerajaan dengan hukum Islam.

Setiap keramaian, perayaan, program rasmi kemasyarakatan yang dilakukan mestilah tidak

bertentangan dengan ajaran Islam dalam melaksanakannya seperti tidak mengganggu waktu

solat terutamanya Solat Jumaat.

10. Mengambil graduan al-Azhar menjawat jawatan di dalam tentera,polis,

pentadbiran dan latihan.

Sepertimana yang telah sedia maklum Universiti al-Azhar adalah sebuah universiti yang

berprestij tinggi kerana Keizzahan Islam yang terpahat dalam diri para pelajarnya. Oleh itu,

Hassan al-Banna inginkan kesemua graduan ini menjawat jawatan sebagai tentera dan polis

khususnya kerana mereka tahu apa yang haq dan apa yang batil. Jika dilihat pada hari ni, Dr.

Muhamad Morsi digulingkan oleh Al-Sisi yang juga seorang anggota polis. Hal ini

bermaksud Hassan al-Banna sudah menjangkakan bahawa perkara sedemikian rupa pasti

akan berlaku pada masa akan datang jika golongan tentera dan polis bukan daripada kalangan

yang menganut Islam secara keseluruhannya.

23
MANIFESTASI MENGEMBALIKAN ISLAM

Di dalam pidato Hassan al-Banna sempena Perhimpunan Ketua-Ketua Zon Dan Markaz Jihad
18
bertempat di Kaherah pada 8 September 1945 beliau ada memberikan manisfestasi-

manisfestasi yang perlu dilaksanakan jika ingin mengembalikan Islam ke dalam kehidupan

Umat Islam dan Sivil. Antara manisfestasinya ialah :

1. Mengisytiharkan bahawa kerajaan akan laksanakan konsep negara Islam dengan

rasminya.

2. Kerajaan akan memastikan kakitangan-kakitangan kerajaan mempunyai komitmen

yang tinggi dalam menglaksanakan tugas meraka disamping pada pemimpin perlu

menjadi contoh tauladan bagi pekerjanya dan orang ramai.

3. Mengharamkan perkara yang Allah telah haramkan. Misalnya Allah telah

mengharamkan riba di dalam al-Quran. Justeru kerajaan juga perlu mengaharamkan

dan menghapuskan sebarang bentuk muamalat yang mempunyai unsur riba. Kerajaan

sepatutnya menjadi contoh tauladan yang baik dalam perkara ini bukanlah

mengharuskan amalam yang jelas haram demi keuntungan semata-mata.

4. Perbaharui kurikulum pendidikan agar bertepatan dengan pendidikan yang dianjurkan

oleh agama Islam dan kenegaraan. Sistem pendidikan yang sebenar mestilah

memberikan perhatian yang lebih terhadap bidang pengajian Bahasa Arab dan sejarah

bangsa. Apabila semua pelajar tahu Bahasa Arab maka mereka lebih mudah

memahami al-Quran dan al-Sunnah. Justeru mereka pasti akan mengamalkan apa

yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

5. Islam sebagai sumber utama dalam perundangan bukannya teori barat atau akal

manusia yang penuh kelemahan dan cacat cela sebagai sumber perundangan.

HASSAN AL BANNA DAN PALESTIN


18
Op.cit. Riduan Mohamad Nor, hlm. 16.

24
Hassan al-Banna dan Ikhwan al-Muslimin begitu prihatin dan cakna tentang apa yang

terjadi di Palestin sehingga beliau dan pejuang-pejuang Ikhwan al-Muslim dicabut nyawanya

oleh pihak musuh Islam. Bagi Dr. Yusuf al-Qardhawi, isu Palestin ini adalah satu isu yang

sepatutnya menggugat jiwa dan nurani umat Islam yang lain. Hal ini kerana Palestin dan

Baitul Maqdis mempunyai kedudukan yang tinggi bahkan ia telah disepakati oleh mazhab

dan aliran-alirannya. Maka tidak hairan jika terdapat golongan yang bukan rakyat Palestin

terlalu ghairah dan istiqomah membela kesucian negara itu.

Hal ini memang jelas terpancar pada diri dan jiwa Hassan al-Banna yang telah

memerah keringat berhabis-habisan untuk memberi kesedaran tentang penderitaan saudara

kita di Palestin sedang kita asyik terbuai dengan kemewahan dan keasyikan duniawi. Antara

perkara yang telah dilakukan oleh Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan al-Muslimin tentang

isu Palestin ialah :

1. Berceramah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Mesir tentang isu

Palestin.

Beliau giat melakukan pendedahan kepada rakyat Mesir bahawa Inggeris telah menjajah

Palestin dan menghukum penduduknya dengan besi dan api. Beliau juga menceritakan

bahawa Yahudi telah membina negara mereka sendiri di atas tanah Palestin dan mengusir

penduduk asal bagi tanah tersebut dengan zalimnya. Beliau bukan sahaja berceramah di
19
masjid-masjid bahkan hingga ke kedai kopi beliau untuk menyampaikan hakikat yang

berlaku.

