Anda di halaman 1dari 31

1

BIL. PERKARA MUKASURAT


1. PENDAHULUAN 2
2. LATAR BELAKANG KELUARGA AL-SHAHID HASSAN
AL BANNA
3
3. LATAR BELAKANG DAN KELAHIRAN AL-SHAHID
HASSAN AL BANNA
6
4. PENDIDIKAN AL-SYAHID HASAN AL-BANNA 7
5. TUGAS HASAN AL-BANNA SEBAGAI SEORANG
GURU DAN PERISTIWA PENUBUHAN IKHWANUL
MUSLIMIN
10
6. PERKAHWINAN HASAN AL BANNA DAN ANAK-
ANAK BELIAU.
11
7. HASSAN AL BANNA DAN IKHWAN AL-MUSLIMIN 12
8. HASIL TULISAN IMAM HASAN AL-BANNA 14
9. SYAHIDNYA IMAM HASAN AL-BANNA 19
10. PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA 20
11. MANIFESTASI MENGEMBALIKAN ISLAM 24
12. HASSAN AL BANNA DAN PALESTIN 25
13. HASSAN AL-BANNA DIKAGUMI OLEH TOKOH LAIN 29
14. RUJUKAN 31


2
PENDAHULUAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, dengan kurnia dan izin-Nya
dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kursus Pemikiran Politik Islam Perbandingan
(IHEH2305)dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Dr.
Bharuddin bin Che Pa kerana banyak membantu sepanjang menyempurnakan tugasan ini.
Tidak dilupakan kepada kedua ibu bapa kami yang tidak jemu-jemu memberi semangat dan
dorongan dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang mahasiswi. Terima kasih
juga kepada sahabat dan kenalan kerana banyak menghulurkan bantuan secara langsung atau
tidak langsung. Moga Allah berkati segala amalan kita, in shaa Allah.
Tujuan utama tugasan ini adalah untuk mengetahui dan menganalisis dengan lebih
mendalam falsafah dan pemikiran idea-idea politik Hasan Al-Banna. Beliau merupakan
seorang mujaddid, pejuang, pendakwah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui
syahid di jalan Allah. Al-Syahid Hasan Al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama
yang tidak dapat dipisahkan. Kemunculan beliau bersama Ikhwanul Muslimin dengan tekad
untuk membawa kembali cahaya kebenaran dan menghapuskan segala bentuk perhambaan
daripada manusia kepada manusia sejati telah terbukti dengan melihat luasnya pengaruh
Ikhwanul Muslimin inisehingga meresap ke seluruh dunia arab yang lain.
Menerusi tugasan ini, kami dapat memahami latar belakang beliau sejak mula
dilahirkandan membesar dalam persekitaran masyarakat yang masih lagi mengutamakan
kemurnian Islam dimana suasana itu akhirnya mempengaruhi pemikiran dan pendekatan-
pendekatan yang dipraktikkan oleh beliau bersama jemaah Ikhwanul Muslimin. Akhir kata,
saya berharap tugasan ini bukan sahaja mampu memberikan manfaat kepada kami, malah
kepada seluruh pelajar yang mengambil kursusPemikiran Politik Islam Perbandingan
(IHEH2305).

3
LATAR BELAKANG KELUARGA AL-SYAHID HASAN AL-BANNA
Datuk al-Syahid Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdul Rahman Al-Banna. Beliau
tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad
dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti al-Azhar dan Muhammad Al-
Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Setelah beberapa tahun setelah Syeikh Abdul
Rahman meninggal dunia, satu perselisihan faham telah berlaku antara kedua-kedua orang
anaknya itu mengenai pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah
pusakayang lebih luas kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian bapa
mereka.Perselisihan ini boleh membawa pertengkaran, tetapi Ahmad Al-Banna telah
menyelesaikan hal ini dengan menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Muhammad Al-
Banna dan mengambil keputusan untuk berpindah ke Mahmudiyah dan menetap disitu.
1

Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna adalah bapa Imam Hasan Al-Banna. Di
Mahmudiyah, Ahmad Al-Banna memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki jam. Hal ini
kerana, semasa Ahmad Al-Banna belajar di Jami Basha Ibrahim di Iskandariah,beliau telah
memahirkan diri di sebuah kedai yang paling besar untuk membaiki jam sehinggalah beliau
betul-betul mahir.
2
Selepas itu kemahiran ini dijadikan pekerjaan beliau untuk membuka
perniagaan. Daripada sinilah kemasyhurannya terserlah sehingga dikenali dengan gelaran
As-saati (pembaiki jam). AhmadAl-Banna berkelulusan Universiti al-Azhar. Separuh hari
dihabiskannya untuk mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk mengkaji dan
mendalami al-Quran dan al-Sunnah. Di samping itu, Ahmad Al-Banna juga mempunyai
sebuah perpustakaan yang mengandungi perbagai buku berharga mengenai al-Quran dan
Sunnah.

1
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, (2010), Al-Syahid Hasan Al-Banna: Pengasas ikhwan muslimin,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5
2
Riduan Mohamad Nor, 2007. Memperingati 100 Tahun Hassan al-Banna. Selangor : MHI Publications, hlm. 33.

4
Ahmad Al-Banna telah dijemput oleh penduduk kampung untuk menjadi imam solat
Jumaat yang pertama di situ apabila masjid itu baru dibina di kampung tersebut.
Kepetahannya bercakap dan khutbahnya yang bersifat ilmiah itu telah menarik hati orang
ramai. Akhirnya beliau telah dilantik menjadi imam dan khatib tetap masjid tersebut atas
permintaan ramai. Tugas ini telah diterima oleh beliau bukan kerana inginkan keuntungan
kebendaan tetapi demi mencari keberkataan dan keredhaan Allah. Beliau juga meneruskan
kerjanya sebagai tukang membaiki jam untuk menyara hidupnya dan masa lapangnya
digunakan dalam mengkaji hadis.
Beliau banyak menyusun buku mengenai hadis. Beliau menyusun semula Musnad
Ahmad bin Hanbal menurut bab-bab dari sudut ilmu Fiqh. Kitab ini dinamakannya Al-
Fathur-Rabbani Fi Tartib Musnad-ul Imam Ahmad bin Asy-Syebani. Kemudian beliau
menulis pula huraian terperinci mengenai kitab tersebut dan menamakannya Bulugh-ul-
Amani Min Asrarul Fath-ur-Rabbani. Beliau juga menulis huraian mengenai kitab Abu
Dawud dan menamakannya Minhatul Mabud. Di samping itu, beliau telah menyunting
Musnad dan Sunnan Imam Syafie dan menulis huraian mengenainya. Karyanya
dinamakannya Badayi-al Musnad Fi Jama Wa Tartib Musnad-as-Syafie wal Sunnan.
Akhirnya beliau menyusun sebuah buku yang menyentuh Masanid keempat Imam tadi.
Ahmad Al-Banna adalah seorang ulama yang cerdik. Kajiannya terhadap Islam telah
menunjukkan kecekapannya itu. Beliau telah berjaya melakukan kerja akademik secara
bersendirian sahaja.
3

Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman ialah seorang insan alim yang hebat. Beliau
seorang yang wara, berakhlak mulia, bertaqwa dan seorang manusia alim yang hebat.
Isterinya juga berperibadi mulia serta wara'. Isterinya berasal dari Bani Abu Qurah. Dengan
isteri pertamanya ini, Ahmad Al- Banna memperolehi tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan

3
Op.cit, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, hlm.6

5
dua perempuan. Anak-anaknya itu bernama Hasan Al-Banna (yang sulung), Abdul Rahman
Al-Banna, Fatimah Al-Banna, Muhammad Al-Banna, Abdul Basit Al-Banna, Jamal Al-
Banna dan Fauziah Al-Banna. Syeikh Ahmad Al-Banna mempunyai seorang lagi isteri.
Dengan isteri kedua ini, beliau memperolehi seorang anak perempuan yang bernama Faridah
Al-Banna.
Bapa Hasan Al-Banna iaitu Ahmad Al-Banna semenjak menikah dengan isterinya
telah memasang cita-cita dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Beliau
bertekad untuk mendidiknya dengan tarbiyah dan akhlak mulia agar dapat mewujudkan
keturunan yang abadi dan soleh sepanjang masa. Kemudian, Allah mengabulkan doa beliau
dan Allah memberikan kesempatan kepada beliau untuk mewujudkan cita-citanya. Akhirnya,
Allah telah mengurniakan beliau anak yang cerdas dan telah diberi nama olehnya sendiri iaitu
Hasan Al-Banna.
4



4
Badr Abdurrazaq Al-Mash, (2006), Hisbah Hasan Al-Banna, Indonesia,Era Intermedia,hlm.38.

6
LATAR BELAKANG DANKELAHIRAN AL-SYAHID HASAN AL-BANNA
Imam Hasan Al-Banna merupakan anak sulung dalam keluarganya. Beliau dilahirkan
di Mahmudiyah, iaitu salah satu wilayah Buhairah di Delta Nil pada hari Ahad, 14 Oktober
1906 bersamaan dengan 25 Syaban 1324 Hijrah.
5
Beliau berketurunan daripada keluarga
kebanyakan yang sederhana daripada penduduk asal Mesir yang mengusahakan pertanian di
salah satu desa Delta iaitu Kampung Syamsyirah. Para penduduk di sini menjalani kehidupan
secara tradisional. Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat alim dalam ilmu-ilmu Islam lebih-
lebih lagi sejarah Islam. Keluarganya mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Di
perkampungan itu, keluarga beliau amat dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati
ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang
merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.
Hasan Al-Banna dan adik-beradik yang lain telah dididik dengan suasana keislaman
dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh bapanya. Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul
Rahman Al-Banna merupakan seorang ulama dan mempunyai perpustakaan yang agak besar
di rumahnya. Bapanya menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah
dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hasan Al-Banna juga
sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini
memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan perwatakannya. Ketokohan,
keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad Al-Bannatelah diwarisi oleh anaknya, Hasan Al-
Banna.

5
Op.cit, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, hlm.8.

7
PENDIDIKAN AL-SYAHID HASAN AL-BANNA
Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Sejak
kecil lagi, bapanya telah mendidik beliau dengan agama dan tahfiz al-Quran.
6
Dalam
usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan dan galakan kepada
beliau untuk mempelajari ilmu Islam. Kehidupan seharian Hasan Al-Banna semasa kecil
dapat dibahagikan kepada empat bahagian. Waktu pagi, beliau pergi ke sekolah seperti
kanak-kanak yang lain. Selepas itu, beliau menolong bapanya membuat dan membaiki jam
sehingga waktu petang. Kemudian, pada malam hari, beliau menggunakan waktu lapang
untuk mengulang kaji pelajaran. Manakala, selepas waktu subuh beliau membaca serta
mengulang-ulang hafazan al-Quran bagi memperkukuhkan lagi hafazannya.
Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Al-
DiniyyahAr-Rasyad. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang
bernama Syeikh Muhammad Zahran.Syeikh Muhammad Zahran mendidik pelajar-pelajarnya
termasuk Hasan Al-Banna dengan kaedah yang agak keras bagi golongan kanak-kanak. Cara
didikan yang begitu ketat seperti bebanan dalam menghafaz al-Quran, pembacaan dan
menelaah kitab-kitab besar Islam ini sebenarnya adalah untuk kebaikan mereka juga. Faedah
daripada hasil didikan tersebut hanya disedari oleh Hasan Al-Banna setelah beliau melangkah
ke alam dewasa. Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu
Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun berpindah
ke sekolah lain yang bernama Madrasah Idadiyah dan dalam masa yang sama bapa beliau
terus memantau perkembangan hafazan al-Quran anak kesayangannya dengan diiringi
kesungguhan Hasan Al-Banna sendiri. Beliau akhirnya berjaya menghafaz al-Quran ketika
baru berusia 12 tahun dan ini merupakan satu pencapaian yang agak luar biasa jika
dibandingkan dengan rakan seusianya ketika itu.

6
Op.cit, Badr Abdurrazaq Al-Mash, hlm. 41.

8
Ketika melangkah usia 13 tahun, Hasan Al-Banna telah berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Madrasah al-Muallimin al-Awwaliyah / Pusat Latihan Guru di Damanhur
untuk mendapat ijazah perguruan. Walaupun kelayakan minimum untuk belajar di sekolah
tersebut ialah 14 tahun. Hasan Al-Banna ternyata terkehadapan berbanding dengan teman
seusianya yang lain. Pengecualian khas diberikan kepada beliau ekoran pengetua madrasah
tersebut dapat melihat dengan jelas potensi Hasan Al-Banna yang jauh lebih matang
berbanding dengan usia sebenarnya. Selepas tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat
pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah
ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk
menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Darul Ulum (Universiti
Kaherah).
Darul Ulum ditubuhkan pada tahun 1873 sebagai percubaan pertama pemerintahan
Mesir mewujudkan pendidikan moden di peringkat tinggi.
7
Hasan Al-BannaKetika itu beliau
berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak
layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang
luar biasa itu. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Selain ilmu-ilmu
diniyyah, Darul Ulum juga mengajar pelbagai ilmu semasa seperti psikologi, falsafah, politik,
ilmu kemasyarakatan, matematik,linguistik dan pedagogi. Disamping metode-metode
pendidikan moden yang diadakan di situ, Darul Ulum juga terkenal dengan panggilan Al-
Azhar As-Saghir di kalangan masyarakat Mesir pada masa itu. Sebaik sahaja Hasan Al-
Banna diterima masuk ke Darul Ulum, beliau dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.
8

Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari
Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama.

7
SaariSungib, (2007), Hasan Al-Banna& 5 MursyidPewarisPerjuangan, Selangor, Percetakan Maya Sdn.Bhd,
hlm. 3
8
Op.cit, SaariSungib, hlm.4.

9
Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan
sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya membaiki jam.
Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa pula membuat pilihan sama ada
beliau patut mengambil biasiswa luar negeri dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang
lebih tinggi ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau
bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan
masa lapangnya pula akan dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul
Ulum mengumumkan bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana
pelajar kerana negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru pada waktu itu. Selepas
pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau
mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu
tahun. Beliau tinggal di Ismailiah schingga tahun 1933 M.


10
TUGAS HASAN AL-BANNA SEBAGAI SEORANG GURU DAN PERISTIWA
PENUBUHAN IKHWANUL MUSLIMIN

Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya
sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti
corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih
berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga
seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakanusaha dakwahnya di kedai-kedai makan
dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja, ramai orang
telah menjadi pengikutnya.
Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam
Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan
Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan
nama Al-Ikhwan Muslimin. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwanul Muslimin telah
diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan
Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat
menuju ke matlamatnya.
9



9
Op.cit, Hasan Al-Banna, hlm. 21.

11
PERKAHWINAN HASAN AL BANNA DAN ANAK-ANAK BELIAU.
Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya itu
telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin as-Soli adalah seorang
yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan peribadi Hasan Al-Banna serta
kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna begitu rapat dan
kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al- Banna dengan perbagai cara. Anak-anak
lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari
ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai
menantunya. Latifah, anak perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-
Banna. Latifah juga seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini
bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah
untuk wanita-wanita yang baik (pula). (Surah An-Nur, ayat 26.)
Latifah sangat setia kepada suaminya dalam perbagai keadaan. Perkongsian hidup
mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang lelaki.
Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sanaa, Wafaa, Rajaa, Hajir dan Istisyhad.
Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisyhad oleh Latifah kerana beliau dilahirkan
dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.


12
HASSAN AL BANNA DAN IKHWAN AL-MUSLIMIN
Setiap pertubuhan atau persatuan yang memperjuangkan Islam mestilah mendukung
ajaran Islam secara keseluruhan ataupun secara syumul. Namun sekiranya ia ditubuhkan
hanya bertujuan untuk dakwah semata-mata atau ada kepentingan peribadi semata-mata, ia
bukanlah dinamakan dengan gerakan
10
gerakan Islam kerana ia mencakupi beberapa aspek.
Antaranya ialah :
1. Dakwah Salafiah
Ikhwan al-Muslimin berdakwah agar Islam dikembalikan kepada sumbernya yang suci iaitu
al-Quran dan al-Sunnah.
2. Tariqat Sunniah
Ikhwan al-Muslimindiwajibkan untuk menjalankan dan mengamalkan sunnah Rasulullah
SAW dalam semua hal terutamanya dalam bidang akidah dan ibadah selagi mana mereka
mampu untuk melakukannya.
3. Hakikat Sufiah
Ikhwan al-Muslimin perlu memahami bahawa asas kebaikan adalah kebersihan jiwa,
kesucian hati, istiqamah dalam beramal, menjauhi keduniaan, kasih sayang kerana Allah dan
selalu terikat dengan kebaikan.
4. Haiah Siasah
Ikhwan al-Muslimin menuntut agar perlu berlakunya pembaikpulihan terhadap hukum
pemerintahan dalam negara selain menuntut agar orang Islam dididik dengan penuh
keizzahan dan kemuliaan diri dan membuat sistem pantauan terhadap orang-orang Islam.

10
Op.cit. Riduan Mohamad Nor, hlm. 48-49.

13
5. Jamaiah Riyadhiah
Ikhwan al-Muslimin sangat menjaga tubuh badan dan akal mereka. Mereka memahami
bahawa mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah.
6. Rabithah Ilmiah Tsaqafiyah
Islam telah mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu. Ikhwan al-Muslimin ditubuhkan
adalah bertujuan untuk menjadi sekolah, usrah dan tempat menuntut ilmu pengetahuan.
7. Syirkah Iqtisodiah
Ikhwan al-Muslimin sangat mementingkan tentang soal memperolehi harta dan penggunaan
harta tersebut ke jalan yang baik.
8. Fikrah Kemasyarakatan
Ikhwan al-Muslimin memperhatikan penyakit-penyakit masyarakat Islam dan berusaha
mencari jalan penyembuhan umatnya daripada penyakit tersebut.


