Anda di halaman 1dari 14

UNIT 1 : AL-IMAM AL-GHAZALI ra

Latar belakang
Nama sebenar: Muhammad bin Muhammad bin Ahmad
Dilahirkan pada tahun 450 H bersamaan 1058 M di Thus yang terletak
dalam wilayah Khurasan, Parsi.
Gelaran al-Ghazali bersempena nama kampung tempat kelahirannya.
Pendapat lain mengatakan gelaran tersebut diambil daripada nama bapanya
yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing yang digelar al-Ghazal
Imam al-Ghazali merupakan ahli tasauf dan pemikiran agung
Meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 505H bersamaan 1111M di Thus
Sifat peribadi
Menggemari semua bidang ilmu sehingga digelar gedung ilmu pada
zamannya
Fasih bercakap, pandai berpidato dan mahir berhujah
Bertaqwa, warak, kuat beribadat dan berhemah tinggi
Ahli sufi yang praktis, melakukan tazkiatun nafs (pembersihan jiwa)
Seorang ahli fiqh yang berfikiran terbuka dan membebaskan diri daripada
taklid
Dilahirkan sebagai pengkritis dan berfikiran bebas yang unggul
Bersikap tegas, berani dan tabah menghadapi ujian
Pendidikan
Telah diajar oleh bapanya sejak kecil dengan ilmu pengetahuan dan akhlak
Mempelajari ilmu asas seperti menulis,membaca dan mengira daripada
guru2nya
Mampu menguasai bahasa Arab dan fungsinya dengan baik
Ia memudahkan penguasaan dalam bidang ilmu yang lebih tinggi seperti
ilmu al-Quran, hadith, usuluddin, fiqh, falsafah, mantiq dan tasauf
Ilmu usuluddin dan ilmu fiqh dipelajari daripada syeikh Ahmad bin
Muhammad At-Thusi dan al-Allamah al-imam Abu Nasir al-Ismaili di
Jurjan
Beliau pergi ke Naisabur utk mempelajari ilmu tauhid
Dengan penguasaan ilmu tauhid, beliau mahir berhujah dalam bidang
usuluddin mengikut aliran al-asyairah.beliau digelar hujjatul Islam
Pada thn 469H : melanjutkan pelajaran ke madrasah an-Nizhomiyah,
Naisabur dan berguru dengan imam al-haramain Abu Yula al-Juaini bagi
mempelajari ulum al-kalam, sains tabiI, falsafah, mantiq dan tasauf
Beliau dilantik sebagai professor ilmu fiqh di university an-Nizhomiyah di
Baghdad yang dibina oleh nizhom al-malik iaitu perdana menteri kepada
malik shah, raja saljuk. Selepas itu beliau dilantik sbg naib kanselor di
universiti tersebut sehingga berhenti pd thn 489H dan memulakan
kehidupan sbg ahli thoriqatul sufiyah
Pandangan al-Imam al-Ghazali ra
Pembentukan jiwa
o Secara fitrahnya jiwa dicipta dengan potensi mencintai hikmah,
makrifat dan ibadat.
o kecenderungan kepada hikmah dan kecintaan kepada ibadat
merupakan unsur rabbani
o dan lahir secara semulajadi.
Peranan pendidikan
o peranan pendidik hendaklah sama dgn peranan doktor
o seorang doktor tidak boleh membuat perskrepsi yang sama dgn
semua pesakitnya
o seorang guru tidak boleh mengajar dan memberi latihan yang sama
kepada semua pelajarnya tanpa mengira tahap kemampuan dan
penerimaan pelajar dari segi mental dan fizikal
o guru wajar mengenalpasti sikap, minat, bakat dan latar belakang
pelajar sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran
Panduan rumahtangga
o Pendapat beliau bersesuaian denga firman Allah SWT
( surah an-Nisaa 4 : 34 )



Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran
Tasauf
o Sejak kecil terdedah dengan pengaruh tasauf kerana bapanya
seorang ahli sufi
o Berguru dan mempelajari ilmu tasauf drpd Yusuf an-Nassaj dan al-
Farmizi, ketua ahli tasauf di Naisabur
o Pernah meninggalkan tasauf dan memberi tumpuan kepada usuluddin
dan falsafah.kembali semula kepada tasauf dan menjadi ahli sufi
sehingga akhir hayatnya
o Selepas meniggalkan jawatannya di universiti an-Nizhomiyah beliau
pergi ke Syam dan Makkah utk berizlah, berkhaluwah, beriadah dan
bermujahadah mengikut thoriqatul sufiyah
o Selepas 11 thn, beliau kembali bertugas sebagai guru di madrasah
an-Nizhomiyah di Naisabur.
o Menurut imam al-Ghazali org yg ingin mengikuti thoriqatul sufiyah
hendaklah beramal sepenuhnya dengan syariat Allah kerana syariat
anak tangga pertama ilmu tasauf.
o Antara kitab tasauf yang dihasilkan oleh al-Imam al-Ghazali ialah:
mizan al-amal
ihya lum ad-din
mikraj as-sholihin
misykatul anwar
Falsafah
o Terkenal sbg pemikiran islam dan ahli falsafah yang digelar
failasuf. Beliau mempelajari dan mengkaji falsafah secara
bersendirian selama dua tahun dan berjaya menguasai keseluruhan
ilmu tersebut
o Beliau menulis kitab muqosidul falasifah utk menerangkan doktorian
ahli falsafah. Penulisannya begitu baik sehingga ramai sarjana barat
pd akhir zaman pertengahan, menganggapnya sebagai buku karya
aliran Aristotle dlm kalangan org Arab. Beliau tidak menentang
kajian mengenai falsafah. Belaiu merupakan ulama pertama yang
terdidik dalam ilmu falsafah.
o Al-imam al-Ghazali menulis kitab tahafut al-fulasifah utk
mengkritik kelemahan falsafah barat tentang fizik dan metafizik
dari sudut pandangan islam
o Kritikan yang berani terhadap falsafah barat telah membuka
lembaran sejarah yang baru terhadap kesarjanaan islam. Tahafut
al-Fulasah memberi kesan besar terhadap perkembangan falsafah,
akibatnya selepas beliau, tidak muncul seorang pun ahli falsafah
yang terkenal selama seratus tahun
Fiqh al-Islam
o Al-imam al-Ghazali sangat alim dalam ilmu fiqh, usul fiqh dan siasah
al-syariat. Beliau mempelajari fiqh as-Syafie dan usuluddin drpd
gurunya sheikh Ahmad bin Muhammad at-Thusi. Penguasaan beliau
dalam bidang2 tersebut meyakinkan nizhom al-malik dengan
melantiknya sebagai professor ilmu fiqh di madrasah an-nizhom di
Baghdad.














UNIT 2 : AL-IMAM IBN TAIMIYAH ra
Latar belakang
Nama sebenar: Taqiuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Halim al-Harani
Dilahirkan pd 10 Rabiulawal 661H bersamaan Januari 1262M dibandar
Haran di utara Iraq
Ketika berusia 7 thn kota Baghdad di perintah oleh bangsa Tartar
Bapanya bekerja sbg khatib di masjid Umaiyah dan guru ilmu hadith
Gelaran Ibn Taimiyah diambil sempena nama moyangnya yang ke Sembilan
Merupakan sheikh al-islam yg bnyk berjasa dlm gerakan pembaharuan
islam
Meninggal dunia pd mlm Isnin 20 zulhijjah 728 H bersamaan 1329M dan
jenazahnya dikebumikan di Damsyik
Sifat peribadi
Ulama yang bertaqwa dan berakhlak
Ahli pemikiran islam yang ulung, pendakwah yang berhemah tinggi
Berfikiran terbuka dan bersikap kritis
Mersifat berani dan tegas dlm menghadapi dan ketegasan dlm menghadapi
cabaran golongan zandik, falsafah barat, ahli bidah dan penting ahli as-
sunnah
Pendidikan
Al-Imam Ibn Taimiyah sangat mencintai ilmu pengetahuan dan suka
bergaul dengan para ulama
Berjaya menghafaz al-Quran dan hadith sejak remaja
Belajar di sekolah Darul Sikriyah di Damsyik
Mempelajari kitab2 hadith dan Rijalul hadith daripada ulama terkenal di
Damsyik.Antaranya, kitab Musnad Ahmad bin Hanbal, Sahih Bukhari, Sahih
Muslim, Jami at-Tirmidzi, Sanan Abi Daud, Sanan an-Nasaie, sanan Ibn
Majah dan Sanan ad-Dar Qitni
Al-Imam Ibn Taimiyah pernah diuji kecerdasan dan pendiriannya oleh
seorang Yahudi dengan pelbagai soalan, tetapi semua soalan dijawab
dengan tepat sehingga Yahudi tersebut mengaguminya lalu memeluka
agama islam
Beliau menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh ulama
Sejak berumur 19 tahun beliau telah memberi fatwa dan mula menghimpun
dan menyusun fatwa2 dlm kitab
Beliau pernah menggantikan ayahandanya mengajar tafsir al-Quran di
Masjid Jami
Pandangan al-Imam Ibn Taimiyah
Bentuk kesatuan
o Menurut pandangan beliau: dua kesatuan umat Islam:
Kesatuan agama (Wahaddah ad-Din)
Kesatuan ini diasaskan daripada pengakuan terhadap
keyakinan dan keimanan yang sama seperti kepada
Allah yang Esa, kepada Rasulullah dan rukun2 iman yang
lain
Kesatuan bahasa
Faktor penting dalam mencapai kesatuan keagamaan
umat Islam. Imam Ibn Taimiyah berpendapat Bahasa
Arab merupakan satu2nya bahasa agama yang
digunakan utk memahami dan menghayati Islam kerana
Bahasa Arab ialah Syiar agama Islam
Organisasi
o Beliau berpendapat bahawa ummah sebagai penerima risalah Allah
bertanggungjawab yang sangat penting utk memelihara dan
menyebarkan agama Islam kpd umat manusia
o Memelihara agama bermaksud membersihkan penyelewengan akidah
atau perkara2 yg mencemarkan kemurnian agama.
o Penyebarannya bermaksud memberi penerangan tentang kebenaran
agama kepada org ramai supaya difahami dan diamalkan
o Beliau juga berpendapat pembentukan organisasi Negara merupakan
salah satu fungsi ummah kerana fungsi ummah hanya dpt
dilaksanakan apabila organisasi negara berjalan dengan kemas dan
ditadbir dengan baik