19
Ab. Aziz Muhamad Zin, 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur : Universiti Malaya, hlm. 164.

25
2. Mengutus pemuda-pemuda ke masjid-masjid untuk memberitahu tentang

kekejaman Inggeris.

Bukan Hassal al-Banna sahaja yang giat memberi ceramah kesedaran tentang penderitaan

rakyat Palestin bahkan beliau telah mengutus pemuda-pemuda untuk memberikan ceramah

kesedaran keserata tempat di seluruh pelusuk Mesir.

3. Mengumpulkan derma untuk diberi kepada rakyat Palestin.

Dalam penderitaan dan penyiksaan yang diterima oleh rakyat Palestin, mereka sangat

kekurangan harta untuk meneruskan kehidupan disitu. Mereka tidak boleh belajar atau

bekerja untuk mencari sesuap nasi bahkan ada yang mati kerana kelaparan. Oleh itu kutipan

dana bagi membantu rakyat Palestin sangat giat dijalan oleh Ikhwan al-Muslimin.

4. Menulis sebuah buku yang bertajuk Api dan Kemusnahan di Palestine.

Di dalam buku ini, beliau ada mengepilkan gambaran dan dokumen jenayah yang dilakukan

oleh Bristish terhadap rakyat Palestin yang terbuang. Antaranya ialah pencerobohan Inggeris

terhadap rumah-rumah rakyat Palestin dan mengoyak al-Quran serta memijaknya.

5. Menyeru agar memboikot ekonomi Yahudi.

Rasulullah SAW dan para sahabat sendiri pernah memboikot kekuatan ekonomi Yahudi

seperti Bani al-Nadir, Bani Quraizah, Bani Qainuqa’ yang telah memonopoli ekonomi di

Madinah secara kotor dengan mengenakan Riba kepada golongan bukan Yahudi dan tidak

kepada golongan Yahudi. Begitu juga yang digesa oleh Hassan al-Banna utk rakyat Mesir

memboikot ekonomi Yahudi yang berada diseluruh Mesir. Jika dilihat pada hari ini pun,

gesaan mengenai memboikot barang Yahudi masih lagi dilakukan. Hal ini kerana ia adalah

senjata yang cukup berkesan dalam melumpuhkan kekuatan musuh dan membentuk

pandangan umu tentang sesuatu isu.

26
6. Menyeru supaya mengadakan muktamar dunia Arab pertama 20.

Beliau telah menjemput pemimpin-pemimpin negara-negara Arab dan pertubuhan bukan

kerajaan untuk mengadakan muktamar supaya sama-sama terpanggil dan bertanggungjawab

terhadap isu besar ini. Jemputan beliau membuahkan hasil apabila perwakilan-perwakilan

Arab menerima baik jemputan tersebut. Akhirnya isu Palestin telah dibincangkan secara

mendalam dan penuh keprihatinan. Maktamar itu telah meluluskan bebrapa resolusi yang

ditujukan kepada kerajaan Bristish.

7. Menganjurkan perarakan,bantahan awam dan mogok.

Beliau juga menggesa kepada rakyat Mesir untuk melakukan perarakan. Bantahan

awam,mogok dan protes jalanan unutk menarik perhatian masyarakat yang tidak cakna

tentang isu ini. Hal ini kerana rakyat Palestin sendiri tidak duduk diam berpeluk tubuh

apabila ditindas dan diseksa sebegitu rupa. Antara protes jalanan yang paling lama pernah

berlaku adalah dikenali sebagai Revolusi 1936. Ia berlarutan selama tiga tahun dan ramai

yang telah gugur syahid dan tercedera serta disumbatkan ke dalam penjara 21.

8. Membuat taklimat untuk berdemonstrasi menolak kenyataan Perdana Menteri

Mesir 22.

Hassan al-Banna pernah bertanya pendapat kepada Nuhas al-Basya tentang isu Palestin ini

namun jawapan yang dituturkan oleh Perdana Menteri itu amat mendukacitakan dan tidak

berperikemanusiaan. Beliau menyatakan “Aku adalah Perdana Menteri Mesir bukannya

Perdana Mesnteri Palestin”.

Kenyataan ini telah disiarkan dengan meluas oleh akhbar Arab dan negara-negara lain malah

dengan segera telah mengundang amarah masyarakat seluruh dunia. Oleh itu, Hassan al-
20
Op.cit. Riduan Mohamad Nor, hlm. 20.
21
Ali Muhammad Garisyah, 1999. Dakwah dan Pendakwah Menyingkap Ketokohan Hassan al-Banna. Selangor :
Thinker’s Library Sdn. Bhd., hlm. 95.
22
Op.cit., hlm. 21.

27
Banna telah segera membuat taklimat supaya melakukan demonstrasi untuk membantah

kenyataan yang zalim itu. Demonstrasi-demonstrasi ini giat dilakukan selepas Solat Jumaat

walaupun dikawal ketat oleh pihak keselamatan namun tetap memberi kesan dan impak yang

mendalam apabila rakyat Mesir merasa dekat dengan Palestin.

28
HASSAN AL-BANNA DIKAGUMI OLEH TOKOH LAIN 23

Seorang sahabat seperjuangan yang juga pernah memegang jawatan sebagai

Mursyidul Am Ikhwan al-Muslimin pernah berkomentar tentang Hassan al-Banna di dalam

satu memoir beliau “Sesungguhnya peranan Hassan al-Banna umpama tiupan angin

lembut dan basah kala dinihari, mengibas debu-debu semalam yang telah melekat pada

daun-daun pokok bunga yang sedang dilamun mimpi yang enak pada kesepian akhir

malam sehinggalah terbitnya matahari pada waktu pagi. Pengajaran Hassan al-Banna

menyedarkan orang-orang yang sedang tidur dan lali, beliau mendapat sambutan mesra

dan hangat ibarat keindahan bunga mawar, jasmin, rerumput aas dan Nasrin yg sedang

mekar dan semerbak mewangi, mendatangkan keseronokan kpd orang-orang yang

bertasbih memuji ciptaan Allah dan yang sedang asyik merenungi kegemilangan ciptaan

Allah yang Maha Mengetahui“.

Manakala Robert Jackson seorang yang non-Muslim pernah mengaungkapkan

“Hassan al-Banna adalah ahli siasah yg pintar, pemimpin yg gagah, ulama yg kuat

hujahnya, ahli falsafah yg dipandang, pemidato yg matang, dan penulis yang bermisi.

Semua aspek ini muncul sebagai sifat semualjadi beliau (Hassan al-Banna)”.

23
Op.cit., hlm. 6-7

29
Sheikh Mohamed Sayed Tantawi 24, Imam besar Masjid al-Azhar dan juga pensyarah

di Universiti al-Azhar pernah berkata “ Pada pandanganku, Hassan al-Banna lebih hebat

drpd Sheikh Jamaludin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Beliau adalah contoh

gabungan ketakwaan dan kepintaran Siasah yang menakjubkan. Beliau berhati Saidina

Ali R.A dan berakal Muawiyah. Aku melihat pd beliau sifat-sifat pemimpin yangg telah

kehilangan dari dunia Islam “.

Dr Ishaq al-Husaini, seorang tokoh yang membuat kajian secara mendalam tentang

Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan al-Muslimin berkata “Hassan al-Banna ibarat

ensiklopedia yang luas lagi lengkap. Beliau berbicara mengenai semua tajuk biarpun apa

jenisnya tanpa persediaan. Beliau menggunakan gaya bahasa yang mudah dan

ungkapan-ungkapan yang sesuai”.

24
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Sayyid_Tantawi

30
RUJUKAN

Ab. Aziz Muhamad Zin, 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur : Universiti
Malaya

Ahmad Nasiruddin Ismail (ed.), (1987), Kuliah Dari Ikhwan Muslimin (Iman Dan
Tuntutannya), Alor Star, Pustaka Ikhwan

Ali Muhammad Garisyah, 1999. Dakwah dan Pendakwah Menyingkap Ketokohan Hassan
al-Banna. Selangor : Thinker’s Library Sdn. Bhd

Alias Othman, 1984. Risalah Muktamar ke 6 Ikhwan Muslimin. Kuala Lumpur : Pustaka
Salam

Badr Abdurrazaq Al-Mash, 2006. Hisbah Hasan Al-Banna, Indonesia, Era Intermedia

Hasan Al-Banna, 1984. Alias Osman (ed.), Petaling Jaya, Polygraphic Press Sdn Bhd

Hassan al-Banna, 1984. Rukun Gerakan Islam. Selangor : Marwilis Publisher

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Sayyid_Tantawi

Mohammad Haniff Amir Beek, 2003. Pemikiran Politik Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna
dan Abu Al-A’la Al-Maududi: satu kajian perbandingan, Jabatan Siasah Syar’iyyah,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Riduan Mohamad Nor, 2007. Memperingati 100 Tahun Hassan al-Banna. Selangor : MHI
Publications

Saari Sungib, 2007. Hasan Al-Banna & 5 Mursyid Pewaris Perjuangan, Selangor,
Percetakan Maya Sdn.Bhd

Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, 2010. Al-Syahid Hasan Al-Banna:
Pengasas ikhwan muslimin, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

31

Anda mungkin juga menyukai