14
HASIL TULISAN IMAM HASAN AL-BANNA
Imam Hasan Al-Banna adalah seorang pendakwah Islam dan juga tokoh
pembaharuan. Hasan Al-Bannatelah menghimpunkan sekumpulan orang-orang Islam yang
berwibawa serta mempunyai kesanggupan untuk hidup dan mati dalam memperjuangkan
Islam. Beliau ingin menegakkan cara hidup Islam di Mesir. Lantaran itu, beliau menumpukan
lebih banyak masanya di sudut amali gerakannya, iaitu memberi latihan akhlak dan rohani
kepada para anggota Ikhwan. Pernah beliau ditanya, Mengapakah awak tidak mengarang
buku? Imam Hasan Al-Banna menjawab, Saya menulis manusia. Ini bermakna beliau
melatih manusia dari segi akhlak dan ilmu untuk perjuangan Islam. Walau bagaimanapun
beliau ada menulis beberapa buah buku berikut:
11

I. Muzakirat ad-Daawah wa-Daiyiah (Catatan Dakwah dan Pendakwah).
Inilah hasil karyanya yang terulung. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian pertama menyentuh kehidupan peribadinya dan bahagian kedua pula ialah
mengenai kegiatan Ikhwanul Muslimin. `
II. Risaail-Al-Imamu-Syahid.
Buku ini ialah himpunan beberapa makalah/judul yang disusunnya pada waktu-waktu tertentu
sepanjang hayatnya. Antara buku-buku tersebut ialah:
1) Risalatu Ta'alim.
Buku kecil ini mengandungi arahan-arahan yang diberinya kepada orang-orang yang
memasuki gerakan Ikhwanul Muslimin. Ia ditunjukkan kepada para ahli Ikhwanul Muslimin
yang telah berbaiah. Dalam buku kecil ini, beliau menjelaskan sepuluh dasar baiah:
Seterusnya Imam Hasan Al-Banna menerangkan segala kewajipan ahli-ahli Ikhwan di dalam

11
Op.cit, Hasan Al-Banna, hlm. 22-25.

15
semua bidang kehidupan selepas sahaja melakukan baiah. Beliau juga menetapkan
peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan yang patut ditinggalkan.
2) Risalah J ihad.
Makalah ini menerangkan kewajipan, kepentingan dan kelebihan Jihad. Imam Hasan Al-
Banna menulis makalah ini ketika para sukarelawan Ikhwanul Muslimin melancarkan Jihad
terhadap Yahudi Palestin.
3) Dawatuna Fi Taauri Jadid.
Makalah ini bermaksud Dakwah kami di tahap baru. Makalah ini ditulis ketika gerakan
Ikhwanul Muslimin sedang pesat berkembang dan ramai para belia sedang menganggotainya.
Para penentang juga menyatakan keraguan mereka terhadapnya. Imam Hasan Al-Banna juga
menjelaskan, setiap kecaman yang ditunjukkan kepada Ikhwan oleh para penentangnya.
Beliau menerangkan bahawa gerakan Ikhwan ini tidak terhad kepada mana-mana kumpulan
tertentu tetapi ia sebenarnya adalah bercorak sejagat dan merangkumi seluruh umat manusia.
Beliau juga menerangkan bahawa gerakan Ikhwan berdasarkan iman dan akal.
Di akhir makalah ini, Hasan Al-Banna menyatakan hasratnya hendak membina sebuah
masyarakat yang terdiri daripada orang-orang perseorangan dan keluarga keluarga yang
berpegang teguh kepada Islam.
4) Ar-Risail Ats-Tsalaasah.
Karya Hasan Al-Banna yang ini pula terdiri daripada tiga makalah. Tajuk makalah yang
pertama ialah Apakah tugas kita?. Tajuk makalah yang kedua ialah Ke arah mana kita
menyeru manusia?. Tajuk makalah yang ketiga pula ialah Risalah Cahaya. Sebenarnya
makalah yang ketiga itu ialah surat Hasan Al-Banna kepada Raja Mesir Shah Faruq, Perdana

16
Menteri Mesir Nihas Pasya dan para pemimpin Negara-negara Muslim yang lain. Surat
tersebut ditulis dalam tahun 1936.
Surat ini menerangkan dengan panjang dasar-dasar Islam, kebudayaan dan tamadun Islam.
Beliau menyatakan kesalnya kerana orang-orang Islam telah mengamalkan cara hidup Barat
sedangkan mereka mempunyai dasar fahaman (ideologi) mereka sendiri yang lebih hebat.
Beliau juga membuat perbandingan antara cara hidup Islam dengan cara hidup Barat. Sebagai
kesimpulan, beliau menegaskan bahawa hanya Islam sahajalah yang merupakan penyelesaian
kepada segala masalah dan ia juga boleh menjamin kemajuan dan kebahagian kepada
sesebuah negara. Akhir sekali beliau memberi lima puluh cadangan. Sepuluh cadangan
berkaitan dengan politik, perundangan dan pentadbiran. Tiga puluh cadangan menyentuh
dasar-dasar kemasyarakatan dan pendidikan. Sepuluh cadangan yang terakhir itu berhubung
dengan masalah ekonomi.
5) Perbandingan Di Antara Yang Dahulu Dan Sekarang.
Makalah ini ialah yang pertama sekali ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna. Ianya ditulis
sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Dalam makalah ini, beliau menerangkan
dasar-dasar Islam dan ciri-ciri pembaharuan ummah. Pada peringkat awal, beliau
membincangkan negara Islam pertama yang berlandaskan Al- Quran di bawah pimpinan
baginda Rasulullah (s.a.w.) sendiri. Berikutnya, beliau menyentuh sebab-sebab kejatuhan
umat Islam. Akhirnya, beliau mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin mengajak manusia
kepada kesejahteraan yang berkekalan.
6) Risalatul Mutamarul Khamis.
Makalah ini merupakan syarahan Hasan Al-Banna di dalam Muktamar Kelima Ikhwanul
Muslimin. Dalam syarahannya ini beliau menilai kembali pencapaian Ikhwanul Muslimin
sepanjang sepuluh tahun yang lepas. Tiga perkara telah dibincangkan:

17
i) Matlamat Ikhwanul Muglimin dan corak (uslub) dakwahnya; ii) Dasar-dasar dan cara-cara
Ikhwanul Muslimin; iii) Sikap dan dasar Ikhwanul Muslimin terhadap perbagai pertubuhan
dan dasar-dasar fahaman lain di Mesir.
7) Ikhwanul Muslimin Di Bawah Panji-Panji Al-Quran.
Makalah ini merupakan syarahan Imam Hasan Al-Banna pada 4hb April, 1939 M., di
perhimpunan agung Ikhwanul Muslimin yang diadakan di ibu pejabat Ikhwan di Kaherah.
Dalam syarahan ini, matlamat dan tujuan Ikhwan telah dijelaskan. Beliau juga
membincangkan tugas serta kewajipan para belia. Makalah ini juga mengemukakan saranan
supaya dilakukan pemberontakan terhadap kuasa-kuasa penjajah yang sedang
menghancurkan masyarakat Mesir.
8) Persoalan Persoalan Negara Dari Segi Kaca Mata Islam.
Imam Hasan Al-Banna manulis makalah ini selepas tertubuhnya negara Pakistan. Beliau
membincangkan masalah-masalah politik negara Mesir dan negara- negara Islam yang lain.
Turut dibincangkan ialah negara baru Pakistan yang sedang diancam oleh India dengan
bantuan pihak Kornunis. Beliau membahagikan masalah yang dihadapi oleh negara Mesir
kepada dua bahagian. Di samping itu, beliau juga membentangkan cara-cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Dalam bahagian pertama, beliau membincangkan segala
keburukan yang ada corak kerajaan waktu itu dan kemudian beliau Memberi penyelesaian
kepada masalah tersebut menurut dasar dasar Islam. Dalam bahagian kedua, dasar ekonomi
diperbincangkan. Seterusnya, beliau menghuraikan sistern ekonomi Islam dan penyelesaian
kepada masalah ekonomi Barat.
9) Usul I syrin
Usul Isyrin atau usul Dua Puluh ini mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai
dan diketahui oleh tiap-tiap orang muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya. Ia juga

18
berkaitan hubungan-hubungan dengan khaliq dan hubungannya sesama manusia. Dalam Usul
Isyrin ini juga, ia menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan
pendapat atau pertikaian, terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami
sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
12

III. Syarahan syarahan Imam Hasan AI Banna.
Buku ini mengandungi syarahan syarahan dan kuliah-kuliah Hasan Al-Banna. Ia merupakan
satu khazanah ilmu. Antara perkara yang dibincangkan dalam kuliah dari Ikhwanul
Muslimin ini adalah berkenaan iman dan tuntutannya. Di dalam kuliah ada menyebut bahawa
masalah iman bukanlah perkara kedua (secondary) yang boleh kita pandang kecil dan rendah.
Malah ia adalah perkara utama dan terpenting sejak manusia mulai menjejakkan kakinya di
muka bumi ini, sesiapa yang mengenali Allah dan mengambil jalan kepada-Nya sahajalah
yang mengetahui mengenai-Nya, manakala sesiapa yang sesat dari jalan Allah bererti ia telah
memporak-perandakan kehidupannya sendiri serta ia akan mengalami kerugian di dunia juga
di akhirat.
13

IV. Maqalat Hasan Al-Banna.
Buku ini ialah himpunan nasihat-nasihat dan arahan-arahan Imam Hasan Al-Banna kepada
sahabat-sahabat dan para anggota Ikhwanul Muslimin.
V. Al-Mathurat.
Buku ini ialah himpunan doa-doa dan zikir yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri.
la dibaca beramai-ramai oleh para anggota Ikhwan sebelum solat Maghrib. Ia merupakan
pembaharuan ikrar mereka kepada Allah dalam menjalankan dakwah Islamiah.

12
Hasan Al-Banna, (1984), Alias Osman (ed.), Petaling Jaya, Polygraphic press sdnbhd, hlm.5
13
Ahmad Nasiruddin Ismail (ed.), (1987), kuliahdariikhwanmuslimin (imandantuntutannya), Alor Star,
PustakaIkhwan, hlm.9.

19
SYAHIDNYA IMAM HASAN AL-BANNA
Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di
Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun.Menjelang kematian beliau, pada 12 Februari
1949, beliau telah memanggil anaknya dan menceritakan bahawa sebelum itu beliau telah
bermimpi dikunjungi oleh Saidina Ali. Di dalam mimpi tersebut Ali berkata kepada beliau,
Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalanmu diterima oleh Allah.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan Al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur,
suami kepada adik perempuannya berada di pejabat Jamiyyah al-Syubban al-Muslimin.
Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk
berunding dan akhirnya tidak muncul tiba.
14

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isya' mereka memanggil teksi untuk
pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang matagelap menerpa ke
arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol dan kedua-
dua mereka terkena tembakan itu. Iparya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan
tersebut. Hasan Al-Banna walaupun terkena tujuh tembakan, beliau masih mampu berjalan
masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk
membawa mereka ke hospital. Sampai di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh
Jeneral Muhammad al-Jazzar yang tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada
Hasan Al-Banna. Padapukul 12.50 tengah malam, akhirnya Hasan Al-Banna
menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
15


14
Mohammad Haniff Amir Beek, (2003), Pemikiran Politik Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna dan Abu Al-Ala
Al-Maududi: satu kajian perbandingan, Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 12.
15
Op.cit, Mohammad Haniff Amir Beek, hlm. 12.

20
PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
1. Berperingkat melakukan perubahan
16

Hassan al-Banna percaya dan yakin bahawa jika seseorang itu ingin kembali kepada Islam,
dia mestilah dilakukan secara berperingkat bukanlah secara 360 darjah sekaligus atau pun
disebut sebagai sifat Istijal (gopoh). Beliau telah mempraktikkan teori ini dalam
menjalankan dakwah bersama gerakan Ikhwan al-Muslimin. Terdapat tiga peringkat dalam
melakukan perubahan iaitu :
I. Takrif (pengenalan).
Pada peringkat ini, setiap jemaah Ikhwan al-Muslimin perlu memperkenalkan kepada
manusia lain tentang objektif dan kaedah jemaah untuk menarik hati manusia lain tentang
idea perubahan Islam yang diseru.
II. Takwin (pembentukan)
Di peringkat ini pula, telah berlaku proses saringan untuk memilih unsur-unsur yang dapat
membentuk kehidupan berasaskan Islam seperti yang hendak dikehendaki. Unsur-unsur yang
telah dipilih ini mestilah meliputi aspek rohani, jasmani dan mental.
III. Tanfiz (perlaksanaan)
Ia adalah langkah amali segala teori yang telah diperkenalkan dan disaring di peringkat yang
pertama dan kedua. Peringkat tanfiz ini tidak akan berjaya dan membuahkan sebarang hasil
jika tidak melalui peringkat takrif dan takwin.



16
Hassan al-Banna, 1984. RukunGerakan Islam. Selangor :Marwilis Publisher, hlm. 43.

21
2. Mengembalikan kefahaman Muslim tentang Sekularisme
Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, sebelum kemunculan Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan
al-Muslimin, keadaan politik di Mesir tidak terlepas daripada fahaman Sekularisme. Pada
waktu itu semua orang menganggap politik adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
Kemudian Hassan al-Banna telah muncul untuk memulihkan salah tanggap tentang konsep
pemisahan agama daripada negara ini dengan mengungkapkan sebuah risalah. Di dalam
risalah tersebut, Hassan al-Banna telah menyatakan bahawa kita mengkehendaki
pemerintahan Islam yang membawa rakyatnya ke masjid sepertimana yang telah dilakukan
oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab R.HUMA.
3. Menghapuskan kelompok yang memecahbelahkan umat Islam.
Hassan al-Banna juga ingin menghapuskan golongan yang suka memecahbelahkan umat
Islam dan memisahkan satu puak dengan satu puak yang lain. Hal ini kerana mereka menolak
untuk melaksanakan ajaran Islam, bersaing kerana kepentingan peribadi semata-mata dan
mereka ini adalah golongan yang tidak mementingkan kemaslahatan umum.
4. Mengubah undang-undang hingga menepati syariat Islam
17
.
Sebelum munculnya gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir, Mesir bukanlah satu agama yang
mengamalkan semua undang-undangnya mangikut syariat Islam. Namun beliau hadir dan
memperjuangkan agar semua undang-undang di negara itu mestilah bertepatan dengan ajaran
Islam dalam semua aspek dan bukannya hanya mengamalkan Islam dalam beberapa bidang
tertentu sahaja.



17
Alias Othman, 1984. RisalahMuktamarke 6 IkhwanMuslimin. Kuala Lumpur :Pustaka Salam, hlm. 29.

22
5. Menambah kuantiti tentera Islam dan membangkitkan semangat mereka.
Tugas tentera adalah untuk melindungi negara daripada pihak musuh samada dari dalam atau
luar negara. Sekiranya semua tentera ini tidak mempunyai kefahahan Islam yang sebenar,
nescaya pasti akan berlaku penyelewengan dan pengkhianatan seperti memberi maklumat
kepada pihak musuh secara senyap-senyap.
6. Mengeratkan hubungan diplomasi antara negara-negara Islam.
Sebagai satu permulaan untuk mengembalikan tentang kegemilangan Khilafah yang telah
hilang dan berakhir di zaman Khilafah Turki Uthmaniyah, semua negara Islam di seluruh
dunia terutamanya negara-negara Arab perlu giat mengeratkan hubungan diplomasi. Dengan
kesatuan dari seluruh negara Islam pastinya sebuah negara bersistemkan sistem Khalifah
tidak mustahil untuk diadakan semula.
7. Meniupkan roh Islam ke dalam jabatan kerajaan.
Jika semua kakitangan dan penjawat di dalam sebuah negara mengamalkan cara hidup dan
bekerja mengikut Islam seluruhnya pastinya sebuah negara itu akan lebih maju dan
bertamadun. Hal ini disebabkan pastinya tidak akan berlaku penyelewengan, rasuah, ketirisan
dan sebagainya dengan adanya nilai amanah, akauntabiliti dan sebagainya dalam diri setiap
penjawat awam.
8. Menyediakan jadual bertugas di jabatan-jabatan.
Jadual bertugas amat penting bagi kakitangan kerajaan agar mereka tidak berlakunya
ketidakseimbangan antara bekerja untuk dunia dan beribadat. Misalnya pada musim panas,
waktu siang lebih panjang daripada malam dan begitu juga pada musim sejuk waktu malam
lebih panjang daripada siang. Oleh itu penjawat awam ini perlu diberi jadual yang sistematik
agar mereka tidak terlepas untuk menunaikan Qiyamulail.

23
9. Menyeimbangkan urusan kerajaan dengan hukum Islam.
Setiap keramaian, perayaan, program rasmi kemasyarakatan yang dilakukan mestilah tidak
bertentangan dengan ajaran Islam dalam melaksanakannya seperti tidak mengganggu waktu
solat terutamanya Solat Jumaat.
10. Mengambil graduan al-Azhar menjawat jawatan di dalam tentera,polis,
pentadbiran dan latihan.
Sepertimana yang telah sedia maklum Universiti al-Azhar adalah sebuah universiti yang
berprestij tinggi kerana Keizzahan Islam yang terpahat dalam diri para pelajarnya. Oleh itu,
Hassan al-Banna inginkan kesemua graduan ini menjawat jawatan sebagai tentera dan polis
khususnya kerana mereka tahu apa yang haq dan apa yang batil. Jika dilihat pada hari ni, Dr.
Muhamad Morsi digulingkan oleh Al-Sisi yang juga seorang anggota polis. Hal ini
bermaksud Hassan al-Banna sudah menjangkakan bahawa perkara sedemikian rupa pasti
akan berlaku pada masa akan datang jika golongan tentera dan polis bukan daripada kalangan
yang menganut Islam secara keseluruhannya.

24
MANIFESTASI MENGEMBALIKAN ISLAM
Di dalam pidato Hassan al-Banna sempena Perhimpunan Ketua-Ketua Zon Dan Markaz Jihad
bertempat di Kaherah pada 8 September 1945
18
beliau ada memberikan manisfestasi-
manisfestasi yang perlu dilaksanakan jika ingin mengembalikan Islam ke dalam kehidupan
Umat Islam dan Sivil. Antara manisfestasinya ialah :
1. Mengisytiharkan bahawa kerajaan akan laksanakan konsep negara Islam dengan
rasminya.
2. Kerajaan akan memastikan kakitangan-kakitangan kerajaan mempunyai komitmen
yang tinggi dalam menglaksanakan tugas meraka disamping pada pemimpin perlu
menjadi contoh tauladan bagi pekerjanya dan orang ramai.
3. Mengharamkan perkara yang Allah telah haramkan. Misalnya Allah telah
mengharamkan riba di dalam al-Quran. Justeru kerajaan juga perlu mengaharamkan
dan menghapuskan sebarang bentuk muamalat yang mempunyai unsur riba. Kerajaan
sepatutnya menjadi contoh tauladan yang baik dalam perkara ini bukanlah
mengharuskan amalam yang jelas haram demi keuntungan semata-mata.
4. Perbaharui kurikulum pendidikan agar bertepatan dengan pendidikan yang dianjurkan
oleh agama Islam dan kenegaraan. Sistem pendidikan yang sebenar mestilah
memberikan perhatian yang lebih terhadap bidang pengajian Bahasa Arab dan sejarah
bangsa. Apabila semua pelajar tahu Bahasa Arab maka mereka lebih mudah
memahami al-Quran dan al-Sunnah. Justeru mereka pasti akan mengamalkan apa
yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
5. Islam sebagai sumber utama dalam perundangan bukannya teori barat atau akal
manusia yang penuh kelemahan dan cacat cela sebagai sumber perundangan.

18
Op.cit. Riduan Mohamad Nor, hlm. 16.

25
HASSAN AL BANNA DAN PALESTIN
Hassan al-Banna dan Ikhwan al-Muslimin begitu prihatin dan cakna tentang apa yang
terjadi di Palestin sehingga beliau dan pejuang-pejuang Ikhwan al-Muslim dicabut nyawanya
oleh pihak musuh Islam. Bagi Dr. Yusuf al-Qardhawi, isu Palestin ini adalah satu isu yang
sepatutnya menggugat jiwa dan nurani umat Islam yang lain. Hal ini kerana Palestin dan
Baitul Maqdis mempunyai kedudukan yang tinggi bahkan ia telah disepakati oleh mazhab
dan aliran-alirannya. Maka tidak hairan jika terdapat golongan yang bukan rakyat Palestin
terlalu ghairah dan istiqomah membela kesucian negara itu.
Hal ini memang jelas terpancar pada diri dan jiwa Hassan al-Banna yang telah
memerah keringat berhabis-habisan untuk memberi kesedaran tentang penderitaan saudara
kita di Palestin sedang kita asyik terbuai dengan kemewahan dan keasyikan duniawi. Antara
perkara yang telah dilakukan oleh Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan al-Muslimin tentang
isu Palestin ialah :
1. Berceramah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Mesir tentang isu
Palestin.
Beliau giat melakukan pendedahan kepada rakyat Mesir bahawa Inggeris telah menjajah
Palestin dan menghukum penduduknya dengan besi dan api. Beliau juga menceritakan
bahawa Yahudi telah membina negara mereka sendiri di atas tanah Palestin dan mengusir
penduduk asal bagi tanah tersebut dengan zalimnya. Beliau bukan sahaja berceramah di
masjid-masjid bahkan hingga ke kedai kopi
19
beliau untuk menyampaikan hakikat yang
berlaku.



19
Ab. Aziz MuhamadZin, 1997. PengantarDakwahIslamiah. Kuala Lumpur :Universiti Malaya, hlm. 164.

26
2. Mengutus pemuda-pemuda ke masjid-masjid untuk memberitahu tentang
kekejaman Inggeris.
Bukan Hassal al-Banna sahaja yang giat memberi ceramah kesedaran tentang penderitaan
rakyat Palestin bahkan beliau telah mengutus pemuda-pemuda untuk memberikan ceramah
kesedaran keserata tempat di seluruh pelusuk Mesir.
3. Mengumpulkan derma untuk diberi kepada rakyat Palestin.
Dalam penderitaan dan penyiksaan yang diterima oleh rakyat Palestin, mereka sangat
kekurangan harta untuk meneruskan kehidupan disitu. Mereka tidak boleh belajar atau
bekerja untuk mencari sesuap nasi bahkan ada yang mati kerana kelaparan. Oleh itu kutipan
dana bagi membantu rakyat Palestin sangat giat dijalan oleh Ikhwan al-Muslimin.
4. Menulis sebuah buku yang bertajuk Api dan Kemusnahan di Palestine.
Di dalam buku ini, beliau ada mengepilkan gambaran dan dokumen jenayah yang dilakukan
oleh Bristish terhadap rakyat Palestin yang terbuang. Antaranya ialah pencerobohan Inggeris
terhadap rumah-rumah rakyat Palestin dan mengoyak al-Quran serta memijaknya.
5. Menyeru agar memboikot ekonomi Yahudi.
Rasulullah SAW dan para sahabat sendiri pernah memboikot kekuatan ekonomi Yahudi
seperti Bani al-Nadir, Bani Quraizah, Bani Qainuqa yang telah memonopoli ekonomi di
Madinah secara kotor dengan mengenakan Riba kepada golongan bukan Yahudi dan tidak
kepada golongan Yahudi. Begitu juga yang digesa oleh Hassan al-Banna utk rakyat Mesir
memboikot ekonomi Yahudi yang berada diseluruh Mesir. Jika dilihat pada hari ini pun,
gesaan mengenai memboikot barang Yahudi masih lagi dilakukan. Hal ini kerana ia adalah
senjata yang cukup berkesan dalam melumpuhkan kekuatan musuh dan membentuk
pandangan umu tentang sesuatu isu.

27
6. Menyeru supaya mengadakan muktamar dunia Arab pertama
20
.
Beliau telah menjemput pemimpin-pemimpin negara-negara Arab dan pertubuhan bukan
kerajaan untuk mengadakan muktamar supaya sama-sama terpanggil dan bertanggungjawab
terhadap isu besar ini. Jemputan beliau membuahkan hasil apabila perwakilan-perwakilan
Arab menerima baik jemputan tersebut. Akhirnya isu Palestin telah dibincangkan secara
mendalam dan penuh keprihatinan. Maktamar itu telah meluluskan bebrapa resolusi yang
ditujukan kepada kerajaan Bristish.
7. Menganjurkan perarakan,bantahan awam dan mogok.
Beliau juga menggesa kepada rakyat Mesir untuk melakukan perarakan. Bantahan
awam,mogok dan protes jalanan unutk menarik perhatian masyarakat yang tidak cakna
tentang isu ini. Hal ini kerana rakyat Palestin sendiri tidak duduk diam berpeluk tubuh
apabila ditindas dan diseksa sebegitu rupa. Antara protes jalanan yang paling lama pernah
berlaku adalah dikenali sebagai Revolusi 1936. Ia berlarutan selama tiga tahun dan ramai
yang telah gugur syahid dan tercedera serta disumbatkan ke dalam penjara
21
.
8. Membuat taklimat untuk berdemonstrasi menolak kenyataan Perdana Menteri
Mesir
22
.
Hassan al-Banna pernah bertanya pendapat kepada Nuhas al-Basya tentang isu Palestin ini
namun jawapan yang dituturkan oleh Perdana Menteri itu amat mendukacitakan dan tidak
berperikemanusiaan. Beliau menyatakan Aku adalah Perdana Menteri Mesir bukannya
Perdana Mesnteri Palestin.

20
Op.cit. Riduan Mohamad Nor, hlm. 20.
21
Ali Muhammad Garisyah, 1999. DakwahdanPendakwahMenyingkapKetokohan Hassan al-Banna. Selangor :
Thinkers Library Sdn. Bhd., hlm. 95.
22
Op.cit.,hlm. 21.

28
Kenyataan ini telah disiarkan dengan meluas oleh akhbar Arab dan negara-negara lain malah
dengan segera telah mengundang amarah masyarakat seluruh dunia. Oleh itu, Hassan al-
Banna telah segera membuat taklimat supaya melakukan demonstrasi untuk membantah
kenyataan yang zalim itu. Demonstrasi-demonstrasi ini giat dilakukan selepas Solat Jumaat
walaupun dikawal ketat oleh pihak keselamatan namun tetap memberi kesan dan impak yang
mendalam apabila rakyat Mesir merasa dekat dengan Palestin.


29
HASSAN AL-BANNA DIKAGUMI OLEH TOKOH LAIN
23

Seorang sahabat seperjuangan yang juga pernah memegang jawatan sebagai
Mursyidul Am Ikhwan al-Muslimin pernah berkomentar tentang Hassan al-Banna di dalam
satu memoir beliau Sesungguhnya peranan Hassan al-Banna umpama tiupan angin
lembut dan basah kala dinihari, mengibas debu-debu semalam yang telah melekat pada
daun-daun pokok bunga yang sedang dilamun mimpi yang enak pada kesepian akhir
malam sehinggalah terbitnya matahari pada waktu pagi. Pengajaran Hassan al-Banna
menyedarkan orang-orang yang sedang tidur dan lali, beliau mendapat sambutan mesra
dan hangat ibarat keindahan bunga mawar, jasmin, rerumput aas dan Nasrin yg sedang
mekar dan semerbak mewangi, mendatangkan keseronokan kpd orang-orang yang
bertasbih memuji ciptaan Allah dan yang sedang asyik merenungi kegemilangan ciptaan
Allah yang Maha Mengetahui.
Manakala Robert Jackson seorang yang non-Muslim pernah mengaungkapkan
Hassan al-Banna adalah ahli siasah yg pintar, pemimpin yg gagah, ulama yg kuat
hujahnya, ahli falsafah yg dipandang, pemidato yg matang, dan penulis yang bermisi.
Semua aspek ini muncul sebagai sifat semualjadi beliau (Hassan al-Banna).

23
Op.cit.,hlm. 6-7

30

Sheikh Mohamed Sayed Tantawi
24
, Imam besar Masjid al-Azhar dan juga pensyarah
di Universiti al-Azhar pernah berkata Pada pandanganku, Hassan al-Banna lebih hebat
drpd Sheikh J amaludin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Beliau adalah contoh
gabungan ketakwaan dan kepintaran Siasah yang menakjubkan. Beliau berhati Saidina
Ali R.A dan berakal Muawiyah. Aku melihat pd beliau sifat-sifat pemimpin yangg telah
kehilangan dari dunia Islam .
Dr Ishaq al-Husaini, seorang tokoh yang membuat kajian secara mendalam tentang
Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan al-Muslimin berkata Hassan al-Banna ibarat
ensiklopedia yang luas lagi lengkap. Beliau berbicara mengenai semua tajuk biarpun apa
jenisnya tanpa persediaan. Beliau menggunakan gaya bahasa yang mudah dan ungkapan-
ungkapan yang sesuai.



24
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Sayyid_Tantawi

31
RUJUKAN
Ab. Aziz Muhamad Zin, 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur : Universiti
Malaya
Ahmad Nasiruddin Ismail (ed.), (1987), Kuliah Dari Ikhwan Muslimin (Iman Dan
Tuntutannya), Alor Star, Pustaka Ikhwan
Ali Muhammad Garisyah, 1999. Dakwah dan Pendakwah Menyingkap Ketokohan Hassan al-
Banna. Selangor : Thinkers Library Sdn. Bhd
Alias Othman, 1984. Risalah Muktamar ke 6 Ikhwan Muslimin. Kuala Lumpur : Pustaka
Salam
Badr Abdurrazaq Al-Mash, 2006.Hisbah Hasan Al-Banna, Indonesia, Era Intermedia
Hasan Al-Banna, 1984. Alias Osman (ed.), Petaling Jaya, Polygraphic Press Sdn Bhd
Hassan al-Banna, 1984. Rukun Gerakan Islam. Selangor : Marwilis Publisher
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Sayyid_Tantawi
Mohammad Haniff Amir Beek, 2003.Pemikiran Politik Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna
dan Abu Al-Ala Al-Maududi: satu kajian perbandingan, Jabatan Siasah Syariyyah,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Riduan Mohamad Nor, 2007. Memperingati 100 Tahun Hassan al-Banna. Selangor : MHI
Publications
Saari Sungib, 2007.Hasan Al-Banna & 5 Mursyid Pewaris Perjuangan, Selangor, Percetakan
Maya Sdn.Bhd
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, 2010. Al-Syahid Hasan Al-Banna:
Pengasas ikhwan muslimin, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai