Anda di halaman 1dari 12

FOLIO

PENDIDIKAN ISLAM (A06400)

Tajuk Folio: Tokoh Hassan Al-Banna

Nama: Wan Muhammad Zaim bin Zulhisham

Nombor Kad Pengenalan : 030822-14-0027

Kursus : BAK 2

Angka Giliran: K271HBAK023

Nama Pensyarah P. Islam:Ustazah Sharipah Zainah Binti Syed Abdul Rahman

Tanda tangan Pelajar Tanda tangan pensyarah

________________________ ________________________
PENGENALAN

Saya Wan Muhammad Zaim Bin Zulhisham dengan nombor kad pengenalan

030822-14-0027 dari kelas BAK 2 menjalankan sebuah kajian

untuk kerja kursus Pendidikan Islam yang berkaitan tokoh Hassan Al-Banna yang

menerangkan tentang perjuangan seorang tokoh. Kajian ini telah

diberikan oleh pensyarah Pendidikan Islam saya, Ustazah Sharipah Zainah Binti Syed Abdul Rahman.

Kajian ini juga dilakukan berdasarkan Dokumen Standard kurikulum supaya tidak lari

daripada tuntutan kajian yang asal. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 4

minggu.
PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Saya Wan Muhammad Zaim Bin Zulhisham dari kursus perakaunan, Tahun2,

bersyukur ke hadrat Allah, akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat

menyiapkan folio yang ditugaskan kepada saya. Di samping itu, saya juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Islam saya,

Ustazah Sharipah Zainah Binti Syed Abdul Rahman kerana telah memberi tunjuk ajar untuk
menyiapkan folio

ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, kerana telah membantu

saya dari segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal .

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan saya dari kelas BAK 2 kerana telah menolong dan menyokong

saya sepanjang menyiapkan folio ini.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua.


KAEDAH KAJIAN

INTERNET

- https://ms.wikipedia.org

- http://fatinuradilah167.blogspot.com

BUKU

-SUCCES PENDIDIKAN ISLAM SPM

Penulis : Johar Seman, Abd Rahim Ab Halim, Sabri Ab. Ghani


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tentang Tokoh Hassam Al Banna :-

1. Dapat mengenali tokoh islam yang memperjuangkan agama islam

2. Dapat mencontohi sikap baik tokoh

3. Mendapat pengajaran atau iktibar dalam penceritaan tokoh


M/S 6
IKTIBAR
M/S 5
SUMBANGAN
M/S 4
PERJUANGAN
M/S 2
SIFAT PERIBADI
M/S 1
RIWAYAT HIDUP
ISI KANDUNGAN
RIWAYAT HIDUP
Nama sebenar Hassan Al-Banna ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed
Al-Bana. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di Desa Al-Mahmudiya yang terletak
di Daerah Al-Bahriyya, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal daripada keluarga ulama
yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam.
Ayah beliau Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam,
guru dan pengarang beberapa buah buku kitab hadis dan fiqah perundangan Islam
dan berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau telah bekerja sebagai seorang
tukang jam di Desa Al-Mahmudiya untuk menyara keluarga. Masa yang selebihnya
digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu agama dan tafsir Al-Quran
dan Hadis kepada penduduk tempatan.
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan
Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di
sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan
oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada
tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang
kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika
berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan relolusi 1919
menentang pemerintahan British. 

1
SIFAT PERIBADI
mam Al-Banna memiliki banyak keistimewaan dalam keperibadiannya iaitu peribadi yang
sempurna dan seimbang, pemuda yang aktif, seorang khatib yang hebat, memiliku perasaan
yang lembut, mudah berkomunikasi dengan semua orang sama ada orang awam, petani
mahupun buruh. Beliau juga seorang cendekiawan yang memiliki ilmu, mampu berinteraksi
dengan para cendekiawan lain meskipun ketika beliau berada di tengah-tengah umat
manusia yang takjub kepadanya sama ada dalam kalangan cendekiawan, hartawan, orang
awam, petani, buruh serta yang lainnya.

Ini semua bersesuaian dengan jalan dakwahnya yang berdasarkan kepada pembentukan
umat, dakwah dan individu yang seimbang dalam berbagai sisinya.

Selain itu, Imam Al-Banna juga memiliki suatu karakter yang mampu memberikan pengaruh
kepada orang yang ada di sekitarnya. Perkara ini kembali kepada asas yang beliau miliki
iaitu kedekatan diri kepada Allah.

Kita juga boleh temui bahwa dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimun dan anggota Ikhwan itu sendiri
telah terpengaruh dengan peribadi Imam Al-Banna; karakternya yang baik, ikhlas dan
taatnya kepada Allah yang kesemuanya bersumber pada cahaya kenabian.

Sebagaimana beliau juga memiliki peribadi yang mantap dan lemah lembut, sentiasa
menaruh perhatian dan menolong orang-orang yang dizalimi dan dalam sejarahnya telah
banyak disaksikan bahwa usaha dan kerja Al-Ikhwan di berbagai tempat, daerah dan negara
sentiasa membela hak-hak umat Islam yang dirampas.

2
PENDIDIKAN
Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam.
Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam. Imam Hasan Al-Banna mendapat
pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya
telah memberi banyak bantuan. Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk
mempelajari ilmu Islam. Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah
bernama Madrasah Ar-Rasyad AdDiniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang
ulamak terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.

Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh
Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun berpindah ke
sekolah lain yang bernama Madrasah A’adadiyah. Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih
tinggi daripada sekolah rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah
A'adadiyah dan menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan
saja bagi Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini;
iaitu sebuah pusat pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah ini
boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki
Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih
memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus di situ, beliau
mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan
tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau
memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti
Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak
layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu
dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum
terkenal dengan gelaran 'Al-Azhar kecil'. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah
moden. Diantara kursus-kursus yang disediakan ialah Perguruan, Psikologi, Falsafah,
Politik,Ilmu Kemasyarakatan, Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk,
Imam Hasan Al-Banna dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.

3
PERJUANGAN

Pada 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam
khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang
ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan
Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu
pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di
sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.
Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai
perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian
masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-
rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan
mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan
yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya.
Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh
Hassan al Banna.
Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah.
Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi
yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri
majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al-
Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang
kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin.
Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan
aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-
parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial
sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian
menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan
ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-
rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan
tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-
tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid
Wajdi dan lain-lain.

4
SUMBANGAN
Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya
sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti
corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih
berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga
seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai
makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja,
ramai telah menjadi pengikutnya.

Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-
Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam.
Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama
‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan
di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan
Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke
matlamatnya.

Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke Kaherah. Tempoh
enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik permulaan keberkesanan gerakan
Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu, ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah
yang terkenal dengan nama ‘Jami’atuTahzib-al-Islami’. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-
belia yang ikhlas terhadap Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan
memperjuangkan Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka
juga melibatkan diri dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan Jami’atu-Tahzib-al-Islami
dan kesemua cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul
Muslimin.

Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha
Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu, beliau
terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh masa kepada
Gerakan Ikhwanul Muslimin.

5
IKTIBAR
1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada
waktu itu.
2. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain,
atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu
untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar
Islam.
4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan
mendatangkan sebarang kebaika

Anda mungkin juga menyukai