Sumbangan al-Imam Ibn Taimiyah
Akademik
o Beliau berusaha membersihkan amalan umat Isalm daripadaa
kotoran bidah, khurafat dan kemungkaran
o Beliau menentang sebarang penyelewengan akidah dan perbuatan
yang bercanggah dgn Islam dan mengajak umat islam kembali
menghayati ajaran agama islam yang diamalkan umat islam pada
zaman Rasulullah dan Khulafa ar-Rasyidin.
o Usaha murni itu mendapat tentangan drpd pelabagai pihak.beliau
kerap dipenjarakan demi menegakkan kebenaran
o Beliau tdk berputus asa walaupun menyedari gejala kemungkaran
dan penyelewengan akidah amat kritikal. Beliau terus mengkritik
aliran falsafah, bathaniah, Syiah dan tasauf
Beliau mendedahkan keburukan dan kebatialn golongan tersebut dan
dlm masa yang sama beliau menagjak mereka kembali kepada al-
Quran dan as-Sunnah.
o Beliau berusaha menentang pemiukiran barat yang cuba meracuni
pemikiran umat islam
o Kesungguhan dan sikap tegasnya mendorong ramai orientalis
mengkaji pemikiran islam, bahkan ada yang menganggap Ibn
Taimiyah sebagai pendokong mazhab dlm islam kerana falsafah dan
pemikirannya
Hasil karya
o Majmuah al-Risalah al-Kubra
o Majmuah rasail Ibn Taimiyah
o Majmuah Khamsi al-Rasail
o Majmu Fatawa
o Minhaj al-Sunnah an-Nabawiyah
o Ilm al-Hadith




UNIT 3 : ABU AL-ALA AL-MAUDUDI ra
Latar belakang
Dilahirkan pada 25 September 1903M di Urgabad, Hidrabad, India
Keturunan : Maudud yang dikatakan seoarang perawi hadith yang berhijrah
ke India bersama-sama panglima tentera islam Muhammad bin al-Qasim
Terkenal sebagai ahli gerakan dakwah di rantau asia
Beliau menghasilkan buku2 ilmiah islam.tulisan2 al-Maududi merupakan
formula himpunan kea rah pembaharuan dan pembinaan semual tamaduan
islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah
Meninggal dunia pada tahun 1983M
Sifat peribadi
Pemikiran islam pada zaman mutakhir
Ulama yang luas pengatahuan dalam pelbagai bidang
Bersederhana dalam kehidupannya, bertaqwa dan beristiqamah
Berhemah tinggi dan bercita-cita untuk mengembalikan masyarakat islam
kepada pegangan dan amalan agama berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
Gigih dalam menegakkan kebenaran dan keadilan
Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di rumah drpd bapanya sendiri. Bapanya seorang
peguam bela lulusan universiti Aliegar
Bapanya enggan menghantar anak2nya ke sekolah Inggeris kerana kecewa
dengan dasar pemerintahan Inggeris dan menolak budaya Barat
Diajar oleh bapanya sendiri bahasa Arab, Inggeris, Parsi, Urdu dan ilmu2
agama. Walaupun tidak terdidik secara formal beliau berjaya menguasai
bahasa Inggeris dengan baik
Dpt membaca bahan2 ilmiah drpd bahasa inggeris dan menterjemahkannya
ke dalam bahasa urdu sejak awal remaja


Pandangan al-Maududi
Keperluan hidup yang sempurna
o Bagi mencapai keperluan hidup yang sempurna manusia akan
menggunakan anggota badan dan pancaindera serta akal fikiran yang
dikurniakan Allah kepadaNya dan mencipta bumi ini lengkap dengan
kemudahan sesuai dengan fitrah manusia
o Untuk mencapai kemajuan dan kejayaan, Allah mengurniakan
manusia dengan pelbagai kebolehan, kemahiran dan kepintaran akal
yang berbeza-beza antara satu sama lain.
o Perbezaan ini mempunyai hikmah supaya manusia dpt berkenalan,
tolong-menolong dan berkasih sayang
Tahap kemahiran manusia
o Golongan yang cerdik akan menjadi ahli sains, juruteknik, ahli
pertukangan, ahli pertanian, ahli politik dll.
o Jika kemahiran dlm semua bidang ini digerakkan secara bersepadu
dan kolektif, ia akan berfungsi dengan lebih berkesan utk
menyempurnakan masyarakat dan akhirnya melahirkan satu tamadun
yang tinggi
Taklid
o Mentaati rasulullah amat penting dalam kehidupan manusia kerana
baginda merupakan petunjuk jalan utk membawa manusia kpd
matlamat utama iaitu makrifat Allah.
o Jika ada org yang menolak Rasulullah dan mencari ajaran lain, dia
akan membawa kesesatan dan kehancuran apatah lagi jika ajaran
tersebut berpandukan akal semata-mata kerana akal mempunyai
kemampuan terbatas dan mustahil dapat mencapai hakikat yang
sebenar.
o Mereka yang mengingkari Rasulullah akan terjerumus ke lembah
taklid dan adat yang sesat yang akan membawa kepada kelemahan
dan kemunduran



Sumbangan al-Maududi
Kewartawanan
o Memulakan kerjaya tersebut sejak berumur 16 tahun
o Beliau bekerja di akhbar harian Taj sebelum menjadi pengarang
o 1921M : beliau dilantik sebagai ketua pengarang akhbar harian
Muslim lidah rasmi jemaah ulama al-Hind. Beliau byk menulis
artikel2 ilmiah yang mengajak manusia kembali kepada ajaran al-
Quran dan as-Sunnah
o 1933M : ditugaskan memimpin majalah bulanan Turjuman al-
Quran di Haidrabad. Majalah ini menjadi bacaan utama bagi
mereka yang berbahasa urdu. Majalah ini bertujuan menyampaikan
pendapat dan pandangan terhadap idea falsafah, sains, politik dan
ekonomi berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
Hasil karya
o Semasa bertugas dgn akhbar Muslim al-Maududi menterjemah
buku tafsir dan falsafah drpd bahasa Arab dan Inggeris ke dalam
bahasa Urdu. Antaranya:
Al-Hikmah al-Mutaaliah fi al-Asfar al-aqliah
Dijadikan sumber pembelajaran di universiti
Uthmaniyah di Haidrabad
o 1930M : menterjemahkan buku pertamanya al-Jihad fil Islam yg
menghuraikan ttg konsep jihad yg dikaitkan dgn undang2
antarabangsa
o 1932M : menghasilkan buku al-Risalah ad-Diniah. Buku ini
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa yg menjadi bacaan umum
dlm dan luar negara.
o 1961M : menerbitkan edisi Turjuman al-Quran yg terkenal dgn
tulisannya Mansob al-Risalah.
o 1972M : menghasilkan buku Tafhim al-Qurandlm bahasa urdu yg
ditulis selama 30 tahun
o 1976M : menghasilkan kitab sirah an-nabi yg mendapat
penghargaan drpd Rabithah al-alam al-islami


Gerakan Islam
o Menyebarkan pandangan dan pemikirannya melalui penulisan,
ceramah melalui radio dan televisyen
o Tajuk syarahan beliau merangkumi aspek ekonomi, politik, dan
pendidikan.
o Abu al-ala al-Maududi telah menubuhkan Jamaah islami di Lahur.
o Usaha beliau ini dipandang serong oleh golongan tertentu dan
dituduh sbg musuh negara. Beliau dipenjara selama 2 tahun bermula
dari 4 Oktober 1948M hingga 28 Mei 1950M
o 1953M : sekali lagi al-Maududi dipenjarakan kerana kandungan
bukunya THE QADIANI PROBLEM dianggap mengutuk dasar
kerajaan
o Pada mulanya beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi
diubah kepada penjara 14 tahun. Pada 25 Mei 1955M beliau
dibebaskan dan meneruskan usaha dakwah dan mengembangkan
ajaran Islam
o Ketokohan beliau sebagai ulama pada abad ke-20 amat ketara
berdasarkan latar belakangnya yang penuh dengan cabaran dan ujian
dalam hidup.











UNIT 4: SHEIKH MUHAMMAD IDRIS AL-MARBAWI ra
Latar belakang
Nama penuh : Sheikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf
Dilahirkan di Makkah al-mukarramah pada 28 Zulkaedah 1313H bersamaan
1892M
Sejak kanak2 beliau banyak menimba pengalaman dan pengetahuan agama
daripada semua peringkat sehingga dikenali sebagai ulama melayu yang
pertama di Mesir
Ketika berumur 10 tahun beliau Berjaya menghafaz 16 juzuk al-Quran di
samping menghafaz beberapa kitab yang lain. Ini membuktikan beliau
mempunyai daya ingatan yang kuat
Meninggal dunia pada pagi Jumaat bersamaan dengan 13 Oktober 1989M
Sifat peribadi
Ulama besar Nusantara
Terkenal sebagai ahli bahasa dan mahir dalam bidang hadith, tafsir dan
Fiqh
Sangat menjaga maruah, bertaqwa dan kuat beribadat
Berhemah tinggi dan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan di dalam dan
luar negeri
Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di sekolah melayu kampung Lubuk Merbau, Kuala
Kangsar, Perak
Setelah tamat belajar di sekolah rendah, beliau belajar di pondok Wan
Muhammad, di Bukit Candan, Kuala Kangsar. Beliau meneruskan pengajian
di pondok Tuan Hasin al-masudi di Kedah selama beberapa tahun.beliau
melanjutkan pelajarannya di pondok Sheikh Ahmad Fathani di Bukit
Mertajam, Seberang Perai dan seterusnya meneruskan pengajian di
pondok Tok Kenali, Kelantan
1924M : beliau dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran ke
Mesir.Beliau merupakan anak Melayu pertama belajar di peringkat tinggi di
universiti al-Azhar,Mesir
Kejayaan Idris al-Marbawi dalam bidang pendidikan
Berjaya menghasilkan kamus Arab-Melayu yang dinamakan Kamus al-
Marbawi dan diikuti dengan Kamus al-jaib.kedua-dua kamus ini banyak
membantu pelajar melayu menguasai bahasa Arab
Walaupun sibuk menyusun kamus namun beliau tetap gigih dan tekun dalam
pelajarannya sehingga beliau Berjaya memperoleh ijazah al-aliah drpd
universiti al-azhar. Beliau merrupakan pelajar melayu pertama yang
mendapat sijil tesebut.
Setelah tamat pengajian beliau terus menetap di Mesir
Sumbangan
Kemahiran beliau dalam menguasai bahasa Arab dan bahasa Melayu
membantu beliau dalam penulisan utk menghasilkan kitab dalam bahasa
Arab dan Melayu. Kitab2 yang dihasilkan merangkumi bidang hadith, fiqh,
tafsir dan kamus
Kejayaan beliau menghasilkan kamus pada tahun 1937M mendorong beliau
menghasilakn kitab bahrulmadzi sebanyak 22 jilid, kitab hadith yang
pertama pernah diterbitkan dalam bahasa melayu tulisan jawi.
Walaupun al-Marbawi bermastautin di Mesir berpuluh-puluh tahun, namun
beliau tetap menggunakan bahasa melayu dan tulisan jawi sebagai bahasa
ilmiah. Banyak kitab ditulis dalam bahasa melayu dgn tujuan kitab2
tersebut akan menjadi bahan bacaan orang melayu di tanah airnya dan
Nusantara
Beliau kemudiannya menulis kitab Bulughal-Maram iaitu kupasan hadith
drpd sahih Bukhari. Daripada kupasan hadith, al-Marbawi menerokai
bidang tafsir al-Quran dalam bahasa melayu.
Dalam bidang fiqh beliau menulis kitab pati hokum ibadah dan usul islam.
Ketokohan Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi ra sukar ditandingi oleh
ulama melayu yang lain dalam bidang bahasa dan persuratan melayu
Beliau dianugerahkan ijazah kehormat doktor persuratan oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 5 Julai 1980M.
Pada 1 Muharram 1408H bersamaan dengan tahun 1987M, beliau menerima
anugerah tokoh Maalhijrah daripada kerajaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai